KENYATAAN AKHBAR- SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT
SPAD AKAN BERUSAHA UNTUK MENYAMBUNG SEMULA PERKHIDMATAN
PENGANGKUTAN AWAM DI LALUAN PANTAI TIMUR YANG TERGENDALA EKORAN BANJIR
KUALA LUMPUR, 29 Disember 2014 - Berikutan dengan bencana banjir yang telah
melanda negara ini terutamanya di kawasan Pantai Timur, Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut bersimpati dengan mangsa dan
keluarga yang terlibat.
Pada masa yang sama, SPAD akan terus berusaha untuk menyambungkan
semula perkhidmatan pengangkutan awam yang terjejas bagi laluan Pantai Timur
dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan.
Sehingga kini, bencana banjir ini telah menyebabkan
infrastruktur landasan keretapi mengalami kerosakan yang amat teruk.
Buat masa ini masih terlalu awal untuk menyatakan bila
perkhidmatan tren KTMB di sektor Pantai Timur akan pulih seperti biasa
dis
SPAD dan pihak KTMB sedang berusaha sebaik mungkin untuk
mengenal pasti kerosakan yang berlaku dan seterusnya mengambil langkah-langkah
yang sewajarnya untuk membaiki kerosakan-kerosakan tersebut untuk memastikan
proses penyambungan semula perkhidmatan di laluan ini berjalan dengan cepat dan
lancar.
Memandangkan kerugian yang ditanggung oleh KTMB telah
menelan jutaan ringgit, SPAD akan meneliti segala aspek yang terlibat
termasuklah juga saluran sumber dana yang berpotensi digunakan oleh SPAD
sebagai pihak yang berkuasa ke atas pengangkutan awam darat untuk membiayai
keperluan perbelanjaan memperbaiki kerosakan infrastruktur bagi laluan Pantai
Timur yang terjejas.
Manakala, bagi perkhidmatan bas eskpres laluan Pantai Timur
pula, perkhidmatan telah mula dihentikan pada 24hb Disember bagi beberapa
laluan daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan kemudiannya telah dihentikan
sepenuhnya pada 26hb Disember bagi laluan Kuala Lumpur ke Kota Bahru dan
Terengganu.
Walaubagaimanapun, laluan Kuala Lumpur ke Kuala Terenganu
masih dibuka melalui Seremban dan Muadzam Shah.
SPAD telah membenarkan Pengusaha bas ekspres untuk
menggunakan laluan alternatif yang lebih selamat bagi memastikan penumpang
sampai ke destinasi yang dituju.
Untuk makluman, perkhidmatan kereta sewa di bandar-bandar di
Kelantan dan Terenganu telah juga terjejas.
Perkhidmatan kereta sewa dan bas ekspres ini akan hanya
disambung semula bergantung kepada keadaan cuaca di setiap laluan yang
terlibat.
SPAD ingin mengambil peluang untuk mengingatkan semua
pengusaha untuk senantiasa mengutamakan keselamatan diri dan penumpang semasa
perjalanan.
No comments:
Post a Comment