Keadaan bencana banjir
telah menguji kesiapsiagaan menghadapi sesuatu situasi. Sejumlah lebih dari
240,00 orang sukarelwan yang telah didaftarkan melalui IM4U sejak bulan Mei
2013, kini terserlah kemampuan semangat kesukarelawannya.
Dengan kerjasama IM4U
dan Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) menerapkan pengenalan iM4U kepada
pelatih dan bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini berjumlah
730,000 ahli termasuk alumni PLKN sebagai sukarelawan IM4U.
.jpg)
Keupayaan sukarelawan
tersebut membuktikan kewujudannya dalam situsai yang mendesak dan memerlukan,
lebih-lebih lagi ketika berlakunya bencana banjir baru-baru ini. Sejumlah 81
kem PLKN di seluruh Malaysia mencerminkan kesungguhan Kerajaan melalui MLKN menjalankan
latihan khidmat negara berdasarkan falsafah Rukun Negara di samping melahirkan
generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri melalui
aktiviti yang menyemarakkan semangat kesukarelawanan.
Jelas sekali semangat
yang dipupuk ini bakal melahirkan insan yang dapat menyumbang kepada Negara di
masa hadapan. Semoga pelatih-pelatih PLKN akan membawa semangat
kesukarelawanan ini apabila mereka menyambung pelajaran ke institusi pengajian
tinggi dan terus berkhidmat melalui melalui badan-badan kebajikan apabila
mereka keluar dari pengajian kelak.
Terima kasih di atas
sumbangan bakti yang dihulurkan kepada mangsa-mangsa bencana banjir.
No comments:
Post a Comment