PilihanRaya Kecil Parlimen Permatang Pauh (PRK P.044) akhirnya
menjadi kenyataan dengan mantan Ahli Parlimen terpaksa akur, permohonannya
ditolak DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Bagi MCA, ruang ini digunakan sebagai lapangan membuktikan
gerakkerja pemulihan dan pengukuhan kepercayaan komuniti Cina terhadap MCA itu
sendiri di dalam Barisan Nasional.
Pelancaran Bilik Gerakan PRK P.044, oleh Presiden parti; YB Dato' Seri Liow Tiong Lai menzahirkan segala kekuatan dan usaha yang bersungguh-sungguh
di dalam menghadapi PRK ini. Turut sama di pelancaran itu adalah kepimpinan MCA Negeri dan tempatan.
YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong; Timbalan Presiden yang juga memegang
jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa MCA PRU14 telah turun melihatkan perkembangan Bilik Gerakan dan diberikan maklumat terkini MCA setempat dalam PRK P.044
Selari dengan menjadi parti kedua terbesar di dalam BN,
permuafakatan dan kerjasama komponen bukanlah satu cakap-cakap kosong. MCA
turun menggembeling tenaga bagi memastikan kemenangan BN dan dalam masa yang
sama mengembalikan ‘undi’ masyarakat Cina di belakang Kerajaan Malaysia yang
ditunjangi Barisan Nasional.
Suasana dan perkembangan politik terkini, memberikan ruang yang
kondusif usaha parti BN mengukuhkan lagi peranan dan setiakawan parti kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment