Sebagai seorang Ahli Parlimen, bagaimana lagi untuk mengambil peluang mendekati dan dalam masa yang sama menyampaikan maklumat terkini sebagai seorang pemimpin yang menbawa dan mewakili ahli masyarakat dan pengundi.
Menyedari betapa pentingnya menjaga dan memupuk kefahaman dan sokongan, langkah yang diambil YB Datuk Noor Ehsanuddin Haji Harun Narrashid turun padang dan beramah mesra dengan para pengundi kawasan adalah satu tindakan yang bijak dan berani selari dengan agenda kepimpinan tertinggi di dalam transformasi kepimpinan dan inklusif.
Langkah sebegini amatlah proaktif di mana, beliau dapat mendengar sendiri keluh resah mereka berkaitan dengan pelbagai isu
semasa yang membelenggu kehidupan mereka juga pandangan masyarakat tentang hal-hal yang membabitkan kehidupan dan impak sesuatu polisi Kerajaan.
Program yang
dinamakan "Sembang Santai" ini telah dihadiri sekitar 100 orang
masyarakat tempatan yang secara sukarela hadir bagi memberi cadangan
serta pendapat kepada Datuk Haji Noor Ehsanuddin tentang bagaimana cara
untuk lebih memperbaiki kawasan Tanjung Sedili dan juga meluahkan permasalahan yang mereka hadapi terus kepada ahli parlimen.
Lebih membanggakan lagi,
program tersebut telah dianjurkan oleh JKKK Tanjung Sedili, UMNO Cawangan
Tanjung Sedili dan Pusat Khidmat Kota Tinggi. Usaha ini membuktikan akar umbi UMNO di
kawasan Parlimen Kota Tinggi bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan sekaligus menjadikan UMNO sebagai pilihan masyarakat setempat untuk menjaga
kebajikan mereka.
Program ini membuka ruang kepada YB Datuk Noor
Ehsanuddin menyampaikan maklumat berkaitan isu GST di mana beliau sempat menyeru rakyat Kota Tinggi melibatkan diri dalam projek Wilayah Pembangunan Iskandar, PIPC dan RAPID
Pengerang kerana projek-projek ini dapat meningkatkan pendapatan penduduk
tempatan.
Inilah modus operandi yang sebenar dan jauh dari kebiasaan yang mana pemimpin mendapat "first hand administration" dan "personal touch" dengan rakyat lebih-lebih lagi pengundi sebagai seorang wakil yang dipilih rakyat.
No comments:
Post a Comment