Keindahan Pulau
Pinang pastinya memukau pengunjung yang mengambil laluan Jambatan Pulau
Pinang dengan bukit-bukau yang menghijau berlatarbelakangkan langit biru dan
tompokan kawasan pembangunan yang pesat. Tambahan pula, ia merupakan destinasi
pelancongan di utara Malaysia dengan pantai yang mensempadani lebih dari
separuh keluasan pulau.
Kini tidak
lagi...pemandangan yang tidak dapat dielakkan kesan dari penerokaan
lereng-lerang bukit yang semakin meluas akibat buatan manusia. Adakah aktiviti
ini mendapat keizinan Kerajaan Negeri atau satu sikap yang jelas sesetengah
mereka yang rakus meraih nama dan kekayaan dari alam dan membelakangi
undang-undang?
Kehodohan kini menyambut pengunjung dari tanah besar ke Pulau Pinang,
pemandangan perkosaan hutan oleh pemaju di puncak Bukit Relau dengan kawasan
sekitarnya dibersihkan untuk aktiviti perumahan. Apabila kegusaran dan
berita ini disampaikan kepada pihak berkuasa Majlis Perbandaran pada tahun
2013, kononnya mereka tidak memberikan sebarang kebenaran bertulis. Kemudiannya
berita diterima bahawa bukit tersebut telah dizonkan untuk perumahan sejak
tahun 2012.
Walaupun
demikian, sebenarnya beberapa anggota masyarakat setempat dan pencinta alam
telah menyuarakan kebimbangan mereka seawal tahun 2011 dengan kempen "Save
Bukit Relau Forest Reserve!"
Beberapa paparan
berkaitan mengenai sikap pemimpin dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dirujuk
berkaitan Bukit Relau, Bukit Laksamana dan sekitarnya.
Belumpun
pengondolan Bukit Relau ditangani, Bukit Batu Itam/Bukit Laksamana di Teluk
Bahang, Pulau Pinang ikut menjadi mangsa sikap tidak peduli kerajaan negeri
terhadap kepentingan menjaga alam sekitar ataupun 'komited' menyelesai isu ini.
Adalah
amat mengecewakan apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mampu memberi alasan
penggondolan bukit itu adalah di luar pengetahuan mereka. Sedangkan isu
pencerobohan bukit itu sudah banyak kali didedahkan media malah turut
dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk yang terkini.
Malangnya,
aktiviti pencerobohan itu terus berlaku dan sehinggalah pendedahan demi
pendedahan dibuat, baharu Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan kerja-kerja
tanah di bukit berkenaan dihentikan pemaju.
Ketika
dihubungi, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee Boon
Poh telah memberi jaminan kerja-kerja pemulihan sedang dilakukan.
"Kontraktor perlu membentuk teres untuk mengekalkan struktur dan mencegah hakisan lagi. Mereka juga perlu mengeluarkan batu-batu longgar dan menanam semula rumput dan pokok. Semua syarat yang ditetapkan oleh Majlis bandar sedang diperhatikan," menurut kata Phee.
Dalam isu yang sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Negeri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula menggesa rakyat Pulau Pinang untuk memberi masa kontraktor untuk melakukan kerja-kerja pengurangan.
Jaminan yang dibuat oleh dua Exco Kerajaan Negeri itu, ternyata lebih bersifat "buying time" dan "time will heal all destruction". Kerajaan Negeri tidak bersungguh dan menggenakan penalti yang setimpal di atas kerosakan yang dilakukan.
Datin Paduka Chew Mei Fun, Pengerusi MCA Negeri Pulau Pinang dalam satu kenyataan, berpandangan samaada kerajaan negeri adalah "prihatin kepada rakyat biasa ATAU lebih cenderung kepada pemaju hartanah?"
Datin Chew memaklumkan beberapa lokasi bukit di Bukit Tambun, Bukit Tok Kangar, Juru, Batu Kawan, Berapit, Kubang Semang dan Simpang Empat turut terjejas dan meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan kelupusan kehijauan di kawasan tersebut dan kenapa beliau (Lim) serta kepimpinan negeri mengabaikan kebimbangan awam mengenai bukit ini.
Ketua Menteri turut digesa melindungi kehijauan bukit dan suara anggota masayarakat dengan merujuk kepada projek-projek pembangunan tambahan dirancang di lereng bukit Tanjung Bungah itu.
Rakyat negeri Pulau Pinang berhak mendapat jawapan dari Ketua Menteri, Exco dan Majlis Perbandaran di atas kelalaian dan kecuaian mereka menjalankan tanggungjawap dan dipertanggungjawapkan.
Adakah Kerajaan Negeri benar-benar ikhlas dan telus serta 'komited'?
Siapakah yang bertanggungjawab untuk kemerosotan ini dan siapa yang meluluskannya.
Mengapa kejadian seperti ini boleh dibiarkan terus berlaku?
Adakah Kerajaan Negeri pimpinan DAP sengaja membuta mata dalam aktiviti tersebut yang jelas dapat dilihat oleh semua orang yang memasuki Pulau Pinang itu dari tanah besar?
Adakah Kerajaan Negeri pimpinan DAP sengaja membuta mata dalam aktiviti tersebut yang jelas dapat dilihat oleh semua orang yang memasuki Pulau Pinang itu dari tanah besar?
Atau adakah Kerajaan Negeri pimpinan DAP telah menerima ‘bonus’ dari ‘pemaju’ yang giat melakukan aktiviti penggondolan itu untuk terus membisu serta membuta mata mengenai aktiviti tersebut?
No comments:
Post a Comment