Sidang Dewan Rakyat kali ini,
semestinya panas dengan isu-isu yang tidak pernah dilepaskan Ahli Parlimen
pihak Pembangkang terutamanya untuk mensensasikan keadaan dan memperkecilkan
hampir kesemua usaha Kerajaan Malaysia mentadbir negara.
Dalam satu soalan yang dikemukakan
Teresa Kok Suh Sim (Teresa Kok) di Sidang Dewan Rakyat pada 2hb Nov 2015 menyentuh perihal perbelanjaan yang ditanggung Kerajaan Malaysia berkaitan
malapetaka yang menimpa 2 buah pesawat yang dimiliki Malaysian Airlines (MAS)
kini diberi nama Malaysia Airlines Bhd (MAB); penerbangan MH370 dan MH17.
Sebelum itu, Teresa Kok telah
meminta Menteri Pengangkutan menyatakan perbelanjaan yang digunakan kerajaan
dalam operasi mencari pesawat MH370 dan menangani nahas pesawat MH17 serta
nilai pampasan yang diberikan kepada penumpang dan krew kabin yang terkorban dalam
kedua-dua nahas tersebut.
YB Dato' Seri Liow Tiong Lai, Menteri
Pengangkutan menjelaskan; bagi pesawat malang MH370, kos yang ditanggung bagi
operasi pencarian kini telah mencecah RM230 juta sehingga bulan Oktober 2015.
Pesawat MH370 dijadualkan perjalanan
ke Beijing, Rep. Rakyat China dari Kuala Lumpur dikesani berpatah balik dan
hilang dari imbasan radar pada 8hb Mac 2014 bersama kesemua 239 penumpang
dan anak kapal yang telah diishtiharkan telah terkorban. Kerajaan Malaysia
terus komited kerja-kerja pencarian yang masih diteruskan dan diperluaskan
sehingga 120,000 kilometer persegi dalam kawasan Lautan Hindi.
Pada 6 Ogos lalu, Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan serpihan atau flaperon pesawat yang ditemui
di Pulau Reunion di Perancis, Julai lalu adalah daripada pesawat malang MH370.
Kos misi mencari dan siasatan ke atas
pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac itu adalah misi paling mahal dalam
sejarah penerbangan, menurut Fairfax Media.
Selepas empat minggu kehilangannya, ia
sudahpun melepasi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini
memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah $50 juta (RM164
juta).
Kos perbelanjaan tinggi ini telah
melibatkan kegunaan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang
dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan
Hindi; di mana dipercayai lokasi terakhirnya.
"Manakala bagi menangani nahas
pesawat MH17 kerajaan membelanjakan sebanyak RM12.9 juta," kata Liow bila
memaklumkan kos yang ditanggung mengenai pesawat malang MH17 yang ditembak
jatuh di ruang angkasa wilayah timur Ukraine pada 17hb Julai 2014 dalam penerbangan
dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Peristiwa itu telah menggorbankan seramai 298 orang
penumpang dan anak kapal.
Menyentuh mengenai pampasan kepada
waris mangsa kedua-dua nahas, Dato' Sri Liow menjelaskan, "Dalam hubungan
ini, MAS telah menawarkan bayaran pampasan pendahuluan dan Pakej Bantuan Krew
berjumlah RM215,000 (USD50,000) sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan
penuh kepada waris dan keluarga penumpang serta anak kapal MH370 dan
MH17. Setakat ini sebanyak 236 waris telah menerima bayaran pampasan
pendahuluan bagi MH17 dan 74 waris bagi mangsa tragedi MH370. Jumlah
pampasan diberikan bagi kedua-dua nahas adalah sebanyak RM71.3 juta (USD16.6
juta),"
No comments:
Post a Comment