Ayuh Melayu!!! Lontarkan suaramu pada tempatnya. Masa TIDAK bersama kita. Bergelut sesama sendiri di medan sosial.
Di sambar kilat henti nadi
Ini Melayu Prihatin
Bila PRU, sendiri menghukum diri. Bagai GAGAK di rimba, merintih dan meroyan lagi. Malunya Melayu hanya petah kata-kata TIDAK pula aksinya.
Tidak lahirlah peribahasa Melayu; "BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT". Bukan sekadar kata-kata, tetapi perbuatan mensahihkan kehadiran.
Pantun : Undi
Di sambar kilat henti nadi
Umpama bunga jatuh layu
Sedih lihat daftar pengundi
Ramai Cina dari melayu
Jalan berbatu tempuh titi
Mencari dara gadis ayu
Cina bersatu tidak kira parti
Tujuan asal jatuhkan Melayu
Ciongsam putih pakaian Nyonya
Sari ungu pakaian India
Melayu masih besar egonya
Konon melayu tak hilang di dunia
Jika ke hulu mencari angsa
Berpusing nanti buruk padahnya
Bila melayu hilang kuasa
Baru bising seluruh dunia
Di tinggal ibu hidup merana
Di tengah kota penjara besi
Jika Melayu di perintah Cina
Tinggal nama lidah dan gusi
Gadis Arab kening melentik
Berbaju labuh kain parsi
Jangan di harap ahli politik
Asyik bergaduh rebut kerusi
Arah barat cari mayat
Dalam gua jumpa mangsa
Jangan di harap wakil rakyat
Kumpul harta lupa bangsa
Dari dulu tinggal di kuah
Jual baja membeli padi
Duhai melayu semangat tuah
Kerah semua daftar pengundi
Dari Seremban poie A.Setar
Singgah Tapah sarapan pagi
Ayuh anak Melayu poie daftar
Tinggal 5 hari saje lagi...
Nukilan :-
Nukilan :-
Pakai baju kain satin,
No comments:
Post a Comment