Showing posts with label CRSM. Show all posts
Showing posts with label CRSM. Show all posts

Wednesday, January 28, 2015

Bantuan Banjir DiHulur Tanpa Prejudis

Malapetaka banjir yang melanda negara di pantai timur timur tidak mengenal mangsa. Di lembah, kampung mahupun bandar. Tidak juga mengenal warna kulit, bangsa mahupun Agama di dalam laluannya. Ada mangsa yang terpaksa menahan lapar dan kelembapan tanpa bumbung untuk berteduh. Jalanraya atau denai tambahan lagi kawasan pedalaman yang jauh dari kemudahan perhubungan dan jalanraya.

Begitulah pengalaman yang dialami petugas-petugas dan sukarelawan MCA yang dikenali juga sebagai Crisis Relief Squad Of MCA (CRSM) sewaktu menghantar barang bantuan ke perkampungan orang Asli di Gua Musang. Perkampunag orang Asli di situ yang dianggarkan terdpat lebih kurang 20 perkampungan dengan 2000 orang penduduk.

Mangsa banjir dari golongan orang Asli yang terputus bantuan, telah dihulurkan bantuan oleh Sukarelawan CRSM dengan kenderan pacuan empat roda (4WD) walaupun sering terhenti akibat keadaan laluan yang dalam berlumpur. Namun segala penat lelah diabaikan demi satu pertanggungjawaban dan prihatin kepada mangsa banjir yang terputus dari dibantu sebelum ini. Keadaan perjalanan yang amat mencabar dan ekstrem tersebut begitu memerlukan keupayaan kenderaan 4WD yang lebih lasak untuk siri bantuan yang selanjutnya.

Dalam keadaan yang sukar di 12 perkampungan, sukarelawan CRSM terpaksa menurunkan barangan bantuan di sebuah depoh di tengah jalan manakala orang-orang perkampungan Asli terpaksa berjalan kaki ke depoh berkenaan untuk mendapatkan barangan bantuan di sana.

Sehingga 16hb Januari, pihak CRSM telah Berjaya menghantar melebihi 1 ribu tan barangan ke kawasan banjir dengan nilaian lebih dari RM1.8 juta.

Persediaan Persekolahan Mangsa Banjir DiTumpukan MCA

Bencana banjir besar yang melanda di pantai timur merupakan kejadian terburuk dalam sejarah negara berbanding tahun lepas. Walauapa pun kesibukan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli MCA menghulurkan bantuan amat ketara sekali.
Setelah keadaan kembali beransur pulih, MCA memulakan tumpuan bantuan kepada persediaan sesi persekolahan tahun 2015 dalam pasca banjir.
            Datin Paduka Chew Mei Fun bersama CRSM

Datin Paduka Chew Mei Fun bersama Skuad Bantuan Krisis MCA (Crisis Relief Squad – CRSM) mula bergerak membersihkan persekitaran sekolah yang terjejas teruk dilanda banjir.

Manakala di kawasan lain,  Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang disertai seramai 100 ahlinya memulakan kerja-kerja pembersihan di SJKC Chung Hwa dan seterusnya ke SJKC Chung Cheng.

Hasil usaha MCA mendapat sambutan para penderma yang prihatin yang terus menyumbang ke arah usaha-usaha pasca banjir termasuklah bantuan persediaan memulakan sesi persekolah.



Hasil darinya MCA telah membeli 6,303 set baju uniform sekolah untuk 18 sekolah di Kelantan. Guru-guru-guru besar serta pengerusi-pengerusi PIBG di Kelantan turut membantu menurunkan pakaian dari treler serta menguruskan pengagihan.

Cabaran utama yang dihadapi ketika kerja-kerja pembersihan sekolah ialah bekalan air dan  Datuk Wee amat jelas melontarkan teguran agar kerajaan negeri Kelantan menyediakan bekalan air kepada penduduk dengan segera bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan rumah mereka ataupun sekolah-sekolah dapat berjalan lancar dan meneruskan kehidupan masing-masing.