Showing posts with label DCA. Show all posts
Showing posts with label DCA. Show all posts

Thursday, July 09, 2015

Perjanjian Kerjasama Pertingkatkan Hubungan Malaysia-Eropah

Hubungan baik dengan Kesatuan Eropah adalah diantara usaha mengukuhkan hubungan diplomatik dan ekonomi Malaysia. Kehadiran Perdana Menteri, YA Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sidang Kemuncak Kerangka Kerja Eropah-Asia di Brussels pada Oktober tahun lepas mensaksikan usaha menjamin kestabilan Malaysia dengan perjanjian kerjasama susulan dalam pelbagai bidang dan kepentingan.

Lanjutan dari itu, melihatkan perkembangan keselamatan penerbangan awam lanjutan kepada insiden pesawat malang MH17 isu semasa yang lain , Malaysia kini telah menandatangani satu Perjanjian Kerjasama di antara Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Persidangan Penerbangan Awam Eropah (ECAC) sebagai usaha memperkukuhkan hubungan negara bersama rantau Eropah dan dipertingkatkan bagi perkara-perkara berkaitan dengan penerbangan awam antarabangsa, terutamanya dari aspek keselamatan, pembangunan modal insan, peraturan, penyiasatan kemalangan dan isu berkaitan alam sekitar.

Satu kenyataan telah dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Liow Tiong Lai yang berkata sejajar dengan saranan Malaysia supaya diwujudkan peruntukan bagi pengesanan pesawat komersial secara global dan tepat masa, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan juga mengemukakan perakuan bagi peruntukan serupa pada Ogos tahun ini.  

Di dalam memberi ucaptama pada Sesi Plenari ke-34 ECAC bersempena dengan ulangtahun ECAC ke-60 di Strasbourg, Perancis, baru-baru ini, Dato' Seri Liow berasa yakin kerjasama ini akan menjadi pemangkin kepada peluang pertumbuhan sosio-ekonomi antara Malaysia dan Eropah.

Menerusi Perjanjian Kerjasama ini, adalah diharapkan agar hubungan kerjasama yang lebih baik dapat dipertingkatkan bagi perkara-perkara berkaitan dengan penerbangan awam antarabangsa, terutamanya dari aspek keselamatan, pembangunan modal insan, peraturan, penyiasatan kemalangan dan isu berkaitan alam sekitar. Kerjasama diharap akan menggalakkan perkongsian maklumat berkaitan tren industri penerbangan dan juga lebih banyak penglibatan bersama dalam acara dan mesyuarat bertaraf antarabangsa serta kolaborasi inisiatif dan aktiviti latihan yang berkaitan dengan pembangunan sektor penerbangan awam

Mengulas lagi mengenai ucapatamanya Liow, "...saya telah merayu sokongan daripada ECAC terhadap cadangan Malaysia berhubung pengesanan global secara ‘real-time’, jangka hayat bateri kotak hitam yang lebih lama serta perkongsian maklumat secara mandatori antara negara-negara anggota ICAO dan industri penerbangan. Malaysia turut menggesa ECAC untuk bekerjasama dengan ICAO berhubung perkara ini."

Harapan Malaysia adalah mewujudkan ekosistem mampan yang menyokong aspirasi untuk mewujudkan sektor penerbangan antarabangsa yang selamat dan efisien.

Tuesday, June 16, 2015

Peminat Dron Mesti Dapat Kelulusan DCA

Dewasa ini, kegilaan atau hobi pesawat udara tanpa juruterbang; Unmanned Aerial Vehicle (UAV) semakin menarik minat penggemar sukan aeronautik/penerbangan negara pesawat tersebut. Diilhamkan dari kemampuan pesawat tersebut oleh filem-filem perang dan dokumentari disamping kepenggunaan mendapatkan scene yang menarik di udara dengan kos yang jauh lebih murah berbanding menyewa atau memiliki pesawat yang dipandu juruterbang. 

Walaupun demikian, menurut Menteri Pengangkutan; YB Dato’ Seri Liow Tiong Lai, semua dron atau UAV perlulah mendapatkan  kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) terlebih dahulu. 

Usaha ini penting sebagai memastikan penggunaan UAV di negara ini terkawal dan tidak menjejaskan penerbangan pesawat di ruang udara negara terutamanya di kawasan lapangan terbang. Berbanding dengan negara luar, topografi negara dengan tanah landai dan lapang tidak luas, apalagi terdapat bangunan tinggi dan infra struktur yang tidak mengizinkan serta soal keselamatan orangramai. 

DCA telah diarahkan Dato’ Seri Liow membuat kajian menyeluruh berhubung perkara itu serta menggariskan penguatkuasaan pendaftaran untuk penggunaan dron atau UAV dengan secepat mungkin. 

"Pada masa ini beberapa siri penerangan dan dialog giat dijalankan di peringkat negeri sebelum kita mengeluarkan sebarang peraturan keselamatan yang baharu," tambah beliau.

Dato’ Seri Liow berkata demikian selepas majlis perasmian Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai 2015 yang disempurnakan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka; Datuk Seri Ir. Haji Idris Haron dan disertai 184 pesawat persendirian di Aerodrome Sungai Rambai, Melaka. 

Semua pemilik dan peminat pesawat persendirian diingatkan sentiasa peka dan mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh DCA bagi menjamin keselamatan ruang udara negara. 

Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, Melaka diberitakan akan ditambah kira-kira 400 meter bagi memudahkan pendaratan pesawat komersial setelah urusan perbincangan membabitkan pengambilan tanah penduduk di kawasan tersebut selesai. 

LTAM adalah antara lapangan terbang penting bagi industri pelancongan serta ekonomi Melaka dan dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dihadapi KLIA dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang. 

"Usaha menaiktaraf ini diharap dapat menarik lebih banyak pesawat komersial untuk mendarat di situ kerana saya difahamkan lima lagi syarikat penerbangan berminat untuk melakukan penerbangan di lapangan terbang berkenaan," kata Liow.

Kementerian Pengangkutan turut meluluskan peruntukan sebanyak RM1.6 juta bagi meningkatkan kemudahan di Aerodrome Sungai Rambai, khususnya memasang lampu bagi membolehkan penerbangan pada waktu malam.