Showing posts with label Kota Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Kota Tinggi. Show all posts

Monday, August 17, 2015

Belia Kota Tinggi Libat Diri Jana Ekonomi

Sosio-ekonomi warga Kota Tinggi, Johor dan masa depan warga belia adalah antara agenda Ahli Parlimennya, Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid.  Maka tidak hairanlah beberapa program dilahirkan di dalam menjuruskan keselesaan dan kestabilan ekonomi selari dengan pembangunan dan keperluan negara dengan kerjasama pelbagai agensi tempatan.

Pada 14hb Ogos lalu, seramai 25 orang belia dari sekitar daerah Kota Tinggi telah diberi peluang mengikuti Program Pemasangan dan Servis Penghawa Dingin Domestik oleh RTC Johor dan MIC Kota Tinggi.

Kursus tersebut telah dijalankan di Pusat Latihan Putra Kota Tinggi selama tujuh hari bertujuan membantu para peserta menjana pendapatan tambahan.

"Program ini sangat baik. Saya berharap para peserta tidak menoleh ke belakang dan terus bergerak ke hadapan untuk sama - sama bersaing dalam dunia yang serba maju dan pantas. Untuk maju dan berjaya, ia lahir dari kemahuan sendiri. Dengan kemahiran yang anda perolehi ini saya berharap para peserta hendaklah bersungguh sungguh memperbaiki diri menambah ilmu dalam masa yang sama menjana pendapatan. Tahniah pada pihak penganjur dan syabas para peserta." begitu pesanan Haji Mesran Bin Tugiman wakil Ahli Parlimen Kota Tinggi.

"Menerusi program RTC ini, kursus berasaskan industri ini julung-julung kalinya diadakan di Johor dan juga Malaysia. Tahniah atas inisiatif ini dan saya yakin ianya mampu membantu para peserta menjana ekonomi dan berdaya saing merebut peluang yang sedia ada contohnya dengan Rapid Pengerang. RTC juga akan cuba membantu para peserta mendapatkan peluang pekerjaan atau perniagaan yang berkaitan." menurut kata Dr Azlan Hj Abd Jalil, Pengurus RTC Johor

"Saya berharap dengan adanya kursus sebegini dapat membantu belia-belia kita berjaya menjana ekonomi dan dapat mengurangkan gejala sosial. Program sebegini juga dapat membantu belia-belia yang kurang cemerlang dalam bidang akademik berdaya saing dalam dunia yang serba maju ini." kata Encik Subramaniam, Ketua Pemuda MIC.

Salah seroang peserta dari Felda Lok Heng, Huzaifah Bin Hj Miskan yang turut sama menyertai program ini menyatakan "Saya mengucapkan ribuan terimakasih pada pihak penganjur kerana memberi peluang pada kami menimba ilmu dan sekaligus menjana pendapatan kami. Saya bercadang untuk membuka perniagaan sendiri dengan ilmu yang ada. Saya juga berharap diperbanyakkan kursus-kursus sebegini untuk membantu kami para belia." 

Wednesday, March 25, 2015

Round 2, Pandan DiTempelak

Hanya tinggal berapa hari sahaja lagi sistem percukaian baru; Goods Services Tax (GST) akan mengambilalih percukaian Sales and Services Tax (SST). Pembentangan Bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri telah memberi cukup masa pemakluman kepada rakyat umum akan perubahan yang bakal dilaksanakan itu.
Agensi Kerajaan, sektor ekonomi, rakyat malah pemimpin tidak terkecuali dari peranan masing-masing dan hebahan serta penerangan yang dijalankan bagi memahami maksud dan hasrat GST dilaksanakan.
Kian detik berlalu, pemimpin dari pihak pembangkang tidak tidak putus-putus mengaitkan isu GST sebagai agenda politik mereka, sedangkan peranan mereka adalah 'check and balance' untuk sama-sama menjalankan tanggungjawap kepada keperluan Negara tidak terbantut.
Lama sudah mereka mengaitkan Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) dengan senda yang menjengkelkan. Banyak tohmahan dan fitnah dilemparkan tanpa asas dan fakta yang diputarbelitkan agar rakyat bangkit memberontak.
Paling lantang bersuara, Ahli Parlimen Pandan, En Rafizi Ramli dengan kepakarannya sebagai seorang strategis mencetuskan dakwaan bahawa Malaysia bakal bankrap serta Kerajaan pimpinan BN akan tumbang di PilihanRaya Umum akan datang bila GST dilaksanakan…begitu prihatinnya Rafizi terhadap Kerajaan.
Pada tarikh 1hb April nanti, Malaysia akan menjadi Negara yang ke 160 dari 193 negara seluruh yang mengamalkan system percukaian; GST. Maka jika benarlah, dakwaan Rafizi, Singapura yang terlebih dahulu mengguna GST pada 1hb Apri 1994, patutnya telah tumbang dan berganti Kerajaannya. Begitu jugalah keadaannya dengan 159 negara yang sebelum ini telah makan pasir kerana GST…atau hakikatnya Rafizi bertindak demikian bagi memastikan beliau mampu gunting rambut sebulan sekali tapi punyai simpanan melebihi RM1.6 juta. Dari mana sebenarnya hasil itu?
Ahli Parlimen Tinggi, YB Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid bingkas menempelak kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang terus mendakwa GST ini membebankan rakyat...
Ikuti kenyataan Ehsanuddin mengenai kenyataan Rafizi tentang pelaksanan GST yang dipetik dari portal BNBBC http://www.bnbbc.my/?p=41104
“Apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Pandan itu memang mengelirukan rakyat kerana ada empat perkara penting yang boleh dilihat kesan positifnya.
“Pertama, daripada dua cukai jadi satu cukai iaitu 16 peratus menjadi 6 peratus sahaja, banyak barangan yang daripada mahal menjadi makin murah, harga boleh direbat daripada kerajaan oleh pembekal, pengilang dan pengedar, serta bukti yang paling jelas adalah sebanyak 160 daripada 190 buah negara yang telah menggunakan cukai GST ini,” katanya Ehsanuddin.
Menurut Ehsanuddin lagi, GST adalah selaras Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan di mana peniaga tidak boleh mengenakan harga jualan dengan kadar yang sangat tinggi kerana kerajaan mampu mengawal harga berdasarkan sistem rebat yang dikenakan kepada setiap peniaga, pengilang mahupun pembekal.
“Di sini semua pihak akan dapat manfaatnya, baik dari segi peniaga akan mendapat keuntungan, pengguna dapat berbelanja dengan harga di bawah kawal manakala kerajaan akan mendapat sumber pendapatan daripada percukaian yang akhirnya cukai tersebut akan dinikmati oleh semua pihak,” katanya.
Selain itu, penggunaan GST juga akan dapat meyakinkan para pelabur untuk melabur di Malaysia memandangkan negara kita akan turut menyertai 160 negara lain mengenakan cukai yang sama.
“Ini bermakna cukai GST ini bertaraf antarabangsa kerana banyak negara luar yang telah menggunakan cukai tersebut lebih awal daripada kita,” tambahnya.
Justeru, beliau menolak tanggapan Rafizi yang menyatakan GST hanya membebankan rakyat kerana ia bertentangan matlamat kerajaan meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam semua aspek khususnya menerusi perlaksanaan GST bermula April ini.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Kalau pelakun porno si Alvin Tan menerima keadaan GST di Amerika Syarikat bersetuju GST di Malaysia jauh lebih baik, kenapa Rafizi nak buat kecoh dan bising macam half baked beans?!

Wednesday, March 11, 2015

"Citarasa Anda Keutamaan Kami".

Andai anda berkesempatan ke Kota Tinggi, jangan lupa mengambil peluang ke Sedili. Sambil melawat boleh membantu perusahaan yang semakin mendapat sokongan di negeri Johor Darul Takzim ini.

D'Sedili Best Foods Enterprise telah beroperasi hampir 3 tahun hasil usaha Sdr. Idris Bin Ahmad menyara ahli keluarga dengan tagline, "Citarasa Anda Keutamaan Kami". Bahan mentah yang didapati dari kawasan berdekatan diproses dan dipasarkan sehingga ke Johor Bahru dan Pontian.

Kepada mereka yang perlukan bekalan keropok segera bagi tujuan perniagaan atau keperluan sendiri bolehlah berhubung terus dengan En. Hamzin di talian 011-1074 6901; D' Sedili Best Foods Enterprise, No. 4 & 5, Gerai lot 2437, Kg teluk Jeri, Tanjung Sedili, Kota Tinggi.

Yang Berhormat Datuk Hj Noor Ehsanuddin Hj Mohd Harun Narrashid; Ahli Parlimen Kota Tinggi turut melapangkan masa dan memberikan sokongan kepada anak tempatan menceburi bidang perniagaan bersama En. Syamsul Amri bin Othman; Pengurus Besar PPK Kota Tinggi.

Kota Tinggi Berpanji Baru Menyambut Istiadat Kemahkotaan

Dengan perkenan DYMM Tuanku Sultan Johor; Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 25hb Februari 2015, dengan megah dan rasminya bertitik tolak pada 1hb Mac 2015, sejarah baru di daerah ini apabila bendera Kota Tinggi mula berkibar megah buat julung kalinya. 
Perasmian telah dilakukan oleh Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi; YBhg Tn Noorazam Bin Osman bersama-sama Ahli Parlimen Kota Tinggi YB Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Haji Harun Narrashid, ADUN Johor Lama dan ADUN Sedili serta Ketua-ketua Jabatan pelbagai agensi. Pengibaran sulung bendera dilakukan di Bangunan Sultan Iskandar, Kota Tinggi dengan setiap Jabatan akan dibekalkan dengan bendera rasmi daerah untuk dikibarkan pada setiap bangunan kerajaan berkuatkuasa pada 1 Mac 2015.

Peraduan mencipta panji daerah Kota Tinggi sejak dua tahun sebelumnya, kini menampilkan reka bentuk Bulan dan Bintang melambangkan agama Islam, Merah sebagai keberanian, Biru warna diraja Johor dan jalur Putih mewakili Sungai Johor yang merupakan permulaan kerajaan dan Kesultanan Johor.

Seluruh warga Kota Tinggi serta negeri Johor bakal meraikan Istiadat Kemahkotaan DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden yang bakal diadakan di Istana Besar Johor pada 23 Mac ini.

Bertambahlah seri dan sambutan dengan perkenan Duli Tuanku Sultan Ibrahim memberi gelaran baharu kepada isteri baginda; Raja Zarith Sofiah Sultan Idris sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.

Penulis mengucapkan sekalung tahniah buat Yang Berhormat Datuk Haji Noor Ehsanuddin Bin Haji Harun Narrashid; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Cik Eaishah Aziz; anak bungsu daripada enam beradik kelahiran Felda Bukit Aping Timur pencipta bendera daerah Kota Tinggi dan seluruh warga negeri Johor Darul Takzim sempena istiadat serupanya sejak 55 tahun yang lepas pada 10hb Feb 1960 ketika Almarhum Sultan Ismail Sultan Ibrahim dimahkotakan.
Sultan Johor kelima; Tuanku Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan
 Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Sembah patik harap diampun.