Showing posts with label Tahun Baru Cina. Show all posts
Showing posts with label Tahun Baru Cina. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

Penghargaan Buat MCA

YB Datuk Wee Ka Siong selaku Timbalan Presiden MCA dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor telah membangkit beberapa masalah yang dihadapi rakyat Johor termasuklah isu kenaikan cukai harta daerah Yong Peng yang melambung tinggi sehingga 7500%. Datuk Wee bertindak mensarankan agar semakan dibuat terhadap penilaian harta yang tidak munasabah ini di mana nilai harta di kawasan luar bandar lebih tinggi berbanding nilaian harta di bandar.

Keadaan jalan Air Hitam ke Gemas dipohon untuk baikpulih kerana terlalu banyak jambatan dan pembahagi di tengah jalan persekutuan yang telah mengakibatkan banyak kemalangan jiwa.

Aduan rakyat yang dikemukakan Datuk Wee kepada pihak yang berkaitan mendapat perhatian terus YAB MB Johor. Jelas sekali kepimpinan MCA di semua peringkat negeri Johor mempunyai hubungan baik dan peka dengan suara masyarakat Tionghua.


Lantaran kata-kata yang dituturkan YAB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Besar Johor dalam satu majlis bersama rakyat meraikan Tahun Baru Cina di Batu Pahatyang disambut tepukan gemuruh mengesahkan keadaannya.
"Maka sebenarnya, kita tidak memerlukan parti pembangkang kerana MCA boleh mewakili kaum Cina di negeri kita pada hari ini... "
Inilah transformasi MCA yang dikatakan apabila masyarakat Tionghua khususnya kembali semula kepada MCA. Peranan penting yang dimainkan setiap parti komponen BN terutama MCA, yang merealisasikan kerajaan negeri Johor terbentuk pada hari ini. YB MB juga diberi peluang untuk menilai dan melihat sendiri kekuatan masyarakat tionghua kepada MCA pada malam itu.

Sebagai menjawab permohonan Datuk Wee, YB MB telah sarankan kerajaan pusat perlu berikan pertimbangan wajar walaupun Johor dikategorikan sebagai negeri yang sudah membangun dan maju, lebih-lebih lagi terdapat ahli parlimen Johor yang menduduki di barisan kabinet Kerajaan Malaysia, maka sepatutnya permohonan untuk menaik taraf jalanraya persekutuan Air Hitam ke Gemas mendapat perhatian yang baik.

YB MB bersedia beri perhatian serius kepada apa yang sedang berlaku di Majlis Daerah Yong Peng apabila cukai harta melambung tinggi dan beliau berharap agar isu ini dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama, YB MB meminta penduduk yang terjejas agar menyertai proses rayuan yang perlu dilalui di dalam melakukan penilaian semula cukai pintu dalam kawasan PBT.

Begitu juga dengan projek keretapi laju KL-Singpura yang bagi pandangan Datuk Wee akan memberikan limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan. Kerajaan negeri Johor, tiada halangan laluan keretapi laju ini melalui mana-mana daerah asalkan penduduk tempatan bersetuju.

Jelas sekali permuafakatan antara kaum akan menentukan negeri Johor terus kekal berjaya, maju dan cemerlang, sebuah negeri yang paling kuat dan kukuh ekonominya dan ini adalah tanggungjawab semua rakyat Johor tanpa kira bangsa.

Sebagai parti yang mewakili kaum Tionghua, MCAlah parti politik yang sentiasa mampu membawa suara rakyat kepada kerajaan negeri. MCA dan kerajaan negeri tidak perlu tunggu hanya waktu pilihanraya untuk selesaikan masalah rakyat. Inilah kerjasama di antara parti-parti komponen BN yang sentiasa berganding bahu bagi memastikan rakyat terbela dan suara mereka diberi perhatian dan diambil tindakan. 

Tuesday, February 24, 2015

Kai Gung Meriahkan Ibu Pejabat MCA

Meriah dan gamat sekali majlis "Kai Gung" di pagi kelima Tahun Baru Cina; Tahun Kambing berdasarkan kalendar Cina yang dikepalai sendiri Presiden parti; YB Dato' Seri Liow Tiong Lai kelmarin di pintu masuk Ibu Pejabat MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang.

Presiden parti di samping barisan kepimpinan tertinggi parti yang turut sama danUntuk irama yang nyaring gendang dan simbal, kepimpinan MCA yang diketuai oleh Presiden parti Dato 'Sri Liow Tiong Lai mengadakan "kai gung" atau bermulanya majlis kerja pagi ini, hari kelima Tahun Baru Cina Kambing itu di Ibu Pejabat MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang.

"Kai Gung" yang bermaksud memulakan tugasan pada hari kelima Tahun Baru Cina merupakan tradisi masyarakat Tionghua dengan persembahan gendang berirama dan tarian Singa yang sungguh menarik hati dan mempersonakan pengunjung luar dan setempat.

Dato' Sri Liow bersama timbalannya, Datuk Ir Wee Ka Siong kelihatan girang sambil menyerahkan "Angpau" sebagai tanda penghargaan kepada persembahan "singa".

Kumpulan tarian "singa" tersebut kemudian telah diiringkan ke setiap aras Wisma MCA sebagai usaha menyambut kemakmuran, tenaga positif, nama baik dan kesihatan yang sempurna baik untuk parti, kepimpinan dan semua kakitangan MCA di Tahun Baru Cina ini.

Tidak ketinggalan dilihat Setiausaha Agung MCA; Dato Seri Ong Ka Chuan, Ketua Pemuda MCA; Senator Chong Sin Woon, Ketua Wanita MCA Kebangsaan;  Datuk Heng Seai Kie dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat turut memeriahkan lagi majlis gemilang ini.

Kira-kira seramai 50 orang kakitangan Ibu Pejabat MCA dan Koperasi Jayadiri (Kojadi) diraikan dengan jamuan makan tengah hari dengan sambutan "Yee Sang sebagai usaha memupuk dan merapatkan hubungan dan ikatan sesama kakitangan dan kepimpinan parti.