Showing posts with label Teksi Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Teksi Malaysia. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

Teksi Lama Mulai Berganti

“Terdapat dua aspek yang perlu dilihat bagi mentransformasikan industri teksi iaitu pertukaran kenderaan dan perubahan cara pemikiran pemandu teksi,” begitulah antara disebut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), YABhg Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar dalam satu temuramah.
Dalam meningkatkan kewibawaan dan imej industri, dua aspek itu adalah faktor terpenting dan mampu dijayakan dengan hati terbuka. Namun aspek minda adalah selari sikap dan disiplin pemandu itu sendiri, perlu diperbaiki dan pendekatan yang lebih mikro bersama mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri mendepani pelanggan seharian.
Menyentuh aspek pertukaran kenderaan teksi, kini terdapat lebih 60,000 teksi di Semenanjung Malaysia melalui skim/program TEKS1M, Teksi Bajet dan Teksi Malaysia dengan 37,000 darinya beroperasi di Lembah Klang. Sejumlah kira-kira 10,000 teksi lama sedang beroperasi di dalam negara.

SPAD menurut Tan Sri Syed Hamid, mensasarkan tiada lagi teksi lama menjelang 2019 dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan teksi di Malaysia. Bagi mencapai matlamat itu, SPAD berharap dapat menukarkan kesemua teksi yang berusia 10 tahun dan ke atas dengan kenderaan baharu dalam tempoh empat tahun.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan selesa kepada penumpang, semua teksi lama perlu ditukarkan kepada baharu di bawah program Teksi 1Malaysia (TEKS1M).
Pada 2013, SPAD memperkenalkan TEKS1M yang bertujuan untuk mempertingkat standard kenderaan, kualiti pemandu dan prinsip operasi dalam industri teksi. Sejak Oktober tahun lalu, kesemua teksi yang mencapai hadnya perlu digantikan dengan TEKS1M. Berdasarkan permit teksi bajet mempunyai jangka hayat selama 10 tahun, teksi yang bukan TEKS1M terakhir dijangka tidak digunakan lagi untuk beroperasi menjelang akhir 2024.
“Kita perlu tukar teksi lama kepada model baharu. Setakat ini, kita telah menukarkan kira-kira 2,000 kenderaan lama kepada model baharu di bawah program TEKS1M,” katanya lagi.
Bagi mempercepatkan proses tersebut, SPAD sedang mempertimbangkan lebih banyak model kenderaan dimasukkan di bawah program TEKS1M. Buat masa ini, hanya Toyota Innova dan Proton Exora yang kedua-dua merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV) diluluskan sebagai model kenderaan di bawah TEKS1M.
Model kenderaan bagi TEKS1M tidak lama lagi bakal diperluaskan kepada kenderaan jenis sedan buatan Malaysia seperti Proton Persona dan Proton Saga pada tahun ini. Kenderaan lebih kecil lebih menjimatkan dan membolehkan lebih ramai pemandu teksi untuk menukarkan jenis teksi di bawah TEKS1M.
“Kita menerima aduan daripada pemandu teksi yang tidak mampu untuk menukarkan teksi mereka kepada Exora atau Innova yang membabitkan kos kira-kira RM60,000 dan RM70,000 berbanding Persona hanya melibatkan kos RM40,000 dan menggalakkan lebih ramai pemandu teksi untuk menukarkan kenderaan mereka,” tambahnya.
Kekurangan kenderaan muatan keluarga dalam perkhidmatan teksi dikesani melihatkan sejumlah pelancong asing bersama ahli keluarga memilih untuk menempah khidmat satu kenderaan. Bagi memenuhi segmen itu, kereta buatan Malaysia yang lain turut dipertimbangkan untuk disenaraikan di bawah TEKS1M.
Pelancaran model tambahan pada tahun ini selepas dibuat kelulusan dan mengikut syarat dan spesifikasi tertentu akan melancarkan proses pertukaran teksi lama kepada model baharu.
Menyedari sikap dan perkhidmatan yang diberikan para pemandu teksi, Tan Sri Syed Hamid berkata, “Saya juga berharap pemandu teksi yang mahu menyertai TEKS1M akan lebih berdisiplin dan menyediakan perkhidmatan lebih berkualiti,” dari makluman yang memberitahu terdapat ramai pemandu teksi yang beroperasi secara separuh masa.
“Terdapat aduan mengenai kekurangan teksi pada waktu puncak. Segelintir pemandu mungkin berada di rumah ketika itu manakala mereka yang lain mungkin menggunakan teksi mereka sebagai kenderaan persendirian." katanya lagi.
Sikap sebegini hanya menjejaskan mutu dan imej perkhidmatan oleh para pemandu teksi yang mengganggap teksi sebagai kerja "part time" menggunakan luang masa untuk memenuhi urusan rumahtangga seperti menghantar anak-anak ke sekolah, membeil belah atau ke pasar dan lain-lain yang tidak produktif.

Sunday, April 19, 2015

Tak Perlu Bimbang Lagi Dengan MeterOn

Kerapkali kedengaran rungutan di pihak bakal penumpang teksi, terutama kaum perempuan. Kakak-kakak dan makcik mahupun pakcik. Meter tak pasang. Perjalanan menjadi jauh dan mahal dan sebagainya. Malahan sayapun pernah melalui pengalaman sebegitu....kini tidak perlu lagi was-was.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telahpun melancarkan aplikasi mudah alih baru; MeterOn bagi membantu penumpang teksi mendapat perkhidmatan yang lebih memuaskan hati dan berkesan untuk membuat aduan terhadap pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab. 

Pengerusi SPAD; YABhg Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar menjelaskan "...ini bukanlah untuk menghukum pemandu teksi tetapi lebih kepada memberi perkhidmatan lebih baik, supaya pelanggan rasa lebih selamat dalam perjalanan mereka sehingga apabila dalam perjalanan dan kita mengalami kecemasan, aplikasi ini juga mampu menghantar mesej SOS kepada SPAD dan seterusnya ke polis."

Aplikasi ini mampu beroperasi dengan Android dan iOS sistem - Android 4.0.3 dan ke atas, iOS 7.1 dan terkini.

Antara ciri-ciri utama aplikasi termasuklah sistem pengesahan pemandu yang membolehkan penumpang melakukan pemeriksaan terhadap latar belakang pemandu tertentu ini hanya dengan memasukkan plat pendaftaran teksi. Maklumat seperti kesalahan terdahulu (jika ada), aduan atau maklum balas dengan penumpang dan maklumat berkaitan sebelum ini turut dipaparkan. Sekiranya tiada maklumat yang dipaparkan, jelas pemandu tersebut bukanlah pemandu yang sah dan mesti dilapurkan segera.

Dengan meletakkan plat pendaftaran teksi - sistem aplikasi ini dapat menyediakan satu laporan yang terperinci pemandu teksi, termasuk tempoh sahlaku kad dan nombor pendaftaran syarikat.

Ciri-ciri lain termasuk fungsi pengesan perjalanan yang menggunakan sistem GPS telefon untuk mengesan perjalanan seseorang - maklumat yang boleh dikongsikan dengan kenalan di telefon pengguna. Sistem telah meletakkan tapak perjalanan "breadcrumbs" bagi membolehkan pengesanan mudah jika penumpang gagal sampai ke destinasinya.

Penumpang yang berpotensi juga boleh menggunakan ciri anggaran tambang untuk membantu mengira kos perjalanan dengan log masuk tempat asal dan destinasi. Tambangnya dikira berdasarkan penggunaan meter Teksi Bajet, TEKS1M, Premier dan Eksekutif serta kereta sewa sahaja. 

Setelah tamat perjalanan berkata, penumpang boleh menilai pemandu pada skala satu hingga lima melalui ciri penarafan. Penumpang juga boleh menandakan turun pada apl sama ada pemandu yang dinyatakan di atas bekerja meter. Sekiranya pemandu yang gagal berbuat demikian, penumpang boleh membuat aduan melalui ciri maklum balas.

Sekiranya berlaku kecemasan, fungsi MeterON SOS membolehkan penumpang untuk membuat panggilan kecemasan kepada kenalan melalui telefon, pihak polis atau SPAD. Ciri SOS juga membolehkan penumpang untuk menghantar mesej yang telah ditentukan yang mengandungi maklumat yang berkaitan dengan teksi dan pemandu kepada kenalan.

Penumpang yang merancang untuk menggunakan aplikasi MeterOn dinasihatkan untuk mendaftar akaun mereka agar aduan atau maklum balas dapat diproses lebih cepat dengan perkongsian maklumat yang relevan. Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi MeterOn tanpa nama tetapi aduan hanya akan diproses jika maklumat yang diperlukan disediakan.

Anda boleh mendapatkan MeterOn dari iOS App Store atau Google Play.

Jom naik teksi. Tak perlu risau lagi. Kuasa di tangan Akak!

Monday, March 16, 2015

Sita Teksi Guna Treler

Perkhidmatan teksi selain bas merupakan antara tulang belakang pengangkutan awam negara. Lebih-lebih lagi perkhidmatannya amat didambakan di bandar-bandar yang pesat sosio-ekonominya.

Sebagai galakan dan prihatin Kerajaan Malaysia di dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada industri teksi, skim seperti program Bantuan Tayar Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1MA) dilaksanakan.


Namun begitu, perkhidmatan teksi tanpa mengguna meter terus menjadi isu, maka pelbagai usaha banteras gejala engkar dan tahan terpaksa dijalankan bagi memastikan para pengguna diberikan kemudahan seperti yang telah dijanji dan diakui oleh pihak pengusaha dan pemandu teksi.

Turut dirujuk http://www.spad.gov.my/sites/default/files/dasarpelesenanrev1.pdf 

Sebagai pihak bertanggungjawap dan mengguatkuasa, baru-baru ini pada 11hb Mac, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan satu operasi bagi dikenali sebagai Ops Tegas; Banteras Teksi Tidak Menggunakan Meter sebagai salah satu operasi sendirian.

Ini adalah hasil lapuran yang terus-menerus diterima dari kalangan pengguna yang khuatir dan bimbang dengan sikap sesetengah pengusaha dan pemandu teksi yang tidak mematuhi syarat-syarat perlesenan. Operasi banteras kini telah dilebarkan meliputi kawasan Subang, Sg Buloh hingga ke Puchong yang merupakan antara kawasan kepadatan perkhidmatan.

Buat kali pertama, treler muatan berat telah digunakan dalam operasi menyita teksi kepunyaan pemandu-pemandu teksi yang degil dan mencabar undang-undang. 

Pengurus Besar Penguatkuasaan dan Latihan SPAD, YBhg Mejar Jen (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, dalam sidang media memaklumkan sebanyak 30 kes teksi telah berjaya ditahan; 27 kesalahan melibatkan kesalahan pemandu teksi tidak menggunakan meter, 2 kes tanpa kad pemandu yang sah manakala 1 kes, kad pemandu telah tamat tempoh.

Operasi SPAD kali ini, melibatkan 61 anggota penguatkuasa setelah 30 pasukan penyamaran telah menjalankan risikan dan keputusan diambil untuk menggempur pengusaha dan pemandu-pemandu teksi yang masih tidak serik...begitu antara maksud Datuk Paduka Che Hasni.

Operasi sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa. Sehingga kini 137 teksi (termasuk 27 teksi pada tarikh operasi tersebut) telah disita atas kesalahan tidak mengguna meter dalam tempoh masa 2 bulan yang dimulakan sejak akhir Januari 2015. 

Teksi-teksi yang disita akan didakwa selepas kertas siasatan siap. Selain dari pendakwaan, tindakan pentadbiran untuk mengantung kad pemandu juga akan dilakukan. Penggantungan perkhidmatan untuk kesalahan pertama adalah selama 3 bulan.

Pengusaha/tuanpunya teksi yang gagal memantau pemandu teksinya turut dipertanggunjawapkan. Hanya mereka sahaja yang boleh mengeluarkan kenderaan dengan membayar sejumlah denda yg ditetapkan. 

Kesalahan perkhidmatan teksi yang disabitkan adalah di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dengan denda tidak kurang minima RM1,000 dan tidak melebihi RM500,000 ATAU penjara tidak melebihi 2 tahun penjara ATAU kedua-duanya sekali

SPAD akan mengambil langkah yang lebih tegas sekiranya masih terdapat keengganan mematuhi syarat oleh pihak industri teksi....tambah Datuk Paduka Che Hasni, lagi.

Sikap acuh TAK acuh beberapa pengusaha dan pemandu teksi amat dikesali kerana turut mencalar imej industri yang lebih sihat. Baik untuk pengguna mahupun mereka di dalam industri itu sendiri.


AWAS...Anda salah, pasti dihukum!