Presiden Melayu Pertama Singapura tinggal sejarah. Rakyatnya sudah lupa?
Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim berkata, Presiden Melayu
Pertama Singapura kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan tidak lagi
diingati rakyat negara itu pada generasi mutakhir ini.
Menurut Dr Lily, ketika Singapura berusaha untuk bergabung
dengan Malaya sekitar tahun 1963, kerajaan PAP (Parti Tindakan Rakyat) pimpinan
Lee Kuan Yew mempotretkan negaranya sebagai beridentiti Melayu dengan melantik
Yusof bin Ishak sebagai Yang di-Pertuan Negara menggantikan Sir William Allmond
Codrington Goode, Gabenor Singapura.
Lagu kebangsaan Singapura juga berbahasa Melayu, “Majulah
Singapura” yang digubah pada tahun 1957 oleh seorang penggubah muzik filem yang
terkenal pada masa itu, Encik Zubir Said.
Begitu juga dengan lambang bendera Singapura yang terdapat
bulan dan bintang sebagai simbol Islam dan para pelajar diwajibkan mempelajari
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di negara itu.
“Ironiknya, pada masa kini, elemen soalan ‘Siapa nama kamu ?
Di mana kamu tinggal ? dan perkataan ‘Majulah Singapura’ tidak lagi difahami
oleh kebanyakan rakyat Singapura.”
Dr Lily berkata demikian dalam bukunya bertajuk “Singapore
Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.
Pada 31 Ogos 1963, Singapura memperolehi kemerdekaan
daripada pihak British apabila negara itu menyertai Malaya (Persekutuan Tanah
Melayu) dan Borneo Utara (Sabah & Sarawak) membentuk negara Malaysia.
Dua tahun kemudian, pada 7 Ogos 1965, Singapura dikeluarkan
dari Malaysia kerana berlaku rusuhan kaum apabila PAP sering mempertikaikan hak
keistimewaan kaum Bumiputera, menuntut persamaan hak antara Bumiputera dan
bukan Bumiputera serta melaksanakan sistem meritokrasi berasaskan konsep
Malaysian Malaysia.
Rusuhan kaum di Singapura pada tahun 1964 itu membawa kepada
rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 1969 yang lebih dikenali sebagai ‘Peristiwa
13 Mei.’
Pada 9 Ogos 1965, Singapura membentuk negaranya sendiri yang
dinamakan Republik Singapura, dengan Yusof bin Ishak dilantik sebagai Presiden
dan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri pertama.
Yusof Ishak hanya bertahan menjadi Presiden Melayu pertama
Singapura selama lima tahun, dari 9 Ogos 1965 hingga saat beliau meninggal
dunia pada 23 November 1970.
Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa
Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin
Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan
Dr. Tony Tan Keng Yam.
Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang
jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada
12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan
Perdana Menteri Singapura hingga sekarang.
No comments:
Post a Comment