|
Youseff Nada
adalah antara pencetus Arab Spring di mana beliau terlibat secara langsung
dalam menggerakkan satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Beliau melakukannya demi mewujudkan
demokrasi di negara Arab dan bagi menentang kekejaman. Dari gambar di atas, jelas bahawa hubungan
Anwar dengan Youseff Nada adalah rapat, iaitu sebagai rakan keluarga dan bukan
sekadar kenalan biasa.
Jika masih ada
yang ragu-ragu atau tidak percaya bahawa Anwar ingin mencetuskan Malaysia
Spring, maka inilah bukti yang jelas yang dikemukakan secara tidak langsung
oleh mereka yang terlibat dalam Arab Spring sendiri.
Bagi yang enggan
mencari kebenaran serta malas membaca mungkin tidak tahu bahawa kaitan Anwar
dengan pertubuhan-pertubuhan Islam di negara Arab dengan CIA dan seterusnya
pihak Neo-con telah bermula sejak di era 1970-an lagi iaitu ketika beliau masih
menuntut di universiti. Anwar dan orang-orang yang sealiran
dengannya, aktivis ‘Islam’, buat kali pertama bertemu di Arab Saudi pada lewat
tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, ketika beliau masih menuntut di
Universiti Malaya dan bergiat dalam organisasi Islam, termasuk The King Faisal Foundation atau The Faisal Foundation.
Kumpulan ini telah membentuk satu
kumpulan generasi baru pemimpin-pemimpin ‘Muslim Brotherhood’ (Ikhwanul
Muslimin) dengan pelbagai organisasi yang ditaja oleh Arab Saudi di seluruh
dunia. Pada tahun 1970, Ahmad al-Haj Totonji, aktivis yang
meninggalkan tanahairnya, Iraq dan berhijrah ke Arab Saudi, telah melawat
Malaysia dan membantu Anwar untuk menubuhkan ABIM dengan bantuan kewangan dari The
Faisal Foundation.
Bukan rahsia bahawa dunia Arab itu
sendiri terbahagi dua kepada golongan pemerintah yang pro-Amerika dan yang
menentang Amerika. Raja Faisal mula
memerintah Arab Saudi pada 1964 adalah antara yang pro-Amerika.
Hubungan Raja Faisal dengan Amerika telah
lama terjalin dengan begitu mendalam.
King Faisal Foundation merupakan universiti kerjasama dengan University
of Texas. Manakala, Methodist
International, iaitu anak syarikat kepada The Methodist Hospital di Houston
Texas juga bekerjsama dengan King Faisal Specialist Hospital di Arab
Saudi.
Kerjasama ini terjalin kerana golongan
aristokrat minyak di Texas dan juga Keluarga DiRaja Saudi mempunyai minat yang
sama iaitu terhadap kuda, politik konservatif dan tentu sekali, minyak. Hubungan kedua-dua golongan ini membawa
kepada ‘sefahaman’ dalam pandangan mengenai politik dunia.
Sementara itu, Youseff
Nada yang menjadi subjek dalam buku di atas adalah antara pengasas
International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpengkalan di Virginia,
di mana turut terletak ibu pejabat CIA. Beliau
adalah pejuang Ikhwanul Muslimin sejak di usia belasan tahun lagi.
Youssef Nada
adalah seorang taikun dengan perniagaannya meliputi berbagai bidang, bermula
dari hasil tenusu sehinggalah kepada pembekalan simen ke seluruh dunia. Sebagai tokoh korporat dan peneraju bank
termasuk Faisal Finance di Switzerland, yang dimiliki oleh Raja Faisal, skop
pergaulan Youseff semakin luas sehingga ke peringkat Ketua-ketua negara di
seluruh dunia, termasuk Muammar Gadaffi, Zine AlAbadeens dan lain-lain
lagi. Beliau juga menjadi penyumbang
dana bagi gerakan kejatuhan pemimpin-pemimpin tersebut melalui Arab Spring.
Youssef mempunyai
beberapa buah rumah di beberapa negara terutamanya di Eropah namun beliau menegaskan
bahawa beliau enggan sekali-kali kembali ke negara Arab, atau negaranya,
Mesir.
Youssef Nada
seolah-olah tidak dapat ‘memaafkan’ Mesir kerana telah memenjarakannya tanpa
sebab ketika beliau masih di universiti.
Sebenarnya, beliau ditangkap semata-mata kerana Presiden Mesir pada
waktu itu takut kepada bayang-bayang Ikhwanul Muslimin.
Di dalam
penjara, Youseff melihat sendiri bagaimana ‘pesalah’ didera walaupun dalam
kebanyakan kes, ‘kesalahan’ mereka tidak pernah dimaklumkan, jauh sekali dibicarakan. Di sana juga, beliau melihat seorang lelaki
digantung di bahu dengan kaki dan tangan terikat lalu kepalanya dicelup ke
dalam najis manusia. Beliau juga melihat
bagaimana seorang lelaki dibakar seluruh badan, kemudian dipadamkan apinya dan
diheret kembali ke penjara tanpa rawatan.
Dalam sebuah sel, beliau dapat melihat anggota yang tercerai dari badan
seorang lelaki sedang lelaki itu masih hidup - tanpa diberikan rawatan.
Youseff sendiri
ketika ditangkap sedang menderita sakit apendiks. Selama beberapa minggu, beliau dibiarkan
tanpa rawatan. Satu ketika atas desakan
kenalan dan keluarga, doktor datang melawat tetapi memberi ‘rawatan’ dengan
cara menyuruhnya mengangkat bebanan 50kg dan lari beberapa pusingan.
Akhirnya,
setelah mendapat maklumat lengkap keluarganya dan berjaya membuatkan mereka
membayar sejumlah wang yang mana sama seperti gaji seorang Timbalan Menteri,
maka Youseff pun mendapat rawatan sempurna.
Di dalam penjara
jugalah Yousef berpeluang berjumpa orang-orang penting. Akhirnya, setelah dibebaskan, dan berjaya
membina perniagaannya, orang-orang penting yang dikenalinya telah membawanya ke
dunia luar di mana beliau membina empayar perniagaannya.
Youssef yang
lahir di tanah Arab melihat kekejaman dan korupsi kronik sejak dari usia yang
muda merasa kecewa dengan apa yang berlaku kepada dunia Arab. Rakyat tidak punya hak bersuara manakala
pemerintah pula mempunyai kuasa mutlak untuk berbuat apa saja termasuk
menangkap dan mendera rakyat tanpa sebab.
Korupsi berada di tahap yang amat parah iaitu sehingga tidak mengenal
erti kemanusiaan.
Dari situlah
timbulnya ilham untuk melakukan perubahan.
Mungkin kerana itu, Youssef mengambil pendekatan terbuka dan mesra barat
yang dilihatnya sebagai ‘tidak zalim’. Beliau
kemudiannya menjadi pendokong dan pejuang demokrasi tegar.
Melalui IIIT,
Youseff berazam untuk membawa pembaharuan di dunia Arab. IIIT merupakan institusi utama pendokong gagasan
‘Islamisasi Pengetahuan’ (Islamization of Knowledge), satu konsep yang
menuntut semakan semula terhadap semua pengajaran dan teks pandangan dunia
Islam (world view). Untuk usaha
ini, IIIT mengumpulkan tokoh-tokoh dan pejuang Ikhwanul Muslimin, yang mana
antaranya termasuklah Anwar Ibrahim.
Maka tidak hairanlah apabila
organisasi itu begitu giat membantu Anwar ketika beliau di penjara.
Seorang lagi pengasas IIIT yang
menjadi Mentor Anwar ialah Ismail Faruqi iaitu seorang Professor diUniversiti
Temple Philadelphia yang mati dibunuh akibat perlakuan homoseksual. Di antara pengikut Faruqi lain yang paling
berpengaruh adalah Prof. John L Esposito di Universiti Georgetown, yang
juga kawan rapat Anwar sebagai penulis biografinya.
Universiti
Georgetown adalah salah satu universiti Jesuit yang terkemuka di dunia. Jesuits
bermaksud 'Ahli Kumpulan Jesus' atau 'Satu Pasukan Tentera Agama Jesus' yang
dibentuk di bawah Arahan Gereja Roman Katolik.
Kebiasaannya Jesuit menyembunyikan identitinya di sebalik jubah
intelektual dan menetap di pusat-pusat pengajian tinggi. Juga dikenali sebagai
'orientalis'. Di sinilah Anwar memasuki rangkaian
Zionis.
Untuk
pengetahuan, The Catholic Herald diterbitkan oleh Jesuits, merupakan punca isu
Kalimah Allah.
Setelah dibebaskan dari penjara,
IIIT terus membantu Anwar dari segi kewangan dan juga perniagaan. Semasa Anwar dijatuhi hukuman bersalah dan
dipenjarakan, Pengarah IIIT, Dr Jamal
Barzinji telah membayar pelobi-pelobi untuk membela kes Anwar di
Washington, dan IIIT telah membayar biasiswa yang mahal kepada anak-anak Anwar. Anak Anwar, Nurul Ilham Anwar, juga lulusan Universiti Georgetown, telah
tinggal di rumah keluarga Barzinji di 11925 Safa Court di Herndon.
Kesimpulannya, Hubungan Anwar dengan
IIIT telah membawa beliau kepada sekumpulan Arab yang bekerjasama dengan CIA. Sama ada untuk tujuan ‘demokrasi’ atau
‘kepentingan diri’, tidak dapat dinyatakan dengan pasti, walaupun oleh diri mereka
yang terlibat sendiri.
Apa yang pasti, satu rangkaian yang
merangkumi taikun-taikun Arab, ketua-ketua negara yang kaya dengan sumber asli
termasuk penyangak wang dunia dan pelobi, perunding serta ahli politik Amerika
membentuk satu kuasa yang besar dengan dana yang tidak terhad. Dengan menggunakan nama Islam, pihak ini
dengan mudah melaga-lagakan sesama Islam.
Dengan menggunakan nama hak asasi
dan kebebasan pula, pihak ini juga dengan mudah mencabar Islam itu sendiri dan
melaga-lagakan pula dengan pihak lain.
Semuanya atas misi yang dinamakan ‘pertukaran rejim’ dalam usaha untuk
membentuk Orde Dunia Baru atau ‘One World’.
Pendek kata, Arab Spring bermula
iaitu dari seorang yang jujur seperti Youssef Nada yang berdendam dengan
negaranya kepada sekumpulan rakyat yang dirasuk oleh kemarahan dan kebencian
yang telah dipergunakan sama ada secara rela atau tidak sedar oleh musuh Islam,
yang ingin menguasai dunia.
Menggunakan senjata baru iaitu
teknologi maklumat, kebencian dan kemarahan di kalangan rakyat diperhebatkan
sehingga tidak terkawal. Walaupun
Youssef Nada kononnya mempunyai niat yang ‘murni’ untuk membawa perubahan dan
kesejahteraan kepada rakyat di negara Arab, tetapi apa yang berlaku adalah
sebaliknya.
Akibat dari perjuangan Youssef Nada
ini, ekonomi Mesir menjunam, pengangguran meningkat tetapi hak kebebasan
bersuara masih tersekat.
Pada 9 Oktober 2011 negara tanah
tumpah darah Youseff Nada menyaksikan lebih kurang 30 orang terbunuh. Pada
18 November 2011 33 terbunuh dan 1,732 cedera.
Pada 16 Disember 2011 pula 14 terbunuh dan 300 cedera. Dalam
masa yang sama kedai-kedai, pejabat, bank dan juga rumah-rumah kediaman musnah
dan rakyat kehilangan pekerjaan, kehilangan sanak saudara serta kehilangan masa
depan.
Hari ini, sesiapa sahaja yang
mengkritik pemerintah baru iaitu Presiden Morsi akan ditangkap dan
dipenjarakan.
Youseff Nada mungkin gembira melihat
‘demokrasi’ tertegak di Mesir, tetapi negara itu kini terpaksa meminjam atau
bergantung sepenuhnya kepada Amerika untuk dibangunkan semula dan untuk
memastikan rakyat dapat terus hidup.
Mungkin Youseff melihat apa yang berlaku sebagai satu kemenangan ‘rakyat’ untuk menjatuhkan
rejim diktator yang korup dan kejam.
Namun hakikatnya, tiada siapa yang
menang kecuali Amerika atau Zionis atau Jesuit.
Berbalik kepada gambar di atas yang
menerangkan bahawa Anwar mengunjungi Youseff Nada untuk berbincang mengenai
‘Malaysia Spring’, wajar dijadikan peringatan oleh semua rakyat Malaysia.
Malaysia pada hakikatnya telah pun
mengamalkan demokrasi. Hak bersuara di
Malaysia pula sesungguhnya sudah melampaui batas sehingga pemimpin negara boleh
dihina sesuka hati. Malah, kaum minoriti
juga mempunyai kuasa untuk menekan kaum majoriti termasuk menghasut sesuka hati
melalui akhbar dan sekolah milik mereka.
Selain itu, di Malaysia, biarpun
bukan semua ahli politik itu bersih tetapi tiada siapa yang akan membiarkan
rakyat menderita dan meninggal dunia demi ‘sesuap’ rasuah. Ini berkait rapat dengan sikap semulajadi
kaum Melayu itu tidak membolehkan pemimpin kita berlaku kejam dan zalim
sepertimana pemimpin di negara Arab mahupun pengganas komunis atau penjajah
Jepun.
Oleh itu, tidak salah jika dikatakan
bahawa kerana sikap orang Melayu inilah maka Malaysia sentiasa berada di bawah
pemeliharaan Allah SWT.
Latarbelakang Anwar
yang jauh berbeza dengan Youssef Nada dengan sendiri menafikan hak Anwar untuk
mencetuskan Malaysia Spring. Tidak
seperti Youssef yang dipenjara tanpa sebab, Anwar dipenjara setelah dibuktikan
bersalah serta diberikan sepenuh peluang untuk membela diri. Beliau juga diwakili oleh barisan peguam
terhandal di Malaysia.
Paling teruk rungutan yang didengar
dari mereka yang dipenjarakan di Malaysia pula ialah tentang bagaimana mereka
‘terpaksa makan telur rebus setiap hari’.
Sekiranya Youseff Nada tahu bahawa
Anwar diberi sel istimewa di dalam penjara serta dibenarkan pula mempunyai
‘tukang urut khas’ tentu beliau akan menyangka Anwar gila kerana ingin
mencetuskan Malaysia Spring. Di dalam penjara, Anwar bukan sahaja bebas menerima
pelawat tetapi dibenarkan menulis dan menghantar surat kepada rakan-rakannya di
barat, hatta memfitnah kerajaan sebagai menganiayanya.
Jika Youseff terpaksa
merasuah untuk mendapat rawatan apendiks di penjara, Anwar pula diberi ruang
untuk mendapat rawatan di luar negara.
Lebih dari itu, Anwar
juga akhirnya bebas atas alasan teknikal, walaupun ketiga-tiga hakim merekodkan
secara jelas bahawa berdasarkan bukti dan saksi, mereka begitu pasti yang Anwar
bersalah terlibat dalam aktiviti homoseksual.
Hakikatnya, pembebasan
Anwar, kehidupannya yang mewah dan kemenangannya sendiri di kawasannya dalam
PRU-13 membuktikan bahawa Malaysia Spring ‘idaman’ Anwar adalah bersifat
pentingkan diri dan berniat jahat.
Dalam ertikata lain,
perjalanan hidup Anwar itu sendiri menunjukkan bahawa demokrasi hidup dan segar
bugar di Malaysia. Demokrasi hanya mati
di dalam Pakatan Rakyat terutama di dalam PKR dan DAP yang memanipulasi
pemilihan parti sendiri bagi memastikan anak-beranak dan kroni pemimpin
tertinggi sahaja yang dapat menerajui parti.
No comments:
Post a Comment