Dalam satu majlis
perasmian Mesyuarat Agong Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Negeri Sembilan Kali
ke 13 di Hotel One, Senawang, Negeri Sembilan, Pengerusi FELDA; YABhg Tan Sri
Mohd Isa Hj Abdul Samad memaklumkan pelbagai usaha yang dilakukan oleh Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA) untuk memastikan setiap generasi yang ada
didalam FELDA menikmati kemudahan yang disediakan demi menjamin
masa depan yang terbaik untuk mereka.
FELDA diasaskan pada 1hb Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan. Bermodalkan RM0 juta dengan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957. Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka. FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin.
Terdapat seramai 2, 345, 678 peneroka di 321 tanah rancangan seluruh negara. Ini secara tidak langsung telah memberi peluang pekerjaan kepada lebih 3,000,000 masyarakat bumiputera bekerja dalam semua bidang yang ditawarkan oleh FELDA.
FELDA telah merancang
meyediakan satu skim perumahan untuk warga FELDA generasi kedua memiliki rumah
sendiri. Skim ini akan diperkenalkan kepada seluruh warga FELDA generasi kedua
dalam negara ini.
Sebanyak 100 buah
rumah perintis telah berjaya disiapkan di Paloh dan dijangkan sebanyak 20ribu
lagi akan dibina untuk generasi kedua FELDA menjelang tahun 2020 bagi
menampung keperluan kebanyakan warga FELDA generasi kedua yang tidak mempunyai
bukti pendapatan untuk melengkapakan syarat pembelian rumah. Pada masa yang
sama Tan Sri Isa juga memaklumkan bahawa kadar harga yang ditetapkan oleh FELDA
disasarkan tidak melebihi RM200 ribu seunit
Mengulit kembali sejarah Federal Land
Development Authority (FELDA))
adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar
bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Agensi yang terlibat secara terus pembukaan ladang-ladang pekebun kecil
untuk tanaman kontan.
Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah
beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima
peneroka pelbagai kaum sperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di
Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan
yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia.
Sehingga tahun 2000,
FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk
mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan
juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.
FELDA diasaskan pada 1hb Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan. Bermodalkan RM0 juta dengan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957. Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka. FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin.
Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar
kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga
yang besar. Pada tahun 1961,
petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km² tanah.
Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan FELDA
tertumpu kepada kelapa sawit.
FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia,
manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan
tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak.
Dengan pertambahan ini, FELDA telah melibatkan diri di dalam kepelbagaian inisiatif merangkumi bidang sosio-ekonomi demi peneroka yang termasuklah pendidikan, ekonomi (seperti Felda Global Venture, Malayan Sugar Manufacturing), kebajikan dan modal insan.
Ditambah
pula perjawatan Pengarah Seranta yang memastikan hubungan erat dalam menjamin ukhuwah
dan halatuju yang mampan seperti pernah dijawatkan YB Datuk Noor Ehsanuddin dan pernah menerajui Pertubuhan Penggiat Kompang
FELDA Kebangsaan, Konvensyen Gabungan Pemikir Professional FELDA (GAPROF) 2011
dan Karnival IKTIRAF (Ikatan Hati Warga FELDA) 2011/2012.
Secara kolektif membuktikan FELDA adalah satu agensi yang mampam dari segi sumbangan terhadap ekonomi masyarakat bumiputera serta negara disamping dapat memberi harapan kepada golongan sasaran memiliki tanah sendiri.
Secara kolektif membuktikan FELDA adalah satu agensi yang mampam dari segi sumbangan terhadap ekonomi masyarakat bumiputera serta negara disamping dapat memberi harapan kepada golongan sasaran memiliki tanah sendiri.
FELDA merupakan
satu-satunya agensi di dunia yang memberi tanah kepada peneroka yang tidak memiliki harta untuk memiliki harta sendiri. Kelebihan
ini juga membuktikan bahawa FELDA mampu mewujudkan konsep kemampamnan dalam membuktikan
kepada dunia akan keunikan
Malaysia.
Keistimewaan
ini juga memperlihatkan bahawa perbezaan antara dasar "governance" kerajaan Malaysia
dalam membangun dan memajukan tanah rizab untuk manafaat bersama.
No comments:
Post a Comment