
Jeti
tersebut merupakan penghubung dan kemudahan kepada 50 buah bot yang berada di
dalam keadaan yang tidak terurus, uzur serta menyukar para pengusaha bot bagi menyara
kehidupan mereka.
Keadaannya
yang memerlukan penaiktaraf bakal pengusaha bot di sini bakal memberi faedah kepada
pengusaha bot tempatan dan pelancong.
Rompin
terkenal dengan aktiviti memancing ikan layaran dan laut dalam dan menarik ramai pelawat asing setiap tahun.
Lantaran itu prasarana yang menarik perlulah disediakan.
Datuk Seri Liow memaklumkan peruntukan akan diminta daripada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan itu yang bakal menyediakan banyak peluang ekonomi kepada rakyat, khususnya orang tempatan.

Dato' Seri Liow turut berkesempatan menziarah petani yang mengusahakan ladang buah-buahan dan sayuran untuk ekspot di Rompin. Pertemuan itu antara lain memberi peluang kepada masysarakat petani berinteraksi dan berbicara serta menyalurkan maklumat.
"Kita akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk meningkatkan
kawasan pengeluaran makanan kekal. Ini akan membantu meningkatkan
aktiviti ekonomi dan eksport untuk negara," katanya.
Beliau berkata kebanyakan mereka yang ditemui dalam kunjungannya kenal dan selesa dengan Hasan.
"Saya berharap mereka akan memberi sokongan untuk membawa lebih banyak pembangunan ke Rompin. Hasan adalah adalah seorang yang penuh keazaman dan peka dengan keperluan rakyat di sini," tambah Dato' Seri Liow Tiong Lai lagi.
No comments:
Post a Comment