Pada 16hb April, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris
Shah telah berkenan mencemar duli menaiki dua kemudahan
pengangkutan awam darat; LRT Rapid KL dan Monorel yang menyediakan
perkhidmatannya sekitar Lembah Kelang dan Negeri Selangor.
Pengalaman perjalanan DYMM Sultan telah bermula dari Stesen
LRT Kelana Jaya selepas majlis taklimat disampaikan Pengerusi Prasarana
Malaysia Berhad (Prasarana); YBhg Tan
Sri Ismail Adam dan Pengurus Besar Kumpulan; Encik Azmi Abdul Aziz mengenai
operasi dan kemudahan yang disediakan sepanjang laluan perkhidmatan di sembilan
buah stesen sebelum tiba di KL Sentral.
Terdahulu dari itu, Tan Sri Ismail dan Encik Azmi diterima
menghadap ke bawah DYMM Sultan Selangor di Istana baginda di Kelang, di mana
baginda Tuanku telah dimaklumkan perkembangan perancangan pembinaan laluan
ketiga LRT (LRT3) yang akan menghubungi Bandar Utama dan Johan Setia di Kelang
oleh Prasarana kelak.
Setibanya di KL Sentral, DYMM Sultan Selangor telah disambut
ketibaannya oleh YBhg Tan Sri Dato Sri Syed Hamid; Pengerusi Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama YBhg Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din,
Pengarah Urusan Kumpulan MRCB; pemilik asset kompleks KL Sentral.
No comments:
Post a Comment