Pelbagai cabaran yang dilemparkan bagi menjatuhkan FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang merupakan
salah satu cabang perniagaan yang diuruskan oleh FELDA dalam membela kebajikan dan nasib peneroka dalam industri kelapa sawit negara.
Namun segalanya tidak menghentikan aktiviti dan peluang FGV dalam industri kelapa sawit dan kepelbagaiannya. FELDA Global
Ventures Holdings Bhd (FGV) pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar di
dunia telah bekerjasama dengan Pusat Penyelidikan Tenaga Belanda (ECN) untuk
menghasilkan pelet bahan api berkualiti tinggi.
FGV Applied Technologies (FGVAT), anak syarikat FGV, baru-baru ini telah menandatangani satu perjanjian kerjasama
dengan ECN dalam program penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi tempoh 18
bulan untuk menggunakan teknologi TORWASH ECN.
“Semua Harta
Intelek (IP) yang dihasilkan menerusi program itu akan menjadi hakmilik
bersama,” menurut kata kedua-dua pihak dalam satu kenyataan bersama, Sabtu
lalu.
Ketua R&D dan
Kelompok Perkhidmatan Agri FGV S Palaniappan berkata, teknologi ini akan
digunakan untuk mengubah tandan buah kosong sebagai bahan api pelet berkualiti
tinggi yang boleh digunakan bersama dalam loji tenaga arang batu.
“Kilang perintis
TORWASH akan dibina di kilang Pusat Teknologi Biomas (MBTC) di Kompleks
Penyelidikan PPTR FGV di Tekam, Pahang,” kata Palaniappan. Teknologi TORWASH dijangka akan menjana RM10 juta bagi setiap kilang setahun, selari
dengan aspirasi global FGV untuk mewujudkan produk biomas yang lebih mapan dan
menguntungkan.
FGV menjangkakan potensi pasaran yang besar untuk pelet bahan api
berkualiti tinggi ini dan untuk permulaan, ia mengintai peluang untuk menembusi
Korea Selatan dan Jepun dengan permintaan untuk pelet bahan api, terutama bagi
tenaga alternatif mesra alam dan rendah karbon yang semakin meningkat.
Sementara itu,
Ketua Pegawai Operasi ECN, Robert Kleiburg berkata, perolehan global industri
tenaga boleh diperbaharui menunjukkan pertumbuhan yang besar dengan perolehan
global lebih daripada AS$300 bilion pada tahun lalu berbanding AS$40 bilion
pada 2004.
“Teknologi yang kami bangunkan masih perlu melalui demonstrasi pertama. Oleh itu, perkongsian dengan FGV sangat penting untuk bekerjasama dengan FGV bagi memastikan demonstrasi ini berjaya,” katanya.
“Teknologi yang kami bangunkan masih perlu melalui demonstrasi pertama. Oleh itu, perkongsian dengan FGV sangat penting untuk bekerjasama dengan FGV bagi memastikan demonstrasi ini berjaya,” katanya.
Świetnie napisane. Pozdrawiam serdecznie.
ReplyDelete