Baru-baru ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Razali Ibrahim memberitahu kesemua rumah di 33 kawasan Felda di bawah projek Perumahan Generasi baharu FELDA, termasuklah di Parlimen Rompin telah hampir siap dibina dan dalam proses tender.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 2,150 rumah akan siap dibina dan boleh diduduki oleh golongan generasi kedua Felda pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah tapak projek PGBF Perantau Damai untuk peneroka Felda Keratong 8, 9 dan 10.
Harga tawaran sebanyak RM90,000 bagi skim jual beli seunit rumah di bawah projek
Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) akan melibatkan keseluruhan 8,570 unit rumah
projek itu di seluruh negara. Keputusan menurunkan harga rumah itu dari RM125,000 seunit kepada RM90,000
seunit telah lama dibincangkan antara pihak berkepentingan termasuk Majlis
Belia Felda Malaysia, dan bukannya disebabkan oleh Pilihan Raya Kecil (PRK)
Parlimen Rompin tersebut.
“Harga tersebut tidak
termasuk kos prasarana seperti jalan raya, kos perunding dan insurans yang akan
ditanggung oleh Felda…tidak salah Felda membantu dari segi kesemua kos
berkenaan,” kata Razali lagi.
Bagaimanapun kerajaan masih belum menimbang harga bagi baki 11,430 unit rumah PGBF yang dirancang
dilaksana sejak 2013. Pada pembentangan
Bajet 2013, Kerajaan telah mengumumkan pembinaan sebanyak 20,000 unit rumah PGBF yang akan
dilaksana dalam tempoh lima tahun.
“Harga bagi baki rumah ini
akan dibincangkan oleh pihak pengurusan Felda dan ia mungkin lebih rendah dan
mungkin juga lebih tinggi bergantung kepada pelbagai faktor,” tambah Datuk Razali.
Pemilihan pembeli rumah akan mengambil kira status
perkahwinan, golongan muda yang tinggal di tanah rancangan Felda dan mampu
untuk membayar pinjaman perumahan. Kerajaan begitu prihatin akan generasi baharu yang tidak berkeupayaan mendapatkan pembiayaan untuk pembelian rumah berkenaan dari itu akan menyediakan skim sewa dan beli di mana mereka dapat menduduki rumah itu selama lima tahun secara sewaan dengan kadar munasabah.
No comments:
Post a Comment