Showing posts with label 7 Wasiat Raja-Raja Melayu. Show all posts
Showing posts with label 7 Wasiat Raja-Raja Melayu. Show all posts

Monday, May 28, 2018

Asas Sistem Demokrasi BerParlimen, Raja BerPerlembagaan

7 Wasiat Raja-Raja Melayu adalah dokumen terakhir selepas "Kontrak Sosial" sebelum Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dipersetujui dan dimaktubkan.
Persetujuan yang diturunkan oleh sembilan orang Raja-Raja Melayu yang terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum "MERDEKA" kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai "locus standi".


Maka Perlembagaan Persekutuan yang digariskan mempunyai fasal-fasal tertentu menyentuh kepentingan dan haknya dan merujuk khusus kepada :
Perkara 3; Agama bagi Persekutuan (1) (2) (3) dan (5),
Perkara 11; Kebebasan berAgama,
Perkara 12; Hak berkenaan dengan Pendidikan,
Perkara 38; Majlis Raja-Raja (5),
Perkara 152; Bahasa Kebangsaan,
Perkara 153; Perizaban Kuota berkenaan dengan Perkhidmatan, Permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak,
Perkara 181; Kecualian bagi KeDaulatan dan sebagainya Raja-Raja (1).

Fasal-fasal ini memerlukan izin dan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

Menariknya, Perlembagaan Persekutuan turut digarap berasaskan Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia sejak tahun 1791 sehingga 1965, tidak seperti perlembagaan negara dunia kebanyakan.
Perlu diingatkan Perlembagaan Persekutuan mempunyai sejarah yang jelas dan konteksnya ke arah pembentukan sebuah negara bangsa dari masyarakat majmuk.

7 Wasiat Raja-Raja Melayu ini juga perlu dirungkai dan difahami sejelasnya, terutama Perkara 1, 2, 4, 5, 6 dan 7 wasiat tersebut sebagai asas kepentingan orang Melayu yang mesti dihormati dan dipertahankan.

Penerimaan dan memahami dua elemen ini; 7 Wasiat Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan hanya akan menyatu dan teguhkan penduduk negara menempuh badai masa, yang dituntaskan sistem Demokrasi BerParlimen, Raja BerPerlembagaan.

Tuesday, April 24, 2018

Siapa Yang Cauvinis ATAU RASIS?!


Selepas Barisan Nasional (BN) melabuhkan Manifesto BN untuk PRU ke 14 pada 7 April lepas, maka bagaikan satu pesta disaksikan dengan satu demi satu negeri mengisytihar Manifesto masing-masing.

Maka tidaklah memeranjatkan, kiranya Manifesto Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, malahan manifesto calon pun akan menghiasi perang memperdaya / menyakinkan pengundi di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat.

Berbalik pada niat asal, penulis tertarik langsung terpegun dengan keberanian (boldness) sebuah parti rasis tetapi kerana berada di dalam pentadbiran negara, maka tindak-tanduknya dianggap usaha "kompromi kuasa" dengan "izin" dan dikecualikan tindakan.

Malaysian Chinese Association atau singkatannya "MCA" melalui hebahan penuh mukasurat 7 dan 8, suratkhabar The Sunday Star terbitan pada 22 April 2018 mengiklankan Manifesto MCA; 10 Janji dan 10 Inisiatif untuk PRU 14.
Tertariknya kepada Janji No. 2; MCA akan lantang mewakili hak dan kepentingan kaum China dan lain-lain kaum serta memastikan keseimbangan di dalam kerajaan yang pelbagai bangsa dan kaum.

Wow!!! ... Tsunami China semakin menunjukkan taringnya, sejak ditelanjangkan selepas PRU 13, akibatnya kementerian usahawan bumiputera atau serupanya telah digantikan agar bersifat lebih "menyeluruh"?

Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995 ditubuhkan bagi menggantikan Kementerian Perusahaan Awam bertujuan untuk memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap pembangunan usahawan Bumiputera untuk mempercepatkan pencapaian matlamat pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Penyusunan semula kementerian itu pada 27 Mac 2004 memperlihatkan Kementerian Pembangunan Usahawan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan tambahan tanggungjawab terhadap Jabatan Pembangunan Koperasi, Maktab Kerjasama Malaysia dan Bank Kerjasama Rakyat Berhad.

Namun, selepas Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 2009, kementerian ini di antara kementerian lain telah dihapuskan. Peranannya dibahagi-bahagikan dan diserap kepada kementerian lain dalam memperlihatkan pentadbiran beliau lebih telus sekaligus merencatkan peluang orang Melayu untuk bersaing.

"Level the playing field", sedangkan kaum China terutamanya telah memonopoli sektor perniagaan dan peruncitan dengan pengaruh wang dan kuasa; dinodai kerana iman Melayu yang lesu bila berdepan perempuan, arak dan judi.

Orang Melayu "elit", "aristokrat" dan kroninya diberikan ganjaran untuk membina kekuatan Melayu, sebaliknya ramai mengambil jalan mudah menjual atau memberikan agihan ekonomi kepada kaum China (konsep Ali Baba) demi mengaut keuntungan tanpa membabit diri secara langsung, apalagi, memberi peluang untuk golongan Bumiputera berkemahiran atau berminat untuk menyumbang kepada "economic pie". 

Kaum China pula dengan kekuatan rangkaiannya tidak pula ikhlas membantu, malahan bakal peniaga dari bangsa Melayu dibekalkan barangan keperluan yang jauh lebih tinggi berbanding kaum mereka sendiri... satu usaha licik menggagalkan keuntungan untuk menggalakan pertumbuhan ekonomi Melayu.

Sering kedengaran rungutan golongan peniaga Cina, mereka tidak berpeluang mendapat projek Kerajaan. Hakikatnya, dengan cengkaman dan dominasi perbekalan barangan / peralatan industri dan sebagainya, mereka sebenarnya telah terbabit dan mempengaruhi kos dan memaksa mana-mana perbekalan keperluan projek kepada mereka tanpa menghadapi risiko dan tanggungan secara langsung.

Melalui Janji No. 4; MCA beriltizam untuk dan memastikan Unified Examination Certificate (UEC) diperakui Kerajaan. 2. Pembinaan SJKC baru dan persediaan peruntukan.
3. Membangunkan Blueprint (Dasar) Pembelajaran China yang mempertingkatkan Bahasa Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 Bahasa kebangsaan; memperuntukan Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen dengan syarat:- 
1. tidak seorangpun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain maksud rasmi). atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain, dan ...

Apa yang berlaku sebenarnya, di sebalik Penyata Razak, Laporan Rahman Talib dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat memartabatkan Bahasa Melayu telah ditafsir semula untuk "kepentingan politik" terutamanya sejak pengenalan UEC sejak tahun 1975 sebagai ujian asas sekolah swasta Cina. Tambahan pula, Bahasa Melayu hanya merupakan sebuah matapelajaran yang diajar di sekolah swasta, sekaligus menafikan dasar pelajaran kebangsaan; sebuah negara yang berdaulat.

Ternyata dengan mengecualikan UEC dari dasar pendidikan kebangsaan di SJKC, maka layaklah pembinaan atau peruntukan daripada Kerajaan bukan satu kemestian atau kewajipan menurut interpretasi yang dimaksudkan Perlembagaan Persekutuan. 

Sementalah itu, Bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa yang dibanggakan. Walaupun negara baru mencapai 60 tahun kemerdekaan, dan generasi kaum-kaum lain telah mendapat pendidikan yang dijamin Kerajaan, adalah satu yang memalukan apabila mereka dengan angkuh dan bersahaja tidak mahu bertutur dalam Bahasa Melayu terutama di dalam perkara rasmi?

Pun begitu, Perlembagaan Persekutuan Perkara 153; Perizaban kuota dengan perkhidmatan, permit, dsb, bagi orang Melayu dan anak Negeri mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak menyatakan menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak Negeri mana-mana anatar Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Betapa malangnya, kuota yang diberikan kepada Melayu Bumiputera diolah sebagai satu perlumbaan yang terencat; kedudukan terbelakang dan persaingan yang dikuasakan melalui "meritokrasi".

Peruntukan tersbut dengan jelas menjamin kepentingan dan hak kaum-kaum lain. Sebaliknya, telah menjadi mangsa "politikus" untuk menjadi bahan celaan dan menimbulkan rasa tidak puashati rakyat yang telah menjalankan tanggungjawab kepada "law maker" setiap 5 tahun pemilihan.

Tidak cukup lagi, Janji No. 7; MCA berikrar meningkatkan kampong-kampong baru bersifatkan pekan / bandar baru bagi menggalakan permintaan ekonomi semasa.

Tanah Rizab Melayu berjumlah hampir lebih dari 3 juta hektar pada 1948 telah susut kepada 1.6 juta hektar pada 1997. Perlu diingatkan, tanah-tanah yang dilepaskan untuk kampong-kampong baru adalah berasal dari tanah rizab Melayu? 

Perihal tanah rizab Melayu telah dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 83; Pengambilan tanah bagi maksud Persekutuan, Perkara 85; Pemberian kepada Persekutuan tanah yang dirizabkan bagi maksud Persekutuan, Perkara 86; Pelupusan tanah yang terletak hak pada Persekutuan, Perkara 89; Tanah simpanan Melayu, Perkara 90; Peruntukan khas yang berhubungan dengan tanah adat di Negeri Sembilan dan melaka, dan tanah pegangan Melayu di Terengganu dan Perkara 91; Majlis Tanah Negara dengan jelas dan khususnya membenarakan pengambilan tanah rizab untuk pembangunan negara.

Persoalannya adakah peruntukan yang membenarkan pengambilan tanah rizab Melayu telah dipatuhi; tanah rizab Melayu yang diambil telah digantikan dengan keluasan yang sama, pengambilan tanah rizab teah diberikan ganjaran yang sama nilai dengan nilai semasa dan sebagainya? 

Dewasa ini juga, banyak berlaku cemuhan ke atas bangsa Melayu; dari struktur Agamanya, budaya dan amalannya, bahasanya dan tidak kurang pula ke atas Raja Melayu sebagai Ketua Utama Negara yang yang bergelar Yang di-Pertuan Agong, dipilih dari kalangan Raja-Raja Melayu setiap lima (5) tahun sekali oleh Majlis Raja-Raja Melayu mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 32; Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya serta Perkara 38; Majlis Raja-Raja.

Menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 1; Negeri-Negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan bahawasanya persekutuan (negara) ini dinamakan "Malaysia" di dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris.

Perlembagaan Persekutuan Perkara 3; Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan (tetapi) ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

7 Wasiat Raja-Raja Melayu dengan jelas dan khususnya membuktikan amanah yang diperturunkan kepada pemimpin yang ingin menggalas tanggungjawab.

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu (bangsa Melayu) selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan; TANAH SIMPAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara; (dan kini ke atas Angkatan Tentera Persekutuan); 

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Pun begitu, dangkalnya sebagai seorang rakyat Malaysia, tambahan di dalam era dunia maklumat yang terbuka langitnya... berpelajaran dan matang, masih tidak dapat membezakan apa itu "RASMI" dan apa itu "Persekutuan" di dalam kosakata dan khazanah bahasa pertuturan dan kefahaman.

Ungkapan Inggeris ada menyebut "Either you wake a sleeping Giant or create a Monster". Dalam masa dan keadaan yang sama, pepatah Melayu ada menyebut, "Masuk kandang kambing; mengembek, masuk kandang kerbau; menguak dan masuk kandang harimau; mengaum."

Apa lagi yang tidak cukup? Hampir semua dalam kantung Melayu Bumiputera di kosongkan dan diletak di bawah mikroskop. Kesamarataan yang pastinya akan menjurangkan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin perit sedang hakikatnya kesaksamaan tidak lagi diperjuangkan.

Agenda Pemerkasaan Bumiputera sekadar satu polisi di atas pentas, hilang di dalam perebutan untuk menjadi Adiwira "microphone" dan penguatkuasaan yang dikongkong pihak-pihak yang berkepentingan. Bangkit dan sedarlah pertembungan minda, kuasa di tanahair tercinta sedang berlaku demi sebuah kehidupan untuk generasi mendatang di dalam masyarakat majmuk.
Bahasa menunjukkan Bangsa. Bahasa mencerminkan keperibadian kita...Melayu Bumiputera dan kaum-kaum lain.

Wednesday, January 18, 2017

Dilema Pemilik Tanah Rizab Melayu

Pada 30hb September 2016, Mahkamah Rayuan dalam Rayuan Civil K-02 -2728-12 tahun 2013 telah memutuskan bahawa segala gadaian ke atas Tanah Rizab Melayu oleh mana-mana institusi kewangan yang tidak diiktiraf Melayu berlandaskan Enakmen Rizab Melayu Kedah 1933 adalah tidak sah dan terbatal (null and void). 
Atas nasihat Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, telah menahan sebarang pendaftaran gadaian oleh mana-mana Institusi Kewangan bukan Melayu ke atas tanah Rizab Melayu, maka Pejabat Tanah dan Galian Kedah mengeluarkan arahan pada 16 November lalu untuk menangguhkan semua urusan pendaftaran gadai janji membabitkan tanah rizab Melayu, kecuali mereka yang berurusan dengan bank disenaraikan dalam Jadual Kedua. 

Ini bermakna semua institusi kewangan yang tidak berada dalam Jadual Kedua tidak boleh menerima tanah rizab Melayu sebagai cagaran atau gadai janji untuk permohonan pinjaman atau pembiayaan. Hanya Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) dan Bank Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Agrobank Malaysia disenaraikan di bawah jadual tersebut. Namun begitu BBMB telah bergabung dan kini dikenali sebagai CIMB Bank Berhad. 

Arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu menyatakan kerajaan negeri Kedah tidak boleh memperakukan hak milik hartanah rizab Melayu yang dicagarkan kepada bank tidak disenaraikan dalam Jadual Kedua di satu sudut pandangan memberikan kesan negatif kepada Kerajaan Negeri, pemaju dan orang Melayu itu sendiri. 
Maka tindakan Mahkamah Rayuan adalah tepat kerana ianya bertindak sebagai obligasi terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu menjamin “tanah Melayu” kekal sebagai “pegangan rizab Melayu”. Benteng kepentingan dan peranan '7 Wasiat Raja-Raja Melayu' berkaitan “tanah Rizab” sudah digugat dan bakal terlupus jika tidak prihatin dan ditanggani dengan kadar segera. 

Dari sudut pandangan yang lain pula, Mahkamah Rayuan termasuk Mahkamah Persekutuan wajar mengekalkan penghakiman ini kerana kuasa Melayu yang hakikat dan kejadian dewasa ini “semakin digadai pergi jarang sekali dapat dikembalikan sehingga ke anak cucu.” Interpretasi Perlembagaan seringkali digugat dan menjadi risiko tinggi kepada masyarakat Melayu ditimbangtara politikus sebagai pembalasan kepada sokongan yang amat jarang digantikan mengikut syarat-syarat pengisytiharan Rizab Melayu. 

Mesyuarat EXCO Kedah kini telah bersetuju mengisytiharkan institusi kewangan yang ditubuh di negara ini sebagai MELAYU dibawah Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu. Usaha ini walaupun mampu merungkai dilema kepada milikan rizab Melayu, namun perlu diperhalusi implikasi memandangkan dua objektif utama Enakmen Rizab Melayu adalah untuk menyekat rizab melayu dari dilupuskan dalam apa jua cara.