Showing posts with label Pluralisme. Show all posts
Showing posts with label Pluralisme. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

Peranan Pusat Kajian Pondok (PKP)

Pendidikan Agama amat berperanan di dalam melahirkan cendekiawan Islam yang mapan di dalam membelah gelora kehidupan semasa, tambahan pula diperhatikan dengan dasar langit terbuka yang bebas seringkali mengetuk dan merobek pintu-pintu kehidupan sederhana dan keamanan selama ini.
Lantaran itu, penubuhan Pusat Kajian Pondok yang dilancarkan berpusat di Kolej Universiti Isaniah (KUIN) Kedah oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak amat tepat dengan perlantikan YBhg Dato’ Dr Mashitah Ibrahim sebagai Pengarah  PKP yang pertama bagi mencetuskan konsep pondok moden bagi melahirkan golongan Ulama lantas menjadi pelapis kepada pendidikan Islam yang semasa.

Sistem pengajian pondok merupakan salah satu kaedah alternatif masyarakat Melayu di Malaysia menuntut ilmu di pelbagai peringkat usia. Pengajian pondok amat sinonim sebagai destinasi pengajian agama samada secara sepenuh masa atau pengisi matapelajaran Agama yang diperolehi di sekolah-sekolah kerajaan.

Tidak kurang pula di kalangan lebih usia yang menetap di pondok sebagai proses memperbaiki pembacaan Al-Quran dan mendalami ilmu agama. Malahan ada sesetengah pondok yang menyediakan perkhidmatan khusus seperti rawatan dan pemulihan dari najis dadah kepada masyarakat setempat.

Sehingga kini institusi pengajian pondok masih mendapat tempat di hati masyarakat Melayu-Islam. Maka tidak hairanlah dan kena pada masanya, keunikan sistem pengajian pondok dibentuk di dalam membentuk akhlak Muslim seperti yang dituntut agama.

Persoalannya, sejauh manakah pengajian pondok telah berjaya melahirkan Ulama? Apakah hambatan dan apa pula faktor-faktor yang menyumbang kepada kekuatan dan kelemahan pusat pengajian ini jikalau ditinjau dalam konteks sosio-ekonomi negara?

Justeru  itu, Pengarah PKP dilihat menyedari keadaan sebenar telah mengatur langkah awal, sebuah pusat pondok moden yang memberi perhatian dan minat yang mendalam di dalam masyarakat Melayu-Islam sebagai pemangkin dan memantau pendidikan Islam yang mampu melahirkan tokoh dan cendeiakawan Islam apalagi sebagai pelapis Ulama yang berdaya dinamis melayari cabaran masakini.

Pembangunan pondok yang dinamis perlu untuk memantapkan pendidikan Islam menyeluruh melibatkan antaranya aspek falsafah, sejarah, pengurusan dan pentadbiran, pengembangan kurikulum, penjanaan modal insan dan sumbangannya kepada jatidir umat Muslim Nusantara yang menelusuri aliran Ahli Sunnah wal Jamaah.

Dasar globalisasi telah membuka pintu kepada cabaran-cabaran baru dan bertembung dengan fahaman Islam dan budaya masyarakat sebelumnya. Isu berkaitan dakyah Liberalisme, Pluralisme di antaranya turut mencetuskan bibit yang sengit dengan ideologi saintifik dan pasca moden.
Ajaran dan rujukan songsang yang tersebar secara meluas mempengaruhi golongan belia melalui medan sosial. Frasa-frasa yang “hip” dan semasa seperti ‘Oh My God, Thank God’, perayaan seperti Valentine’s Day, Halloween, Candlelight Vigil di antaranya bermain di bibir dan terjentik di nurani mereka.

Setelah fahaman Syiah menular, disambung pula Wahabbi. Kini ungkapan Jihad disesatkan sebagai ‘pengganas’ berikutan kefahaman dan amalan agama yang Islam yang longgar dan terikut dengan tanggapan media dan pimpinan barat kepada ‘Islamofobia’. Lebih teruk dan bagai mengiakan Islam itu keganasan, tercipta pula ‘Islamic State’ (IS).
 Segala keadaan sesungguhnya ada hikmah dan dengan izinNya. Pusat Kajian Pondok perlu dan bakal menumpukan perhatian yang serius dan mendalam bagi menyelami dan menrungkai kemelut Melayu-Islam.

Aktiviti persidangan, seminar, penerbitan mengenai hal-hal yang berkaitan melibatkan golongan Ulama sediada, cendiakawan, masyarakat umum adalah usaha yang baik bagi menyampai dan menjelaskan yang hak dan yang benar melalui jaringan pondok, kitab-kitab dan kepakaran luar dan dalam.


Pertanggungjawaban yang besar ini, digalas di bahu Dato’ Dr Mashitah, dengan penuh yakin mampu sebagai pemangkin dan pengerak dakwah yang berlandaskan Al-Quran dan As Sunnah yang dinantikan dengan penuh rasa bangga oleh komuniti Muslimin sebenar.

Monday, February 23, 2015

Apa Fungsi Lilin Dalam Kehidupan Orang Islam?

Selain dari menerangi kegelapan? Tiada.

Ini merupakan ritual yang semakin didambakan dan mendapat sambutan segolongan penyokong fahaman politik dengan dorongan Liberalis dan Pluralis mereka.

Menurut Wikileaks; “A candlelight vigil is an outdoor assembly of people carrying candles, held after sunset in order to show support for a specific cause. Such events are typically held either to protest the suffering of some marginalized group of people, or in memory of a life or lives lost to some disease, disaster, massacre or other tragedy. In the latter case, the event is often called a candlelight memorial. A large candlelight vigil will usually have invited speakers with a public address system and may be covered by local or national media. Speakers give their speech at the beginning of the vigil to explain why they are holding a vigil and what it represents. Vigils may also have a religious or spiritual purpose. On Christmas Eve many churches hold a candlelight vigil.
Candlelight vigils are seen as a nonviolent way to raise awareness of a cause and to motivate change, as well as uniting and supporting those attending the vigil.
Gambaran yang dimuat menunjukkan satu majlis Candlelight Vigil yang dianjurkan PKR oleh Presidennya, Dr Wan Azizah sebagai tanda sokongan kepada suaminya, Anwar Ibrahim yang dipenjarakan sejak hari pertama di Penjara Sungai Buluh.

Amat mengecewakan ritual yang berbentuk Khurafat diamalkan oleh orang yang mengaku Islam yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Nyata ia semakin menyesakkan dan memesong Aqidah umat Islam yang semakin tiris keImanannya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil dan memutuskan bahawa:

1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur Tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
Saya hanya perhatikan suasana sebegini dipapar dan diamalkan oleh penganut ugamat Kristian sebagai mengiringi doa kepada roh orang yang telah meninggal dunia.

Anwar Ibrahim sudah menemui Ajalkah akibat dakwaaan yang dilemparkan terhadap Kerajaan Malaysia sebelum ini? Kalaupun benar, adakah ini satu amalan dan budaya yang diteladani dari Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW?

Masya allah. Segeralah bertaubat dan kembali ke ajaran dan tali Allah SWT, kira kamu mengaku Islam agamamu.

Betapa terancang dan halus strategi musuh Islam hingga mereka yang bertutup Aurat tergelincir dalam kancah kehinaan.

Mari dengarkan sedutan video pembentangan oleh YBhg Datuk Dr Marshitah Ibrahim.

Sabda Rasullullah SAW dan mafhumnya, “…Kamu akan ikut sejengkal demi sejengkal budaya dan cara orang lain…”

Turut dirujuk dan peringatan akan Jenis-jenis Khurafat yang tegar di kalangan umat Melayu dan Islam di https://dakwahwanita.wordpress.com/kepercayaan-karut/3-jenis-jenis-khurafat/

Terbukti kini, keremehan kepada budaya asing, telah meresapi kehidupan dan budaya di dalam Ugama Agung dan yang mengaibkan, disanjungi sebagai Hak Bersuara dan Kebebasan.

Monday, January 26, 2015

Budaya Anti Islam

Kita masih jahil walau sudah bertahun lamanya MERDEKA dari pengaruh penjajahan. Namun masih terbawa-bawa fahaman dan cara kehidupan lumrahnya Kristianiti di dalam institusi Islam.

Sepertimana penaklukan wilayah Cina oleh Barat dimulakan dengan Perang Candu. Kerana membimbangi pengaruh Komunisme; Negara Korea terbahagi dua sehingga hari ini. Jepun ditawan dengan kuasa sains yang hampir menghancurkan budayanya tapi resamnya sudah dimamah lama.

Negara-negara besar itu bangkit dari kemusnahan dan menjadi The Roaring Tigers di dalam ekonomi global, namun hakikatnya mereka didokongi kuasa Barat yang telah menghidupkan budaya Evangelist Christian. Malaysia dan negara-negara dari plateau yang sama tidak dapat menggelak dari asimilasi fahaman luar.

Happy Valentine disambut sedunia oleh pasangan yang masih atau mencuba berkasih sayang. Unsur kepercayaan oleh Saint Valentine sejak dari zaman pemerintahan Roman dan ditetapkan oleh Gereja Katholik hari peringatan setiap 14hb Februari. Berpusu-pusulah anak-anak muda tidak mahu ketinggalan. Si berusiapun tidak jauh di belakang membelikan bunga mawar/ros kepada yang disayangi atau dicintainya.

Sedang Islam melihatkannya sebagai fahaman yang songsang dan diamalkan oleh yang bukan mahram. Umum umat Islam mengetahui, fahaman sedemikian adalah haram, namun kerana tidak mahu dianggap Islam sebagai lapuk dan kolot atau kerana masih jahil, ramai yang tidak mengambil berat atau hanya menegur (selemahnya tindakan melarang perbuatan yang kufur).

Tanpa segan atau silu, perayaan Krismas atau lain-lain perayaan turut diraikan bersama. Bukan sahaja itu, ada perayaan Easter dan Halloween yang skemanya dengan pakaian keraian. 
Kita pernah dikejutkan dengan “Hello Kitty” seawal tahun 2000, hingga banyak pintu-pintu rumah Umat Islam dibuka menerima patung yang berupa haiwan ke dalam rumah kerana sayangkan anak-anak yang terikut dengan kegilaan semasa.

Dengan keterbukaan kepada budaya global, terjah pula “Animax”, sebuah lagi kesenian dari Negara Matahari Terbit; Jepun menghidangkan Adiwira dan Dewa di dalam bentuk kartun dan diselitkan pemandangan atau amulet berterapkan Kristian dengan watak perempuan dengan rupabentuk yang menggiurkan serta mendedahkan.

Masyarakat semasa bagaikan tidak pandang serius dengan pemakaian T shirt yang bercetak yang amat menjelekkan seperti “I Am A Star. A Pornstar”. Lagu-lagu Rock Metal, Goth, berunsur Gospel dan pelbagai hingga dinyanyikan di pelusuk kehidupan walaupun ramai yang berinteraksi dalam Bahas Inggeris dek peranan stesen-stesen radio dan media yang interaktif dengan garis panduan yang longgar, lesu serta mengizinkan untuk rating perniagaan.

Kesedudukan antara bukan Mahram semakin menjadi lumrah kehidupan. Kerana wang, sanggup menjadi Keldai Pemerdagangan Manusia dan Najis Dadah. Kelab-kelab sosial dibuka sehingga awal pagi dan disinggahi benih-benih yang tidak dikawal atau pendidikan akhlak yang dipandang enteng. Botol-botol arak bergelimpangan. Picugari berselerakan. Kondom-kondom dijual di pasaran dengan terbuka di pasaraya mahupun di kedai-kedai tepi jalan. Artis-artis luar negara bukan Islam kerap dijemput bagi mempromosikan sesuatu agenda atau dagangan.

Aurat lelaki dan wanita sudah jelas dilaksanakan. Jatuh hukumnya apabila sudah akhil baligh. Bukan sekadar aurat menutup kemaluan tapi rupa bentuk badan si pemunya. Menutup aurat bukan satu fesyen satu bahan atau cop intelek perniagaan. Menjaga aurat dan tingkah laku bukan sekadar luaran namun harus diikut dan disebatikan dari dalam seseorang insan apalagi beliau mengaku seorang Islam. 

Hari ini. tersebar desas-desus sebuah premis perniagaan "HOOTERS" dari Barat yang menggayakan pakaian mendedahkan akan beroperasi di bumi ini yang lazim dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan; Islam sebagai Agama Persekutuan.

Malunya sesama insan sudah tiada. Tidakkah malu kita dan kelu untuk mengadap Illahi nanti?

Islam TIDAK bersikap Anti Sosial. Bersosial dalam Islam dibolehkan namun perlu dipatuhi berdasarkan Al-Quran dan As Sunnah yang telah mengariskan panduan dan hukumannya. Islam bukan tanggungjawab yang diletakkan di tangan Penguasa tapi pertanggungjawaban semua ahli masyarakat yang mengaku umat Islam keseluruhannya. IbuBapa, ahli keluarga, jiran, kampung, bandar dan Qaryah. Pemimpin, pelaksana Undang-undang dan mereka yang dipimpin.

Pendekatan dan penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia yang diterajui oleh YBhg Datuk Dr. Marshitah adalah satu usaha yang wajib disokong masyarakat yang mengakui sebagai umat Islam lebih-lebih lagi dalam usaha menanggangi ketirisan Aqidah dan keImanan dewasa ini.

Melentur Buluh biarlah dari rebungnya. Walaupun sekeras Batu, dititis Air berlekuk jua.

Aqidah dan Keimanan Semakin Parah

Ketika kaum Yahudi mendakwa mereka dizalimi dengan keganasan melampau oleh Kristian dari Jerman, mereka memilih untuk berada di Negara Islam Palestin.

Kaum Yahudi Andalusia diberi kata dua oleh tentera Kristian pimpinan Ratu Isabela untuk memilih berpindah keluar atau tukar agama kepada Kristian, mereka memilih berhijrah ke Morocco negara Islam.

Persoalannya, kenapa mereka memilih negara Islam yang hari ini mereka tuduh sebagai agama yang mencetuskan keganasan ...???

Eric Paulsen, pengasas Lawyers For Liberty (LFL) yang mendapat dana khas dari Kongres Amerika melalui National Endowment for Democracy (NED) turut terlibat mengucar-kacirkan kefahaman masyarakat terhadap Kanun Jenayah Islam. Beliau pernah melontar 20 soalan terbuka terhadap PAS berkenaan Hudud. Terbaru, beliau menimbulkan kecurigaan apabila mendakwa JAKIM mempromosikan ekstremisme pada setiap Jumaat melalui laman twitternya.

Bahkan sebelum PRU13 lalu lagi, duta Amerika berjumpa Presiden PAS untuk mengetahui hasrat PAS jika ingin menang pilihanraya. Begitu mendalam kesannya Islam yang dilihat akan menggagalkan pandangan umum yang menjangkakan PR bakal memerintah Negara selepas PRU13.

Perlaksanaan undang-undang Islam terutama di Kelantan bukan sekadar mendapat tentangan dalaman sahaja, malah kini melibatkan campur tangan asing yang taksub dengan Islamofobianya dan masih bersembunyi. Barat tidak takut kepada kumpulan Islam yang sekadar memperjuangkan dari sudut-sudut lain, tetapi yang dibimbangi ialah kumpulan yang bercita-cita menjalankan undang-undang Islam.

Keadaan ini menimbulkan keresahan dan dibangkitkan YBhg Datuk Dr Marshitah, di dalam memperkukuhkan tali Allah SWT dalam urusan seharian umat Islam terutamanya dengan fahaman yang dimuatkan kelompok Ulama dalam memenangi sokongan kepartian.

Kuasa dunia terpaksa melibatkan diri kerana tembok perundangan Barat sejak MERDEKA dilihat tidak mampu menahan kemaraan dan pengaruh Islam. Fasal 3 Perlembagaan telah digunakan semaksimanya oleh PAS hingga akhirnya kerajaan terpaksa akur di Dewan Rakyat. Tindakan itu menyebabkan ramai kaum Kuffar berasa tidak selamat akan Doktrin yang dimainkan merka akan musnah.

Persoalannya, apa kena mengena Kelantan, Malaysia dengan Amerika? Kenapa sampai begitu sekali takutnya dunia terhadap Islam?

Allah SWT telah berFirman dalam Al-Quran:

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali akan berseteju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehinggalah engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka); Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”

Al-Quran, Surah 2; Al-Baqarah ayat 120

Islam bukan zalim. Bukan Undang-undang Syariah yang menindas. Bukan kolot atau tidak sah di sisi undang-undang Negara. Hakikatnya kerana kebencian dalam diri mereka yang tidak pernah  padam akan kebenaran yang dibentangkan dan mengajak tunduk kepada perintah Allah SWT; Tuhan Sekian Alam. Bawalah 1001 hujah kebenaran sekalipun kepada musuh Islam, pendirian mereka tidak akan berubah terhadap Islam dan perjuangannya.

Mereka akan sentiasa cuba padamkan cahaya Islam, tetapi Allah telah menjamin, cahayanya akan terus bersinar di sebalik kesumat Kuffar. Oleh itu, Allah ajarkan umat Islam menangani karenah musuh dari ayat yang sama dengan maksud:

Katakanlah (kepada mereka); Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.

Al-Quran, Surah 2; Al-Baqarah ayat 120

Bukan dengan memperlahankan kemaraan Islam. Bukan membelakangkan ajaranNya atas nama keadilan atau integriti. Bukan jua menyembunyikan Islam sehingga ke waktu yang entah bila. Tetapi dengan menyatakan, Islam tetap Islam. Jangan gentar walau digertak. Jangan malu dan takut mendabik dada untuk mengaku, 'inilah ajaran Islam'.

Allah SWT menegaskan dalam Firman sebagai amaran kepada yang tidak bertegas dengan Islam:

“dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”

Al-Quran Surah 2; Al-Baqarah ayat 120

Justeru itu, musuh Islam sedang menyeringai bak Singa yang kelaparan terhadap Islam ini, dengan seluruh jenteranya diaktifkan bagi membatalkan segala hasrat umat Islam.  

Siri-siri bantahan dan amarah BERSIH yang dilaungkan mendesak Kebebasan, Hak Bersuara serta Hak Manusia amat sinis lagi sadis ke atas Islam. Menerima konsep Pluralisme dengan meLiberalkan Islam amat jelas satu usaha yang mendapat sokongan kaum Kuffar di benteng terakhir Islam di Asia Tenggara; Malaysia.

Bukan hanya Kelantan, malahan mobilisasi Muslim Malaysia perlu berlaku di segenap pelusuk juga seantero dunia. Kini tiba masanya umat Islam bersolidariti menjunjung hukum Allah dengan segala semangat dan keringat.


Nahnu Ansarullah! Sesungguhnya kitalah pejuang Allah.

Tuesday, January 13, 2015

Hilang Sudah Maruah Agama DiUliti Musuh

Bangganya menjadi Melayu yang mengkhianati perjuangan Agama dan Bangsanya sejak berzaman.

Acapkali retorik Sang Kafir membela keadilan dan hak bersuara...yang keluar menjulang dan menyokong tidak lain dari Melayu Liberal tidak terlepas juga mereka dari PAS yg keramatnya sebagai  pejuang Islam yang sejati....?!

SUARA RAKYAT MALAYSIA (SUARAM) - Solidariti 4eric
-----------------------------------------------
Pada 13 JAN 15, jam 2025 tadi, Solidariti 4eric anjuran PSM bagi memberi sokongan kepada ERIC PAULSEN - Presiden Lawyers For Liberty yg mula diadakan di hadapan IPD Dang Wangi (di seberang jalan bertentangan dengan pintu utama IPD Dang Wangi)

Hadir.
Seramai lebih dari 30 orang  yang terdiri daripada wakil SUARAM telah hadir di antaranya:-

a) AHMAD SHUKRI B ABDUL RAZAD
- Penyelaras Media SUARAM;
b) ADAM ADLI - Aktivis pembangkang;
c) HISHAMUDDIN RAIS - Aktivis pembangkang.

Maka mekarlah bunga-bunga Petualang Melayu yang sudah luluh aqidahnya.

Pedih dan pilu, pendidikan Islam dan jatidiri Melayu dijadikan bahan dagang untuk perjuangan palsu Sang Kafir Harbi.

Kerana terpukau dan terpesona janji-janji pujaan manuanusia Kufur, berleluasa fahaman Pluralisme dan Liberalisme hingga aqidah digadai.

Segala usaha mesti dijuruskan mengembali dan menyinari syiar Islam tambahan pula dengan keberadaan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia, YBhg Datuk Dr Marshitah tanpa serik mendepani isu-isu yang menjerihkan pandangan dan pembudayaan Islam masa kini.

Wednesday, December 10, 2014

Taksub Anwar Ibrahim Untuk Berkuasa



07/12/2014, Ahad
Masa : 11.30 Pagi
Tempat : Gereja Holy Family, Kajang
Anjuran : Biro Integrasi PKR Nasional
Kehadiran : 1,200 orang (M: 1%, C: 60%, I: 30, Lain2: 9%)





Pemimpin Dikenali :

1. Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR
2. Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor
3. Ganabatirau, EXCO Negeri Selangor

1. Dalam ucapan ringkasnya Azmin Ali menyatakan pendirian Kerajaan PR Negeri Selangor untuk meraikan kepelbagaian agama, sambil mengungkapkan kata-kata lebih kurang berbunyi..."sebab itu saya tegaskan, the 351 bibles must return back to church. And i promise, you (Kristian) will not alone, we (PKR) will with and behind you all the time. Don't worry, you can keep on my words"...sambil disambut dengan tepukan gemuruh.

2. Anwar Ibrahim menyentuh mengenai kedatangannya ke Gereja Holy Family ini ketika kempen PRK DUN Kajang kira-kira sepuluh bulan lalu, UMNO menyerangnya habis-habisan menggunakan TV3 dan menyatakan kononnya inilah cara berpolitik di Malaysia menggunakan isu agama dan kaum yang perlu ditentang oleh rakyat pelbagai kaum. (disambut tepukan gemuruh). Bahkan, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dia tidak bimbang diambil gambar berlatarbelakangkan palang Jesus dibelakang pentas gereja ini.

3. Anwar Ibrahim menyebut tentang persamaan antara Islam dan Kristian iaitu orang Kristian menyebut Jesus tetapi orang Islam menyebut Nabi Isa a.s., sambil mengambil contoh di Turki, Kamal Attartuk tidak membezakan antara Islam dan Kristian untuk meraih keamanan yang tulin (the real piece).

4. Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dia bertanya kepada Azmin Ali, mengapa susah sangat untuk mengembalikan 351 bible tersebut kepada pihak gereja, itu hak mereka dengan kata-kata lebih kurang berbunyi..."for me, there is no problem to distribute the bible even though in Malay language, no problem at all. Why it's happen in multiracial country like us. That why, we must against racism and fight for freedom in this country. (disambut tepukan gemuruh)

5. Di akhir ucapannya, Anwar Ibrahim menyentuh perbahasan mengenai Bajet 2015 di Parlimen bahawa dia membangkitkan tentang ketidak-adilan kerana pengecualian cukai hanya diberi kepada badan-badan Islam sahaja. Kenapa tidak diberi kepada badan-badan agama Hindu, Buddha, Kristian dan agama lain?

Ulasan :

1. Anwar Ibrahim membakar semangat anti Islam dikalangan orang Kristian khususnya dan mengajak mereka menentang Kerajaan Barisan Nasional yang didakwa kononnya tidak berlaku adil kepada agama lain.

Inikah orang yang akan memastikan Islam sebuah Agama yang dijaga martabatnya? Di mana puak PAS yang zuhud sebagai pejuang Islam, membenarkan Anwar Ibrahim; Ketua Umum pakatan mereka untuk meletakkan Islam sama kedudukan dan dihina?

Sudah jauh pegangan Anwar Ibrahim....hanya untuk diagungkan pejuang kehendak Manusia yang hipokrit.

Ternyata Anwar Ibrahim tidak memainkan peranan sebagai seorang berAgama Islam dan memartabatkan agama dalam urusan untuk berkuasa di Malaysia dan bagi umat Islam seluruhnya.