Showing posts with label Dato' Dr Mashitah. Show all posts
Showing posts with label Dato' Dr Mashitah. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

Sambutan Maulidur Rasul, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Satu majlis Maulidur Rasul Pergerakan Wanita UMNO Malaysia telah berlangsung di Surau PWTC pada 5hb Feb lepas didahuluikan Ketua Pergerakan Wanita UMNO; YBhg Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah menyambut kehadiran para jemputan dan berjalan lancarnya majlis dengan kandungan pengisian hari memanjatkan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW.


** Sayyid Muhammad Al-Maliki, menjelaskan perkara yang dibangkit mengenai sambutan Maulid.
Tidak layak seorang yang berakal bertanya, “Mengapa kalian memperingatinya?” Kerana, seolah-olah dia bertanya, “Mengapa kalian bergembira dengan adanya Nabi Muhammad SAW?”
Lebih tepat lagi andai pertanyaan sebegini dimulai oleh seorang Muslim yang telah mengakui bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah.
Boleh dijawab, "Saya memperingatinya kerana saya gembira dan bahagia dengan Baginda, saya gembira dengan Baginda kerana saya mencintainya, dan saya mencintainya kerana saya seorang Mukmin.”
Sambutan majlis yang bermaksud berkumpul untuk mendengarkan sirah Nabi SAW dan memperdengarkan pujian-pujian ke atas Junjungan Besar Nabi SAW adalah satu saranan dahwah sebagai mengingat dan mengajak umata Islam menganli akhlak Baginda Rasul, perihalnya, Sirah, muamalah, ibadah Baginda Rasul di samping menasihati ke arah kebaikan.
Maulid mengajak kita menginsafi akan Bala, perkara bid'ah, keburukan dan fitnah.
Kehadiran YBhg Dato' Dr Mashitah Ibrahim turut mengukir senyuman di kalangan barisan kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO, apalagi lantang bersuara berteraskan pengukuhan Agama dan mengingatkan perjuangan yang sepatutnya oleh orang Melayu, lebih-lebih lagi peranan Wanita dan UMNO.
Semoga perjuangan yang dipentaskan Pergerakan Wanita UMNO demi Agama Bangsa dan Negara mendapat keberkatan Allah SWT. 
Wallahu 'alam bissawab.


**Sheikh al-Sharif al-Sayyid Muhammad al-Hasan ibn Alawi ibn Abbas ibn Abd al-Aziz al-Maliki al-Hasani al-'Idrisi al-Makki (1944-2004) ialah Ulama dan sarjana Ahlu Sunnah wal Jamaah yang terkenal dari Arab Saudi.

Monday, February 23, 2015

Indeks Syariah Malaysia Dilancarkan

Perdana Menteri, YAB DatoSeri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dalam perasmian Seminar Antarabangsa Wasatiyyah yang telah berlangsung awal Februari tahun 2014, telah membibitkan penubuhan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa.

Sebagai antara peserta di majlis tersebut, kini terbukti sudah saranan itu menjadi satu kenyataan bersempena Majlis Perdana Ulama dan Umarak 2015 di Dewan Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

"Saya telah maklumkan kepada Majlis Tertinggi (MT) pada 10 Februari ini (Selasa) ini saya akan melancarkan Indeks Syariah Malaysia bersempena dengan Majlis Perdana Ulama-Umarak 2015 pada 10 hb Februari lalu.

Kita sedia maklum sebagai sebuah kerajaan yang didokong oleh UMNO, komitmen kita  untuk memartabatkan bukan sahaja syiar Islam tetapi syariat Islam sesuai dengan Fasal 3 Perlembagaan parti adalah merupakan satu komitmen yang  kita telah tunaikan selama ini.

Tetapi ia tidak dilakukan penanda aras khususnya dalam  lima perkara yang berkaitan dengan Maqasid Syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Indeks ini akan melibatkan lapan sektor utama iaitu pendidikan, ekonomi, infrastruktur dan alam sekitar, perundangan, kesihatan, politik, budaya dan sosial.

Maka apabila kita melakukan perkara ini Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang akan mempunyai Indeks Syariah.

Selepas ini kita harap indeks ini boleh diterima pakai oleh negara-negara Islam yang lain.

Kita juga berharap dengan adanya penanda aras ini maka ia menunjukkan dengan jelas bahawa dari segi pengisian Islam itu apa yang kita telah laksanakan selama ini." begitulah saranan dan harapan YAB Perdana Menteri, DatoSeri Haji Mohd Najib.



Budaya Yang Merosakkan Aqidah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


Keputusan :

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

“bertentangan dengan akidah Islam” yakni sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
     Contohnya. OMG. Cross my heart. 


v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.

Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:

i. Memakai pakaian berwarna merah seperti Santa Claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.

Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menjolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh“menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.

“menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” bermaksud sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.

Contohnya:

i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia antaranya telah mengesani budaya ini dipandang enteng dan sebagai satu budaya yang dianggap terkini tapi telah menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar.

Masyarakat Agama Islam diajak lebih peka dan berpesan-pesan untuk menjaga kemuliaan dan martabat Agama yang dicipta sebagai Ad-Din.

Apa Fungsi Lilin Dalam Kehidupan Orang Islam?

Selain dari menerangi kegelapan? Tiada.

Ini merupakan ritual yang semakin didambakan dan mendapat sambutan segolongan penyokong fahaman politik dengan dorongan Liberalis dan Pluralis mereka.

Menurut Wikileaks; “A candlelight vigil is an outdoor assembly of people carrying candles, held after sunset in order to show support for a specific cause. Such events are typically held either to protest the suffering of some marginalized group of people, or in memory of a life or lives lost to some disease, disaster, massacre or other tragedy. In the latter case, the event is often called a candlelight memorial. A large candlelight vigil will usually have invited speakers with a public address system and may be covered by local or national media. Speakers give their speech at the beginning of the vigil to explain why they are holding a vigil and what it represents. Vigils may also have a religious or spiritual purpose. On Christmas Eve many churches hold a candlelight vigil.
Candlelight vigils are seen as a nonviolent way to raise awareness of a cause and to motivate change, as well as uniting and supporting those attending the vigil.
Gambaran yang dimuat menunjukkan satu majlis Candlelight Vigil yang dianjurkan PKR oleh Presidennya, Dr Wan Azizah sebagai tanda sokongan kepada suaminya, Anwar Ibrahim yang dipenjarakan sejak hari pertama di Penjara Sungai Buluh.

Amat mengecewakan ritual yang berbentuk Khurafat diamalkan oleh orang yang mengaku Islam yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Nyata ia semakin menyesakkan dan memesong Aqidah umat Islam yang semakin tiris keImanannya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil dan memutuskan bahawa:

1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur Tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
Saya hanya perhatikan suasana sebegini dipapar dan diamalkan oleh penganut ugamat Kristian sebagai mengiringi doa kepada roh orang yang telah meninggal dunia.

Anwar Ibrahim sudah menemui Ajalkah akibat dakwaaan yang dilemparkan terhadap Kerajaan Malaysia sebelum ini? Kalaupun benar, adakah ini satu amalan dan budaya yang diteladani dari Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW?

Masya allah. Segeralah bertaubat dan kembali ke ajaran dan tali Allah SWT, kira kamu mengaku Islam agamamu.

Betapa terancang dan halus strategi musuh Islam hingga mereka yang bertutup Aurat tergelincir dalam kancah kehinaan.

Mari dengarkan sedutan video pembentangan oleh YBhg Datuk Dr Marshitah Ibrahim.

Sabda Rasullullah SAW dan mafhumnya, “…Kamu akan ikut sejengkal demi sejengkal budaya dan cara orang lain…”

Turut dirujuk dan peringatan akan Jenis-jenis Khurafat yang tegar di kalangan umat Melayu dan Islam di https://dakwahwanita.wordpress.com/kepercayaan-karut/3-jenis-jenis-khurafat/

Terbukti kini, keremehan kepada budaya asing, telah meresapi kehidupan dan budaya di dalam Ugama Agung dan yang mengaibkan, disanjungi sebagai Hak Bersuara dan Kebebasan.