Showing posts with label Kerajaan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Malaysia. Show all posts

Wednesday, December 02, 2015

Sumbangan BN Di Pulau Pinang, DAP Pula DiPuji

Ramai orang Melayu Pulau Pinang, khususnya cukup berbangga dengan pendekatan yang dibuat Lim Guan Eng, kononnya beliau banyak menyalurkan bantuan kepada sekolah pondok dan agama di Pulau Pinang.

Satu sifat yang digunapakai Pembangkang dan mudah terkesima dan terpukau rakyat dibuatnya. Segala ramuan membuat sebiji kek disediakan Barisan Nasional (BN). Pembangkang terutama DAP hanya menyudahkannya dengan meletakkan 'icing' di atas kek dan mengaku sebagai hasil tangannya.

HAKIKATnya, yang mesti diketahui, setiap agihan yang dibuatkana adalah dari agihan daripada Kerajaan Pusat yang ditunjangi BN untuk melancarakan dan memudahkan urusan agama Islam di seluruh negara.

Keadaan di mana bila "BN beri DUIT; akan dimaki. DAP mengaihkan DUIT pula yang dipuji." 

Kerajaan Pusat menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyediakan peruntukan sebanyak RM488,739,273 bagi aktiviti memakmurkan masjid dan pendidikan Islam di seluruh negara untuk sepanjang tahun ini (2015).

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, peruntukan yang besar itu juga adalah bagi merealisasikan hasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan setempat dan sepanjang hayat, sekali gus memantapkan pendidikan serta penghayatan Islam pada 15hb Nov lepas. 

"Peruntukan itu juga digunakan untuk membayar elaun termasuk untuk pembayaran imbuhan kepada 14,254 imam, guru takmir (3,759 orang), guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) (32,764 orang) dan pegawai penyelaras masjid daerah (171 orang).

"Sebanyak RM21,077,646 daripada jumlah peruntukan itu diperuntukkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk pembayaran semua mereka yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Multaqa dan Penyampaian Anugerah Pegawai Masjid, Guru Takmir dan Guru KAFA peringkat negeri Pulau Pinang.

Majlis itu dirasmikan Yang DiPertuan Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas turut dihadiri Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman serta Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Sementara itu, Asyraf Wajdi meminta semua pihak terutama guru takmir dan guru Kafa menyatukan matlamat dalam membangunkan umat Islam  dengan mengetepikan sentimen politik dan perbezaan ideologi.

"Imam, pegawai masjid, guru takmir dan guru Kafa merupakan pemimpin hadapan yang bertanggungjawab mendidik masyarakat dan membantu kerajaan dalam merealisasikan hasrat untuk memartabatkan Islam di negara ini.

"Jadi perbezaan pendapat dan ideologi haruslah diketepikan demi menjamin umat Islam berada dalam landasan yang harmoni, berdaya saing dan terus cemerlang dalam pelbagai lapangan," katanya.

Pada majlis itu, Zainal Abidin dalam ucapannya berkata kerajaan pusat telah membelanjakan sebanyak RM137.89 juta bagi program dan projek meningkatkan syiar Agama Islam di Pulau Pinang sejak tahun 2008 hingga 2015.

Katanya peruntukan itu disalurkan bagi pelaksanaan projek-projek fizikal seperti bina baru dan naik taraf surau serta masjid dan melalui sumbangan
bekalan seperti peralatan.

"Sehingga November ini, sebanyak RM12.16 juta telah dibelanjakan bagi terus melestarikan program, projek dan pendidikan Islam antaranya membina tiga masjid baru dan baik pulih 12 buah masjid, bina sebuah surau dan baik pulih 35 buah surau serta membina dua buah sekolah agama rakyat (SAR) dan baik pulih dan naik taraf 4 buah SAR serta pelbagai lagi," katanya.

Beliau berkata banyak lagi yang sedang dirancang bagi memastikan pembangunan fizikal dan kerohanian berkonsepkan Islam terus dilaksanakan di negeri ini.

Penulis ingin bertanyakan kepada pembaca, tahukah berapa jumlah Surau atau Masjid yang telah dibangun atau diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak DAP menerajui negeri dari tahun 2008 sehingga kini?.....SATU.

Berapa banyak Surau dan Masjid yang telah dibangunkan atau diperbaiki oleh Kerajaan Pusat melalui agensinya dari Merdeka sehingga hari ini (walau Kerajaan Negeri ditadbir Pembangkang)?....terlalu banyak!!!

Saturday, November 21, 2015

Sins of Thy Fathers; Apa Motif Pertemuan Nurul?

Peristiwa tanahair bermandi darah masih terngiang di hati rakyat Malaysia. Bumi Lahad Datu dan Semporna, Sabah dicerobohi Pengganas Sulu yang menuntut wilayah kesultanan Sulu dikembalikan. Pencerobohan berperingkat dimulakan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
Tarikh 1hb dan 2hb Mac 2013, detik hitam kedaulatan negara dicabar hingga gugurnya wira bunga bangsa yang mempertahankannya. Pencerobohan oleh kumpulan pengganas yang dikenalpasti pengikut Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu itu, dengan kekuatan 235 orang bersenjata berat telah memulakan operasi pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu seawal 12hb Februari gagal mencapai persetujuan yang ditawarkan pihak Kerajaan Malaysia sehingga tarikh rundingan tamat pada 26hb Februari 2013. 

Keadaan yang getir memaksa Kerajaan bertindak menubuhkan kawalan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai timur Sabah (ESSCOM) disusuli Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sebagai satu perundangan pencegahan dan pertahan negara bersempadanan selatan Filipina. 

Sehingga 21hb Mac, 173 orang lagi telah ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Lapan orang rakyat Filipina telah disabitkan kesalahan dan berdepan hukuman mati dan penjara seumur hidup kerana melancarkan perang ke atas Yang DiPertuan Agong.
Terbaru belum sembuh luka di dada, kecoh semula dengan berita Nurul Izzah, Ahli Parlimen (PKR -Lembah Pantai) merangkap Naib Presiden PKR bergambar dengan Puteri Jacel H Kiram. Beliau turut mengesahkan pertemuan dengan Jacel puteri kepada pengganas Sulu itu pada 9hb November lalu di Manila, Filipina. 

Gambar yang dimuatnaik oleh Jacel di laman sosial menunjukkan Nurul bersama memegang poster yang diterakan perkataan "Release Anwar Immediately" adalah secara langsung membuktikan kesepakatan dan kesefahaman pembabitan di antara kedua pihak yang diberitakan termasuk berita luar negara?
Seorang ahli Yang Berhormat, Nurul dengan fahaman sempit dan terdesak menyanggupi bersua ‘jurucakap’ kumpulan pengganas yang menceroboh negara kononnya, pelembut lidah – FILIPINO FRIENDS? 

Lantaran itu, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA bagai tersentak mendengarkan berita sokongan dan kesamaan dua pihak yang pernah membibitkan sejarah pahit negara. Apakah niat dan maksud sebenar di sebalik pertemuan itu? 

Sudah pasti kenyataan Datuk Wee yang juga Ahli Parlimen (BN - Ayer Hitam) dan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri wajar menuntut pertanggungjawaban Nurul melihatkan sandiwara terbaru itu. Berbanding dengan sikap diambil oleh Ahli Parlimen, Teresa Kok Suh Sim (DAP - Seputeh) yang tidak berperi kemanusiaan dan ATAU sensitif di atas kedaulatan negara yang tercalar hingga melibatkan 8 (LAPAN) anggota keselamatan negara terkorban mempertahankan dari ancaman pencerobohan itu.
Tindakan Teresa mengaitkan pertemuan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang secara kebetulan bertembung Benjamin Netanyahu di pintu masuk bangunan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, sebagai usaha memesongkan angkara pihak Pembangkang samada secara terang lagi bersuluh atau tidak langsung usaha mereka untuk memporak-perandakan negara. 

Apakah pertemuan di Manila yang dikatakan satu pertemuan yang diatur pemimpin politik Filipina sebenarnya bertujuan mensahihkan tuntutan Kerajaan Sulu yang tidak boleh diterimapakai dengan sejumlah 235 orang pengganas dari selatan Filipina menceroboh untuk membuat onar?
https://ms.wikipedia.org/wiki/Krisis_pencerobohan_Lahad_Datu_2013
https://en.wikipedia.org/wiki/Sultanate_of_Sulu
Maka benarlah desas-desus sebelum pencerobohan yang mengaitkan Anwar Ibrahim dan konco-konconya seperti dimaklumkan di dalam http://theunspinners.blogspot.my/2015/11/nurul-sahkan-anwar-terlibat-dgn.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

Pembabitan  Ahli Parlimen,  Chua Tian Chang (PKR - Batu) dan R. Sivarasa (Subang) turut terbabit untuk salurkan dana untuk pencerobohan..? Ini semua antara benih permusuhan Anwar Ibrahim yang terbabit dengan isu pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah hingga mencetuskan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja. 

Masih ingatkah lagi perkataan yang diluahkan Tian Chua, kononnya pencerobohan di Sabah itu satu "sandiwara" oleh Kerajaan Malaysia sebagai usaha untuk memenangi Pilihan raya yang bakal berlangsung? 

Sandiwara...hingga 8 nyawa terpisah dari jasad dan ahli keluarga ditinggalkan tanpa seorang ketua keluarga, Tian Chua??? Jika benar, di mana mereka dan kenapa masih belum pulang ke pangkuan ahli keluarga yang merindukan kasih dan sayang?! 
Perkataan "MAAF" tidak mempunyai nilai moral sering digemburkan oleh pemimpin yang tiada perasaan kecuali untuk diri sendiri....dan belum terungkap dari mulut mereka yang Hipokrit!
Keghairahan berSELFIE, sudah cukup membuktikan keserasian dan kemesraan antara Nurul dan Jacel di samping gambar yang tidak langsung menunjukkan sebarang keraguan oleh seorang ahli Yang Berhormat memimpin rakyat dan menghormati kedaulatan negara yang pernah diancam oleh Allahyarham Kiram, bapa kepada Jacel bersama pengganas Sulu. 

Dalam satu kenyataan pada tahun 2013, Jacel, Puteri Sulu Kiram menafikan mempunyai kaitan dengan pembangkang di Malaysia. Hari ini, bagaimana pula pembabitan beliau dalam isu pembebasan Anwar Ibrahim, “Kami tidak ada kaitan dengan pembangkang Malaysia dan tidak pernah bercakap dengan mana-mana pihak pembangkang sekalipun,” kata puteri Sultan Sulu Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram dipetik dari http://www.interaksyon.com/article/56346/sabah-journey-was-kkb---sulu-sultanate

Gara-gara "Sins of thy fathers, the torch marches on". Apakah motif di sebalik perjumpaan dengan jurucakap kumpulan pengganas ini, Nurul?!"
Penulis berpandangan, wajar langkah-langkah pencegahan khas diperhebatkan bagi menanggani sebarang usaha yang dilihat boleh mengancam negara dan disegerakan ke atas mana-mana pihak luar mahupun dari dalam negera.

Sunday, April 19, 2015

MCA Terus Menggamit Kepercayaan Di Sabah

MCA terus diberi kepercayaan dengan perlantikan seorang pemimpin dari Sabah sebagai Senator. Kepercayaan komuniti Cina semakin kembali menampakkan penambahbaikan gerakkerja MCA.

Wilfred Yong Chen Leong telah melafazkan angkat sumpah jawatan di dalam sebuah majlis di hadapan Yang DiPertua Dewan Negara; YABhg Tan Sri Abu Zahar pada 13hb April, lalu.

Yong, berusia 42 tahun, Pengerusi Perhubungan MCA Sabah juga ahli dan pengerusi MCA Sepanggar Jawatankuasa Pusat MCA itu, telah dilantik bagi tempoh selama tiga tahun.

Yong telah berkhidmat sebagai Negara Pemuda MCA Naib Pengerusi dan Ketua Pemuda MCA Sabah untuk tempoh lima tahun, 2008-2013.

Beliau adalah lulusan undang-undang dari University of Tasmania, Australia, dan berkelulusan MBA dari Preston University, Amerika Syarikat.

Pastinya dengan kapasiti ini terus memberi ransangan kepada MCA berkhidmat lebih baik di luar kawasan semenanjung dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Tuesday, February 24, 2015

Tak Perlu Boikot, Tukar Mindset dan Sikap

Bahanapi fosil; minyak dunia menyaksikan kejatuhan harga. Di Malaysia RON95 dijual pada harga RM1.70 seliter bermula dari 1hb Februari 2015 berbanding RM2.26 seliter pada 1hb  Disember 2014. Begitu juga harga bahanapi yang lain seperti dipaparkan di bawah.

Apa yang amat dikesali, di sebalik penurunan harga bahanapi ini, harga barangan perlu yang naik sejak 3 bulan sebelumnya masih kekal tinggi. Di semua peringkat rangkaian pengedaran barangan (supply chain), pengilang, gudang, pemborong, peruncit masih enggan menurunkan harga dan tidak mempunyai asas kukuh mempertahankan harga sediada.

Lebih mengecewakan pariti kuasa belian (purchasing power parity) didominasikan konglomerat yang bersifat tamak dan kedekut sekaligus hanya merengsakan rakyat. Tindakan konglomerat dan peniaga sedemikian hanya membantut keupayaan KDNK Negara berkembang melebihi 5.5% bagi tempoh 2015 di dalam senario terkini.

Sedang pihak Kerajaan telah melaksanakan program rasionalisasi perbelanjaan melalui pengurangan subsidi dan langkah sebagainya, pihak peniaga tidak pula kelihatan prihatin mahupun bekerjasama.

Perlu ditekankan, andai kenaikan harga minyak diserapkan di semua peringkat ekonomi, ini bermaksud di peringkat pengguna akan dibebani dengan kos bagi setiap produk dan perkhidmatan setiap hari. Bagaimanapun keadaan itu tidak pula berlaku apabila harga minyak diturunkan. 

Kenapa? Di mana kewajaran ekonomiknya?

Tidak dapat dinafikan pegangan ekonomi (economic pie) negara berpusat kepada kaum Tionghua. Manakala bangsa Melayu merupakan kuasa pembeli terbesar. 

Tindakan Menteri Industri dan Asas Tani; YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob mengajak Melayu sebagai dominan pembeli memboikot perniagaan kaum Tionghua demi memaksa harga barangan perlu diturunkan adalah langkah yang perlu diteliti kesan "pro dan contra"nya.

Berkemungkinan besar ia bagi menyedarkan para peniaga-peniaga yang majoritinya dari kaum Tionghua akan Hak Pengguna di kalangan masyarakat majmuk. Dalam sudut yang berbeza ia menggalakkan bangsa Melayu untuk cergas dan turut menjadi pemain ekonomi di negara lebih-lebih lagi dalam sektor pertanian sebagai satu usaha "check and balance". 

Namun itulah budaya dan kehidupan diselusuri di antara masyarakat majmuk. Isu tuntutan agar harga barangan diturunkan selaras dengan penurunan harga bahanapi dunia adalah "core"nya. Pastinya masing-masing pihak tidak terus bertikaman dan mempolitikkan isu.

Tindakan menempelak dan keluar menyatakan bantahan tidak mampu menyembunyi keadaan sebenar. Umpama pepatah Inggeris, "Sweep the dust under the carpet". Kegagalan dikesan banyak melibatkan aspek penyertaan dan pembabitan masyarakat hingga ke sistem penyaluran dan pengguatkuasaan jabatan kerana sikap "passing the buck".

Polarisasi ekonomi, kaum dan politik tidak dapat dihalang. Ia memerlukan "mental strength" dan kematangan.

Retorik menanggani isu perlu ditukar pendekatannya. Boikot hanya mencetus situasi marah yang berpanjangan. Usaha mendidik masyarakat yang arif tentang kepenggunaan dan haknya akan menjadi kuasa mengimbang dan menentukan kadar harga barangan juga kestabilan kehidupan sekaligus politik negara.

Urusan kewangan dan perbelanjaan juga mampu membentuk masyarakat yang ampuh di dalam apa jua senario ekonomi. Jangan lagi menuding jari. Jangan jadikan pembangunan negara dan perpaduan antara kaum menjadi "collateral damage" sebuah negara yang telah merdeka dek peperangan harga.

Monday, February 23, 2015

Indeks Syariah Malaysia Dilancarkan

Perdana Menteri, YAB DatoSeri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dalam perasmian Seminar Antarabangsa Wasatiyyah yang telah berlangsung awal Februari tahun 2014, telah membibitkan penubuhan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa.

Sebagai antara peserta di majlis tersebut, kini terbukti sudah saranan itu menjadi satu kenyataan bersempena Majlis Perdana Ulama dan Umarak 2015 di Dewan Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

"Saya telah maklumkan kepada Majlis Tertinggi (MT) pada 10 Februari ini (Selasa) ini saya akan melancarkan Indeks Syariah Malaysia bersempena dengan Majlis Perdana Ulama-Umarak 2015 pada 10 hb Februari lalu.

Kita sedia maklum sebagai sebuah kerajaan yang didokong oleh UMNO, komitmen kita  untuk memartabatkan bukan sahaja syiar Islam tetapi syariat Islam sesuai dengan Fasal 3 Perlembagaan parti adalah merupakan satu komitmen yang  kita telah tunaikan selama ini.

Tetapi ia tidak dilakukan penanda aras khususnya dalam  lima perkara yang berkaitan dengan Maqasid Syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Indeks ini akan melibatkan lapan sektor utama iaitu pendidikan, ekonomi, infrastruktur dan alam sekitar, perundangan, kesihatan, politik, budaya dan sosial.

Maka apabila kita melakukan perkara ini Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang akan mempunyai Indeks Syariah.

Selepas ini kita harap indeks ini boleh diterima pakai oleh negara-negara Islam yang lain.

Kita juga berharap dengan adanya penanda aras ini maka ia menunjukkan dengan jelas bahawa dari segi pengisian Islam itu apa yang kita telah laksanakan selama ini." begitulah saranan dan harapan YAB Perdana Menteri, DatoSeri Haji Mohd Najib.



Sunday, February 22, 2015

Apa lagi NOK negara China mahukan?

Sebuah mesej diterima dan berbunyi seperti ini:-

Dear media friends
Thank you for covering the stories of the MH370 Chinese NOKs traveling abroad in search of their loved ones. We appreciate your honest journaling of their plights and their efforts in getting through to the authorities. Today on 2nd day of Chinese New Year, MH370 Chinese families have planned to hold a PC to explain why are they here in Malaysia
Venue : Hotel Sri Petaling
Address : 30 Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia
Date   : 20 Feb 2015
Time : 3pm to 6pm
Program : Highlight their journey for the past year and why they are here.
Thank you,
Voice370
The Official Association for Families of Passengers and Crew Onboard MH370


Akhir bulan Januari, dalam satu sidang media, YB Menteri Pengangkutan; Dato' Sri Liow Tiong Lai telah mengesahkan kehilangan pesawat MAS MH370 sebagai satu kemalangan berikutan keputusan yang dibuat Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

Pihak agensi kawalan udara negara dengan kerjasama syarikat penerbangan MAS serta Kerajaan Malaysia telah berusaha sebaiknya dan menuruti semua prosedur yang ditetapkan Montreal Convention http://en.wikipedia.org/wiki/Montreal_Convention yang dimeterai sejak 28hb Mei 1999 berkaitan urusan akibat nahas udara.

Lebih dari itu, Kerajaan Malaysia dengan persefahaman negara Australia dan juga China akan terus menjalankan usaha pencarian pesawat yang malang itu di kesampingan peningkatan kos yang terlibat di dalam mencari sebuah "closure' yang khusus dan tepat.

Malangnya mesej waris mangsa nahas (NOK) negara China itu sekadar satu helah untuk meraih simpati di atas sikap belas (compassion) yang dihulurkan dan terus membuat tuntutan yang tidak wajar.

Ini bukti yang NOK negara China telah diberikan layanan dan sajian makanan di Dewan San Choon, Wisma MCA pada hari kejadian. Mereka yang memakai topi putih dan berpakaian T-shirt merah adalah NOK dari negara China.


Fakta:
  1. Sebaik pihak MCA mengetahui kehadiran mereka itu, seorang kakitangan telah ditugaskan untuk melayan mereka.
  2. NOK negara China itu yang seramai 15 orang menuntut untuk berjumpa dengan YB DS Liow Tiong Lai.
  3. Kakitangan MCA telah jemput mereka itu masuk ke pejabat dan sementara menanti kehadiran Presiden MCA.
  4. NOK dari negara China telah enggan masuk dan malah mengeluarkan dakwaan-dakwaan tidak berasas dan tohmahan ke atas MAS, Kerajaan Malaysia dan MCA.
  5. Kakitangan MCA sekali lagi berusaha menjemput mereka masuk. Tapi mereka terus berdegil enggan dan memilih terus berdiri di depan Wisma MCA.
  6. Selepas YAB PM meninggalkan majlis sambutan Tahun Baru Cina, memandangkan NOK negara China enggan berganjak ke pejabat MCA, YB DS Liow yang sudah kesuntukan masa terpaksa meneruskan perjalananan ke Melaka bagi memenuhi jadual yang telah diaturkan terdahulunya. 
Kerajaan Malaysia telah dan masih menanggung perbelanjaan usaha pencarian pesawat. Pasukan perkhidmatan sosial turut disediakan ke atas ahli keluarga mangsa nahas. Pusat Komunikasi dan Sokongan Keluarga (FCSC) di Beijing pula telah dibuka syarikat penerbangan MAS bagi mengurus hal-hal berkaitan tambahan pula pihak waris di sana serta telah ditawarkan pampasan mengikut Konvensyen Montreal.

Pengisytiharan yang dibuat Jabatan Penerbangan Awam Malaysia sebagai kemalangan adalah berdasarkan peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang serta kru dianggap terkorban bagi membolehkan waris mangsa menyelesaikan masalah akaun bank, pertukaran milik, masalah insurans dan harta dan sebagainya meneruskan penghidupan mereka sebaiknya.

Publisiti kini terfokus ke arah NOK negara China yang masih di dalam penafian (denial) dengan desakan mereka.  Bagaimana pula reaksi NOK dari  negara lain yang turut terbabit?


Rata-rata NOK yang lain telahpun menerima kenyataan malahan berterima kasih dan menyokong usaha berterusan Kerajaan Malaysia. NOK negara China pula mudah terpengaruh dan terbawa-bawa dengan dakyah yang dipaparkan oleh beberapa pemimpin dan media yang mengambil kesempatan memporakperandakan keadaan yang pilu ini. Ini nyata satu tindakan untuk memalukan Kerajaan Malaysia.

Segala usaha yang terbaik telahpun diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada waris mangsa. Segulung ucapan tahniah juga buat YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai, 
YB Datuk Dr Ir Wee Ka Siong dan MCA yang selama tempoh ini telah melayan NOK, berhempas pulas meredakan keadaan yang menyayat hati.

Apa lagi NOK negara China mahukan?

Wednesday, January 28, 2015

Prihatin Kepada Pengusaha SME Mangsa Banjir



Berikut adalah kenyataan media YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri;

20hb, Januari 2015, Putrajaya-

“Saya menyambut baik pengumuman oleh Perdana Menteri berkenaan perkembangan semasa dan kewangan negara pagi tadi.

Di antara penyelarasan penting yang diambil oleh pihak kerajaan berikutan perkembangan semasa global dan dalam negeri baru-baru ini ialah penubuhan Special Relief Facility untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar 2.25 peratus serta penangguhan tempoh bayaran balik sehingga 6 bulan kepada pengusaha SME yang dijejaskan oleh banjir baru baru ini.

Saya menyambut baik pengumuman tersebut dan ia merupakan langkah penting untuk membantu SME yang mengalami kerugian teruk dalam musibah banjir yang melanda beberapa negeri di negara ini, khususnya di Pantai Timur.

Pengumuman Perdana Menteri yang memberi jaminan bahawa projek-projek mega, seperti MRT jajaran kedua, LRT dan High Speed Rail KL-Singapura, Rapid di Pengerang akan tetap diteruskan turut menunjukkan bahawa keadaan ekonomi negara masih stabil dan utuh serta tidak dalam krisis.

Pengumuman ini turut membuktikan desas desus yang mengatakan bahawa industri pembinaan negara akan terbantut adalah dakwaan tidak berasas.

Sebaliknya, dengan adanya projek membaikpulih dan pembinaan semula infrastruktur asas yang musnah dalam banjir serta projek-projek mega tersebut akan dapat merangsang ratusan industri berkaitan (supporting industries), di mana kebanyakan adalah SME.

Pada masa kini, SME menyumbang sebanyak 34 peratus kepada KDNK Negara, dan sasaran kerajaan ialah sumbangan SME kepada KDNK dapat dipertingkatkan kepada 41 peratus menjelang tahun 2020.

Saya yakin strategi-strategi yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam perutusan beliau pagi tadi dapat merangsang pertumbuhan positif SME secara keseluruhannya.
Saya turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri untuk merasionalisasi dan mengurangkan  perbelanjaan kerajaan. Ini mempamerkan kesungguhan kerajaan dalam mengurangkan beban kewangan negara. Ini merupakan titik permulaan yang baik dan  semoga dapat memupuk budaya
berbelanja secara berhemah dalam sektor awam.” 


Pengumuman tersebut disambut baik oleh YB Datuk Dr Ir. Wee Ka Siong; Menteri di Jabatan Perdana Menteri di atas keprihatinan kerajaan terhadap mangsa banjir di Pantai Timur yang turut melibatkan pengusaha-pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau Small Medium Enterprise (SME).

Di antara langkah-langkah yang diumumkan adalah penubuhan Special Relief Facility bertujuan mengurangkan beban pengusaha-pengusaha SME di Pantai Timur agar kesinambungan pendapatan perniagaan mereka dapat diteruskan dengan kadar segera. Sekaligus, sumbangan pendapatan negara dari SME tidak terjejas di dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan cabaran kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu.
Itulah di antara intipati perutusan khas Perdana Menteri di dalam mengumumkan langkah-langkah mengatasi kedudukan ekonomi semasa dan kewangan Negara Sesungguhnya malapetaka yang menimpa membuktikan sikap Kerajaan yang amat bertimbangrasa dan prihatin secara menyeluruh.

Saturday, January 24, 2015

Siaran Media Kem. Kewangan (Dwi Bahasa)


23 January 2015

SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA


Penjelasan Lanjut mengenai Perutusan Khas oleh YAB Perdana Menteri

Berikutan Perutusan Khas oleh YAB Perdana Menteri pada 20 Januari 2015 mengenai perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan Kerajaan, Kementerian Kewangan mengambil maklum akan artikel media dan komentar. Sehubungan ini, Kementerian Kewangan ingin memberi penjelasan berikut:

Bajet 2015 digubal berdasarkan kepada harga minyak mentah Tapis pada USD105 setong. Minyak mentah Tapis lazimnya mempunyai premium kira-kira USD5 setong melebihi harga Dated Brent yang merupakan penanda aras global. Namun, rujukan dibuat berdasarkan Dated Brent pada kadar USD100 setong memandangkan terdapat keperluan memantau harga minyak mentah secara terperinci berikutan kejatuhannya yang berterusan. Kerajaan telah menyemak semula anggaran purata harga Dated Brent kepada USD55 setong pada 2015 semasa Perutusan Khas Perdana Menteri.

Perbelanjaan pembangunan sebanyak RM50.5 bilion dalam Bajet 2015 merangkumi RM48.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion bagi simpanan luar jangka. Simpanan luar jangka ini diperuntukkan bagi perbelanjaan mendesak dan di luar jangkaan yang tiada peruntukan sedia ada. Simpanan ini hanya dikategorikan sebagai perbelanjaan apabila simpanan ini digunakan. Oleh itu, simpanan ini tidak diambil kira dalam pengiraan defisit fiskal.

Defisit bagi tahun 2015 pada awalnya dianggarkan sebanyak RM35.7 bilion atau 3% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Walau bagaimanapun, berikutan hasil yang lebih rendah serta unjuran pertumbuhan KDNK yang disemak semula bagi tahun 2015 iaitu, 4.5% - 5.5%, kadar defisit kini dianggarkan 3.2% daripada KDNK atau RM37 bilion.

Langkah-langkah yang telah diumumkan dalam Perutusan Khas tidak melibatkan sebarang perbelanjaan tambahan. Memandangkan langkah-langkah ini tidak melebihi siling peruntukan yang telah diluluskan oleh Parlimen, Bajet 2015 tidak perlu dibentangkan semula.

Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, Kementerian Kewangan akan terus memantau perkembangan global dan kesannya ke atas ekonomi domestik.

Sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut mengenai Perutusan Khas boleh diajukan kepada Kementerian Kewangan di e-melpro@treasury.gov.my
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA


SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

Further Explanation on the Special Address by the Prime Minister

Following the Special Address by YAB Prime Minister on 20 January 2015 regarding current economic developments and the Government’s financial position, we have taken note of the many media articles and commentaries. The Ministry of Finance would like to elaborate on the following:

The 2015 Budget was formulated based on Tapis crude oil price at USD105 per barrel. Tapis crude oil typically commands a premium of about USD5 per barrel over Dated Brent, the global benchmark.  Given the need to monitor prices closely, amid continued falling prices of crude oil, reference was made to Dated Brent at USD100 per barrel in the Prime Minister’s Special Address. The Government has since revised the price assumption for Dated Brent to an average of USD55 per barrel for 2015.

The development expenditure of RM50.5 billion, as announced in the 2015 Budget, comprises RM48.5 billion in development expenditure and RM2 billion for contingency reserve. The contingency reserve is meant for urgent and unforeseen expenditure for which there is no existing allocation. It is only recognised as expenditure when it is used.  Hence, it does not come into the calculation of the fiscal deficit.

The budget deficit for 2015 was initially estimated at RM35.7 billion or 3% of Gross Domestic Product (GDP). However, with lower revenue and a revised GDP growth forecast for 2015 of 4.5% - 5.5%, the budget deficit is now estimated at 3.2% of GDP or RM37 billion.     

The announced measures do not involve any additional or supplementary expenditure. As the measures do not exceed the ceiling approved by Parliament, the 2015 Budget is not required to be tabled again. 

As a responsible Government, the Ministry of Finance will continue to closely monitor external developments and the impact on the domestic economy.

The Ministry of Finance welcomes any queries or clarifications on the Special Address at pro@treasury.gov.my
Ministry of Finance
Putrajaya

Friday, January 23, 2015

SBST Dipertingkat SPAD Di Bandar Perintis

Satu Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) akan dilancarkan pada bulan April bagi bandar Seremban. Manakala di Perlis pada bulan Jun 2015. Seterusnya Skim ini dijangka diperkenalkan di Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching pada tahun ini dalam usaha memperkemas dan memperhebatkan jaringan perkhidmatan bas dalam dan luar bandar.


Projek yang bernilai RM100 juta di lima ibu negeri ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan dengan usahasama SPAD, CityLiner dan MARA Liner, di 5 buah bandar yang dimaksudkan di dalam satu sesi pemeterian perjanjian di antara pihak yang terbabit.

Sila ikuti kenyataan media yang disediakan pihak SPAD berkaitan Skim SBST seperti dilampirkan...