Showing posts with label HALAL. Show all posts
Showing posts with label HALAL. Show all posts

Wednesday, December 21, 2016

Information: Influences and Incrimination

Over a year ago, McD Malaysia was to clarify the allegations of contributions made to the Zion state of Israel. The McD management has made public statements and to exact its contribution, denying any direct nor indirect relation to Israel, but paying itus royalties and dues in the franchise. 

Despite its best efforts, McD Malaysia is again affected with recent news viral over the social media platform on the use of swine by product of its food preparation. Clearly, the effect is more pronounced as McD Malaysia workforce (including the management) and "franchisee" exceeding 80 per cent is Muslim. 
Could this be doctored to discredit McD’s food industry as a whole? However, to point out the fact, McD Malaysia abstained from using Non Halal or swine product in its operation in the region as well as outlets it managed or monitors in the Middle East. 

Of course, the debate in question is faced by the Muslim community especially in the Malay archipelago, such things are taken lightly and some being hypocritical throughout their everyday life. 

Other franchise businesses to name a few, Starbuck declares it supported the Zionist and contributed financial gains to the cause. Old Town White Coffee, a local franchise business operates without ‘HALAL’ certification. The Hard Rock Hotel chain is nestled with hedonistic activities. 
Many would flock and visited these premises, fascinated with the services and products offered, the ambiance, and so on, despite their belligerence. Defensively some patrons and public, are heard responded, denying their knowledge of the situation. Some even ignore or concerned. 

Allah, forbid such acts! May we are strong in our faith and struggle on this testing time. Knowledge is powering but detrimental when interpreted wrongly.

Friday, January 22, 2016

Pensijilan Halal. Nak Ragu Apa lagi?

Di dalam era kemodenan di mana segalanya menitikberatkan SEGERA dan kesuntukan masa, masyarakat sekarang mencari jalan keluar terutamanya bila melibatkan soal makan. Maka terwujud jawapan di dalam cetusan restoran makanan segera dan restoran 24 jam di hampir setiap pelusuk bandar dan luar bandar. 
Kemajmukan rakyat yang majoritinya berAgama Islam dan sebagai Agama Persekutuan Malaysia, maka semestinya nilai-nilai dan kehendaknya perlu dan mesti dipatuhi. Jadi tidak hairanlah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dipertanggungjawapkan mengurus pensijilan HALAL di dalam negara. 

Agama Islam menuntut amalan menjaga kebersihan dan mewujudkan suasana yang bersih serta selesa kerana ia berkait rapat dengan keimanan. Kebersihan adalah asas kepada kesihatan. Agama Islam juga amat menyukai orang yang cintakan kebersihan serta sentiasa menjaga kebersihan diri kerana sihat adalah suatu nikmat Allah SWT yang amat besar nilainya yang perlu dijaga dan dipelihara.

Firman Allah SWT di dalam Surah 2, al-Baqarah ayat 222:

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ

yang bermaksud,“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”

Rasulullah SAW telah memperhalusinya dengan meletakkan kebersihan itu kepada dua bahagian besar, iaitu kebersihan diri atau jasmani, dan keduanya kebersihan jiwa. Maka pastinya sebagai umatnya, kepatuhan kepada sumber yang HALAL adalah satu yang amat besar.
Maka berbalik kepada budaya pemakanan masa kini dan pensijilan oleh JAKIM, McDonald's Malaysia memberi keutamaan dan memastikan perkara pokok ini sebagai satu amalan yang tidak boleh dinafikan.

Di pihak McDonald's Malaysia, pematuhan pensijilan tersebut turut melibatkan syarikat perbekalan utamanya; MacFood (M) Services Sdn Bhd. yang bertanggungjawap menyelenggara tahap mutu dan menjamin produk jenama McDonald's adalah selamat, bersih dan HALAL untuk rangkaian restoran McDonald's di seluruh negara.

MacFood Services Sdn. Bhd. telah diiktiraf dengan sijil ISO9001:2008 oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar negara. Pengiktirafan lain yang diterima syarikat pembekal utama ini adalah:
HACCP Certification (Hazard Analysis and Critical Control Points) Program – Food safety management system
ISO 9001:2000 Certification by SIRIM QAS– implementation of Quality Management System
HALAL Certification by HDC/JAKIM – in compliance to the Malaysian Halal Certification procedures
DVS Malaysia (Department of Veterinary Services) Certification – in compliance to the Malaysian veterinary inspection regulations and has also fulfilled compliance to the requirements of the Quality Assurance Program (QAP) and HACCP System.

MAC FOOD SERVICES (M) SDN BHD
7 Jalan SS 13/5, 45700 Subang Jaya, 
Selangor Darul Ehsan,Malaysia.

For enquiries Email to racheal.gan@Macfood.com.my

Pensijilan HALAL ke atas McDonald's Malaysia bukanlah mudah. Ia adalah satu proses jaminan yang begitu rapi dan mesti dipatuhi dan jelas sekali, tindakan JAKIM amatlah tepat kerana McDonald's Malaysia mematuhinya. Ini juga adalah satu kemestian “Halal Requirement” di MacFood Services Sdn. Bhd. dan rangkaian restoren McDonald’s sendiri.

Walaupun pensijilan HALAL dan keselamatan terjamin, pemeriksaan berkala tetap dibuat sebagai satu jaminan oleh pihak-pihak yang berkaitan; seperti JAKIM, Kementerian Keishatan Malaysia, Jabatan Veterinar dan pelbagai lagi agensi.

Ini amat mustahak, memandangkan McDonald's Malaysia menyajikan 13 juta orang pelanggan setiap bulan dengan penuh keyakinan di atas pematuhan pensijilan yang didapatinya, sebagai menjamin ia bersih, selamat dan HALAL. Sudah pasti, jenama McDonald's menggambarkan kemesraan dan keceriaan dan bukan sebaliknya.
McDonald's di Madinah

Keyakinan ke atas perbekalan produk yang terbukti dan terpamir dengan MacFood Services Sdn. Bhd. mengekspot bekalan ke beberapa negara Arab di Timur Tengah seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Negara Arab Emirate. http://www.thestar.com.my/news/community/2013/10/22/stringent-tests-to-serve-the-best-fast-food-chains-main-supplier-takes-pride-in-its-quality-control/
Kenapa harus disensasi dan diburuk-burukkan? Buktinya sudah jelas, McDonald's Malaysia 100% HALAL.  

Thursday, January 21, 2016

McDonald's Malaysia; Sajiannya Bersih dan HALAL

"Mmmm...enaknya". Begitulah antara kata-kata yang pernah didengari dari mulut pelanggan yang pernah mengunjungi rangkaian restoran McDonald's Malaysia. Tambahan pula ia terjamin HALAL dan diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai badan yang bertanggungjawab sepenuhnya memastikan kesahihan bersih lagi suci, bahan-bahan makanan, minuman, penyediaan, penyimpanan dan pelbagai aspek yang berkaitan di dalam industri pemakanan dan kesihatan khususnya.

Bagi orang Muslim, isu HALAL amatlah sensitif dan menjadi aspek keutamaan di dalam penggunaan seharian. Jadi, benarkah HALAL bahan-bahan mentah  yang digunakan dan penyediaan makanan di restoran itu?

Menjelaskan lebih lanjut, kesahihan produk HALAL oleh JAKIM bukanlah satu pengiktirafan yang enteng dan mudah. Mana-mana pihak yang terlibat di dalam industri ini, produk mereka mesti melalui proses yang teliti dan rapi hingga ke ujian makmal bagi mengesahkan tidak ada benda asing (dan ATAU najis) yang akan mencemar dan meragukan keHALALan sesuatu produk yang telah diiktirafkan. 

Mari sama-sama, mengambil tahu proses penyediaan sesuatu menu hidangan dari awal hingga ke meja hidangan Anda. Dari ladang ke meja. 
Bahan asas yang diketahui masyarakat umum adalah, kebanyakan sajian menu di McDonald's Malaysia adalah "burger". Seketul daging hancur dan lumat yang digumpalkan, baik ia daging Lembu mahupun daging Ayam. McDonald's begitu memberikan penelitian dan memastikan mutu (standards) yang tidak boleh dinafikan oleh para pembekal (tempatan lebih-lebih lagi pembekal luar negara) daging mentah mematuhi keperluan HALAL sahaja; meliputi tempat penyimpanan, penghidangan, pengendalian, pembungkusan dan tidak terlepas juga penghantaran dari dicemari.

McDonald's Malaysia begitu menitikberatkan setiap proses penyajian akur kepada keperluan yang telah digariskan oleh JAKIM dan ditekankan sekali lagi; 100% HALAL. Tidak cukup itu, Kementerian Kesihatan turut mempunyai "standards" penyediaan makanan yang khusus seperti yang ditetapkan di dalam Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi memastikan keselamatan makanan yang dijual di semua rangkaian restoran atau perbekalan makanan. 

Akta Makanan 1983 telah menggariskan tanggungjawab melindungi orangramai dari bahaya kesihatan dan kepentingan orangramai dari penipuan yang boleh mejejaskan tahap kesihatan.
Pembekal utama bahan-bahan mentah kepada McDonald's Malaysia; MacFood Services (M) Sdn Bhd telah 25 tahun membuktikan kecemerlangan perbekalan yang mengekalkan piawaian yang ketat dan mematuhi syarat-syarat yang dikenakan JAKIM, Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan di samping mengekalkan bekalan bermutu tinggi dan kerjasama yang baik di peringkat "standards" antarabangsa.

Bagi memastikan komitmen yang serius dan mengekalkan piawaian HALAL, McDonald's Malaysia memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kebersihan serta mutu yang menyeluruh bukan sekadar di premis tetapi juga amalan pekerjaan yang dilatih dan ditekankan ke atas Pengurus restoran dan kakitangan (service crew). 

Crew McDonald's Malaysia perlu mendapatkan suntikan typhoid dari pihak majlis perbandaran atau pusat kesihatan yang disahkan bagi menjamin dan mengelak kemungkinan jangkitan penyakit. Pastinya, mereka turut diberikan kefahaman khusus melibatkan polisi HALAL untuk dipatuhi. 
Menyedari betapa rumit dan teliti pematuhan kebersihan, keselamatan dan piawaian HALAL, McDonald’s Malaysia telah dan akan terus mengamalkannya. Sebarang tindakan tuduhan liar yang dilemparkan adalah satu tindakan yang tidak berasas, Jadilah masyarakat yang berhemah, bertindak selari dengan fakta dan bukan emosi yang merosakkan. 

Bukan sahaja daging, malahan produk kopi yang hendak dijual McDonald's Malaysia perlu mendapat pengiktirafan JAKIM...

Tuesday, January 19, 2016

Kenapa Kopi McCafe?

Setiap kali kunjungan Anda di restoran keluarga McDonald's khususnya di Malaysia, di samping menu hidangan makanan, sudah pasti Anda turut akan ditanya oleh kakitangan layanan counter,"Apakah pilihan sajian minuman Encik/Puan. Minuman bergas, Teh, Oreh atau Kopi?". Bagi saya, "Kopi adalah pilihan saya."

Di dalam masyarakat masa kini, siapa yang tidak kenal dengan Kopi? Minuman yang sangat disukai kebanyakan orang. Tidak kurang mereka yang tidak selesa dengan sajian tersebut dan beralasan ia menyebabkan kerengsaan perut kerana bersifat asidik, menyebabkan ketagihan dan pelbagai lagi alasan yang akan diluahkan.
Tahukah Anda bahawasanya Kopi sebenarnya minuman kegemaran kaum Sufi? Diberitakan 
peminum kopi, orang-orang Ma’rifat (yang berpengalaman dan berpengetahuan) tidak pula mengalami ketagihan (kecuali alahan) kerana meminum Kopi malah segar menjalani ibadah seolah memberikan kekuatan rohani dan jasmani. Malahan Kopi merupakan salah satu minuman kegemaran Rasulullah S.A.W di samping susu dan madu.

Sayyid Abdurrohman bin Muhammad bin Abdurrohman bin Muhammad as-Saqqaf al-Husainy al-Hadramy dari marga al-Idrus (1070 H-1113 H) di dalam kitabnya Iinaasush Shofwah bi Anfaasil Qahwah mengkhabarkan: "...
Biji kopi baru ditemukan pada akhir abad 8H di Yaman oleh seorang penemu kopi Mukha; Imam Abul Hasan Aliy asy-Syadziliy bin Umar bin Ibrahim bin Abi Hudaimah Muhammad bin Abdulloh bin al-Faqih Muhammad Disa’in (nasabnya bersambung hingga kepada seorang sahabat bernama Khalid bin Asad bin Abil Ish bin Umayyah al-Akbar bin Abdi Syams bin Abdi Manaf bin Qushay). Manakala Imam Abu Bakr al-Idrus pula menyebar kopi ke serata tempat." 

Kebanyakan para ulama tidak meragukan kehalalan Kopi. Dalam kitab Syarh al-’Ubab Syeikh Ibnu Hajar menjelaskan bahawa menggunakan sesuatu yang jaiz sebagai sarana hukumnya tergantung pada tujuan yang ingin dicapai. Jika tujuannya untuk kebaikan maka penggunaan sarana tersebut bernilai pahala, dan jika tujuannya untuk maksiat maka bernilai dosa. 

Antara para ulama yang menghalalkan kopi adalah: Syeikhul Islam Zakariya al-Anshori, Syeikh Abdurrahman bin Ziyad az-Zabidiy, Syeikh Zaruq al-Malikiy al-Maghribiy, Syeikh Abdulloh bin Sahl Baqusyair, Syeikh Muhammmad bin Abdulqadir al-Habbaniy, Syeikh Abdulmalik bin Disa’in, dan rama lagi.

Manakala ulama yang menyanjungi kopi termasuklah: Abu Bakr bin Abdullah al-Idrus, Abdurrahman bin ‘Aliy, Syeikh bin Ismail, Ahmad bin ‘Alawy Bajahdab, Abu Bakr bin Salim, Abdullah bin Alawy al-Haddad, Hatim al-Ahdal, as-Sudiy, Umar bin Abdulllah Bamakhramah beserta putranya, Al-Amudiy,.
 
Kebanyakan para ulama Sufi itu menggemari Kopi kerana mereka lebih giat beribadah, terutama pada malam hari ketika banyak manusia yang tertidur lelap dan ramai yang menyanjungi minuman itu yang bermanafaat. 

Revolusi penggemar Kopi atau coffee connoisseurs telah mempelbagaikan citarasa dan tercetus hidangan baru dari Kopi dan mula mendapat permintaan dan minat dengan ciptaan Kopi gourmet yang bersifat alkali seawal tahun 2000. 
Di pihak McDonald's Malaysia, restoran keluarga lagi menceriakan turut mengambli langkah proaktif apabila memperkenalkan menu McCafe yang pertama di premisnya di Kota Damansara pada 16hb Jun 2012. Sejajar dengan itu konsep mesra dan segar McDonald's turut menggambarkan perubahan yang menarik dan lebih bertenaga.

Bukan sahaja hidangan yang disajikan di McDonald's Malaysia disahkan 100% HALAL yang disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa Halal yang mendapat pengiktirafan daripada JAKIM meliputi kesemua produk McDonald’s®, termasuklah sos-sos yang diimport oleh McDONALD’s® Malaysia.


Dakwaan yang tersebar kononnya bahan tidak Halal "LM 10" adalah tidak benar dan tidak pernah digunakan dalam mana-mana produk sajian di restorennya. Ia menetapi ketetapan pihak berkuasa dan kementerian yang berkaitan termasuklah perbekalan dari para pembekal kepada McDonald's Malaysia. 

Apalagi? Marilah ke restoran McDonald's yang berdekatan Anda. Makanan juga minumannya adalah HALAL. Ambience yang menarik serta keceriaan dari ruang dapur ke meja makanan Anda dan ahli keluarga malah sahabat handai!

Untuk pengesahan lanjut tentang status Halal McDonald’s® Malaysia, anda boleh merujuk kepada laman web rasmi JAKIM atau hubungi bahagian Hab Halal JAKIM di 03-8892 5000 atau Talian Khidmat Pelanggan McDonald’s®Malaysia di 03-2726 5600.

Monday, January 18, 2016

Halal Pula DiJadikan Isu

Menikmati hidangan makanan dan atau menggenakan barangan HALAL adalah tuntutan Allah SWT ke atas manusia terutama umat Muslim. Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud;
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِى ٱلْأَرْضِ حَلَٰلًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ 


“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”. 
Surah 2 Al Quran, Al-Baqarah; ayat 168 
Produk HALAL adalah satu kemestian terutama ke atas kehidupan umat Muslim yang bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah SWT. HALAL bukan sahaja melibatkan barangan makanan atau minuman sahaja tetapi turut menyentuh pakaian, barangan perhiasan lebih-lebih lagi penggenaan kosmetik dan sebagainya.

Firman Allah SWT lagi, 
“Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang yang diberikan kitab adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka…” 
Surah 5 Al Quran, Al-Maidah; ayat 5

"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman". 

Surah 5 Al Quran, Al-Maidah; ayat88 

Begitulah betapa Islam menekan dan menitikberatkan isu Halal dan Haram di dalam masyarakat Mukmin. Namun istilah HALAL kerap ditekankan pada makanan dan minuman di kalangan anggota masyarakat negara dan kesedaran itu semakin menampakkan perubahan ke arah positif. 

Apapun berkisar dari pengalaman pemulauan ke atas restoren McDonald’s Malaysia yang nyata terpengaruh dengan "fitnah" hingga menyebabkan beberapa premis lenggang dan keresahan kepada kakitangan, kini beralih pula kepada dakyah kononnya penyediaan dan hidangan menu yang disajikan restoran makanan segera ini, sebagai tidak halal?! 
Pelbagai tuduhan liar turut disiarkan di laman media sosial dengan dakwaan, bahawa JAKIM telah menarik balik Sijil Pengesahan HALAL ke atas McDonald's Malaysia, sedangkan sebaliknya, sajian telah dijamin 100% Halal oleh pihak JAKIM juga oleh Jabatan Agama Islam Negeri dari masa ke semasa dari segala aspek termasuklah dari bahan mentah hingga ke sajian; turut merangkumi kebersihan dan pematuhan piawaian yang rapi seperti yang ditekankan JAKIM.

Tuduhan itu sudah pasti merupakan satu tamparan yang amat pedih kepada pihak pengurusan dan kakitangan McDonald's Malaysia yang berjumlah lebih dari 12,000 orang seluruh negara (tidak termasuk jumlah pengurusan dan kakitangan Franchisor) yang mana lebih dari 90% adalah dari bangsa Melayu Bumiputera dan berAgama Islam.

Anihnya, sikap mereka yang menabur fitnah itu menidakkan pula kewujudan sebuah rangkaian restoren yang dimiliki pemilik yang rasis serta tidak pula menjalankan perkhidmatan atau menghormati prasyarat tanda HALAL yang sebenar. 

Monday, December 14, 2015

Fenomena Makanan Segera Dan Tanggapan Songsang

Makan, makan dan MAKAN. Satu amalan dan budaya yang tidak lari dari kehidupan manusia tanpa mengenali geo-status mahupun politiknya. Budaya pengambilan pemakanan masyarakat Malaysia bagaimanapun telah melalui berbagai proses transformasi; baik corak pemakanan mahupun tingkahlaku atau gaya pemakanannya, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kota mahupun di sempadannya.
Trend ini mulai menular dengan peredaran atau migrasi penduduk dari kampung ke kota. Dari Malaysia ke luar negara. Daripada masakan kuali dan periuk belanga kepada deep fryer dan micro-wave. Makanan kini bukan hanya terhidang ketika waktu makan di rumah. Makanan luar mulai terdapat dan tersedia di premis-premis 24 jam. Makanan atau masakan yang disediakan mengikut pesanan (made to order), hidangan ala-carte mahupun makanan segera (fast foods).

Faktor seperti bekerja di luar rumah, ibu-ibu yang bekerja dan jenis makanan (tempatan dan antarabangsa) yang disediakan menggalakkan amalan pemakanan keluar. Restoran, medan selera dan gerai-gerai makanan telah memberi perkhidmatan bukan sahaja kepada orang-orang yang mahu makan pada waktu makan, tetapi juga mereka yang mahu menikmati makanan dengan ahli keluarga ataupun rakan sekerja di dalam suasana santai dan kondusif.

Di Malaysia, hari ini menganggap makanan segera sebagai makanan yang berupa makanan dan sajian cepat yang boleh diperolehi di restoran-restoran yang banyak bilangannya di Malaysia seperti di Kentucky Fried Chicken, McDonalds, Pizza Hut, Domino, Ramly Burger dan sebagainya yang boleh diklasifikasikan sebagai menyajikan makanan moden. 
Untuk mendapatkan makanan segera ini, ada empat kaedah untuk menikmatinya. 1; Peminat makanan segera boleh ke premis restoran untuk nikmati hidangan di dalam ambience dan keselesaan premis. 2; Buat pesanan "Take away", 3; memesan di perkhidmatan pandu lalu "Drive thru" dan yang terakhir 4; dengan membuat pesanan melalui Online (dan aplikasi media sosial) untuk penghantaran ke rumah (mengikut radius/jarak yang disetujui).

Menyentuh tentang restoran makanan segera di Malaysia, berdasarkan catatan sejarah, operasi makanan segera yang pertama adalah oleh  A&W yang dibuka pada tahun 1963 di Batu Road (sekarang dikenali sebagai Jalan Tuanku Abdul Rahman). Orang yang berperanan memperkenalkan francais A&W ini ialah Encik Lie Boff dari Amerika Syarikat. Restoran A & W kemudian memperkenalkan konsepkan pandu lalu yang dibuka di Petaling Jaya pada tahun 1965. 

Pembukaan restoran Kentucky Fried Chicken pada tahun 1973 kemudiannya mencetuskan satu fenomena makanan segera yang mulai diterima oleh rakyat Malaysia dan secara langsungnya mempengaruhi budaya pemakanan masyarakat umum. Pada tahun 1981, premis Sugar Buns dan Marry Brown telah dibuka. Burger King, McDonald's, Pizza Hut dan Shakey’s Pizza pula dibuka pada tahun 1982 diikuti Grandy’s pada tahun 1983. Ramly Burger pula digiatkan pada tahun 1984 dan Domino’s Pizza pada tahun 1997.

Di samping itu, melihatkan persaingan perniagaan kepada ekonomi negara yang berjumlah tidak kurang dari 2.5% unjuran pada tahun 2014 kepada KDNK berdasarkan http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1314/bab3.pdf (penginapan dan makanan), premis makanan termasuklah makanan segera mulai melabuhkan tirai kepada perkhidmatan 24 jam. Alunan lagu-lagu "Hits" berkumandang, skrin TV besar mulai dipasang untuk hebahan maklumat dan hiburan. Pemuka pesanan berNeon dan warna-warna yang segar dipasang bagi menarik perhatian pelanggan di samping kemesraan kakitangan premis. Kemudahan yang disediakan di premis makanan segera turut menceriakan suasana.

Amalan penjagaan operasi yang cekap bersih dan menjamin kesihatan juga merupakan tabiat dan yang di "institutionalised" oleh pemain industri makanan segera, terutama oleh McDonalds yang amat prihatin kepada pembangunan dan kemajuan kakitangannya di operasi seluruh dunia dan pelanggannya. Di Malaysia, McDonald's seperti premis yang lain turut mengamal dan mematuhi syarat-syarat "HALAL" dari JAKIM. 

Stau perkara yang amat penting dalam pengurusan pemakanan adalah kandungan nutrisinya. Tanggapan yang dilemparkan kepada premis makanan segera bahwa mencipta gaya hidupa pemakanan tidak sihat atau 'OBESE' adalah satu tanggungjawab yang diambil serius oleh pihak francaisor dan francaisi.
McDonald's merupakan rangkaian makanan segera terbesar di dunia restoran makanan hamburger cepat, yang mensajikan makanan kepada sekitar 68 juta pelanggan setiap hari di 120 negara (termasuk di Timur Tengah) di lebih daripada 36,000 cawangan seluruh dunia.

Saham McDonald's diperdagangkan kepada pihak awam di New York Stock Exchange dan tiada pemilikan saham yang melebihi 10% dari stok sahamnya oleh mana-mana individu ataupun korporat. 

Di Malaysia, McDonald's dikendalikan Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai McDonald's Malaysia. Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. telah dianugerahkan lesen oleh McDonald's Corporation di Amerika Syarikat pada tahun 1980 bagi mengendalikan rangkaian restoran McDonald's di Malaysia. 
Restoran pertama McDonald's dibuka pada 29 April 1982 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kebanyakan restoran McDonald's dikendalikan oleh francaisi-francaisi tempatan. Dari sumber yang diketahui, malahan kakitangan McDonald's merangkumi tidak kurang dari 90% dari masyarakat Bumiputera baik oleh premis pengendali mahupun oleh pemegang francaisnya di Malaysia.

McDonald's sebagai sebuah korporat turut melibatkan secara aktif di dalam kerja-kerja kebajikan, dan yang lebih menarik tradisinya diterima oleh pihak pengurusan kegiatan tersebut ditetapkan oleh kakitangannya.

Anehnya, kenapa McDonald's seringkali menjadi sasaran dan dakwaan songsang oleh sesetengah pihak?

Atau apakah masyarakat Malaysia yang berbilang kaum terbukti amat prihatin dengan senario pergolakan dunia, apatah lagi melibatkan politik, perniagaan mahupun lebih gemar menyalahkan sesuatu keadaan tanpa melihat sendiri pembabitan mereka atau lebih tepat lagi, bersikap 'self denial'?!

Dalam penulisan seterusnya, akan dikongsikan beberapa dakwaan dan rujukan keadaan sebenar mengenai McDonald's Malaysia dan seluruh dunia.....(bersambung)

Rujukan:

. The Management of Social-Ecological Change and Uncertainties in the Global Era 2012, . . Food and eating: An anthropological perspective. [cited April 20, 2011]. 
. Fast Food Restaurant, Peter Smale. Asia Week. Jun 1990. 
. http://www.rootbeer.com.my/about-heritage-malaysia.htm 
. Malaysian Business, Disember 1988 
. Malaysian Enterprise. Jan-Mac 1988
. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_McDonald%27s
. http://babab.net/out/restoran-mcdonald-s-pertama-di-malaysia.html
. http://www.aboutmcdonalds.com/mcd/investors.html
. http://www.mcdonalds.com.my/