Showing posts with label JAKIM. Show all posts
Showing posts with label JAKIM. Show all posts

Thursday, January 21, 2016

McDonald's Malaysia; Sajiannya Bersih dan HALAL

"Mmmm...enaknya". Begitulah antara kata-kata yang pernah didengari dari mulut pelanggan yang pernah mengunjungi rangkaian restoran McDonald's Malaysia. Tambahan pula ia terjamin HALAL dan diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai badan yang bertanggungjawab sepenuhnya memastikan kesahihan bersih lagi suci, bahan-bahan makanan, minuman, penyediaan, penyimpanan dan pelbagai aspek yang berkaitan di dalam industri pemakanan dan kesihatan khususnya.

Bagi orang Muslim, isu HALAL amatlah sensitif dan menjadi aspek keutamaan di dalam penggunaan seharian. Jadi, benarkah HALAL bahan-bahan mentah  yang digunakan dan penyediaan makanan di restoran itu?

Menjelaskan lebih lanjut, kesahihan produk HALAL oleh JAKIM bukanlah satu pengiktirafan yang enteng dan mudah. Mana-mana pihak yang terlibat di dalam industri ini, produk mereka mesti melalui proses yang teliti dan rapi hingga ke ujian makmal bagi mengesahkan tidak ada benda asing (dan ATAU najis) yang akan mencemar dan meragukan keHALALan sesuatu produk yang telah diiktirafkan. 

Mari sama-sama, mengambil tahu proses penyediaan sesuatu menu hidangan dari awal hingga ke meja hidangan Anda. Dari ladang ke meja. 
Bahan asas yang diketahui masyarakat umum adalah, kebanyakan sajian menu di McDonald's Malaysia adalah "burger". Seketul daging hancur dan lumat yang digumpalkan, baik ia daging Lembu mahupun daging Ayam. McDonald's begitu memberikan penelitian dan memastikan mutu (standards) yang tidak boleh dinafikan oleh para pembekal (tempatan lebih-lebih lagi pembekal luar negara) daging mentah mematuhi keperluan HALAL sahaja; meliputi tempat penyimpanan, penghidangan, pengendalian, pembungkusan dan tidak terlepas juga penghantaran dari dicemari.

McDonald's Malaysia begitu menitikberatkan setiap proses penyajian akur kepada keperluan yang telah digariskan oleh JAKIM dan ditekankan sekali lagi; 100% HALAL. Tidak cukup itu, Kementerian Kesihatan turut mempunyai "standards" penyediaan makanan yang khusus seperti yang ditetapkan di dalam Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi memastikan keselamatan makanan yang dijual di semua rangkaian restoran atau perbekalan makanan. 

Akta Makanan 1983 telah menggariskan tanggungjawab melindungi orangramai dari bahaya kesihatan dan kepentingan orangramai dari penipuan yang boleh mejejaskan tahap kesihatan.
Pembekal utama bahan-bahan mentah kepada McDonald's Malaysia; MacFood Services (M) Sdn Bhd telah 25 tahun membuktikan kecemerlangan perbekalan yang mengekalkan piawaian yang ketat dan mematuhi syarat-syarat yang dikenakan JAKIM, Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan di samping mengekalkan bekalan bermutu tinggi dan kerjasama yang baik di peringkat "standards" antarabangsa.

Bagi memastikan komitmen yang serius dan mengekalkan piawaian HALAL, McDonald's Malaysia memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kebersihan serta mutu yang menyeluruh bukan sekadar di premis tetapi juga amalan pekerjaan yang dilatih dan ditekankan ke atas Pengurus restoran dan kakitangan (service crew). 

Crew McDonald's Malaysia perlu mendapatkan suntikan typhoid dari pihak majlis perbandaran atau pusat kesihatan yang disahkan bagi menjamin dan mengelak kemungkinan jangkitan penyakit. Pastinya, mereka turut diberikan kefahaman khusus melibatkan polisi HALAL untuk dipatuhi. 
Menyedari betapa rumit dan teliti pematuhan kebersihan, keselamatan dan piawaian HALAL, McDonald’s Malaysia telah dan akan terus mengamalkannya. Sebarang tindakan tuduhan liar yang dilemparkan adalah satu tindakan yang tidak berasas, Jadilah masyarakat yang berhemah, bertindak selari dengan fakta dan bukan emosi yang merosakkan. 

Bukan sahaja daging, malahan produk kopi yang hendak dijual McDonald's Malaysia perlu mendapat pengiktirafan JAKIM...

Tuesday, January 19, 2016

Kenapa Kopi McCafe?

Setiap kali kunjungan Anda di restoran keluarga McDonald's khususnya di Malaysia, di samping menu hidangan makanan, sudah pasti Anda turut akan ditanya oleh kakitangan layanan counter,"Apakah pilihan sajian minuman Encik/Puan. Minuman bergas, Teh, Oreh atau Kopi?". Bagi saya, "Kopi adalah pilihan saya."

Di dalam masyarakat masa kini, siapa yang tidak kenal dengan Kopi? Minuman yang sangat disukai kebanyakan orang. Tidak kurang mereka yang tidak selesa dengan sajian tersebut dan beralasan ia menyebabkan kerengsaan perut kerana bersifat asidik, menyebabkan ketagihan dan pelbagai lagi alasan yang akan diluahkan.
Tahukah Anda bahawasanya Kopi sebenarnya minuman kegemaran kaum Sufi? Diberitakan 
peminum kopi, orang-orang Ma’rifat (yang berpengalaman dan berpengetahuan) tidak pula mengalami ketagihan (kecuali alahan) kerana meminum Kopi malah segar menjalani ibadah seolah memberikan kekuatan rohani dan jasmani. Malahan Kopi merupakan salah satu minuman kegemaran Rasulullah S.A.W di samping susu dan madu.

Sayyid Abdurrohman bin Muhammad bin Abdurrohman bin Muhammad as-Saqqaf al-Husainy al-Hadramy dari marga al-Idrus (1070 H-1113 H) di dalam kitabnya Iinaasush Shofwah bi Anfaasil Qahwah mengkhabarkan: "...
Biji kopi baru ditemukan pada akhir abad 8H di Yaman oleh seorang penemu kopi Mukha; Imam Abul Hasan Aliy asy-Syadziliy bin Umar bin Ibrahim bin Abi Hudaimah Muhammad bin Abdulloh bin al-Faqih Muhammad Disa’in (nasabnya bersambung hingga kepada seorang sahabat bernama Khalid bin Asad bin Abil Ish bin Umayyah al-Akbar bin Abdi Syams bin Abdi Manaf bin Qushay). Manakala Imam Abu Bakr al-Idrus pula menyebar kopi ke serata tempat." 

Kebanyakan para ulama tidak meragukan kehalalan Kopi. Dalam kitab Syarh al-’Ubab Syeikh Ibnu Hajar menjelaskan bahawa menggunakan sesuatu yang jaiz sebagai sarana hukumnya tergantung pada tujuan yang ingin dicapai. Jika tujuannya untuk kebaikan maka penggunaan sarana tersebut bernilai pahala, dan jika tujuannya untuk maksiat maka bernilai dosa. 

Antara para ulama yang menghalalkan kopi adalah: Syeikhul Islam Zakariya al-Anshori, Syeikh Abdurrahman bin Ziyad az-Zabidiy, Syeikh Zaruq al-Malikiy al-Maghribiy, Syeikh Abdulloh bin Sahl Baqusyair, Syeikh Muhammmad bin Abdulqadir al-Habbaniy, Syeikh Abdulmalik bin Disa’in, dan rama lagi.

Manakala ulama yang menyanjungi kopi termasuklah: Abu Bakr bin Abdullah al-Idrus, Abdurrahman bin ‘Aliy, Syeikh bin Ismail, Ahmad bin ‘Alawy Bajahdab, Abu Bakr bin Salim, Abdullah bin Alawy al-Haddad, Hatim al-Ahdal, as-Sudiy, Umar bin Abdulllah Bamakhramah beserta putranya, Al-Amudiy,.
 
Kebanyakan para ulama Sufi itu menggemari Kopi kerana mereka lebih giat beribadah, terutama pada malam hari ketika banyak manusia yang tertidur lelap dan ramai yang menyanjungi minuman itu yang bermanafaat. 

Revolusi penggemar Kopi atau coffee connoisseurs telah mempelbagaikan citarasa dan tercetus hidangan baru dari Kopi dan mula mendapat permintaan dan minat dengan ciptaan Kopi gourmet yang bersifat alkali seawal tahun 2000. 
Di pihak McDonald's Malaysia, restoran keluarga lagi menceriakan turut mengambli langkah proaktif apabila memperkenalkan menu McCafe yang pertama di premisnya di Kota Damansara pada 16hb Jun 2012. Sejajar dengan itu konsep mesra dan segar McDonald's turut menggambarkan perubahan yang menarik dan lebih bertenaga.

Bukan sahaja hidangan yang disajikan di McDonald's Malaysia disahkan 100% HALAL yang disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa Halal yang mendapat pengiktirafan daripada JAKIM meliputi kesemua produk McDonald’s®, termasuklah sos-sos yang diimport oleh McDONALD’s® Malaysia.


Dakwaan yang tersebar kononnya bahan tidak Halal "LM 10" adalah tidak benar dan tidak pernah digunakan dalam mana-mana produk sajian di restorennya. Ia menetapi ketetapan pihak berkuasa dan kementerian yang berkaitan termasuklah perbekalan dari para pembekal kepada McDonald's Malaysia. 

Apalagi? Marilah ke restoran McDonald's yang berdekatan Anda. Makanan juga minumannya adalah HALAL. Ambience yang menarik serta keceriaan dari ruang dapur ke meja makanan Anda dan ahli keluarga malah sahabat handai!

Untuk pengesahan lanjut tentang status Halal McDonald’s® Malaysia, anda boleh merujuk kepada laman web rasmi JAKIM atau hubungi bahagian Hab Halal JAKIM di 03-8892 5000 atau Talian Khidmat Pelanggan McDonald’s®Malaysia di 03-2726 5600.

Monday, January 18, 2016

Halal Pula DiJadikan Isu

Menikmati hidangan makanan dan atau menggenakan barangan HALAL adalah tuntutan Allah SWT ke atas manusia terutama umat Muslim. Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud;
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِى ٱلْأَرْضِ حَلَٰلًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ 


“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”. 
Surah 2 Al Quran, Al-Baqarah; ayat 168 
Produk HALAL adalah satu kemestian terutama ke atas kehidupan umat Muslim yang bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah SWT. HALAL bukan sahaja melibatkan barangan makanan atau minuman sahaja tetapi turut menyentuh pakaian, barangan perhiasan lebih-lebih lagi penggenaan kosmetik dan sebagainya.

Firman Allah SWT lagi, 
“Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang yang diberikan kitab adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka…” 
Surah 5 Al Quran, Al-Maidah; ayat 5

"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman". 

Surah 5 Al Quran, Al-Maidah; ayat88 

Begitulah betapa Islam menekan dan menitikberatkan isu Halal dan Haram di dalam masyarakat Mukmin. Namun istilah HALAL kerap ditekankan pada makanan dan minuman di kalangan anggota masyarakat negara dan kesedaran itu semakin menampakkan perubahan ke arah positif. 

Apapun berkisar dari pengalaman pemulauan ke atas restoren McDonald’s Malaysia yang nyata terpengaruh dengan "fitnah" hingga menyebabkan beberapa premis lenggang dan keresahan kepada kakitangan, kini beralih pula kepada dakyah kononnya penyediaan dan hidangan menu yang disajikan restoran makanan segera ini, sebagai tidak halal?! 
Pelbagai tuduhan liar turut disiarkan di laman media sosial dengan dakwaan, bahawa JAKIM telah menarik balik Sijil Pengesahan HALAL ke atas McDonald's Malaysia, sedangkan sebaliknya, sajian telah dijamin 100% Halal oleh pihak JAKIM juga oleh Jabatan Agama Islam Negeri dari masa ke semasa dari segala aspek termasuklah dari bahan mentah hingga ke sajian; turut merangkumi kebersihan dan pematuhan piawaian yang rapi seperti yang ditekankan JAKIM.

Tuduhan itu sudah pasti merupakan satu tamparan yang amat pedih kepada pihak pengurusan dan kakitangan McDonald's Malaysia yang berjumlah lebih dari 12,000 orang seluruh negara (tidak termasuk jumlah pengurusan dan kakitangan Franchisor) yang mana lebih dari 90% adalah dari bangsa Melayu Bumiputera dan berAgama Islam.

Anihnya, sikap mereka yang menabur fitnah itu menidakkan pula kewujudan sebuah rangkaian restoren yang dimiliki pemilik yang rasis serta tidak pula menjalankan perkhidmatan atau menghormati prasyarat tanda HALAL yang sebenar.