Showing posts with label Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd. Show all posts

Friday, August 14, 2015

Struktur Tambang BRT bagi Lembah Kelang

Pada 31hb Julai lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan Kabinet telah meluluskan struktur tambang Bas Rapid Transit (BRT) bagi Lembah Klang pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Julai, 2015.

Kabinet telah meluluskan struktur tambang yang terdiri daripada komponen tambang asas sebanyak RM0.90 dan komponen tambang berdasarkan perjalanan setiap kilometer, bermula dengan RM0.815 setiap kilometer bagi 6km pertama, RM0.513 setiap kilometer untuk perjalanan 6 hingga 12km, RM0.421 setiap kilometer untuk perjalanan 12 hingga 18km, RM0.282 untuk setiap kilometer bagi perjalanan 18 hingga 24 km dan RM0.212 setiap kilometer bagi perjalanan melebihi 24km. Struktur ini menghadkan tambang maksimum yang boleh dikenakan bagi perkhidmatan BRT.

Dengan itu pihak pengendali tidak dibenarkan mengenakan tambang melebihi kadar yang telah ditetapkan ini.

Kabinet juga mengarahkan pengendali memberikan potongan tambang sebanyak 50% bagi pelajar, warga emas dan orang kurang upaya.

Sistem BRT Sunway Line adalah BRT yang pertama di Lembah Klang yang dikendalikan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana). Struktur tambang sediada tidak dapat menampung kos operasi BRT dan memerlukan penyusunan semual kadar baru ini dilaksanakan..

Dengan itu bagi memastikan pengguna menikmati kadar tambang yang rendah, Kerajaan telah meluluskan subsidi tahunan sebanyak RM14 juta untuk tempoh tiga tahun kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Ini akan membantu menampung perbezaan di dalam pengutipan tambang dan kos operasi bagi memastikan rakyat mampu menggunakan perkhidmatan tersebut.

Kenyataan tersebut telah dilaporkan Bernama: 
Kabinet Lulus Struktur Tambang Bas Rapid Transit Bagi Lembah Klang-SPAD http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1157152

Friday, July 24, 2015

Jawatankuasa Siasatan Ke Atas Insiden Kebakaran LRT

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat insiden kegagalan brek pada Transit Aliran Ringan (LRT) di dua lokasi berasingan yang berlaku tempuh hari. Ahli Jawatankuasa itu akan dianggotai oleh pakar-pakar, termasuk wakil-wakil daripada SPAD sendiri.

Pengerusinya, Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, siasatan dijangkakan selesai dalam tempoh dua atau tiga bulan, dan jika terdapat unsur-unsur kecuaian atau aktiviti jenayah dan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Laporan tersebut mengandungi punca kejadian dan cadangan yang dikemukakan, kami juga akan mendapatkan laporan daripada Prasarana Malaysia Berhad untuk digabungkan dengan laporan ini," kata Syed Hamid.

Di dalam kejadian terbaru, dua kereta api LRT di sepanjang laluan Kelana Jaya mengalami kegagalan brek, satu berhampiran Stesen Setiawangsa pada pukul 8 pagi, dan satu lagi di 12:18 di Stesen Universiti di Petaling Jaya, menyebabkan gangguan sementara di sepanjang laluan. Ini merupakan insiden kali ke enam yang dialami sistem aliran transit ringan tersebut.

"Kereta api telah diperiksa dari semasa ke semasa, mengikut Standard Operating Procedures (SOP) yang ditetapkan, ia boleh juga berlaku disebabkan oleh cuaca. Oleh itu, kita tidak boleh membuat andaian awal," kata Syed Hamid.

Beliau menjelaskan bahawa SPAD sentiasa menyiasat sebarang kejadian yang berhubungan dengan perkhidmatan LRT, dan ia tidak akan berkompromi terhadap keselamatan penumpang.

Ketika ditanya mengenai seruan Perdana Menteri mengenai audit keselamatan perkhidmatan LRT, Tan Sri Syed Hamid bersetuju mengenainya dan menganggap ini adalah satu kejadian yang serius di mana nyawa penumpang turut terancam.

Tindakan pantas yang diambil Prasarana mengawal situasi turut dipuji. Pihak Prasarana mendapati insiden adalah berpunca dari kebocoran minyak brek dan telahpun menyatakan ketegasannya meminta syarikat pembuat gerabak LRT berkenaan mencari penyelesaian terhadap permasalahan brek itu. 


Tuesday, June 23, 2015

Go KL Mula Tunjuk Taring

Setiap kali berpeluang ke Kotaraya Kosmopolitan Kuala Lumpur, penulis tidak lepaskan bersiaran atau menggunakan perkhidmatan awam darat di sana. Light Rail Transit (LRT), Monorail/MyRapid lebih tertumpu dan melingkari pusat bandar Kuala Lumpur sejak tahun 2004, menyediakan penjimatan masa dan aliran wang yang rendah berbanding sistem pengangkutan konvensional sebelumnya. Sistem rangkaian rel kesampingan itu turut menjamin kehijauan sekitar dengan pengurangan penggunaan bahanapi fosil.

Mass Rapid Transit (MRT) pula bakal siap tidak lama lagi akan menghubungkan bahagian kependudukan seramai 1.2 juta orang meliputi Sg. Buloh, Kota Damansara, Dataran Sunway, Bandar Utama, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Seksyen 16 Petaling Jaya, Pusat Bandar Damansara, KL Sentral, Warisan Merdeka, Bukit bintang, Pasar Rakyat, Cochrane, Maluri, Cheras dan Kajang.

Go KL, sistem pengangkutan bas awam diperkenalkan dalam versi baru pada tahun 2012 meliputi 2 laluan sahaja yang dikenali 'laluan Hijau' dan 'laluan Ungu' melalui  kawasan KLCC-Bukit Bintang dan Pasar Seni ke Bukit Bintang. 

Kini sudah masuk 3 tahun, Go KL menelusuri laluan jalanraya sejak ia dilancarkan pada tahun 2012 oleh Perdana Menteri; YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak. Go KL turut mempunyai pengguna tegarnya yang kini menawarkan peningkatan perkhidmatan dengan penambahan 20 buah bas untuk laluan yang diperluaskan. 

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan trend yang meluas, bas Go KL kini dilengkapkan dengan capaian 'WiFi' percuma untuk pengguna perkhidmatannya melayari dunia maya. 


Kemudahan buat warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang sering mengguna dan memerlukan perkhidmatan Go KL tidak terlepas pandang. Ciri 'ramp' yang bersesuaian ketinggian adalah ciri bas yang terkini di samping sesuai di perhentiannya. 

Sebagai langkah keselamatan, terdapat 4 kamera 'CCTV' dilengkapi pada setiap unit bas di samping sistem suara yang lebih jelas sebagai pemberitahuan kepada pengguna di setiap hentian lauan.

Selain itu antara ciri ciri menarik ada lah ia di lengkapi 4 kamera cctv pada setiap unit.
Sistem audio yang jelas serta menarik juga turut di pasang bagi pemberitahuan kepada penumpang pada setiap hentian. Sistem penjejakan 'GPS' turut dipasang sebagai memastikan keselesan dan keselamatan para pengguna bas Go KL ini.

Pastinya, orang seperti penulis yang berasa lebih santai menggunakan perkhidmatan awam darat di sekitar Kuala Lumpur adalah golongan sasaran Go KL. Tidak terkecuali golongan pelajar, petugas di pejabat, rakyat biasa mahupun pelancong pasti tertarik dengan kelainan yang ditawarkan Go KL.

Lebih-lebih lagi kekerapan pengangkutan awam darat termasuklah Go KL akan mengurangkan pergantungan kepada kenderaan persendirian yang semakin bertambah di jalanraya dan pengeluaran asap toksik yang berlebihan di udara. 

CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD); Tn Mohamad Nur Ismal sempat melapangkan masa bersama rombongan SPAD bersiaran keliling Kuala Lumpur dengan Go KL memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan sesuai dan sepertimana yang diharapkan untuk keselesaan pengguna.

Sasaran Go KL untuk mencapai muatan seramai 27,000 orang penumpang sehari atau 40% kegunaan kenderaan awam dijangka tercapai dengan penambahbaikan ke atas mutu perkhidmatan bas di samping perjalanan yang dijadualkan dan dijaga dengan baik.