Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts

Wednesday, February 15, 2017

Campur tangan Agama Islam Yang Dinafikan Exco Agama Islam

Mutakhir ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng mendapat tempat dan menjadi perhatian masyarakat umum, apatah lagi melihatkan campur tangan di dalam urusan hal ehwal Agama Islam, seperti membentangkan Rang Undang-Undang Penternakan Babi 2016 yang dibawa oleh Exco Pertanian; Dr Afif Bahardin di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada penggal yang baru lalu.

Terkini, hangat diperdebatkan warta mengenai Kalimah ALLAH oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang tersebar dengan meluas di medan sosial lantaran pendedahan surat dari Exco Hal Ehwal Agama Islam; Abdul Malik Abul Kassim yang ditujukan kepada Mufti Pulau Pinang; Dato’ Haji Hassan Haji Ahmad ketika itu, bertarikh 26hb Mei 2010.
Antara lain, isi kandungan surat dari Malik menyebut, “Saya dan Kerajaan Negeri merasa kesal dan dukacita terhadap tindakan Y.Bhg Dato yang telah membelakangkan saya selaku Exco yang bertanggungjawab dalam Agama Islam Pulau Pinang dan …sungguh pun tahu secara jelas pendirian Kerajaan Negeri” adalah satu perintah yang bercanggah serta mengesahkan usaha Guan Eng mencampuri urusan Agama Islam bertopengkan Malik yang beragama Islam, dengan menamatkan kontrak mantan Mufti kerana menentang campur tangan ini.

Menurut ENAKMEN 2, ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004 Mengandungi pindaan terkini - Pg.P.U. 11/2008, Seksyen 48. Tatacara pembuatan fatwa dalam:


(3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenannya bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta.
(4) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Jawatankuasa Fatwa hendaklah memaklumkan Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.
http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/enakmen_pentadbiran_agama_islam__negeripulaupinang__2004.pdf

Tindakan selanjutnya oleh Malik dan Mufti Pulau Pinang sekarang; Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor membayangkan surat itu bukan berupakan satu arahan atau campur tangan namun harus dikemukakan terlebih dahulu kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong selaku ketua Agama Islam di negeri ini, adalah tindakan yang biadap lagi menghinakan.

Ternyata, ekoran berita akbar bertajuk, “There’ll be no Islamic state, says DAP” pada 16 hb Jun 2008 adalah selari dalam usaha DAP mencemari kedaulatan Perlembagaan Persekutuan. DAP terus mencari kelompongan kuasa untuk campur tangan dalam dua bentuk kaedah di Pulau Pinang:

1. Campur tangan selepas Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan Fatwa untuk diwartakan ATAU
2. Campur tangan selepas diwartakan setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
http://www.thestar.com.my/news/nation/2008/06/16/therell-be-no-islamic-state-says-dap/
https://aidcnews.wordpress.com/2017/02/04/pas-dedah-bagaimana-kerajaan-dap-pkr-campuri-proses-fatwa-pulau-pinang/

Guan Eng Bermain Perasaan Rakyat Membelakangkan Fakta

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Harapan memberikan pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah, rumah kos sederhana dan rumah kampong adalah satu langkah yang bijak??? Sedang Kerajaan negeri pimpinan Lim telah turut menggenakan kenaikan tarif air sebanyak 18.8 peratus dan memperkenalkan surcaj air dengan alasan langkah penjimatan air di Pulau Pinang sejak tahun 2015.

“Pengecualian cukai ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang dapat dimanfaatkan oleh pemilik rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah kampung adalah sebanyak RM14, 093,705.78, di mana cukai pintu yang sepatutnya dipungut pada tahun 2017 oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ialah RM8, 058,628.78 dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak RM6, 035,077.00, mengakibatkan bebanan tanggungan GST oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM46.2 juta untuk tahun 2017” kata Lim.

Beliau turut mengumumkan pemotongan cukai pintu enam peratus untuk semua hartanah lain termasuk hartanah komersil. “Potongan 6 peratus ini akan memberikan penjimatan kepada pemilik di kawasan MBPP sebanyak RM11, 829,732.70 dan MPSP sebanyak RM9, 907,892.00. Potongan 6 peratus cukai pintu ini akan menyebabkan beban kewangan sebanyak RM21.74 juta kepada MBPP dan MPSP,” katanya lagi.

Sekali pandang, tidak dinafikan langkah tersebut membuktikan kepekaan dan prihatinnya kepimpinan negeri akan bebanan yang ditanggung rakyat berpendapatan rendah dan sederhana ekoran perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak diperkenalkan pada 1hb April 2015 oleh Kerajaan Pusat adalah satu tindakan yang mulia di pihak kerajaan negeri?
Hakikatnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengenakan kenaikan cukai taksiran oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak 14.75 peratus bagi setengah tahun pertama pada tahun 2015 yang telah memberi kesan langsung kepada kos sara hidup penduduk di negeri ini, malahan kenaikan itu tidak disusuli peningkatan kualiti perkhidmatan yang memberikan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat negeri ini.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/cukai-pintu-pulau-pinang-naik-tahun-depan-1.336286
http://www.thesundaily.my/news/1236160

Bagaimanapun mengikut Akta CBP 2014 (GST Act 2014), cukai pintu yang dikutip pihak berkuasa tempatan tidak tertakluk kepada GST sebagaimana yang didakwa Lim Guan Eng. Jika benar Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng menggenakan GST ke atas perkhidmatan pihak berkuasa kerajaan tempatan, secara terang dan jelas, kepimpinan negeri telah mencabuli Akta GST. Sila rujuk kepada halaman 10 mengenai cukai pintu oleh pihak berkuasa tempatan.
http://gst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN_KERAJAAN_PBT_BADAN_BERKANUN_04032016.pdf

Rakyat Pulau Pinang khususnya dan seluruh Malaysia amnya dibohongi dan dihasut politik kotor tindakan tidak mengutip cukai pintu kepada perkhidmatan yang disediakan Kerajaan Pusat melalui pihak berkuasa tempatan, sebaliknya kutipan hasil cukai tanah terus dibuat dan dikutip bagi pentadbiran Kerajaan negeri. Lim Guan Eng dan kepimpinan negeri acapkali bertindak mencabar kerjasama dan hubungan antara kerajaan dan rakyatnya.

Tuesday, February 14, 2017

Kampung Tradisi Mangsa Peredaran Zaman ATAU Kerakusan Manusia?

Nama-nama seperti Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca, Kampung Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali, Kampung Pisang, Kampung Permatang Tepi laut, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk Air Tawar, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang mungkin asing bagi orang luar malahan bagi sesetengah penduduk di Pulau Pinang itu sendiri.

Pembangunan yang pesat serta pemilikan tanah kampong orang Melayu, penduduk asal di Pulau Mutiara; Pulau Pinang dek sifat pemilik yang dahagakan pembangunan di sebalik kemewahan turut merupakan faktor kampong tersebut semakin lenyap dari peta negeri Pulau Pinang atau hanya sekadar nama yang digantikan nama baru. Paling menyedihkan, laman kampong yang pernah suatu ketika dahulu merupakan kawasan ramai anak negeri bermain dan berseloka terutamanya di dalam daerah Timur Laut, Pulau Pinang ditenggelami pengambilan tanah untuk projek pembangunan hartanah berprestij dan mewah, jauh dari kemampuan kuasa membeli kebanyakan anak negeri terutama sejak pentadbiran kerajaan negeri berubah arah kepada kepimpinan DAP di bawah Lim Guan Eng di dalam skandal membabitkan penjualan tanah-tanah kerajaan negeri di bawah bidang kuasanya sebagai Exco Hal Ehwal Tanah, Pembangunan Tanah, Pembangunan Keusahawanan, Penerangan & Warisan, kini berbaki 8 peratus di dalam pentadbiran, sejak tahun 2008? Rata-rata kebanyakan kampung-kampung tersebut diduduki orang Melayu bergenerasi lamanya, namun bukanlah milikan mereka tetapi milik waris tinggalan ataupun tanah wakaf yang diuruskan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
Menurut satu kajian oleh Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) dan Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) USM, keluasan tanah milik Melayu pada tahun 2016 mengikut daerah adalah seperti berikut:
  • Timur Laut (Parlimen Tanjong, Jelutong, Bukit Gelugor dan Bukit Bendera) – 1.4km persegi,
  • Barat Daya (Parlimen Bayan Baru dan Balik Pulau ) – 21.6km persegi,
  • Seberang Perai Tengah (Parlimen Permatang Pauh dan Bukit Mertajam) – 108.4km persegi,
  • Seberang Perai Utara (Parlimen Bagan, Tasek Gelugor dan Kepala Batas) – 46.3km persegi, dan 
  • Seberang Perai Selatan (Parlimen Batu Kawan dan Nibong Tebal) – 36.2km persegi
berjumlah 213.9km persegi berbanding keseluruhan keluasan negeri Pulau Pinang adalah 1,046 km persegi. 

Dalam masa lima tahun sahaja, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju yang mempunyai hubungan Lim sekeluarga tau merupakan kroninya di dalam kepentingan syarikat-syarikat pemaju yang sekaligu telah menyebabkan hartanah di Pulau Pinang berjaya mencatat penjualan berbilion Ringgit Malaysia. Ironinya Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) gagal membangun atau memajukan tanah kerajaan negeri sebaliknya bertindak menjadi agen hartanah ekskusif Lim Guan Eng, lebih-lebih lagi dengan perlaksanaan Projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang turut menyumbang kepada pengambilan tanah hingga bakal merubah rupabentuk kampong yang sediada.

Pada pagi 2hb Februari yang lalu, kerja-kerja merobohkan 4 buah rumah yang ditinggalkan penghuninya walau pampasan tidak setimpal diberikan di Kampong Pokok Asam, Jelutong dilaksanakan oleh pekerja-pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang majoritinya adalah anak Melayu di belakang tabirnya dengan kehendak dan perintah pimpinan DAP. Sebelum itu 5 buah rumah telah dirobohkan dengan modus operandi yang serupa, berbaki hampir 20 buah rumah dengan penghuni yang berkeras enggan keluar dari sana. Pastinya nasib mereka akan berkesudahan seperti penghuni yang sebelumnya. MBPP dan Kerajaan Negeri tidak bersikap reaktif mendepani kerumitan dan permasalahan hartanah setempat kebajikan kampong tradisi dengan mengekalkan identiti dan kewujudannya dengan mewartakan Akta Warisan?.

Persoalan kepada orang Melayu Pulau Pinang itu sendiri, apakah polisi Lim Guan Eng mencerminkan sikap orang Melayu yang memikirkan ‘NAK SENANG’ sahaja sedang penjualan tanah secara besar-besaran dn terang-terangan kelulusan DAP di Pulau Pinang, tidak membimbangkan? Polisi yang jelas mengkayakan pemaju. Pemaju mengutip keuntungan berpuluh-puluh kali ganda dengan kecenderungan Melayu untuk membuat ‘perubahan’ masa kini.

Thursday, January 19, 2017

Don't fall victims of ignorance

Following to Lim Guan Eng’s blog article which made seditious accusations contrary to the Federal Constitution on the amendment of Act 355, a young boy Ahmad Ali Karim aged 13 made a police report on the 24th November 2016 among which led the police to question Lim at his office in KOMTAR Penang.
https://limguaneng.com/index.php/2016/11/23/mca-mic-gerakan-and-supp-should-withdraw-from-bn-following-bns-endorsement-of-hudud-like-lawsec/ 
Lim, a party leader and representing DAP “opposes the hudud-like laws because it is contrary to the Federal Constitution as is secular in nature….with Islam as the religion of the Federation. Raising the punishment cap so that it can come closer to Hudud provisions would contravene the Federal Constitution in both spirit and substance.” It is clear the Act 355 only affects the Muslims, why then a non-Muslim politicise these issues? 

Lim further pointed the failure of MCA, MIC, Gerakan and SUPP to leave BN is seen as a form of tacit approval of the unconstitutional measures adopted by UMNO to support PAS’s move to raise the punishment cap of Islamic laws that moves closer to Hudud-like laws. The fact that the Federal Constitution recognises the institution of Sharia Courts as stated in the Article 121 (1A) and the Part 1 List II of the Ninth Schedule of the Federal Constitution, proves that the Act 355 is not contrary to the Federal Constitution. 
Lim Guan Eng is leading the Opposition to create religious and racial tension between the citizens of Malaysia. Lim has in fact questioned the sovereignty of the Rulers when he went against the decree made by the Yang Di-Pertuan Agong’s in the parliament on the 7th March, 2016:
“Beta berharap langkah-langkah ke arah memperkukuhkan institusi agama dan kecekapan perlaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam melalui pemerkasaan Mahkamah Syariah dapat disegerakan.” 

Sadly, two news portals; MalaysiaKini.com carried an article titled, “Tiap-tiap hari rakam kenyataan saja’ on 13th January 2017 http://www.malaysiakini.com/news/369153 and FreeMalaysiaToday.com, “Guan Eng cries foul over ‘frivolous’ police investigation” http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/01/13/guan-eng-cries-foul-over-frivolous-police-investigation/ on 13th January 2017 and “Police query Guan Eng over report lodged by 13 –year-old” http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/01/13/police-query-guan-eng-over-report-lodged-by-13-year-old/ on the same day of the previous article is sensationalising the issue and to adjudge Ahmad Ali of poor taste and facts. 
Obviously, it is the duty to comprehend the rights and responsibilities as a good citizen of Malaysia, accorded in the Federal Constitution, in maintaining peace and harmony in a diverse ethnicity and culture. Failing which, one may fall trap and taken victim of their ignorance by irresponsible politician/s whom has hidden agenda only of themselves.

Typical credit grabber #LimGuanEng

Last Saturday, Penang Chief Minister Lim Guan Eng accompanied by an entourage of DAP state leaders officially opened the stretch of Jalan Lembah Permai Tanjung Bungah (Bukit Salbiah). 
This stretch of road was funded by the Federal Government under the provisions of road maintenance and costs RM435, 000 under the supervision of the Public Works Department implemented by the Implementation Coordination Unit (ICU) Penang of the Prime Minister’s Office. 

Regrettably, the Federal agencies has allowed Lim Guan Eng to steal the thunder in completion of the project. This is the second event where, Lim officially opened such project funded by the Federal government; the first at the opening of Jalan Persekutuan Batu Feringghi/ Telok Bahang in November 2016. 

The DAP led state government has been known to claim credits when it is not due. As always, the ingredient of the cake is prepared or provided by the Federal government. Lim, only places the icing on the cake and gloat of his achievements published in the “Buletin Mutiara” a bi-weekly state funded propaganda media to the public.

Monday, January 09, 2017

Land worth RM1.74 billion sold since 2008

A Chinese newspapers recently reported Chief Minister of Penang, Lim Guan Eng had formally answered in the recent Penang State Assembly that the state owned agency Penang Development Corporation (PDC) had sold land worth RM1.74 billion since the year 2008. 

The amount does not include the value of the land sold to EcoWorld to develop a golf resort worth RM700 million, was later canceled due to the fact the land is not large enough for a golf course. 

It does not include the sales of RM160 million shares in PDC 45 percent shares in Pulau Jerejak project to one of Lim’s crony company. The amount does not include the joint venture with Singapore’s Temasek companies where PDC had given state land worth at least RM1 billion. The list goes on not to mention the much debated more than RM6.34 billion land worth for the Penang’s dubious undersea tunnel project. 

Amazingly to all the island’s land transactions, in his usual composure, Lim has denied the report and reported through the DAP’s website, PDC had only attained RM147 million from the sale, resulting the state to loan more than RM600 million to PDC to acquire more land on the mainland for “development”.

A new leash on life for Penang comes GE14?

Secretary General of DAP, Lim Guan Eng has announced for the coming 14th General Election, “We will abolish graft activities (eg. 1MDB), GST and the toll imposed at the North-South Expressway…” in the DAP National Convention held in Shah Alam, Selangor in December 2016. 
It is déjà vu all over again of the 13th General Election, when DAP Penang led by Lim has promised to abolish all toll collection existed on Penang state, which captured the support of the majority Penang people to fulfill those promises. 

It has been ten years since, the Penang Bridge is still collecting to toll from commuters traversing the bridge for the concessionaire to upgrade and maintain the facilities and services. The Sungai Nyior toll with demonstrations held against the RM0.50 charge per entry is currently collecting RM1.20 per entry per motorcar. 

Penangites are certainly going to be taken for another ride in the coming election. Since the Opposition led by DAP ruled Penang, affordable housing to the population becomes the least of their concerned. Concrete and luxury housing becomes priority. The hills and water catchment areas intruded upon illegal activities. Jobs are scarce with industries pulling their plugs and environmental issues disheartening. 

Another vote. Another lie to the faces of Penang people and Malaysians.

Friday, December 23, 2016

Promises, Tools To Gain Authority

The heavy downpour in Penang, yesterday has aggrieved many people. This time around, flash food was reported on the mainland, and it hit Sg. Puyu under the care of Phee Boon Poh who is the state Exco on Environment. 
Flash flood had hit the Bagan Parliamentary too, whom Chief Minister Lim Guan Eng is the Member of Parliament. Had the rain continued longer, the flood is expected to have risen. 
Even the Butterworth Kulim Expressway leading towards the Sg. Nyior tool was flooded, with motor vehicles stranded by the roadside. The expressway was closed for light vehicle causing a massive pile-up after office hours. 
Flood mitigation and local government held by the office of Chow Kon Yeow certainly has their hands full, too. The drainage system is not managed well by the Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) with worsening traffic condition. 

Penang state government advocated they are leaders of the Rakyat, yet frequent flood that hit low-lying grounds are not addressed. The rakyat is fooled about promises of better days, only to be dashed when these politicians comes into power. 

They orchestrated the Anti Penang Hill development, now the hills that once attracted visitors are getting bald. Shorelines are reclaimed to appeal foreign investors into the state. Concrete walls replacing the view and sea breeze once the locals enjoyed and marine life affected. 
Blame the Federal government? Or better yet, the past Barisan Nasional led state government. DAP has led the state government since 2008, never fails to blame others when lost for words.

You Questioned, I Summon

Penang Gerakan Chairman cum Barisan Nasional State Chairman, Teng Chang Yeow made a surprise entrance at the press conference held at the state Gerakan headquarters with a face mask before revealing masking tape over his mouth. 

A copy of a written statement was shown to the press on the malpractice involving the Pulau Jerejak deal and other state land deals which resulted Teng being sued for defamation by Chief Minister Lim Guan Eng. 

Teng traded barb with Lim last November, when both challenged each other to disclose document towards the Pulau Jerejak deal. Lim in the end, swings Teng as questioning the integrity of the Penang state government and Penang Development Corporation (PDC). 
When approached by reporters that persisted in his gimmick entrance, Teng has this to say after removing the masking tape off his mouth, “Today I, tomorrow it would be you. The next day, the people on the street." A classic act of Competency, Accountability and Transparency. 

PDC recently sold off its 49 per cent stake in Tropical Island Resort Sdn Bhd (TIRSB) to Q Islands Development Sdn Bhd, a subsidiary of Ideal Properties Group, for RM156 million, earning the state RM140.6 million in profit after deducting losses and initial investment. 

Penang Gerakan has been questioning the state's move in selling its stakes in the resort island without an open tender exercise (handed to cronies) and also the proposed development projects on the tiny island that could negatively affect the permanent forest reserve on the other portion of the island.

Thursday, December 22, 2016

Court of Appeal Rules Against Guan Eng

A three-man bench chaired by Datuk Rohana Yusuf allowed the appeals by Perkasa and two mainstream media (appellants) over Lim Guan Engs’s suit in relation to a Perkasa statement that he claimed implied that he was a “Singapore agent”.

Justice Rohana said the panel made the ruling as it was bound by its earlier decision on the case of Utusan Melayu (M) Bhd vs Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, that public officials could not sue the media for defamation in their official capacity.

She said the court had accepted the principles decided of an English law case, Derbyshire County Council v The Times Newspapers Ltd & Others (1993), which stated that local authorities could not institute libel action in their official capacity.

“On the issue of principle of law in our earlier decision (Utusan vs Adnan), having considered the appeals before us, we hold that the case of Utusan vs Adnan applies to this case,” said Justice Rohana, who presided over the appeal with Justices Tan Sri Idrus Harun and Datuk Mary Lim.

The panel made the ruling after allowing the preliminary objections raised by the appellants that the case was similar to the Utusan vs Adnan case.

Monday, December 19, 2016

Penang, Government of Competency, Accountability and Transparency: Deceit, Lies and Typically Hypocrite, Part 1

Should Pakatan Rakyat coalition (now Pakatan Harapan) wins a Parliamentary and 4 state assembly seats in Penang in the 2008 General Election, the Sg. Nyior toll will be abolished, an entry to the DAP website on February 2007. 

Knowingly the toll is under the jurisdiction of the Federal Government, regardless, Lim Guan Eng and his ambitious coalition harp on the public and voters sentiments to deny Barisan Nasional a win in Penang. 

They won and head the state administration. Question is, did Lim and his cohort kept their promise? It is important to note, they are not committed nor sincere except to their political agenda and personal cause behind the play; defending the people and Democracy. Then, they excused from the matter that it would be resolved when took over Putrajaya.

Since taking office of the Penang state administration, more lands are being bulldozed, making way for luxury development projects by Lim Guan Eng’s cronies such as:

. Sri Tanjung Pinang Phases 1 and 2 (about 1,000 acres of reclaimed land) at Tanjung Tokong by E & O
. Penang Undersea Tunnel and the Wellness City of Dreams (50 acres of reclaimed land near Gurney Plaza) by Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd and Ewein Berhad
. The Light (on reclaimed land) along the Jelutong expressway by IJM Land Bhd
. Penang World City (includes reclaimed land) at Bayan Mutiara by Tropicana Ivory Sdn Bhd
. Queens Waterfront project (includes reclaimed land) at the Queensbay Mall coastline developed by Ideal Property
. Pulau Jerejak, resort, hotels and residential handed from PDC to Q Island Develoment (subsidiary to Ideal Properties) joint venture with UDA Holdings
. Southbay City and Southbay Plaza at Batu Maung, Bayan Lepas by Mah Sing Group
. Southern Reclamation Scheme (almost 4,500 acres of reclaimed land) at Bayan Lepas-Gertak Sanggul stretches by SRS Consortium (comprise of Gamuda, Ideal Properties and Boon Siew Group)

The list of luxury development project goes on, to project Penang an upscale modern living to attract investors. A couple of the luxury development projects had their genesis during the BN administration; pre 2008 and post 2008 poised the greater part of Lim’s investment agenda, allowing more reclaimed lands (namely the shoreline) to quench his cronies thirst. 

Lim Guan Eng has earned the title “Penang Land Broker” for failing to disclose sale of state land from the people of Penang to private sector; a modus operandi to squeeze and skim money from them and the state’s asset. 

While Lim professed and try to project a good image of a transparent administration, the same is not seen in his household. His wife, Betty Chew, a practicing lawyer accepts the offer to assume office of private or public entities. Let alone Rainbow or Phaik Kheng temporary stay, if went unnoticed by the public.

Friday, November 04, 2016

EPF Members Are Government 'Cronies'?

The Oppositions never runs out of bullets against the BN led government. They have often than not shielded themselves as the rakyat’s defender; fielding statements or questions in their quest underneath their dark true intentions/agenda. 
In the recent populist statement, Lim Guan Eng; the Penang Chief Minister and DAP secretary-general has accused the PLUS Highway Berhad as the government crony looking for extraordinary profits was refuted by the Works Minister; Datuk Seri Fadillah Yusof. 

Lim’s accusation implied that the 14.4 million EPF members as cronies is very spiteful as a rakyat’s representative. The EPF owns 49 percent shares of the highway concessions and the government with 51 percent shares. Most definitely, EPF is NOT a single share owned by private ‘cronies’. 

The privatization of the Plus Highways Berhad in the year 2011 has rationalized the overall toll structure of all highway concessions in the Plus Group thus prevented unnecessary toll hikes. 
EPF’s ownership of the highways are part of other investment that allowed its members a yearly steady returns on the maturity of the cash generating asset, simultaneously alleviate the rakyat’s mobility woes. 

Through the privatization initiatives, the tolls collected are spend on yearly operating costs of the 986.5km highways. Let alone, the maintenance of the federal and state roads, yearly road tax (RM2.4 billion) collection could not suffice the related cost of expenditures. 

What a shame! Lim Guan Eng has shot his own foot denying the situation, dragging the EPF members of his mired political fame. His actions is far from being responsible as a member of The House of Representative.

Monday, October 31, 2016

Penangites’ Future Seems Bleak…

Chief Minister Lim Guan Eng, bodacious accusations on the Federal Government of sabotaging foreign direct investment (FDI) into the state, could be interpreted as a hard and loud retaliatory act against the two graft related offences while in the office. 

The outbursts and conduct unbecoming of the Chief Minister and his goons, certainly has impacted the people of the state due to inept administration and poor relationship with the Federal government resulting in deteriorating investments and future of Penangites. 
The negative perception by Lim and his administration made the headlines not restricting the domestic borders but across the economic globe is well translated through the FDI and domestic investments into the state over the span of five years:
  • Year 2011 – MIDA approved RM9.1 billion of RM56.1 billion investments; 109 projects (DI; RM1.96 billion and FDI; RM7.146 billion). Penang ranks First.
  • Year 2012 – MIDA approved RM2.471 billion of RM41.1 billion investments. 115 projects (DI; RM1.344 billion and FDI; RM1.126 billion).
  • Year 2013 – RM3.912 billion of RM52.1 billion worth of investment was approved by MIDA to Penang. 119 projects (DI; RM2.117 billion and FDI; RM1.794 billion). Penang, ranked Fourth.
  • Year 2014 – Penang’s approved investment stood at RM8.16 billion of RM71.852 billion total investment to Malaysia. 169 projects (DI; RM3.048 billion and FDI; RM5.113 billion). Penang took Third position.
  • Year 2015 – RM6.724 billion of RM74.693 billion approved investment went to Penang. 107 projects worth (DI; RM2:22 billion and FDI; RM4:49 billion). Penang at Fifth rank.
  • Year 2016 (Jan - Jun) – RM2.668 billion approved by MIDA in 52 projects of RM19.621 billion total investment. Penang was positioned Third.
- Source: MIDA yearly reports. 

Question: Chief Minister Lim, would an Oil and Gas (O & G) investment or any industries without facilitation or infrastructures considered a fair arrangement with preference given to Penang? 

Obviously, the statistics reflected a downward trajectory; whereupon Penang no longer an attraction to top high tech investments. Lim and his administration, now faces reality of their undoing. The huge investments enjoyed in Penang previously are much credited to the BN led government, while the current state administration joyously claims credit. 

One noticeable reaction by the state government is the constant denials of which now turned to a blame game. Nothing constructive or bold efforts to mend the ties.

Thursday, October 27, 2016

End Of The Mocking Bird…

In recent days, the Penang Chief Minister; Lim Guan Eng and his administration have their hands full with controversies and dilemma. Lim is facing a two graft-related offences surrounding his position as a public servant that circumvent the acquisition of two lots of agricultural land for residential development during a state planning meeting on 18th July 2014. 
Lim’s trial is a reminiscent of two other state leaders whom had been hauled up for corruption; the former Sabah Chief Minister, Datuk Joseph Pairin Kitingan (faced three corruption charges in 1991 while still in the office. He was found guilty of one charge but later acquitted). 

Another, by the former Selangor Mentri Besar; Dato’ Dr Khir Toyo, who was charged after he stepped down. He was sentenced to one year jail term and recently paroled. Dr. Khir had obtained two plots of land and a house from a company lower than the purchased price. 

In both instances, Datuk Pairin and Dr Khir are disqualified as per the Article 48 of the Federal Constitution states, any Member of Parliament or Assemblyman when fined more than RM2,000 or jailed for more than a year in a criminal charge. 

Lim, however has made several public remarks (in public speeches and press conferences), insulting the judiciary and justice system to the extent of causing uncertainty over the fair determination of his cases and risks being disqualified as an elected representative; an MP and a State Assemblyman of Penang. 

The Attorney-General Office has applied leave from the High Court and granted to begin contempt proceedings against CM Lim Guan Eng. A precedent was set when former Bukit Bintang MP, Wee Choo Keong was disqualified from remaining as an MP after he was convicted for contempt of court by the then Supreme Court on 14th July 1995. 

Lim and his administration should reflect on their promises of a Competent, Accountable and Transparent government to the Penangites. Let righteousness and justice prevail!

Saturday, December 19, 2015

Dr. Wee: Guan Eng Berhentilah AduDomba Fakta!

Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar yang menemukan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Abdul Razak, membuat DAP tidak senang duduk sehingga mengkritik hebat di medan sosial.

Panas telinga dan sakit hati DAP, melihatkan usaha pendekatan pihak ketiga ke atas PAS dan UMNO terserlah detik pertemuan.

Masih ada saki-baki kasih pada PAS, atau sekadar berpura-pura prihatin tapi jauh di lubuk hati, menyimpan dendam kesumat? Agak pelik juga memandangkan perikatan yang sebelum itu melibatkan PAS dicemari dengan menyunting bunga larangan. Hakikatnya PAS hanyalah sebuah "vehicle" atau lebih tepat lagi kuda tunggangan Pakatan Harapan untuk kekal berkuasa di Selangor. 

Gara-gara beberapa ahli politikus PAS yang tegas tidak menjadi Pak Turut di dalam pentadbiran, maka PAS ditolak tetapi masih dikekalkan untuk muafakat di negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang, apalagi sebagai satu pakatan yang relevan. Boleh yang itu, tidak pula yang ini, ibarat memilih antah dari beras, PAS dibuat Pakatan Harapan yang didalangi DAP.
Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden MCA, berasa janggal dan membidas gambaran yang dibuat DAP, mereka-reka cerita mengenai kerjasama UMNO dan PAS berpandukan majlis yang dihadiri kedua pemimpin tertinggi dua parti tersebut.

"Apakah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak menyedari persefahaman antara PAS dan UMNO? Tidakkah DAP sedari agenda PAS mengenai "Hudud"?

Hakikatnya, UMNO dan PAS telah mulai berkerjasama memulihkan keadaan rakyat sejak berlakunya banjir buruk di Kelantan. 

MCA, menurut Dr. Wee berpandangan tidak wajar ada perasaan ini hati atau terkejut dengan keadaan sedemikian, malahan tambah beliau, perbincangan dan persefahaman di antara kedua buah parti tersebut adalah menyentuh perihal perpaduan agama Islam. 

Wee turut menghimbau kembali, peristiwa berpelukan di antara Tan Sri Nazri Aziz sebagai Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia dengan Lim Guan Eng di dalam mempromosikan aktiviti pelancongan di Pulau Pinang.

"Apakah itu satu kerjasama di antara DAP dan UMNO?" sinis pertanyaan Dr. Wee. "Janganlah diputarbelitkan kebenaran semata-mata untuk mencapai kepuasan perjuangan politik yang digulakan kata-kata manis," tambah Wee lagi.

Dalam satu sidang akhbar yang dihadiri saya, pada lewat bulan November, Datuk Seri Wee turut mendedahkan putarbelit fakta oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Lim Guan Eng telah mengejek Datuk Wee sebagai menipu masyarakat Cina, kononnya Kerajaan Malaysia telah mengiktirafkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate).
Tidak timbul sebarang unsur penipuan, malahan tegas Datuk Wee, rundingan menyentuh pengiktirafan UEC sebenarnya akan dibuat Kerajaan Malaysia dan prosesnya perlu melalui beberapa pendekatan langkah demi langkah.

Lim Guan Eng sebaliknya dengan sombong, memperlihatkan satu contoh terbaik pengiktirafan pemegang UEC oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mengumumkan Penang Green Council (PGC) Thing Siew Shuen sebagai Pengurus Besar.

Dr. Wee mendedahkan Thing Siew Shuen adalah pelajar dari Sekolah Tinggi Foon Yew, Johor Bahru, namun diambil bekerja setelah memperolehi ijazah Sarjana Sains Alam Sekitar di universiti dari Australia. Tambahan pula, Penang Green Council adalah sebuah syarikat swasta, ini tidak mencermin atau membuktikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengiktirafkan UEC.

Kerajaan Malaysia belumpun lagi mengiktiraf UEC, walaupun demikian, pemegang UEC diterima masuk memasuki institut latihan perguruan sejak 2010 dan menerima sebahagian pelajar dari sekolah tinggi swasta Cina.

Jelas pihak Pembangkang amat gemar memanipulasi dan memesongkan sokongan rakyat dari fakta sebenar. AWAS dan Jangan terpedaya! tindak-tanduk Pembangkang, lebih-lebih lagi DAP yang hanya mengadudomba situasi berdasarkan pemerhatian tanpa maklumat yang betul dan tepat.

Thursday, October 22, 2015

Tol Sg Nyior vs Sandiwara @cmlimguaneng

Penulis bagai tersentak apabila menggunakan laluan Tol Sungai Nyior ketika menghala ke Butterworth, Pulau Pinang. Apa tidaknya, sekonyong-konyong kenaikan tol yang diumumkan baru-baru ini, Tol Sungai Nyior yang jaraknya lebih kurang hanya 2 km dari Pusat Bandar Sunway, Seberang Jaya kini menggenakan caj sebanyak RM1.20 sebelumnya hanya RM0.50 setiap hala.

Laluan tersebut diletakkan di bawah konsesi Lingkaran Luar Butterworth (LLB) yang dibina di antara 3 buah plaza tol yang bernilai RM700 juta.


Di dalam usaha memenangkan harapan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang, antara kandungan manifesto mereka adalah menghapuskan Tol Sg Nyior. DAP diwakili Lim Guan Eng dan PKR oleh Anwar Ibrahim yang ingin menjadi Juara Rakyat itu mendakwa kemenangan bagi mereka akan pastikan tol tersebut dimansuhkan pada Pilihanraya Umum (PRU) Ke 12 pada tahun 2008.

Tol ini dijadikan bahan polemik PR yang berjaya mengaburi pengundi negeri Pulau Pinang yang terpedaya dengan hasutan mereka. Namun menyedari bahawa hanya Kerajaan Persekutuan yang berkuasa memansuhkan tol, PR kembali mencipta alasan bagi menutupi kedangkalan mereka yang terdahulu. Dakwa mereka kini, kemenangan di peringkat Kerajaan Pusat, barulah mereka akan laksanakan janji itu.


"Kenapa janji tidak dipenuhi?" begitulah desakan yang dibuat Khaw Tee Yong, Ketua Biro Komunikasi MCA Bagan di dalam sidang media di kawasan rehat Plaza Tol Sungai Nyior kelmarin. Turut hadir sama Naib Ketua Pemuda Gerakan Bagan, Tan Gia Wei menggesa Guan Eng menunaikan janjinya.

"Pada tahun 2008, selepas PRU Ke-12, kerajaan negeri yang diketuai oleh Lim Guan Eng memberitahu rakyat bahawa beliau akan memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk memansuhkan kutipan tol Sungai Nyior dalam tempoh lima tahun akan datang," menurut 
kata Lim Hock Seng, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya dan Utiliti Negeri Pulau Pinang ketika mengulas desakan dari Khaw.

"Kami meminta Guan Eng untuk membawa kes ini ke Parlimen. Guan Eng harus kotakan janjinya, walaupun dia bukan Kerajaan Persekutuan." Sebaliknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk memansuhkan tol tersebut dan ini disahkan oleh Lim Hock Seng sendiri.

Menurut keratan China Press yang bertarikh 21/02/2008 ini, Lim Guan Eng telah berjanji jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Pulau Pinang, dalam masa 5 tahun beliau akan mansuhkan tol Sungai Nyior. Janji yang buat mengenai Tol Sungai Nyior di Seberang Perai bukan sahaja telah lebih 7 tahun tiada tindakan dan masih dikenakan caj, lebih teruk lagi kenaikan lebih 140% terpaksa ditanggung masyarakat pengguna yang telah ditipu PR.

Dek janji manis untuk berKUASA, pengundi di Pulau Pinang diperkotakkatikan. Kan dah kena tipu!

Wednesday, March 25, 2015

Party of Dr Jekyll and Mr Hyde

Conduct unbecoming from the Legislatives camp of the Opposition. Weapons slinging at every corners of the Federal administration like a wounded tiger, ready to pounced on their prey.  But again we are not animals with no brains and acts of decency.

They will go at any distance and pursue relentlessly into bringing down the democratic government to the their knees, irregardless with acts of slander, slew and bring shame, to anyone in their path.

DAP is known for not backing down even when they are proven wrong. Instead, they rebound to seek vengeance.

In summation, evil breeds evil and they, the Oppositions practices gutter politics with pride.


Press Statement by YB Dato' Sri Liow Tiong Lai

DAP continues to deceive Malaysians

Lim Kit Siang and Lim Guan Eng have a duty to explain to all Malaysians why their coalition partner PAS is still insisting on pursuing the implementation of hudud laws.

The truth of the matter is this, Lim Kit Siang and Lim Guan Eng have known all along what PAS' political objectives were. Most Malaysians are aware of this.

For it is not today that PAS started pursuing‎ hudud – they have always been fighting for hudud.

So I call upon Lim Kit Siang and Lim Guan Eng‎ to answer this: Why did you form a coalition with PAS in the first place?‎  Is your thirst for power so strong that you would compromise your core beliefs and jeopardise the very fabric of Malaysian society?

Your statement that 37 DAP MPs will now not vote for hudud, is this not a red herring and an attempt to deceive the Rakyat further.

The truth is ‎Lim Kit Siang and Lim Guan Eng are continuing to work with PAS and are still part of the same coalition and as long as that is so, the deception continues.


YB Dato' Sri Liow Tiong Lai
MCA President

Tuesday, March 24, 2015

#BiawakBersuara...Komponen Tunduk Akur

Bila Tokong Lidah Biawak @cmlimguaneng bersuara banyak berkisar tentang penentangan terhadap Islam secara umum dan khusunya Undang-undang Islam. Maka junjungan penyokong bakal bersuara. DAP jelas tidak pernah ikhlas membentuk sebuah negara yang harmonis berteraskan Perlembagaan Persekutuan.

Retorik dan berpura-pura merupakan asam garam dan lauk perjuangan mereka sejak mencaturkan perjalanan perjuangan dari Singapura untuk berkuasa.


Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 24 Mac 2015.

Pada 23 Mac 2015, Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP telah dengan sebulat suara menetapkan bahawa:

    DAP menegaskan semula komitmen kepada Pakatan Rakyat sebagai gabungan pentadbiran yang mewakili aspirasi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan, yang berhasrat untuk membina Malaysia baru berdasarkan nilai-nilai asas seperti kebebasan, keadilan, demokrasi, integriti dan martabat manusia. DAP juga mengulangi pendirian bahawa semua parti komponen Pakatan Rakyat harus berpegang kepada semangat Dasar Bersama melalui muafakat yang berkisar pada amanah dan sifat saling menghormati dalam Majlis Pimpinan PR.
   
       DAP menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan. Tambahan pula, rakyat Malaysia yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud tetapi untuk Dasar Bersama. Justeru, setiap 37 Ahli Parlimen DAP akan menolak Rang Undang-undang Persendirian berkenaan dengan hudud yang dibentangkan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.
   
        DAP berasa kesal atas tindakan tidak jujur dan tidak bermaruah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bekerjasama dengan UMNO untuk melanggari semangat konsensus serta Dasar Bersama yang lantas meletakkan Pakatan Rakyat dalam bahawa, yakni:
        Pengkhianatan Hadi terhadap keputusan bersama yang dibuat dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat atas pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar Selangor, sehingga mengakibatkan krisis besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.;

        Kegagalan Hadi untuk menepati kata-kata sendiri semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari 2015 bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 akan dibincangkan pada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan;
         Pembentangan Rang Undang-undang Persendirian oleh Hadi pada 18 Mac 2015 tanpa terlebih dahulu membentangkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR.

    DAP tidak boleh berkerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi Awang yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah. DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau. Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang. DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR untuk membincangkan nasib Pakatan Rakyat pada masa depan.
      UMNO telah menghasut PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan pada 27 Mac 2014 semasa sidang Parlimen dengan menjanjikan sokongan Kerajaan Persekutuan. DAP menggesa agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melengahkan masa lagi dan membuat pendirian jelas dan tegas sama ada akan menyokong atau menolak enakmen hudud di Kelantan, serta menjelaskan peranan Adun-adun UMNO Kelantan dalam menyokong rang undang-undang hudud. Najib juga harus menyatakan sama ada beliau menyokong Rang Undang-undang Persendirian yang dibentangkan oleh Hadi.

LIM GUAN ENG