Showing posts with label PERS1M. Show all posts
Showing posts with label PERS1M. Show all posts

Sunday, July 05, 2015

Sikap Acuh Tak Acuh Banyak Kerugiannya

“Dalam lima buah teksi, hanya satu sahaja yang pemandunya berhemah, tidak mengeluarkan kata-kata kesat, keretanya bersih serta menggunakan meter. Yang selebihnya sangat teruk dengan bau tidak menyenangkan dalam kenderaan, cara pemanduan yang gopoh, suka memaki jika ada insiden yang tidak memuaskan hati dan tidak menggunakan meter,” begitulah di antara yang dapat dipetik pandangan dari pengguna perkhidmatan teksi di Kotaraya Kuala Lumpur yang juga pengguna laman media sosial; Facebook.

Begitulah antara kekecewaan para pengguna khidmat teksi yang rata-rata tidak bersikap profesional semasa membawa penumpang. Kekerapan penumpang terpaksa berdepan dengan pemandu-pemandu teksi yang sudah sepakat untuk tidak menggunakan meter, atau mengguna bahasa pasar dengan penumpang, serta melengah-lengahkan perjalanan terutama di tempat tum­puan seperti pusat beli-belah Pavilion dan Suria KLCC. Keadaan sedemikian memaksa bakal penumpang akur kepada golongan pemandu teksi yang keras kepala dan bersahaja dengan alasan mereka. 

Baru-baru ini, laman web LondonCabs.co.uk telah mengeluarkan ranking menamakan Kuala Lumpur di kedudukan teratas antara 10 bandar raya yang mempunyai pemandu teksi paling teruk. Tidak dapat dinafikan dengan sikap pemandu-teksi di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur, tabiat suka berlengah dan gemar mengenakan caj melampau serta biadap ini satu tempelak usaha memartabat dan memulihkan industri teksi secara amnya.

YABhg Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berasa amat kesal dengan sikap sesetengah pemandu teksi yang kental dan degil dengan sikap yang merugikan industri teksi secara keseluruhannya. Pelbagai usaha kerjasama dalam usaha penambahbaikan dengan persatuan pemandu teksi seperti penjenamaan, latihan dan menangani aduan dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan teksi umpama "mencurah air ke daun keladi" 

 "Kita tahu berkenaan kedudukan yang buruk ini. Sebab itu kita adakan penjenamaan baharu, dari teksi lama ditukar kepada TEKS1M. Kita juga adakan teksi eksekutif, limosin dan memberi latihan mesra penumpang kepada mereka. Kita juga menaikkan kadar tambang dan yang terakhir ialah MeterOn app di mana penumpang boleh buat laporan pada SPAD. Tapi yang penting ialah pemandu sendiri mesti berubah sikap," katanya di dalam satu temu bicara.

Sejajar dengan laporan yang didedahkan tersebut, semua pihak perlu mengambilnya secara positif untuk berasa malu dan berubah sikap serta sama-sama menjaga imej pemandu teksi negara ini. Segalanya usaha yang dilakukan tidak akan berjaya jika sikap dan kelakuan sesetengah pemandu teksi tidak berubah dan masih ditakuk lama, akan terus dipandang serong oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Jangan tudingkan jari ke hadapan sedang tiga jari berpatah balik kepada si pengaju. Ruginya nanti turut dirasai pemandu teksi yang engkar dan enggan berubah. Orang yang berbohong tidak akan bebas, kerana terbelenggu dengan pembohongannya.

Tuesday, March 24, 2015

Janganlah DiTangguhkan Kenaikan Tambang Teksi

Setelah BBPTB dan PERS1M menyuarakan bantahan di atas penangguhan semakan tambang baru bagi pengangkutan awam darat; teksi...kini Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) pun turut "join in the fray".

Cumanya PETEKMA dilihat lebih matang dan rasional dalam menyampaikan pandangannya. Menurut kata Presiden PETEKMA; En. Mohd Syahrir Hj Abdul Aziz di dalam sidang medianya, 

"Kami pemandu teksi bukan ada EPF atau SOCSO. Hidup kami kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dahlah kena bayar sewa harian RM45 sehari, belum campur duit minyak dan maintenence. So bila kami keluar pergi kerja kami kena fikir nak cari duit utk cover ini semua dulu." 

PETEKMA dengan rendah dirinya memohon agar kenaikan tambang teksi tidaklah jangan ditangguhkan setelah sekian hampir 6 tahun ahli-ahlinya bersabar dengan tanggungan yang dibebani ke atas mereka.

Janganlah perkara semakan tambang teksi dipergunakan mana-mana politikus demi "menempatkan mereka di persada" sedang yang menanggung hiba dan bersusah payah adalah kalangan pemandu-pemandu teksi sendiri...begitu harapan dan pesanan Sdr Syahrir.

Dalam nada yang lebih serius, PETEKMA berjanji tidak akan menyertai sebarang tindakan mogok sepertimana yang disuarakan persatuan teksi yang lain. Sebagai jaminan, Presiden PETEKMA agar memecat mana-mana ahlinya yang bertindak membelakangi persatuan. Seterusnya PETEKMA akan terus menyokong Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah banyak membantu dan menolong pemandu-pemandu teksi. Malahan dipinta agar SPAD dapat merayu kepada YAB Perdana Menteri tidak  menangguhkan kenaikan tambang teksi ini.


PETEKMA merupakan persatuan teksi terbesar yang sah dan berdaftar dengan keahlian seramai 23 ribu orang di seluruh Malaysia. Seramai 3 ribu ahli telah menukar meter baru sebaik sahaja kenaikan tambang diumumkan sebahai menyambut baik semakan tambang yang diumumkan pada Khamis lalu.

Dua Persatuan Teksi Desak Tambang Baru

Gara-gara pengumuman semakan tambang baru bagi pengangkutan awam darat yang dibuatkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru-baru ini telah mencetuskan beberapa penerimaan yang agak berbeda di kalangan ahli industri teksi, pengguna malah beberapa pemimpin tempatan.

Melihatkan dari kajian yang telah dibuat selama 3 tahun sebelumnya, ada kewajaran semakan itu dilakukan. Namun di dalam mana-mana keadaan tambah lagi berkait rapat dengan sosio-ekonomi masyarakat; pandangan dan tanggapan turut merupakan faktor penentu sesuatu keputusan di dalam melaksanakannya.

Sejurus kemudian beberapa pihak telah menyuarakan bantahan dan kurang senang kerana kealpaan  kepada situasi sebenar, lantaran bagi menenangkan keadaan, YAB Timbalan Perdana Menteri memaklumkan keputusan kabinet untuk menangguhkan semakan tambang baru bagi teksi dan bas ekspres sehingga satu tarikh yang diberitahu kelak.

"Saya fikir mungkin kita (kabinet) minta perkara itu ditangguh dahulu kerana mungkin masa tidak begitu sesuai lebih lagi diumumkan tarikh yang sama mengenai GST.

“Beban pengguna itu mungkin bertambah terutama mereka yang tinggal di bandar yang menggunakan pengangkutan awam dan sebagainya,” katanya.
Kabinet meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar menangguhkan dahulu kenaikan kadar tambang baharu pengangkutan awam seperti yang diumumkan suruhanjaya itu, dua hari lepas. http://www.bnbbc.my/?p=41600

Justeru itu,  dua persatuan; Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) dan Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) telah mengadakan sebuah sidang media kelmarin mempersoalkan keputusan kabinet yang telah diumumkan Timbalan Perdana Menteri selepas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengadakan sidang media mengenai kadar tambang baru teksi dan bas ekspres pada Khamis lepas.

BBPTB diwakili Pengerusinya, En. Amran Jan yang memang terkenal, menyanggah pandangan SPAD beralih angin menyokong pengumuman SPAD untuk kadar tambang teksi yang baru demi membantu meningkatkan taraf hidup pemandu teksi keseluruhannya.

Dakwa Amran;
“Pemandu-pemandu teksi telah menunggu selama enam tahun dengan tiga kali tertangguh dengan alasan dari kerajaan ketika menghadapi tragedi MH370, MH17 dan bencana banjir di pantai timur tahun lalu. 
Penantian selama 6 tahun dan penangguhan selama tiga kali telah mengakibatkan mereka menanggung kos 30 hingga 40 peratus untuk pastikan kenderaan mereka masih mampu bergerak.  
Dahulu memandu Iswara yang berharga RM27 ribu, kemudian mengguna BLM yang berharga RM36 ribu dan sekarang Exora yang berharga RM60 ribu pula dengan kos penyelenggaraan ditanggung sendiri serta tambahan kos sara hidup yang semakin meningkat, maka itulah BBPTB menyokong kadar dalam lingkungan 40 peratus yang telah diumum SPAD dan tegas membantah sebarang penentangan dari orang awam, NGO, Ahli-Ahli Politik dan Menteri Kabinet yang meminta penangguhan yang jelas tidak sepadan dengan apa yang mereka alami.”

Di pihak PERS1M berlainan pula nadanya, Pengerusinya, En Kamaruddin bin Mohd Hussin menyatakan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana percaya kenaikan kadar tambang teksi ini adalah susulan penyerahan memorandum terdahulu dan mereka akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang memperjuangkan hak pemandu teksi termasuklah SPAD.

Anehnya, YB Timbalan Menteri Pengangkutan; Datuk Aziz Karpawi mempersoalkan semakan tambang baru tersebut dan mempertikaikan SPAD tidak membentangkan kepada kabinet dan perlunya perbincangan dibuat dengan Kementerian Pengangkutan (MoT), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Lebih dari itu, beliau telah membuat hebahan melalui laman sosial dengan mendakwa kenaikan tambang yang membebankan sedangkan hakikatnya semakan baru oleh SPAD mengambilkira beberapa aspek penting demi pemandu dan pengguna teksi.http://darikacamatarakyat.blogspot.com/2015/03/spad-announced-new-adjusted-fares.html

Turut didedahkan tidak puashati pertemuan bersama Datuk Aziz yang gagal menyelesaikan permasalahan mereka kepada SPAD sejak tahun 2009. Namun, Pengerusi SPAD; YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar nyata peka dan bertindak proaktif dan memungkin semakan harga tambang tersebut. 

Amran Jan juga menjawab permintaan menambahbaik prestasi industri teksi dan memberi jaminan ia pasti mampu diperbaiki tetapi tidak secara terus-terusan namun walaupun perlahan-lahan namun ia pasti ada peningkatan.

BBTPB dan PERS1M bersetuju menyokong pengumuman SPAD dan berdiri teguh bersama-sama Tan Sri Syed Hamid dan menegaskan mereka juga adalah sebahagain dari rakyat Malaysia yang perlukan pembelaaan dan tidak dibebankan.

Terdahulu PERS1M telah menyerahkan memorandum kepada YAB Perdana Menteri memohon agar pemandu teksi diberi pelepasan daripada dikenakan GST untuk pengangkutan awam itu...setidak-tidaknya pemandu teksi dapat menangani masalah ekonomi ekoran penangguhan kenaikan tambang..

Pihak kerajaan telah berjanji tidak mengenakan GST kepada penumpang teksi namun di pihak pemandu teksi, mereka tetap dikenakan GST apabila menjalani penyelenggaraan kenderaan...



Thursday, February 26, 2015

#DegilPemanduTeksi Ramai Terpalit

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tindakan 25-30 orang ahli Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) yang berdemo mencabar Suruhanjaya Penangkutan Awam Darat (SPAD). Jalan perundingan dan penyelesaian sudah tertutup? 

PERS1M turut berkeras mahukan YBhg Tan Sri Dato' Seri Syed Hamid Albar meletak jawatan kerana tidak mengambil tindakan terhadap pengguna aplikasi UBER. Dakwaan ini sungguh tidak berasas, malahan pihak SPAD telah terlebih dahulu bertindak memantau dan memberi amaran keras kepada UBER agar memastikan mereka mematuhi syarat dan terma sama seperti pemandu teksi di tanahair.

Rujukan media berkaitan; http://www.malaysiakini.com/news/283360


Semalam pula SPAD telah menjalankan Ops Tegas yang diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, YBhg Mej Jen (B) Dato' Paduka Che Hasni Che Ahmad di sekitar ibu kota terutamanya di lokasi 'panas' yang menjadi tumpuan pengunjung dari luar malah dalam negara sekitar kawasan membeli belah dan pelancungan seperti Pasar Seni, KLCC, Bukit Bintang, Jalan Tun Sambanthan, Hentian Putra dan sekitar Pudu.

Pemandu teksi yang diberkas gagal mematuhi undang-undang dan syarat-syarat lesen. Kesalahan paling kerap adalah seperti enggan mengambil penumpang, sengaja mengenakan tambang yang mencekik darah dan juga enggan mengguna meter. Begitulah keadaan setiap kali operasi dijalankan pihak penguatkuasa. Berdegar-degar di medan media kononnya pihak berkuasa tidak menjalankan tugas dan melindungi mereka demi sesuap nasi.
Bila diserkup dalam keadaan membelakangi lesen, mulalah lari lintang pukang. Tak kurang juga yang merayu tidak didenda. Nak tanggung anak isteri dan banyak lagi alasan diberikan.


Sepertimana namanya 'Ops Tegas', pihak SPAD tidak akan sekali-kali bertolak ansur dengan pemandu-pemandu teksi yang didapati melanggar syarat-syarat lesen dan sebagainya.

Operasi Khas TIDAK GUNA METER (TGM) semalam adalah berikutan salahlaku pemandu teksi yang telah menjejaskan imej negara dan transformasi pengangkutan awam negara. Mereka yang pernah diberikan peringatan didapati tidak boleh dipercayai kerana melakukan kesalahan lazim dan berulang. Operasi yang dibuat dari masa ke semasa itu bersifat mengelak persepsi bahawa penguatkuasaan tidak efektif dan ramai anggota masyarakat takut mengguna teksi.

Bahagian Penguatkuasaan SPAD telah menyiasat sebanyak 3,460 kes aduan dengan pecahan berikut:

. Operasi Khas dan Rutin                        = 917
. Siasatan dimajukan ke Jab Pematuhan = 227
. Amaran                                              = 177
. Kompaun                                            = 156
. NFA                                                    = 40
. Surat peringatan                                 = 1,943

Statistik menunjukkan bagi tahun 2015 (Jan –Feb) aduan diterima mengenai TGM adalah sebanyak 225 kes

Sejak SPAD beroperasi Jun 2011-Feb 2015, statistik menunjukkan pada tahun:
2011 = 797 kes
2012 = 1,722 kes
2013 = 2,147 kes
2014 = 2.164 kes
dan Jan –Feb 2015 sebanyak 822 kes

Kes melibatkan Teksi TGM (Jun 2011 – 24 Feb 2015) adalah sejumlah 1,489 kes
2011 = 34
2012 = 194
2013 = 295
2014 = 455
Jan – 24 Feb 2015 = 511 + 15 (sehingga semalam)
Jum teksi disita (2015) = 87 + 15 ((sehingga semalam) buah teksi

Menurut Dato' Che Hasni Che Ahmad lagi, berdasarkan statistik kesalahan pihak penguatkuasa SPAD akan bertindak terus menyita teksi-teksi yang melanggar undang-undang kerana pihak SPAD telahpun memberi cukup peringatan dan amaran, namun terdapat ramai pemandu teksi terus mencabar peruntukan yang mereka sedia maklum. Pihak SPAD juga mendapati seolah-olah pengusaha teksi ini sengaja membiarkan kesalahan terus dilakukan pemandu-pemandu teksi dan mereka patut  dipertanggungjawabkan.

Pengusaha dan pemandu teksi seharusnya mempertimbangkan tindakan mereka yang masih degil dan membelakangi undang-undang. Jangan kerana sikap rakus ini, pemandu yang sedia patuh turut dibabitkan dengan imej industri teksi yang buruk di mata pengguna.

PERS1M dan Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) dinasihatkan janganlah dibuat pertuduhan melulu  dan memberikan pelanggan pilihan yang lebih baik. Periksa dahulu aktiviti sendiri. Semua syarat dan terma telah dipatuhi sebelum nak menyebal?

Sebagai pengguna pula janganlah bersikap tidak peduli dan turut berkompromi. Sikap sedemikian hanya memburukkan keadaan dan memberi kesempatan pemandu teksi secara leluasa. Kerjasama pengguna perkhidmatan amatlah dihargai di dalam membanteras kegiatan Teksi TGM melalui panggilan ke Hotline SPAD di nombor 1-800-88-7723

Pastikan butiran berikut diambil:
  • Lokasi, tarikh dan masa kejadian
  • Nombor Pendaftaran Teksi
  • Bukti kejadian melalui Gambar, Video, rakam suara jika ada
  • Resit bayaran
  • Gambar pemandu jika ada.

Operasi yang dijalankan SPAD akan berterusan bagi mengesan pemandu-pemandu telsi yang degil dalam memastikan pengguna mendapat perkhidmatan yang terbaik.