Showing posts with label Persatuan Teksi. Show all posts
Showing posts with label Persatuan Teksi. Show all posts

Sunday, July 05, 2015

Sikap Acuh Tak Acuh Banyak Kerugiannya

“Dalam lima buah teksi, hanya satu sahaja yang pemandunya berhemah, tidak mengeluarkan kata-kata kesat, keretanya bersih serta menggunakan meter. Yang selebihnya sangat teruk dengan bau tidak menyenangkan dalam kenderaan, cara pemanduan yang gopoh, suka memaki jika ada insiden yang tidak memuaskan hati dan tidak menggunakan meter,” begitulah di antara yang dapat dipetik pandangan dari pengguna perkhidmatan teksi di Kotaraya Kuala Lumpur yang juga pengguna laman media sosial; Facebook.

Begitulah antara kekecewaan para pengguna khidmat teksi yang rata-rata tidak bersikap profesional semasa membawa penumpang. Kekerapan penumpang terpaksa berdepan dengan pemandu-pemandu teksi yang sudah sepakat untuk tidak menggunakan meter, atau mengguna bahasa pasar dengan penumpang, serta melengah-lengahkan perjalanan terutama di tempat tum­puan seperti pusat beli-belah Pavilion dan Suria KLCC. Keadaan sedemikian memaksa bakal penumpang akur kepada golongan pemandu teksi yang keras kepala dan bersahaja dengan alasan mereka. 

Baru-baru ini, laman web LondonCabs.co.uk telah mengeluarkan ranking menamakan Kuala Lumpur di kedudukan teratas antara 10 bandar raya yang mempunyai pemandu teksi paling teruk. Tidak dapat dinafikan dengan sikap pemandu-teksi di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur, tabiat suka berlengah dan gemar mengenakan caj melampau serta biadap ini satu tempelak usaha memartabat dan memulihkan industri teksi secara amnya.

YABhg Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berasa amat kesal dengan sikap sesetengah pemandu teksi yang kental dan degil dengan sikap yang merugikan industri teksi secara keseluruhannya. Pelbagai usaha kerjasama dalam usaha penambahbaikan dengan persatuan pemandu teksi seperti penjenamaan, latihan dan menangani aduan dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan teksi umpama "mencurah air ke daun keladi" 

 "Kita tahu berkenaan kedudukan yang buruk ini. Sebab itu kita adakan penjenamaan baharu, dari teksi lama ditukar kepada TEKS1M. Kita juga adakan teksi eksekutif, limosin dan memberi latihan mesra penumpang kepada mereka. Kita juga menaikkan kadar tambang dan yang terakhir ialah MeterOn app di mana penumpang boleh buat laporan pada SPAD. Tapi yang penting ialah pemandu sendiri mesti berubah sikap," katanya di dalam satu temu bicara.

Sejajar dengan laporan yang didedahkan tersebut, semua pihak perlu mengambilnya secara positif untuk berasa malu dan berubah sikap serta sama-sama menjaga imej pemandu teksi negara ini. Segalanya usaha yang dilakukan tidak akan berjaya jika sikap dan kelakuan sesetengah pemandu teksi tidak berubah dan masih ditakuk lama, akan terus dipandang serong oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Jangan tudingkan jari ke hadapan sedang tiga jari berpatah balik kepada si pengaju. Ruginya nanti turut dirasai pemandu teksi yang engkar dan enggan berubah. Orang yang berbohong tidak akan bebas, kerana terbelenggu dengan pembohongannya.

Friday, March 20, 2015

Tambang Teksi Bakal Naik, Rasionalisasinya (Bhg 3)

Apabila kita membincangkan sesuatu isu di dalam kerangka topik perbincangan pada hari ini, kita sebenarnya berhadapan dengan satu situasi di mana setiap seorang daripada kita mungkin mempunyai persepsi yang berbeza-beza terhadap nilai; yang dihubungkaitkan dengan sains politik dan pembentukan masyarakat.

Sesungguhnya perbezaan persepsi itu membolehkan kita memberikan dimensi baru kepada nilai yang kita pegang dan melaraskan (realigned) dengan keperluan hidup bermasyarakat pada hari ini.

Pertama sekali, persoalan yang harus kita rungkaikan ialah apa yang kita maksudkan dengan nilai? Apakah nilai yang baik dan apakah yang tidak baik dalam membentuk masyarakat? Apakah nilai yang boleh diterima dan tidak boleh diterima? Apakah ada ideologi atau fahaman mahupun doktrin politik yang mampu menguasai intrepretasi nilai dalam pembentukan masyarakat?

Antara nilai akhlak yang mesti ada ialah adil, jujur, perasaan ukhuwah, musyuwarah, tolong-menolong, kenal-mengenal dan faham-memahami. Itulah antara pengajaran yang tersembunyi di dalam Al Quran dan sebagai umat Islam, tidak mengira dari mana peringkat kedudukan dan kehidupan mahupun fahaman, amalan dan ibadah yang baik amatlah dituntut.


Maka sebegitu jugalah di dalam mendekati dan menanggani permasalahan yang sering menghimbau industri teksi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mempelbagaikan gerakan dengan semua yang berkepentingan di dalam mencari satu jalan tengah; resolusi Win/Win di antara pengguna dan pemberi perkhidmatan. 3 pendekatan telah diambil dan dilaksanakan melalui  1; Perbincangan kumpulan Fokus, 2; Sesi Taklimat dan 3; Paparan Galeri Infomasi di tempat-tempat strategik.


1; Perbincangan kumpulan Fokus




2; Sesi Taklimat


dan 3; Paparan Galeri Infomasi

Janganlah kita terlalu terbawa dengan meronta perasaan peribadi tanpa mempedulikan orang lain; self centric. Sedang hidup kita amat dekat dan memerlukan di antara satu dengan yang lain. Semua orang dari semua peringkat adalah rakyat Malaysia, walaupun beliau adalah seorang pemimpin mahupun akar umbi.

Apakah bentuk masyarakat kini hanya tentang Aku, Aku dan Aku sahaja? Bak kata pepatah,  

"Remember that the happiest people are not those getting more, but those giving more." - H. Jackson Brown, Jr.

Thursday, March 19, 2015

Tambang Teksi Bakal Naik, Rasionalisasinya (Bhg 2)

Susulan kepada blog sebelumnya; Bahagian Kedua 

Mungkin ramai tertanya-tanya sekian lama berapa banyak terdapat bilangan lesen perkhidmatan teksi telah dikeluarkan. Sejumlah 64, 547 buah lesen telah dikeluarkan mengikut pecahan yang disertakan di sini. Operasi industri teksi adalah mengikut keperluan dan tujuan yang berbeza bagi menampung kehendak pengguna di kawasan yang telah ditetapkan di seluruh negara.

Di bawah adalah pecahan terperinci mengikut negeri dan pemilikan tujuan perlesenan.

 Sebagai sebahagian usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi menambahbaik mutu dan perkhidmatan teski, didapati 5 bidang utama dalam memastikan peningkatan mutu industri teksi negara yang merangkumi:

 Inisiatif itu memberi penekanan kepada



Sepertimana biasa, sebagai penentukur dalam mana-mana organisasi pastinya setiap habuan/ganjaran mestinya ada satu hukuman (Stick and Carrot) yang difikirkan munasabah dan wajar bagi memastikan semua pihak berkepentingan dan perjalanan yang lebih sihat. 

Kewajipan dan sikap bertanggungjawap semua amatlah ditekankan supaya industri teksi lebih mapan dan produktif lagi efisyen selari dengan pembangunan negara.