Showing posts with label Pemandu Teksi. Show all posts
Showing posts with label Pemandu Teksi. Show all posts

Thursday, October 01, 2015

Pemandu Teksi + MP Buat Sensasi

Hampir setiap bulan, berita menyentuh mengenai perkhidmatan pengangkutan awam darat tidak sunyi dari kontroversi, salah faham, kedegilan dan pastinya semua hanya cepat menyalahkan Kerajaan Malaysia atau agensi yang dipertanggungjawabkan dalam memastikan kelancaran perkhidmatan di dalam kepesatan negara sekarang.

Sebagai salah seorang pengguna perkhidmatan awam darat terutama apabila melakukan perjalanan keluar kawasan, penulis dapat merasai betapa kebanyakan kalinya, pemberi khidmat begitu bersahaja dan tidak bertanggungjawab hanya mengutamakan kadar tambang yang padan dan sesuai buat mereka tetapi tidak di pihak pengguna dan adanya mereka yang berlagak "samseng jalanan" sedang hidup seharian mereka bergantung kepada keperluan pengguna yang berterusan.

Kelmarin pada 30hb September kira-kira 10:15 pagi satu rombongan dari sejumlah persatuan pemandu teksi yang dikepalai Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang telah berkunjung ke Ibupejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi menyampaikan memorandum menuntut SPAD menyelesaikan beberapa isu "kepentingan mereka". Terdahulu itu kumpulan seramai 100 orang pemandu teksi telah mengadakan protes di depan bangunan Amfirst Kelana Jaya sambil diawasi pihak PDRM dari IPD Kelang Jaya siap dengan peralatan anti rusuhan sebagai langkah berjaga-jaga.

Antara isikandung memorandum menyentuh tidak puashati golongan pemandu teksi itu terhadap:- 
a. kenaikan harga NGV,
b. kos GST ke atas penyelenggaraan kenderaan, peralatan dan operasi,
c. teksi-teksi haram telah menyebabkan kehilangan pendapatan (50% daripada pendapatan), dan
d. kebajikan sosial pemandu teksi diberikan (insurans untuk kenderaan dan perlindungan PERKESO).

Kebanyak tuntutan yang dibuat di atas, jelas menunjukkan bukan di bawah "purview" SPAD. Anihnya Charles sebagai seorang Ahli Parlimen seolah lebih terikut atau memperalatkan pemandu teksi akan agenda beliau yang sebenar. Kelihatan beliau cuba mempolitikkan isu dan mencari "publisiti murahan"? Sedang Kerajaan Malaysia melalui SPAD sentiasa mendepani kebajikan pemandu teksi dan industri pengangkutan awam itu di samping kepentingan masyarakat pengguna turut diimbangi. Jelas sekali Charles Santiago mem"personafikasi"kan pepatah "menangguk di air keroh".

Kenaikan harga NGV adalah melibatkan pihak Petronas sedang SPAD tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengawal kenaikan atau penurunan harga bahan mentah tersebut. Begitu juga dengan isu GST yang merupakan isu negara yang melangkaui bidang kuasa pihak SPAD.

Bukankah Kerajaan telah meluluskan kenaikan kadar tambang teksi di antara 30% hingga 69% berkuatkuasa Mac 2015? Kenaikan harga tambang itu telah mengambilkira kenaikan kos yang ditanggung pihak industri teksi. Berita ini dan yang berkaitan telah tersebar secara meluas di media perdana juga medan sosial. Penulis juga pernah beberapa kali telah mengkhabarkan perkembangan semasa menyentuh perihal sistem dan perkhidmatan pengangkutan awam darat melalui blog ini.

Menyentuh perkara kebajikan sosial pemandu-pemandu teksi seperti insurans dan PERKESO, penglibatan semua pihak diperlukan dan bukan hanya terhad kepada pihak SPAD sahaja. Malahan ia melibatkan persatuan teksi, pihak Kementerian Sumber Manusia, dan juga pihak Kementerian Pengangkutan yang semestinya berusaha untuk duduk di meja rundingan menyelesaikan perkara berbangkit.

Menyentuh mengenai teksi-teksi haram yang tumbuh bagai "tumbuh cendawan selepas hujan" sebenarnya perlunya pihak pemandu teksi menyoal diri mereka. Adakah perkhidmatan yang diberikan yang terbaik kepada para pengguna? Mesra, Mudah, Harga Berpatutan. Rata-rata semua pengusaha dan pemandu teksi berlesen, faham dan akur pada pra syarat dan peraturan yang dikenakan sebagai seorang pengusaha, pemilik dan pemandu kereta sewa aka "teksi" sebelum permit dikeluarkan kepada mereka. Dalam perkara yang sama para pengguna juga turut memainkan peranan menggalakkan permintaan senario yang tidak memberansangkan.

Sehubungan itu perlu diingatkan teksi-teksi yang menggunakan aplikasi mudah alih Uber, Grabcar, Backlane, EasyTaxi adalah satu kesalahan bukan hanya di Malaysia. Teksi yang mengguna "apps" tersebut adalah perkhidmatan teksi haram di samping khidmat teksi sapu. Pihak SPAD akan terus bertindak dan mencegah dalam memastikan kebajikan dan nasib pemandu teksi yang sah terbela di samping keselamatan pengguna terjamin.

Sebagai makluman lanjut operasi sepadu yang dijalankan SPAD di bawah Sekyen 16, APAD 2010 berhasil mendapati kesalahan berikut:

1. Jumlah kes bermula Jun 2011 hingga sekarang adalah sebanyak 470 kes.
2. Jumlah kes bagi tahun 2015 sahaja adalah sebanyak 240 kes.

3. Jumlah kes bagi yang menggunakan "Apps" bermula Okt 2014 hingga sekarang adalah sebanyak 144 kes. Pecahan kes mengikut "Apps" seperti berikut :

 a. UBER - 43 Kes.
 b. GRABCAR - 97 Kes.
 c. Blacklane - 1 Kes.
 d. EasyTaxi - 3 Kes.

4. Status Kes melibatkan penggunaan Apps seperti berikut :

a. NFA - 10 Kes.
b. Denda Mahkamah - 13 Kes.
c. Kompaun - 9 Kes.
d. Proses Makhamah - 49 Kes.
e. Proses Penyiasatan - 63 Kes.

5. Status Mohon Lucut Hak untuk Kes Melibatkan Penggunaan Apps - 110 kenderaan.

Kepada Charles Santiago, diharap jangan cepat melatah atau "jump the gun" untuk menjadi Hero pada agenda yang akan memakan diri. Jadilah seorang "mediator", pemudah cara, mendengar dan menyelesai permasalahan secara berhemah...bukan terburu-buru tanpa fakta yang sahih.

Sunday, July 05, 2015

Sikap Acuh Tak Acuh Banyak Kerugiannya

“Dalam lima buah teksi, hanya satu sahaja yang pemandunya berhemah, tidak mengeluarkan kata-kata kesat, keretanya bersih serta menggunakan meter. Yang selebihnya sangat teruk dengan bau tidak menyenangkan dalam kenderaan, cara pemanduan yang gopoh, suka memaki jika ada insiden yang tidak memuaskan hati dan tidak menggunakan meter,” begitulah di antara yang dapat dipetik pandangan dari pengguna perkhidmatan teksi di Kotaraya Kuala Lumpur yang juga pengguna laman media sosial; Facebook.

Begitulah antara kekecewaan para pengguna khidmat teksi yang rata-rata tidak bersikap profesional semasa membawa penumpang. Kekerapan penumpang terpaksa berdepan dengan pemandu-pemandu teksi yang sudah sepakat untuk tidak menggunakan meter, atau mengguna bahasa pasar dengan penumpang, serta melengah-lengahkan perjalanan terutama di tempat tum­puan seperti pusat beli-belah Pavilion dan Suria KLCC. Keadaan sedemikian memaksa bakal penumpang akur kepada golongan pemandu teksi yang keras kepala dan bersahaja dengan alasan mereka. 

Baru-baru ini, laman web LondonCabs.co.uk telah mengeluarkan ranking menamakan Kuala Lumpur di kedudukan teratas antara 10 bandar raya yang mempunyai pemandu teksi paling teruk. Tidak dapat dinafikan dengan sikap pemandu-teksi di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur, tabiat suka berlengah dan gemar mengenakan caj melampau serta biadap ini satu tempelak usaha memartabat dan memulihkan industri teksi secara amnya.

YABhg Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berasa amat kesal dengan sikap sesetengah pemandu teksi yang kental dan degil dengan sikap yang merugikan industri teksi secara keseluruhannya. Pelbagai usaha kerjasama dalam usaha penambahbaikan dengan persatuan pemandu teksi seperti penjenamaan, latihan dan menangani aduan dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan teksi umpama "mencurah air ke daun keladi" 

 "Kita tahu berkenaan kedudukan yang buruk ini. Sebab itu kita adakan penjenamaan baharu, dari teksi lama ditukar kepada TEKS1M. Kita juga adakan teksi eksekutif, limosin dan memberi latihan mesra penumpang kepada mereka. Kita juga menaikkan kadar tambang dan yang terakhir ialah MeterOn app di mana penumpang boleh buat laporan pada SPAD. Tapi yang penting ialah pemandu sendiri mesti berubah sikap," katanya di dalam satu temu bicara.

Sejajar dengan laporan yang didedahkan tersebut, semua pihak perlu mengambilnya secara positif untuk berasa malu dan berubah sikap serta sama-sama menjaga imej pemandu teksi negara ini. Segalanya usaha yang dilakukan tidak akan berjaya jika sikap dan kelakuan sesetengah pemandu teksi tidak berubah dan masih ditakuk lama, akan terus dipandang serong oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Jangan tudingkan jari ke hadapan sedang tiga jari berpatah balik kepada si pengaju. Ruginya nanti turut dirasai pemandu teksi yang engkar dan enggan berubah. Orang yang berbohong tidak akan bebas, kerana terbelenggu dengan pembohongannya.

Friday, March 20, 2015

Tambang Teksi Bakal Naik, Rasionalisasinya (Bhg 3)

Apabila kita membincangkan sesuatu isu di dalam kerangka topik perbincangan pada hari ini, kita sebenarnya berhadapan dengan satu situasi di mana setiap seorang daripada kita mungkin mempunyai persepsi yang berbeza-beza terhadap nilai; yang dihubungkaitkan dengan sains politik dan pembentukan masyarakat.

Sesungguhnya perbezaan persepsi itu membolehkan kita memberikan dimensi baru kepada nilai yang kita pegang dan melaraskan (realigned) dengan keperluan hidup bermasyarakat pada hari ini.

Pertama sekali, persoalan yang harus kita rungkaikan ialah apa yang kita maksudkan dengan nilai? Apakah nilai yang baik dan apakah yang tidak baik dalam membentuk masyarakat? Apakah nilai yang boleh diterima dan tidak boleh diterima? Apakah ada ideologi atau fahaman mahupun doktrin politik yang mampu menguasai intrepretasi nilai dalam pembentukan masyarakat?

Antara nilai akhlak yang mesti ada ialah adil, jujur, perasaan ukhuwah, musyuwarah, tolong-menolong, kenal-mengenal dan faham-memahami. Itulah antara pengajaran yang tersembunyi di dalam Al Quran dan sebagai umat Islam, tidak mengira dari mana peringkat kedudukan dan kehidupan mahupun fahaman, amalan dan ibadah yang baik amatlah dituntut.


Maka sebegitu jugalah di dalam mendekati dan menanggani permasalahan yang sering menghimbau industri teksi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mempelbagaikan gerakan dengan semua yang berkepentingan di dalam mencari satu jalan tengah; resolusi Win/Win di antara pengguna dan pemberi perkhidmatan. 3 pendekatan telah diambil dan dilaksanakan melalui  1; Perbincangan kumpulan Fokus, 2; Sesi Taklimat dan 3; Paparan Galeri Infomasi di tempat-tempat strategik.


1; Perbincangan kumpulan Fokus




2; Sesi Taklimat


dan 3; Paparan Galeri Infomasi

Janganlah kita terlalu terbawa dengan meronta perasaan peribadi tanpa mempedulikan orang lain; self centric. Sedang hidup kita amat dekat dan memerlukan di antara satu dengan yang lain. Semua orang dari semua peringkat adalah rakyat Malaysia, walaupun beliau adalah seorang pemimpin mahupun akar umbi.

Apakah bentuk masyarakat kini hanya tentang Aku, Aku dan Aku sahaja? Bak kata pepatah,  

"Remember that the happiest people are not those getting more, but those giving more." - H. Jackson Brown, Jr.

Thursday, March 19, 2015

Tambang Teksi Bakal Naik, Rasionalisasinya (Bhg 2)

Susulan kepada blog sebelumnya; Bahagian Kedua 

Mungkin ramai tertanya-tanya sekian lama berapa banyak terdapat bilangan lesen perkhidmatan teksi telah dikeluarkan. Sejumlah 64, 547 buah lesen telah dikeluarkan mengikut pecahan yang disertakan di sini. Operasi industri teksi adalah mengikut keperluan dan tujuan yang berbeza bagi menampung kehendak pengguna di kawasan yang telah ditetapkan di seluruh negara.

Di bawah adalah pecahan terperinci mengikut negeri dan pemilikan tujuan perlesenan.

 Sebagai sebahagian usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi menambahbaik mutu dan perkhidmatan teski, didapati 5 bidang utama dalam memastikan peningkatan mutu industri teksi negara yang merangkumi:

 Inisiatif itu memberi penekanan kepada



Sepertimana biasa, sebagai penentukur dalam mana-mana organisasi pastinya setiap habuan/ganjaran mestinya ada satu hukuman (Stick and Carrot) yang difikirkan munasabah dan wajar bagi memastikan semua pihak berkepentingan dan perjalanan yang lebih sihat. 

Kewajipan dan sikap bertanggungjawap semua amatlah ditekankan supaya industri teksi lebih mapan dan produktif lagi efisyen selari dengan pembangunan negara.