Friday, February 06, 2009

Angkuhnya Pembangkang


“Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan".


Petikan dari kenyataan yang dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Diungkap kembali sejarah Tanah Melayu. Kebangkitan penentangan terhadap kolonis Inggeris di Pasir Salak, berakhir dengan pembunuhan Residen J. W. W. Birch. Sehingga penjajahan Inggeris berakhir dengan jatuhnya Malayan Union. Bangsa Melayu memainkan peranan yang penting di dalam kancah pembentukan sebuah pemerintahan.

PR12, berakhir pada Mac 8 2008, dengan keseluruhan lanskap politik yang lebih agresif; BN tidak lagi punyai "command of powers" 2/3 majoriti. Detik dan tika satu percetusan yang begitu getir telah bermula.

Anwar Ibrahim dengan angkuh, berkeyakinan, beliau dan sekutunya akan mengambil alih pemerintahan ke arah "proper governance of state", pada September 16 2008. Caranya, dengan melobi para pemenang; Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri bersama "turning the table". Istilah politik Party Hopping.

Walaupun ketika itu usaha Anwar dianggap tidak demokratik tetapi beliau tidak mempedulikannya malah pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada Ogos 2008 dijadikan medan untuk 'menggemparkan' lagi negara dengan slogan 'dari Permatang Pauh ke Putrajaya'.

Tetapi akhirnya impian hanya tinggal impian. Tanggal 16 September berlalu begitu sahaja dan BN terus memerintah. Namun malangnya apabila BN kembali menguasai Perak berikutan langkah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR dan DAP mengisytiharkan keluar parti dan diikuti oleh ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang kembali kepada UMNO selepas 10 hari menyertai PKR, pembangkang menganggap apa yang berlaku adalah tidak demokratik.

Mereka mengecam BN dan UMNO habis-habisan seolah-olah apa yang mereka hendak lakukan pada 16 September lalu adalah sesuatu yang dihalalkan dalam amalan demokrasi. Bagi pembangkang, BN tidak berhak memerintah Perak dan kuasa penentu harus dikembalikan kepada rakyat.

Persoalannya, ketika Anwar bercakap soal menubuhkan kerajaan pada 16 September, apakah ketika itu pembangkang berfikir soal demokrasi dan hak rakyat? Tidakkah mereka sama-sama begitu beria-ia menantikan detik yang dijanjikan oleh Anwar tersebut?

Bagaimana pula dengan langkah mereka baru-baru ini yang menganggap tindakan Nasaruddin meninggalkan BN untuk menyertai PKR sebagai satu langkah bijak? Kenapakah Anwar yang mengadakan sidang akhbar bersama-sama Nasaruddin tidak menyebut pula soal tidak demokratik?

Justeru kita juga berhak bertanya, seandainya pakatan pembangkang berada dalam kedudukan BN seperti di Perak, apakah mereka akan mengambil jalan tengah meminta dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)? Malah kita juga ingin bertanya, kalau DUN dibubarkan dan BN memenangi pilihan raya negeri yang diadakan mahukah pembangkang berjiwa besar untuk mengiktirafnya, apa jaminan bahawa pembangkang tidak akan berkata ia pilihan raya 'paling jijik' pernah diadakan?

Pembangkang tidak harus mengamalkan sikap 'kalau mereka buat tidak apa, kalau orang lain buat salah'. Inilah mungkin yang boleh dikatakan sebagai mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih.

Oleh itu, tidak perlu pembangkang berusaha untuk menunjukkan merekalah paling demokratik sedangkan selama ini tindakan mereka menunjukkan sebaliknya. Pembangkang terutama Anwar harus memahami bahawa walaupun BN memperoleh semula kuasa di Perak melalui sokongan ADUN Bebas namun segalanya dilakukan mengikut prosedur dan undang-undang.

Apa yang paling penting, langkah BN mendapat perkenan Sultan Perak yang sudah pastinya mengkaji pelbagai aspek sebelum membenarkan parti itu kembali berkuasa. Berikutan keadaan itu, pembangkang harus belajar menerima hakikat politik.

Tidak usahlah cuba meracuni rakyat dengan menggalakkan mereka untuk mengadakan demonstrasi yang sudah pasti tidak akan mewujudkan kestabilan politik.

Segala yang berlaku bukan salah BN, ketiga-tiga ADUN berkenaan keluar parti kerana merasakan PKR dan DAP sudah tidak sehaluan lagi dengan mereka, BN tidak ada masa hendak memporak-perandakan pentadbiran kerajaan negeri di Perak sebelum ini.

Sebenarnya, apa yang berlaku di Perak adalah kesilapan pakatan pembangkang sendiri, selepas pilihan raya umum mereka tidak menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuhkan kedudukan sebaliknya terus teruja dengan 'impian 16 September' Anwar. Akhirnya mereka bergembira di Permatang, bersorak di Kuala Terengganu tetapi tergadai satu negeri di Perak.

Ditambah pula dengan kebiadaban Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang secara terus dan tegas, memohon "derhaka" pada Sultan Perak. Seorang Melayu (atau separuh Melayu; keturunan Cina). Apakah beliau ingin menjadi Jebat di abad 20? Menjadi "wira" pada Melayu yang telah sesat dan lupa pada pegangan bangsa sendiri.

Dimana letaknya prinsip Rukun Negara yang diterapkan? Kemana perginya Melayu membela Melayu? Melayu menjunjung Duli Sultan, membela Rakyat negeri.

Perlukah sejarah berulang lagi dari kancah percaturan yang didalangi oleh kepala pengganas politik yang disokong oleh mereka yang tidak mendaulatkan Raja dan Perlembagaan. Melayu yang setia telah banyak berkorban demi Bangsa, Agama dan Negara. Kita telah banyak berkompromi. Kita bukan barangan komoditi yang boleh dibeli maruah.

Jangan Bangsa, Agama dan Negaraku digadai demi memuaskan agenda mereka yang PEROSAK. Tindakkan mengajukan situasi negeri Perak secara "natural law of justice" adalah mengaibkan terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, terhadap kebajikan dan pemerintahan Baginda Sultan di dalam negeri jajahannya.

Apapun tafsirannya, keputusan muktamad sudah dibuat. BN akan menubuhkan kerajaan negeri maka hormatilah keadaan itu.

Daulatkan DYMM Paduka Seri Sultan Perak keatas rakyatnya. Nyahkan dan hapuskan politikus yang mempunyai agenda menyingkirkan Melayu sebagai TUAN di bumi bertuah.

No comments:

Post a Comment