Sunday, November 08, 2015

Pelan Induk Perkapalan Akan Ke Kabinet: DS Liow

Kementerian Pengangkutan akan menyiapkan Pelan Induk Perkapalan Malaysia (Malaysian Strategic Maritime Plans; MSMP) bagi menjadikan industri perkapalan terus relevan dan berdaya saing. 

Ketika berucap dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari Maritim Sedunia 2015 peringkat kebangsaan yang diadakan pada 30hb Oktober lalu, Menteri Pengangkutan Dato' Seri Liow Tiong Lai memaklumkan MSMP akan bersifat lebih dinamik dan berdaya saing selaras dengan perkembangan dan cabaran global akan dibentangkan di Kabinet Malaysia pada tahun hadapan.

Pelan itu dirangkakan dengan kerjasama Jabatan Laut dan Institut Maritim Malaysia (MIMA) meliputi keseluruhan aspek termasuk pelabuhan dan limbungan kapal. Pelan strategi berbentuk holistik ini turut akan menumpukan perhatian terhadap pendidikan dan latihan agar industri maritim Malaysia terus kompetitif, menurut kat Liow.

Liow menekankan pihak berkaitan industri maritim perlu melatih lebih ramai pelaut tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pelaut asing. Setakat ini dianggarkan terdapat kira-kira 20,000 pelaut; sebanyak 40% adalah pelaut asing.

Pada umumnya Malaysia merupakan negara ke-67 terbesar dengan jumlah keluasan tanah, dengan kawasan tanah 329.847 km2 (127.355 batu persegi). Namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang mempunyai wilayah di kedua-dua tanah besar Asia dan Kepulauan Melayu dengan Tanjung Piai, terletak di negeri selatan Johor, adalah paling selatan benua Asia. Selat Melaka yang geografinya terletak di antara Sumatera dan Semenanjung Malaysia, adalah salah satu daripada laluan paling penting dalam perdagangan global; menyumbang 40% kepada perdagangan dunia. 

Perairan negara meliputi keluasan sejumlah 7,200 km (Semenanjung Malaysia 3200 km; Sabah 1500 km; 2500 km) menurut The World FactBook tahun 2011 dan meletakkan Negara di tangga ke 19 dalam senarai dunia.

Melihatkan peri pentingnya laluan Selat Melaka dan Laut China Selatan kepada industri perkapalan, Biro Maritim Antarabangsa melaporkan perairan wilayah dan luar pesisir di Selat Melaka dan Laut China Selatan kekal berisiko tinggi dengan kehadiran lanun dan rompakan bersenjata terhadap kapal-kapal. Kapal-kapal dagang telah diserang dan dirampas di kedua-dua laluan tersebut utama; kapal dirampas sering menyamar dan kargo dialihkan ke pelabuhan di Asia Timur; krew telah dibunuh atau dibuang ke laut ketika dalam pelayaran; 24 serangan dilaporkan pada tahun 2014 sahaja.

Untuk makluman industri maritim Malaysia kini di tangga 31 dunia, merangkumi pelbagai jenis melibatkan kapal kargo curah, kapal tangki kimia, kapal kontena, kapal tangki petroliam, kapal pengangkut kenderaan, kapal kargo, kapal pengangkut, kapal kargo/penumpang, kapal pengangkut LNG/LPG, dan kapal roll-on/roll-off. Perkhidmatan perkapalan di Malaysia mempunyai kepentingan luar dari Denmark, Hong Kong, Japan, Russia, dan Singapura dan kapal-kapal yang didaftarkan di Bahamas, India, Indonesia, Isle of Man, Malta, Marshall Islands, Panama, Papua New Guinea, Filipina, Saint Kitts and Nevis, Singapura, Thailand, dan Amerika Syarikat. 

Pelabuhan utama negara terdapat di : Bintulu, Johor Bahru, George Town (Pulau Pinang), Pelabuhan Kelang dan Tanjung Pelepas. Pelabuhan negara mengendali kontena mengikuti TEU berikut: George Town (1,202,180), Pelabuhan Kelang (9,435,403), Tanjung Pelepas (7,302,461) manakala terminal di Bintulu mengendali LNG (export) dan terminal di Sungai Udang kendalikan LNG (impot). 

Melihatkan fakta yang dipaparkan, sudah tiba masanya Malaysia melalui MSMP menempa sejarah tersendiri antara negara pelaut memandangkan kesemua negeri dan wilayahnya mempunyai kepentingan maritimnya dengan menggunakan kepakaran dan kelebihan teknologi maklumat; bukan sahaja sekadar kepentingan saingan ekonomi negara juga lebih langsungnya menjamin kepentingan negara dan kedaulatannya diberikan perhatian.

No comments:

Post a Comment