Menaiki keretapi merupakan satu pengalaman perjalanan yang luar dari kebiasaan. Tambahan kini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menyediakan perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) sesuai dengan "dual track'" dan penambahbaikan perkhidmatan yang melingkari trek di antara KL Sentral hingga ke Padang Besar.
Segala usaha ini adalah dengan kerjasama dan hubungan rapat antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan KTMB bagi memastikan pengguna perkhidmatan dan rakyat Malaysia dapat memanafaatkan perkhidmatan darat tertua negara yang penuh bersejarah dan mengalami perasaan mencintai alam kehijauan yang damai dengan menerapkan teknologi pengangkutan yang pantas, profesional dan mesra pelanggan.
Dalam satu kenyataan yang dibuat KTMB, sempena musim percutian sekolah dan Hari Raya Aidil Adha tidak lama lagi, KTMB menyediakan tren ETS tambahan bagi menampung permintaan masyarakat pengguna bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral dan Padang Besar.
ETS tambahan tersebut akan berlepas pada pukul 11 pagi dari KL Sentral dan dijadualkan tiba di Padang Besar pada 4.35 petang. Manakala ETS tambahan dari Padang Besar pula akan berlepas pada pukul 6 petang dan dijadual tiba di KL Sentral pada pukul 11.45 malam.
Kedua-dua perjalanan tren itu akan bermula esok; 19hb September. Seterusnya pada 22hb, 23hb, 25hb, 26hb dan 27 September ini. Perkhidmatan tren ETS ini akan berhenti di stesen utama iaitu Tanjung Malim, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Bukit Mertajam, Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar dan Arau.
Tiket perjalanan bagi tren ETS tambahan boleh dibeli mulai sekarang dan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan itu boleh hubungi talian 1 300 88 5862
No comments:
Post a Comment