Trend ini mulai menular dengan peredaran atau migrasi penduduk dari kampung ke kota. Dari Malaysia ke luar negara. Daripada masakan kuali dan periuk belanga kepada deep fryer dan micro-wave. Makanan kini bukan hanya terhidang ketika waktu makan di rumah. Makanan luar mulai terdapat dan tersedia di premis-premis 24 jam. Makanan atau masakan yang disediakan mengikut pesanan (made to order), hidangan ala-carte mahupun makanan segera (fast foods).
Faktor seperti bekerja di luar rumah, ibu-ibu yang bekerja dan jenis makanan (tempatan dan antarabangsa) yang disediakan menggalakkan amalan pemakanan keluar. Restoran, medan selera dan gerai-gerai makanan telah memberi perkhidmatan bukan sahaja kepada orang-orang yang mahu makan pada waktu makan, tetapi juga mereka yang mahu menikmati makanan dengan ahli keluarga ataupun rakan sekerja di dalam suasana santai dan kondusif.
Di Malaysia, hari
ini menganggap makanan segera sebagai makanan yang berupa makanan dan
sajian cepat yang boleh diperolehi di restoran-restoran yang banyak bilangannya
di Malaysia seperti di Kentucky Fried Chicken, McDonalds, Pizza Hut, Domino,
Ramly Burger dan sebagainya yang boleh diklasifikasikan sebagai menyajikan
makanan moden.
Untuk mendapatkan makanan segera ini, ada empat kaedah untuk menikmatinya. 1; Peminat makanan segera boleh ke premis restoran untuk nikmati hidangan di dalam ambience dan keselesaan premis. 2; Buat pesanan "Take away", 3; memesan di perkhidmatan pandu lalu "Drive thru" dan yang terakhir 4; dengan membuat pesanan melalui Online (dan aplikasi media sosial) untuk penghantaran ke rumah (mengikut radius/jarak yang disetujui).
Menyentuh tentang restoran makanan segera di Malaysia, berdasarkan catatan
sejarah, operasi makanan segera yang pertama adalah oleh A&W yang dibuka pada tahun 1963 di Batu
Road (sekarang dikenali sebagai Jalan Tuanku Abdul Rahman). Orang yang
berperanan memperkenalkan francais A&W ini ialah Encik Lie Boff dari
Amerika Syarikat. Restoran A & W kemudian memperkenalkan konsepkan pandu lalu yang dibuka di Petaling Jaya pada tahun 1965.
Pembukaan restoran Kentucky Fried Chicken pada tahun 1973 kemudiannya mencetuskan satu fenomena makanan segera yang mulai diterima oleh rakyat Malaysia dan secara langsungnya mempengaruhi budaya pemakanan masyarakat umum. Pada tahun 1981, premis Sugar Buns dan
Marry Brown telah dibuka. Burger King, McDonald's, Pizza Hut dan
Shakey’s Pizza pula dibuka pada tahun 1982 diikuti Grandy’s pada tahun 1983. Ramly Burger pula digiatkan pada tahun 1984 dan Domino’s Pizza
pada tahun 1997.
Di samping itu, melihatkan persaingan perniagaan kepada ekonomi negara yang berjumlah tidak kurang dari 2.5% unjuran pada tahun 2014 kepada KDNK berdasarkan http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1314/bab3.pdf (penginapan dan makanan), premis makanan termasuklah makanan segera mulai melabuhkan tirai kepada perkhidmatan 24 jam. Alunan lagu-lagu "Hits" berkumandang, skrin TV besar mulai dipasang untuk hebahan maklumat dan hiburan. Pemuka pesanan berNeon dan warna-warna yang segar dipasang bagi menarik perhatian pelanggan di samping kemesraan kakitangan premis. Kemudahan yang disediakan di premis makanan segera turut menceriakan suasana.
Amalan penjagaan operasi yang cekap bersih dan menjamin kesihatan juga merupakan tabiat dan yang di "institutionalised" oleh pemain industri makanan segera, terutama oleh McDonalds yang amat prihatin kepada pembangunan dan kemajuan kakitangannya di operasi seluruh dunia dan pelanggannya. Di Malaysia, McDonald's seperti premis yang lain turut mengamal dan mematuhi syarat-syarat "HALAL" dari JAKIM.
Stau perkara yang amat penting dalam pengurusan pemakanan adalah kandungan nutrisinya. Tanggapan yang dilemparkan kepada premis makanan segera bahwa mencipta gaya hidupa pemakanan tidak sihat atau 'OBESE' adalah satu tanggungjawab yang diambil serius oleh pihak francaisor dan francaisi.
McDonald's merupakan rangkaian makanan segera terbesar di dunia restoran makanan hamburger cepat, yang mensajikan makanan kepada sekitar 68 juta pelanggan setiap hari di 120 negara (termasuk di Timur Tengah) di lebih daripada 36,000 cawangan seluruh dunia.
Saham McDonald's diperdagangkan kepada pihak awam di New York Stock Exchange dan tiada pemilikan saham yang melebihi 10% dari stok sahamnya oleh mana-mana individu ataupun korporat.
Di Malaysia, McDonald's dikendalikan Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. atau
lebih dikenali sebagai McDonald's Malaysia. Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd.
telah dianugerahkan lesen oleh McDonald's Corporation di Amerika Syarikat pada
tahun 1980 bagi mengendalikan rangkaian restoran McDonald's di Malaysia.
Restoran pertama McDonald's dibuka pada 29 April 1982 di Jalan Bukit
Bintang, Kuala Lumpur. Kebanyakan restoran McDonald's dikendalikan oleh
francaisi-francaisi tempatan. Dari sumber yang diketahui, malahan kakitangan McDonald's merangkumi tidak kurang dari 90% dari masyarakat Bumiputera baik oleh premis pengendali mahupun oleh pemegang francaisnya di Malaysia.
McDonald's sebagai sebuah korporat turut melibatkan secara aktif di dalam kerja-kerja kebajikan, dan yang lebih menarik tradisinya diterima oleh pihak pengurusan kegiatan tersebut ditetapkan oleh kakitangannya.
Atau apakah masyarakat Malaysia yang berbilang kaum terbukti amat prihatin dengan senario pergolakan dunia, apatah lagi melibatkan politik, perniagaan mahupun lebih gemar menyalahkan sesuatu keadaan tanpa melihat sendiri pembabitan mereka atau lebih tepat lagi, bersikap 'self denial'?!
Dalam penulisan seterusnya, akan dikongsikan beberapa dakwaan dan rujukan keadaan sebenar mengenai McDonald's Malaysia dan seluruh dunia.....(bersambung)
Rujukan:
. The Management of Social-Ecological Change and Uncertainties in the Global Era 2012, . . Food and eating: An anthropological perspective. [cited April 20, 2011].
. Fast Food Restaurant, Peter Smale. Asia Week. Jun 1990.
. http://www.rootbeer.com.my/about-heritage-malaysia.htm
. Malaysian Business, Disember 1988
. Malaysian Enterprise. Jan-Mac 1988
. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_McDonald%27s
. http://babab.net/out/restoran-mcdonald-s-pertama-di-malaysia.html
. http://www.aboutmcdonalds.com/mcd/investors.html
. http://www.mcdonalds.com.my/
Grilled Chicken Pizza Moe’s Pizza and Subs is more than just your go-to for quality homemade food, it’s a Greensboro staple. Located conveniently off of Bridford Parkway on
ReplyDelete