Sunday, November 11, 2018

Kenapa Memilih i-LEARN Ace Di Dalam Pembelajaran Abad Ke 21?

Ibu Bapa, Pelajar dan Guru menghadapi permasalahan yang sama di era Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) masa kini; Pelajar bosan dengan pembelajaran satu dimensi, Ibu Bapa sibuk dan masa yang terhadap, Guru pula dengan pertanggungjawaban. 

Sebagai Ibu Bapa / Penjaga, adakah ANDA mengalami masalah seperti berikut?
  1. ANAK ANDA TIDAK MINAT BELAJAR❗
  2. ANAK ANDA LIAT BUAT ULANGKAJI❗
  3. ANAK ANDA PERGI TUISYEN TAPI MASIH KURANG KEMAJUAN❗
  4. ANAK ANDA ASYIK MAIN GAME HINGGA TIDAK LAKUKAN BUAT HOMEWORK❗
  5. ANAK ANDA TERPAKSA BERHENTI TUISYEN KERANA "POKET ANDA SUDAH BERLUBANG / KONTANG"❗
  6. TIDAK TAHU NAK BELI BUKU LATIHAN / RUJUKAN YANG SESUAI UNTUK ANAK ANDA❗
  7. CIKGU TUISYEN / SEKOLAH PUN KEHABISAN IDE DAN BAHAN UNTUK MENGAJAR❗
  8. CIKGU TUISYEN / SEKOLAH TIDAK PUNYAI MASA SECUKUPNYA UNTUK SEMAK HOMEWORK / TUGASAN❗
  9. IBU BAPA SIBUK MENCARI NAFKAH SAMPAI TAK ADA MASA NAK PANTAU ANAK-ANAK BELAJAR❗
Memperkenalkan TEKNOLOGI REVOLUSI PENDIDIKAN ALAF BARU yang mampu selesaikan permasalahan Ibu Bapa, Guru dan Pelajar, yang pertama dibangunkan di Malaysia, malahan di Asia bercirikan:
  • Portal Pembelajaran Interaktif SASBADI iLearnAce
  • Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran yang Interaktif
  • Mode Online dan Offline di mana-mana sahaja
  • Tuisyen Online di Rumah di bawah Projek Pendidikan Nasional 
  • Laporan Prestasi yang lengkap terus kepada Ibu Bapa
  • Teknik Terkini dan Efektif (dinamik) ke arah kecemerlangan
Jangan terkejut jika anak ANDA tiba-tiba berubah; amat minat belajar! Home Tuition menjadi lebih hebat dan MENJIMATKAN melalui kaedah pembelajaran selari dengan peredaran zaman.

Pembelajaran di sekolah hanyalah asas pendidikan; Ibu Bapa lah yang perlu mencorakkan pembelajaran yang efisyen dan cemerlang untuk anak-anak...

Nak Tolong Anak Anda dan Sekaligus Selesaikan Masalah Anda?

SIAPA SASBADI?
PROGRAM PENDIDIKAN UPSR /PT3/ SPM bersama jenama SASBADI telah membuat persediaan awal dengan mengeluarkan portal ulangkaji digital secara M-Learning (Mobile Learning) pertama di Malaysia. Pelajar boleh membuat ulangkaji semudah menggunakan gajet (smartphone, iPhone, iPad, iPhone) yang disediakan Sasbadi Online; Anywhere, Anytime..!!!

Sejak tahun 1985, Sasbadi Sdn Bhd telah menghasilkan buku-buku berkualiti dan bahan-bahan pendidikan untuk membantu komuniti pendidikan (Guru, IbuBapa dan Pelajar) dalam perjalanan mereka melalui alam persekolahan dan kehidupan.

Sasbadi telah menyambut transformasi di dalam objektif pendidikan kebangsaan bagi memenuhi tuntutan abad ke-21. Set kemahiran yang termasuk keupayaan berfikir, inovasi dan kolaborasi yang diperlukan oleh tenaga kerja masa depan Negara; bekerjasama dengan jenama antarabangsa seperti LEGO Education dan memperkenalkan pelbagai alat pembelajaran secara langsung kepada pelajar Malaysia.

Sasbadi turut telah bergabung dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menyediakan platform pelajar untuk mengasah kemahiran abad ke-21 dengan mengembang minat mereka dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) melalui Pertandingan Robotik Negara (NRC).

Bagi mencapai pasaran yang meluas, Sasbadi pada tahun 2016, telah membentuk syarikat pemasaran rangkaian pelbagai peringkat (MLM); MindTech Education Sdn Bhd untuk dipasarkan kepada pelanggan dengan sentuhan peribadi; satu konsep PROSUMER dalam mencipta perniagaan yang kukuh dan mampan untuk pengedarnya.

Sasbadi Sdn Bhd telah diperbadankan kepada Sasbadi Holdings Berhad pada tahun 2012 dan seterusnya memasuki papan utama Bursa Saham Malaysia terbitan awam pada tahun 2014. Operasi perniagaan Sasbadi Holdings Bhd telah diperakui "patuh syariah" dan memenuhi peruntukan di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.
Pendidikan adalah hak setiap anak dan pihak syarikat akan terus berkhidmat demi masa depan mereka, dan mengamalkan "Memupuk Pelajar Hari Esok, Hari Ini".

https://www.thestar.com.my/…/digital-textbooks-for-schools…/

INGIN MEMULAKAN SATU PERNIAGAAN?
RAHSIA kejayaan terutamanya di dalam industri “Network marketing” / “Direct Selling” / "Multi Level Marketing" adalah berpegang kepada konsep 3C; Commitment (Penglibatan), Conviction (Kepercayaan) dan Consistency (Berterusan) serta membuat pilihan yang betul sebelum menceburkan diri; PRODUCT (mengenali syarikat), PEOPLE (syarikat dan orang yang serius dan berwibawa) juga PLAN (pelan pemasaran yang mampan).

Ramai orang berebut membabitkan diri di dalam pasarannya semakin dan sudah tepu. Ramai juga yang meremehkan peluang sedang modal perniagaan "conventional" memerlukan modal yang banyak, kemahiran serta "overhead" yang tinggi. Prinsip 80/20 oleh Plato menunjukkan pembabitan 80% golongan yang tertumpu kepada 20% pasaran... menjuruskan saingan yang amat sengit dan membuahkan banyak saat getir dan genting.

ANDA perlu ada dan ikuti 3 asas yang penting:
  1. MODAL; setiap perniagaan perlukan modal (asas dan pusingan)
  2. MEMBERI PELUANG; berkongsi dengan semua orang tetapi tidak semua yang akan bersama.
  3. MEMBERI BIMBINGAN; membentuk, membimbing pasukan melakukan pekerjaan yang sama dan mudah… “KISs” dan “Doing the same thing, repeatedly” (DUPLICABLE).
i-LEARN Ace merupakan satu-satunya PELABURAN PENDIDIKAN tanpa saingan. MindTECH Education Sdn Bhd menawarkan pakej yang mampu sebagai Pengguna dan Pengedar; PENGGUNA, AGEN, PENGEDAR atau PEMBEKAL. Tanpa risiko ATAU penolakan. MASAnya adalah tepat dan BERTINDAK sekarang sebagai Perintis! 
Mahu bermula usaha yang murni mengenai dan berkaitan pendidikan? Nak "start business"? Tak tahu bercakap? ANDA perlu tolak EGO, tolak ALASAN. Dengar dan Lihat. LAKUKAN tanpa TAPI. BUAT tanpa Henti. Kenapa perniagaan franchise berjaya... sebabnya, "It's DUPLICABLE!" Sistem yang sudah terbukti. Kami telah gariskan sistem yang berkesan, membantu perkembangan perniagaan ANDA; Table Talk (TT), Small Group Meeting (SGM), Know Your Direction (KYD), product training dan sebagainya

SOW the seeds, Now! And YOU shall REAP the harvest when at rest. Tiada kejayaan yang mudah tanpa melalui proses jatuh dan bangun. Manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyung. Bertindak sekarang!!!

Klik http://www.wasap.my/60…/Educationexcellence+Entrepreneurship untuk menempa kejayaan yang ANDA idamkan!

Saturday, November 10, 2018

Network Marketing Pilihan Pemasaran

Ramai berkata bisnes “network marketing” aka “direct selling” banyak berlaku penipuan. Tidak kurang yang memandang sepi perniagaan bentuk ini, hanya sesuai dijalankan mereka yang tiada pekerjaan tetap, suri rumah dan sebagainya“Not my cup of Tea”.
Sebelum melangkah jauh, izinkan saya menjelaskan, kaedah / sistem Network marketing telah memulakan revolusi sejak awal 1950an lagi dan memasuki pasaran ekonomi / dagangan di Malaysia pada sekitar tahun 1970an… seperti Tupperware, Shaklee, AMWAY, Mary Kay dan ribuan syarikat di Malaysia terlibat dalam sektor pemakanan tambahan, kecantikan, barangan rumahtangga, kenderaan dan teknologi.

Kenapa network marketing? Sejajar dengan perkembangan semasa dan dunia tanpa sempadan, negara-negara industri menyedari, mereka tidak boleh bergantung kepada pasaran dalaman sahaja tetapi mesti melangkah jauh secara “global”. Perniagaan yang berkonsepkan “conventional” tidak lagi ampuh dengan saingan, kos bahan mentah, dasar perniagaan, tenaga kerja mahir / separa mahir atau buruh kasar dan sebagainya yang mengekang pertumbuhan industri yang diceburi. Tidak hairanlah, individu seperti Warren Buffet, Donald Trump, Robert Kiyosaki, Les Brown, Bob Proctor dan sebagainya mengalukan perkembangan dan sumbangan network marketing di dalam ekonomi global.
Network marketing secara langsung mengurangkan kos pengiklanan, pengangkutan, penyimpanan, kos pemasaran yang selama ini dibebani syarikat pembuatan / perkhidmatan. Sebagai timbal balik, pihak terbabit telah mengalakkan fahaman “PROSUMER” yang bermaksud; penglibatan terus Producer (pembuat / penyedia perkhidmatan) dan Consumer (pelanggan / pengguna). Fahaman ini secara langsungnya telah menyahaktifkan khidmat industri orang tengah; dengan barangan / perkhidmatan yang lebih bermutu, lebih murah, pantas dan dipercayai.

Revolusi network marketing melibatkan pengedar sah dan syarikat berintegriti berjaya menjana pendapatan yang lumayan kepada kedua-dua pihak. Malahan sejak tahun 1970an lagi, syarikat yang melibatkan diri di dalam direct selling masih teguh dan melahirkan ramai individu berpendapatan purata sekurangnya RM3, 800 sebulan. Demografi mereka yang melibatkan diri dengan industri tidak terhad kepada orang kebanyakan tetapi juga mereka yang berkerjaya dan professional mencari kelainan; ADA MASA, ADA WANG… satu kenyataan dan maksud MERDEKA yang sebenarnya. Bukankah itu satu usaha yang gigih seorang pengedar (sambilan / sepenuh masa)? Tidakkah ANDA mempunyai impian sedemikian?
Industri ini bukanlah seperti yang digambarkan sebagai perkhidmatan “door to door”, sebaliknya sebuah industri di mana pengedarnya bertemu pelanggan dan bakal pelanggan yang telah menjalinkan satu kepercayaan. Pada tahun 2011 sahaja, Malaysia menduduki tangga ke 10 perolehan jualan di dalam industri ”global direct selling”. Pada tahun 2012, industri ini telah menjana RM10.5 Billion dan dijangka akan mencapai perolehan RM20 Billion menjelang tahun 2020. Pada tahun 2013, industri Network Marketing and Direct Sales telah mencatat nilaian jualan global sebanyak USD178 Billion. Sebanyak USD78 Billion (40% dari USD178 Billion) telah dibayar kepada pengedar melalui komisen.
Hakikatnya pengedar yang melibatkan diri dengan syarikat yang berintegriti di dalam industri ini, harus sedar bahawa seperti memulakan perniagaan conventional memerlukan MASA. Ramai pengedar tidak mahu melabur masa membina pasukan pengedar. Ramai yang beranggapan mereka yang berjaya sebenarnya telahpun berjaya dengan sekelip mata?! Tidak kurang ramai yang telah menjebakkan diri di dalam Skim Cepat Kaya dan lari dari konsep pelan pemasaran syarikat atau menjalankan perniagaan “fly by night operators”.

Kegagalan mengusahakan industri ini mahupun di dalam mana-mana bentuk perniagaan adalah disebabkan mereka:
  1. Mereka tidak mahu mematuhi “standard” dan sistem yang telah diperakui.
  2. Mereka tidak punyai kesabaran dan mahukan kejayaan yang segera…ini adalah MUSTAHIL.
  3. Mereka gagal untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan produk / perkhidmatan bagi membantu proses kejayaan.
  4. Yang paling nyata dan jelas adalah, mereka gagal untuk berUBAH. Satu keperluan di dalam perniagaan; mempunyai “MINDSET” yang betul dan "positive outlook".
Perhatikan kejayaan syarikat AMWAY yang begitu hebat! Namun begitu masih ramai yang ingin meraih kejayaan dengan pantas sebaik sahaja mereka menandatangani borang keahlian dan cuba mencorakkan sistem sendiri. Kenapa? Mereka, pengedar yang ingin mengambil kesempatan dengan:
  1. KeENGGANan berkongsi pelan pemasaran yang betul dengan prospek (bakal pelanggan / pengguna).
  2. KeENGGANan mengguna produk / perkhidmatan pada diri sendiri.
  3. KeENGGANan berkorban masa dalam perancangan masa depan yang lebih baik.
Di atas keegganan yang dinyatakan, mengakibatkan kegagalan; maka industri ini disalahkan sebagai satu skim penipuan! Secara keseluruhannya, industri Network marketing dikambing hitamkan oleh golongan yang gagal dan kecewa, apatah lagi mereka yang hanya memerhati dan berandaian dari luar.

https://www.quora.com/Is-Multi-Level-Network-Marketing-really-worth-your-investment-or-just-a-scam-like-most-people-say


Monday, October 22, 2018

Kata Syaitan, "...Aku Tidak Dapat Selamatkan Kamu dan Kamu Tidak Dapat Selamatkan Aku

Sesungguhnya panduan dan penyelesaian kehidupan manusia telah ALLAH subha nahu wa ta’ala wahyukan kepada Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam (S.A.W) dan dikitabkan di dalam Al-Quran Kareem.



Adapun manusia tergolong kepada mereka yang mukmin, golongan kafir dan orang-orang yang munafik. Maka ALLAH subha nahu wa ta’ala telah memerintah seluruh manusia agar menunaikan ibadah yang bermaksud kembali bertaqwa kepadaNya; menunaikan tanggungjawap dan perintah Maha Pencipta ke atas makhlukNya.

ALLAH subha nahu wa ta’ala telah berfirman di dalam Al-Quran Surah Ibrahim; di dalam ayat terpilih yang bermaksud : 




Maka segala kejadian manusia di dunia telahpun dijelaskan di mana sebab dan akibahnya (Cause and effect) di atas pilihan (CHOICES) yang diambil manusia akan dihisapkan pada hari Himpunan maklukh ALLAH azza wa jalla di Padang Mahsyar nanti.

Di kala itu, setelah selesai perhitungan amalan pahala dan dosa, mereka dari para penghuni Syurga mulai dibawa masuk ke Syurga termasuklah kalangan yang mendapat syafaat dipimpin Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam (S.A.W) menjalani kenikmatan yang telah ALLAH janjikan kepada mereka yang tunduk pada perintahNya. Manakala golongan penghuni Neraka turut dikerahkan ke Neraka bagi menjalani azab yang dijanjikan ALLAH.

Di dalam Neraka, berlaku kekecohan di kalangan penghuninya yang mulai merasakan azab dalam penuh keharuan. Mereka mulai mengherdik dan mencaci dan menghina sepertimana pernah suatu masa dulu ketika di dunia; menyalahkan satu sama lain dan kali ini ditujukan kepada Syaitan Laknatullah.

Lantaran itu Syaitan Laknatullah telah mengambil tempat di pentas mimbar yang diperbuat dari api yang membahang, untuk menyampaikan khutbahnya dan penghuni Neraka dengan wajah tertunduk penuh kekesalan mendengar khutbah itu yang sebagaimana di dalam Al-Quran Surah Ibrahim, ayat 22 yang bermaksud,



Penghuni Neraka (manusia yang memilih mengengkari perintah ALLAH) ketika itu baru menyedari, selama ini mereka sudah tertipu oleh rayuan dan pujukan Syaitan selama mengerjakan berbagai pekerjaan dosa dan maksiat. Mereka mulai mengesali, kenapa mereka tidak mendengar nasihat orang lain ke jalan kebaikan dan kebenaran. Mereka pun mulai menyesal bertemankan orang-orang yang menyesatkan mereka (dari kalangan mereka jua) dan Syaitan sebagaimana disebut di dalam Al-Quran Surah Al Furqan,


Namun penyesalan mereka sudah tidak berguna sedikitpun. Mereka memohon pada ALLAH untuk kembalikan ke dunia, memperbaiki amalan dengan beramal soleh dan mengerjakan ibabah, seperti disebut di Al-Quran Surah As Sajdah; ayat 12 yang bermaksud:




Begitu jugalah keadan orang kafir dan mereka yang tidak beriman kepada ALLAH di Akhirat nanti, hanya mampu meratap dan menyesali diri. Namun tangisan dan ratapan mereka tidak mengurangkan azab yang ditanggung. Di Neraka, golongan ini tidak mati dan tidak pula hidup; mereka diberi minum nanah dan air mendidih. Kematian mendatangi mereka dari segenap penjuru namun kematian itu tidak pernah menyentuh mereka, sebagaimana di dalam AL-Quran Surah Ibrahim; ayat 17:


Terdapat di antara mereka yang tidak tahan penderitaan meminta pada malaikat penjaga Neraka, agar ALLAH mematikan mereka, selesai semua penderitaan itu. Malaikat Malik; Penjaga Neraka seraya berkata, “Tidak ada lagi kematian sesudah ini, tinggallah di Neraka ini selamanya”, sebagaimana di dalam Al-Quran Surah Az Zukhruf; ayat 77:


Sepanjang waktu di dalam Neraka mereka menderita azab tanpa putus-putus, sekadar mampu menyesali diri. Namun segala kesalan tidak berjaya mengurangkan penderitaan walau sedikitpun. Rasa sesal mereka ucapkan seperti di dalam Al-Quran Surah Al Mulk; ayat 10:




Mereka hanya mampu berandaian, kiranya mereka mendengarkan nasihat para Rasul, ulama, dan orang yang mengajak mereka ke jalan ALLAH, serta menggunakan akal dan fikiran mereka sebaiknya tanpa tunduk dan akur kepada nafsu amarah, tentu mereka tidak masuk ke dalam Neraka Jahanam dan ditemani mereka yang lain (terhasut sama) sperti disuratkan di dalam Al Quran Surah Ibrahim, ayat 30 yang bermaksud, 


Sekianlah sedikit cebisan bacaan dan pemahaman sepanjang melayari kehidupan mencari keberkatan ALLAH subha nahu wa ta’ala jauh dari ketaksuban dunia bertopengkan kuasa… tiada yang kekal melainkan ALLAH dan dengan kehendakNya. Manusia hanyalah makhluk ciptaan ALLAH bukan untuk dipuja dan disanjung melainkan Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam (S.A.W) sebagai pedoman yang maksom, Baginda Nabi terus berusaha memperbaiki diri dan memohon keampunan dari Yang Maha Pencipta… inikan kita. Al-Quran Surah Ibrahim, ayat 52 memberi ingatan: 


Dari tanah asal kita, kepada tanah jua kita kembali tanpa Seurat benang atau anugerah membaluti jasad selain kain serba putih dan TIGA amalan; bukan darjat kebesaran atau harta Duniawi… 


Wallahu A'lam Bishawab.

Thursday, September 27, 2018

Berubah atau Kekal?

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh dan Selamat pagi warga milenia yang ingin BERJAYA.

Setelah 61 tahun, negara yang MERDEKA pada dasarnya, akan terjurus warganya membangun selari keperluan dunia (dan menjiwai nilai-nilai murni Agama).

Sebaliknya, ramai kekal atau terus membelenggukan minda dengan "comfort zone" yang tidak mahu melangkah keluar dan melakukan perubahan.

Menilai dan menjatuh hukum dengan "small talks", memaki hamun angkara ketaksuban menjadi amalan seharian dan terpahat di dalam DNA "inferiority" diselubungi rasa gah dan selamat.

Hakikatnya, kita telah memasungkan bukan hanya kaki, tangan dan mulut malahan pemikiran dengan perkataan "kalau TIDAK" berjaya! dan tidak membahayakan diri.

Bukankah "there is two sides of a coin"?

Jika "YA", kita akan bersedia untuk menerima peluang dan menempuh cabaran demi kehidupan yang lebih baik dengan kejayaan. Demi diri, keluarga dan masyarakat dengan perspektif yang jelas... itu hak yang sebenar di tangan sendiri. 

Bukan dan tidak lagi dicaturkan tangan-tangan luar.

Monday, May 28, 2018

Asas Sistem Demokrasi BerParlimen, Raja BerPerlembagaan

7 Wasiat Raja-Raja Melayu adalah dokumen terakhir selepas "Kontrak Sosial" sebelum Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dipersetujui dan dimaktubkan.
Persetujuan yang diturunkan oleh sembilan orang Raja-Raja Melayu yang terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum "MERDEKA" kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai "locus standi".


Maka Perlembagaan Persekutuan yang digariskan mempunyai fasal-fasal tertentu menyentuh kepentingan dan haknya dan merujuk khusus kepada :
Perkara 3; Agama bagi Persekutuan (1) (2) (3) dan (5),
Perkara 11; Kebebasan berAgama,
Perkara 12; Hak berkenaan dengan Pendidikan,
Perkara 38; Majlis Raja-Raja (5),
Perkara 152; Bahasa Kebangsaan,
Perkara 153; Perizaban Kuota berkenaan dengan Perkhidmatan, Permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak,
Perkara 181; Kecualian bagi KeDaulatan dan sebagainya Raja-Raja (1).

Fasal-fasal ini memerlukan izin dan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

Menariknya, Perlembagaan Persekutuan turut digarap berasaskan Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia sejak tahun 1791 sehingga 1965, tidak seperti perlembagaan negara dunia kebanyakan.
Perlu diingatkan Perlembagaan Persekutuan mempunyai sejarah yang jelas dan konteksnya ke arah pembentukan sebuah negara bangsa dari masyarakat majmuk.

7 Wasiat Raja-Raja Melayu ini juga perlu dirungkai dan difahami sejelasnya, terutama Perkara 1, 2, 4, 5, 6 dan 7 wasiat tersebut sebagai asas kepentingan orang Melayu yang mesti dihormati dan dipertahankan.

Penerimaan dan memahami dua elemen ini; 7 Wasiat Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan hanya akan menyatu dan teguhkan penduduk negara menempuh badai masa, yang dituntaskan sistem Demokrasi BerParlimen, Raja BerPerlembagaan.

Tuesday, April 24, 2018

Siapa Yang Cauvinis ATAU RASIS?!


Selepas Barisan Nasional (BN) melabuhkan Manifesto BN untuk PRU ke 14 pada 7 April lepas, maka bagaikan satu pesta disaksikan dengan satu demi satu negeri mengisytihar Manifesto masing-masing.

Maka tidaklah memeranjatkan, kiranya Manifesto Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, malahan manifesto calon pun akan menghiasi perang memperdaya / menyakinkan pengundi di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat.

Berbalik pada niat asal, penulis tertarik langsung terpegun dengan keberanian (boldness) sebuah parti rasis tetapi kerana berada di dalam pentadbiran negara, maka tindak-tanduknya dianggap usaha "kompromi kuasa" dengan "izin" dan dikecualikan tindakan.

Malaysian Chinese Association atau singkatannya "MCA" melalui hebahan penuh mukasurat 7 dan 8, suratkhabar The Sunday Star terbitan pada 22 April 2018 mengiklankan Manifesto MCA; 10 Janji dan 10 Inisiatif untuk PRU 14.
Tertariknya kepada Janji No. 2; MCA akan lantang mewakili hak dan kepentingan kaum China dan lain-lain kaum serta memastikan keseimbangan di dalam kerajaan yang pelbagai bangsa dan kaum.

Wow!!! ... Tsunami China semakin menunjukkan taringnya, sejak ditelanjangkan selepas PRU 13, akibatnya kementerian usahawan bumiputera atau serupanya telah digantikan agar bersifat lebih "menyeluruh"?

Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995 ditubuhkan bagi menggantikan Kementerian Perusahaan Awam bertujuan untuk memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap pembangunan usahawan Bumiputera untuk mempercepatkan pencapaian matlamat pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Penyusunan semula kementerian itu pada 27 Mac 2004 memperlihatkan Kementerian Pembangunan Usahawan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan tambahan tanggungjawab terhadap Jabatan Pembangunan Koperasi, Maktab Kerjasama Malaysia dan Bank Kerjasama Rakyat Berhad.

Namun, selepas Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 2009, kementerian ini di antara kementerian lain telah dihapuskan. Peranannya dibahagi-bahagikan dan diserap kepada kementerian lain dalam memperlihatkan pentadbiran beliau lebih telus sekaligus merencatkan peluang orang Melayu untuk bersaing.

"Level the playing field", sedangkan kaum China terutamanya telah memonopoli sektor perniagaan dan peruncitan dengan pengaruh wang dan kuasa; dinodai kerana iman Melayu yang lesu bila berdepan perempuan, arak dan judi.

Orang Melayu "elit", "aristokrat" dan kroninya diberikan ganjaran untuk membina kekuatan Melayu, sebaliknya ramai mengambil jalan mudah menjual atau memberikan agihan ekonomi kepada kaum China (konsep Ali Baba) demi mengaut keuntungan tanpa membabit diri secara langsung, apalagi, memberi peluang untuk golongan Bumiputera berkemahiran atau berminat untuk menyumbang kepada "economic pie". 

Kaum China pula dengan kekuatan rangkaiannya tidak pula ikhlas membantu, malahan bakal peniaga dari bangsa Melayu dibekalkan barangan keperluan yang jauh lebih tinggi berbanding kaum mereka sendiri... satu usaha licik menggagalkan keuntungan untuk menggalakan pertumbuhan ekonomi Melayu.

Sering kedengaran rungutan golongan peniaga Cina, mereka tidak berpeluang mendapat projek Kerajaan. Hakikatnya, dengan cengkaman dan dominasi perbekalan barangan / peralatan industri dan sebagainya, mereka sebenarnya telah terbabit dan mempengaruhi kos dan memaksa mana-mana perbekalan keperluan projek kepada mereka tanpa menghadapi risiko dan tanggungan secara langsung.

Melalui Janji No. 4; MCA beriltizam untuk dan memastikan Unified Examination Certificate (UEC) diperakui Kerajaan. 2. Pembinaan SJKC baru dan persediaan peruntukan.
3. Membangunkan Blueprint (Dasar) Pembelajaran China yang mempertingkatkan Bahasa Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 Bahasa kebangsaan; memperuntukan Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen dengan syarat:- 
1. tidak seorangpun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain maksud rasmi). atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain, dan ...

Apa yang berlaku sebenarnya, di sebalik Penyata Razak, Laporan Rahman Talib dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat memartabatkan Bahasa Melayu telah ditafsir semula untuk "kepentingan politik" terutamanya sejak pengenalan UEC sejak tahun 1975 sebagai ujian asas sekolah swasta Cina. Tambahan pula, Bahasa Melayu hanya merupakan sebuah matapelajaran yang diajar di sekolah swasta, sekaligus menafikan dasar pelajaran kebangsaan; sebuah negara yang berdaulat.

Ternyata dengan mengecualikan UEC dari dasar pendidikan kebangsaan di SJKC, maka layaklah pembinaan atau peruntukan daripada Kerajaan bukan satu kemestian atau kewajipan menurut interpretasi yang dimaksudkan Perlembagaan Persekutuan. 

Sementalah itu, Bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa yang dibanggakan. Walaupun negara baru mencapai 60 tahun kemerdekaan, dan generasi kaum-kaum lain telah mendapat pendidikan yang dijamin Kerajaan, adalah satu yang memalukan apabila mereka dengan angkuh dan bersahaja tidak mahu bertutur dalam Bahasa Melayu terutama di dalam perkara rasmi?

Pun begitu, Perlembagaan Persekutuan Perkara 153; Perizaban kuota dengan perkhidmatan, permit, dsb, bagi orang Melayu dan anak Negeri mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak menyatakan menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak Negeri mana-mana anatar Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Betapa malangnya, kuota yang diberikan kepada Melayu Bumiputera diolah sebagai satu perlumbaan yang terencat; kedudukan terbelakang dan persaingan yang dikuasakan melalui "meritokrasi".

Peruntukan tersbut dengan jelas menjamin kepentingan dan hak kaum-kaum lain. Sebaliknya, telah menjadi mangsa "politikus" untuk menjadi bahan celaan dan menimbulkan rasa tidak puashati rakyat yang telah menjalankan tanggungjawab kepada "law maker" setiap 5 tahun pemilihan.

Tidak cukup lagi, Janji No. 7; MCA berikrar meningkatkan kampong-kampong baru bersifatkan pekan / bandar baru bagi menggalakan permintaan ekonomi semasa.

Tanah Rizab Melayu berjumlah hampir lebih dari 3 juta hektar pada 1948 telah susut kepada 1.6 juta hektar pada 1997. Perlu diingatkan, tanah-tanah yang dilepaskan untuk kampong-kampong baru adalah berasal dari tanah rizab Melayu? 

Perihal tanah rizab Melayu telah dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 83; Pengambilan tanah bagi maksud Persekutuan, Perkara 85; Pemberian kepada Persekutuan tanah yang dirizabkan bagi maksud Persekutuan, Perkara 86; Pelupusan tanah yang terletak hak pada Persekutuan, Perkara 89; Tanah simpanan Melayu, Perkara 90; Peruntukan khas yang berhubungan dengan tanah adat di Negeri Sembilan dan melaka, dan tanah pegangan Melayu di Terengganu dan Perkara 91; Majlis Tanah Negara dengan jelas dan khususnya membenarakan pengambilan tanah rizab untuk pembangunan negara.

Persoalannya adakah peruntukan yang membenarkan pengambilan tanah rizab Melayu telah dipatuhi; tanah rizab Melayu yang diambil telah digantikan dengan keluasan yang sama, pengambilan tanah rizab teah diberikan ganjaran yang sama nilai dengan nilai semasa dan sebagainya? 

Dewasa ini juga, banyak berlaku cemuhan ke atas bangsa Melayu; dari struktur Agamanya, budaya dan amalannya, bahasanya dan tidak kurang pula ke atas Raja Melayu sebagai Ketua Utama Negara yang yang bergelar Yang di-Pertuan Agong, dipilih dari kalangan Raja-Raja Melayu setiap lima (5) tahun sekali oleh Majlis Raja-Raja Melayu mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 32; Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya serta Perkara 38; Majlis Raja-Raja.

Menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 1; Negeri-Negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan bahawasanya persekutuan (negara) ini dinamakan "Malaysia" di dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris.

Perlembagaan Persekutuan Perkara 3; Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan (tetapi) ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

7 Wasiat Raja-Raja Melayu dengan jelas dan khususnya membuktikan amanah yang diperturunkan kepada pemimpin yang ingin menggalas tanggungjawab.

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu (bangsa Melayu) selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan; TANAH SIMPAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara; (dan kini ke atas Angkatan Tentera Persekutuan); 

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Pun begitu, dangkalnya sebagai seorang rakyat Malaysia, tambahan di dalam era dunia maklumat yang terbuka langitnya... berpelajaran dan matang, masih tidak dapat membezakan apa itu "RASMI" dan apa itu "Persekutuan" di dalam kosakata dan khazanah bahasa pertuturan dan kefahaman.

Ungkapan Inggeris ada menyebut "Either you wake a sleeping Giant or create a Monster". Dalam masa dan keadaan yang sama, pepatah Melayu ada menyebut, "Masuk kandang kambing; mengembek, masuk kandang kerbau; menguak dan masuk kandang harimau; mengaum."

Apa lagi yang tidak cukup? Hampir semua dalam kantung Melayu Bumiputera di kosongkan dan diletak di bawah mikroskop. Kesamarataan yang pastinya akan menjurangkan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin perit sedang hakikatnya kesaksamaan tidak lagi diperjuangkan.

Agenda Pemerkasaan Bumiputera sekadar satu polisi di atas pentas, hilang di dalam perebutan untuk menjadi Adiwira "microphone" dan penguatkuasaan yang dikongkong pihak-pihak yang berkepentingan. Bangkit dan sedarlah pertembungan minda, kuasa di tanahair tercinta sedang berlaku demi sebuah kehidupan untuk generasi mendatang di dalam masyarakat majmuk.
Bahasa menunjukkan Bangsa. Bahasa mencerminkan keperibadian kita...Melayu Bumiputera dan kaum-kaum lain.

Tuesday, February 27, 2018

Peduli kah Melayu kepada asas perjuangan?

Sepertimana sebagai seorang ahli kepada mana-mana pertubuhan, lebih lagi di dalam sebuah parti politik, seorang ahli UMNO tertakluk kepada Perlembagaan Parti.

Menurut Fasal 20.8 Disiplin yang termaktub di dalam Perlembagaan UMNO, semua ahli hendaklah cintakan parti dan:
a. Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika ahli
b. Mengikut perintah-perintah parti
c. Menjalankan dasar-dasar parti
d. Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti
e. Menjaga rahsia-rahsia parti
f. Memelihara nama baik dan maruah parti
g. Sentiasa memupuk tatalaku yang sopan lagi tertib.

Persoalannya, bukankah kepimpinan UMNO turut merupakan ahli yang harus menunjuk tauladan dan akur kepada Perlembagaan tersebut?
Kali terakhir cawangan UMNO seluruh negara mengadakan mesyuarat agung pemilihannya pada 15 Julai hingga 30 Ogos 2013...benar atau palsu?

Berikutan pada tahun 2016, MKT UMNO telah memutuskan penangguhan pemilihan di semua peringkat UMNO untuk 18 bulan sekaligus; tempoh maksima yang dibenarkan oleh perlembagaan parti, berdasarkan Fasal 10.17.

UMNO tidak lagi mewakili Melayu akibat kegagalan adakan pemilihan pimpinan akar umbi di peringkat cawangan, bahagian dan kebangsaan setiap 3 tahun sekali seperti dimaktubkan menurut Fasal 15.3 Jawatankuasa Bahagian dan Fasal 18.2 Jawatankuasa Cawangan.

Kerana terlalu taksub mempertahankan kedudukan dan kepentingan, kepimpinan UMNO hanyut dari asas perjuangan dan "Rule of Law" (perlembagaan parti) dengan menangguhkan tempoh pemilihan kepada 18 bulan.

Malahan dilihat, tindakan tegas akan diambil dan disisihkan ahli yang bersuara atau menegur kepincangan yang berlaku dengan kuasa Fasal 20.9 Disiplin

Pendaftar Pertubuhan (RoS) pula ternyata membenarkan dirinya diseret di dalam urusan parti dan memalingkan pandangan dari kenyataan sebenar; pertubuhan tunjang pentadbiran negara tidak terkecuali memastikan ia sebuah pertubuhan yang sah!

Jika benar, berita gagal mengadakan pemilihan di dalam parti (UMNO) pada atau sebelum 28 Februari 2018, ini sekaligus mencerminkan maruah Melayu yang diuarkan diperjuangkan bukanlah keutamaan pimpinan.

UMNO telah diharamkan pada 1988. Pada UMNO Baru sejak tahun 1989 yang menggalas maruah dan perjuangan Melayu, kini pada 2018 bakal dinoktahkan. Kegusaran ini perlu dihadapi dan diperjelaskan pimpinan UMNO...atau apakah sudah tiada lagi terkesan oleh mereka yang sedang berkuasa?
Andai benar keadaan yang berlaku, Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, akan mengutarakan calon-calon yang dinamakan tidak lagi mewakili UMNO, kerana ia sudah tidak lagi wujud dan sah di sisi undang-undang Malaysia?!

Dalam keadaan yang sama, perwakilan Melayu di dalam Barisan Nasional (BN) adalah tidak sah dan relevan untuk memacu pentadbiran negara dan secara langsungnya sudah bertukar tangan kepada bukan Melayu.
Bagaimana, harus seorang ahli mendepani masa-masa hadapan dan menyerahkan kepada generasi akan datang dengan gahnya "Akulah Pejuang Bangsa dan Agama"?

*Mohon sangat pemimpin Melayu Islam ambil peduli*😢😢😢