Sunday, July 12, 2009

DETIK TERAKHIR (SAKARATUL MAUT RASULLULLAH s.a.w)

Tiba-tiba dari luar pintu, terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

”Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.

”Maafkanlah, ayahku sedang demam”, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah.

”Siapakah itu, wahai anakku?”. ”Tak tahulah ayahku, orangnya seperti baru sekali ini aku melihatnya” tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasullullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang mengetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

”Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah memisahkan pertemuan di dunia. Dialah Malaikat Maut”, kata Rasullullah.

Fatimahpun menahan ledakkan tangisannya. Malaikat Maut datang menghampiri, tapi Rasullullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian, dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia, menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

”Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?”, tanya Rasullullah dengan suara yang amat lemah.

”Pintu-pintu langit telah terbuka, para Malaikat telah menanti rohmu”. ”Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasullullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

”Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” tanya Jibril lagi.

”Khabarkan padaku, bagaimana nasib umatku kelak?” tanya Rasullullah.

”Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Israil melakukan tugasnya. Perlahan roh Rasullullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasullullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
”Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini” perlahan Rasullullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

”Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu, Jibril?” tanya Rasullullah pada Malaikat, penghantar wahyu itu.

”Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal?” kata Jibril.

Maka beringat dan berpesanlah di antara kita. Sepanjang perjalanan kehidupan atas ehsan Allah s.w.t, adakah kita tleah sempurna ibadat terhadapnya dan terhadap insan yang serupa.

Umat akhir zaman, semakin tipis peradabannya. Ingatlah...jangan berburuk sangka, menabur fitnah dan kata keji.