Wednesday, March 14, 2012

Bayangkan senario ini


Menteri Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mempengerusikan mesyuarat yang melibatkan semua wakil rakyat PKR termasukAzmin Ali sebagai ADUN Bukit Antarabangsa yang duduk di hujung meja.
Kemudian pada situasi yang lain pula, Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor mempengerusikan mesyuarat parti peringkat Negeri dan kini, Khalid pula yang terpaksa duduk di hujung meja walaupun berkedudukan Ketua Eksekutif Pentadbiran Negeri.

Inilah keadaan tunggang terbalikdalam PKR Selangor yang berlaku sekarang.Pada kebiasaannya seorang Menteri Besar juga akan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri bagi partinya.

Dahulunya, Khalid memegang kedua-dua jawatantersebut; sebagai Menteri Besar sekaligus Pengerusi PKR Selangor tetapi keadaan berubah dua tahun lalu.

Akibat tidak sebulu dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan pertelagahan berterusannya dengan Azmin, maka Khalid pun diturunkan pangkat menjadi sekadar Ketua Cabang di Kuala Selangor sahaja. Ini bukan sahaja merupakan tamparan hebat dan memalukan Khalid tetapi juga diihat sebagai satu tindakan rampasan kuasa oleh Azmin yang direstui dan dirancang oleh Anwar.

Akibat wujudnya dua kumpulan dalam PKR Selangor, pentadbiran negeri yang sepatutnya digerakkan untuk membela serta menjaga kebajikan rakyat mendapat kesan buruk. Apabila Azmin mencadangkan sesuatu program atau meminta dana daripada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek pembangunan, Khalid akan membangkang atau menolaknya.

Begitu juga pada peringkat PKR negeri, Khalid disisihkan terus oleh kumpulan Anwar dan Azmin. Malah dikatakan sejak digugurkan daripada menerajui kepimpinan PKR negeri sehingga kini, Khalid tidak pernah menghadiri mesyuarat parti apabila dipanggil.

Beliau hanya menghantar wakil dan kini wakilnya pun dikatakan tidak nampak batang hidung di mesyuarat parti.

Beginilah keadaan sebuah parti yang kononnya mendabik dada sebagai 'parti masa depan' yang mendakwa mentadbir dengan 'telus', 'adil' dan 'cekap'.

Azmin memaksa Khalid untuk melantik kroni-kroninya menjadi pengarah di beberapa anak-anak syarikat kerajaan negeri yang strategik.
Antaranya Shuhaimi Shafiei sebagai Pengarah KKSB, anak syarikat yang mengurus industri perlombongan pasir di Selangor dan memegang sebagai Ketua Penerangan PKR Selangor.
Seorang lagi kroni Azmin iaitu ADUN Batu Caves Amirudin Shari dilantiksebagai Setiausaha PKR Negeri dan menjadi ballachi bosnya untuk mendapatkan projek dan mengumpul dana.
Kedua-dua mereka kini terbabit dalam dakwaan meluluskan kontrak melombong pasir kepada sebuah syarikat swasta yang dikaitkan dengan kepentingan mereka.

Seorang lagi orang kuat Azmin bernama Zakaria menerajui kumpulan yang dipanggil Pikom yang diletakkan di bawah anaksyarikat CCSB. Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta setiap tahun untuk kegunaan CCSB dan Pikom bagi menjalankan kegiatan dan kempen propaganda parti dengan menggunakan dana awam. Ini termasuk menggunakan kemudahan TV Selangor di bawah CCSB untuk membuat liputan semua ceramah Anwar di atas alasan kedudukannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan juga pilihanraya-pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri sejak 2008.

Dana awam yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kepentingan negeri dan rakyat disalahgunakan untuk aktiviti parti.

Ini baru segelintir sahaja daripada penyelewengan yang berlaku di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor yang diketuai oleh PKR.

Jika Pakatan Rakyat terus berkuasa, besar kemungkinan Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia akan jatuh miskin.

No comments:

Post a Comment