Walaupun beberapa tuntutan Bersih 2.0 telah pun diberi perhatian
serius oleh SPR dan juga kerajaan, mereka masih juga berdegil ingin
mengadakan Himpunan Bersih 3.0 konon kerana tuntutan mereka tidak
dipenuhi. Sedangkan, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa
Pilihan Khas Parlimen yang bertanggungjawab untuk menambahbaikkan sistem
pilihanraya sebagai bukti kerajaan tidak pernah mengenepikan pandangan
Bersih, khasnya, ataupun mana-mana pihak.
Untuk itu juga, SPR telah dan sedang melakukan
semakan dan kemaskini bagi memastikan tiada kes pengundi yang diragui
kewujudan atau tempat mengundinya. Namun, seperti juga semua sistem
pilihanraya di seluruh dunia, adalah mustahil untuk SPR memastikan
senarai pengundi yang 100% tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama
setiap rakyat untuk mengemaskini rekod masing-masing termasuk rekod
kematian sanak saudara mereka. Dan Bersih telah dengan sengaja menolak
hakikat ini serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil
dicapai walaupun di negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.
Begitu juga dengan undi pos di mana Bersih telah
mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan undi pos. Jelas bahawa
mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat bahawa setiap parti
yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam satu-satu
proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali.
SPR juga telah bersetuju untuk menggunakan dakwat
kekal seperti yang dituntut Bersih walaupun ia terbukti punya terlalu
banyak kelemahan sepertimana yang berlaku di negara-negara yang
menggunakan sistem ini. Motif Bersih ingin menggunakans sistem yang
lemah dan mudah untuk dimanipulasi ini, amat mencurigakan kita semua. Lebih mencurigakan lagi ialah walaupun SPR telah bersetuju dengan
penggunaan dakwat kekal, Bersih masih lagi mengulangi tuntutan yang sama
dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang mereka pada 28 April ini.
Namun, yang paling mencurigakan sekali ialah apabila
Bersih bersungguh-sungguh inginkan tempoh kempen yang lebih panjang
dengan minimum 21 hari. Apakah kena mengena tempoh kempen dengan proses
pengundian yang bersih? Bagaimanakah tempoh kempen yang panjang boleh
memastikan tiada manipulasi ketika proses mengundi dan pengiraan undi?
Tidakkah Bersih tahu bahawa tempoh kempen 21 hari
dalam plihanraya 10 Mei 1969 itulah yang menjadi punca tercetusnya
tragedi rusuhan kaum 3 hari kemudiannya iaitu pada 13 Mei 1969?
Apakah Bersih tidak belajar dari sejarah atau sengaja ingin
mengulangi sejarah? Maka tepatlah tekaan kita bahawa Bersih hanya
ingin mencetuskan huru-hara dan rusuhan semata-mata.
Jika
dilihat dari himpunan-himpunan yang dibuat oleh Bersih, reformasi, 901,
kumpulan Hijau, Dong Zong dan kumpulan-kumpulan yang sewaktu dengan
mereka sebelum ini, semuanya hampir atau telah menimbulkan huru-hara dan
juga keganasan. Walaupun himpunan dibuat dalam masa hanya beberapa
jam, namun ucapan-ucapan provokasi dan hasutan yang dibuat oleh
pemimpin-pemimpin mereka cukup untuk mengganggu keselamatan dan
menggugat keamanan negara.
Bayangkan jika ucapan atau ceramah kempen yang
sedemikian diadakan selama 21 hari berturut-turut maka adalah tidak
mustahil tragedi 13 Mei akan berulang dan mungkin akan berulang dalam
skala yang lebih besar.
Dan inilah sebenarnya matlamat Bersih.
Hanya
orang-orang dungu sahaja yang sanggup turun berdemonstrasi bersama
Bersih kerana tidak menyedari bahawa diri mereka menjadi umpan dan
mungkin juga korban, demi sebuah pengkhianatan terhadap negara sendiri.
Dari satu sudut, dengan bekerjasama dengan
pembangkang, Bersih telah dengan sendirinya membuktikan yang pertubuhan
itu sendiri sebagai tidak bersih.
Manakan
tidak, sedangkan dalam pemilihan parti pembangkang sendiri, amalan
memanipulasi undi, menipu, mengugut dan pergaduhan dapat ditonton secara
‘langsung’ oleh sekalian rakyat. Malah, parti pembangkang juga
mengamalkan kronisme dan nepotisme secara terang-terangan di mana hanya
anak-beranak, saudara-mara atau sahabat handai yang rapat dengan
kepimpinan atasan yang akan diberikan jawatan tertinggi di dalam parti
sama ada secara lantikan terus atau manipulasi undi.
Rasuah politik yang konon ditentang Bersih juga
diamalkan secara berleluasa oleh pembangkang sehinggakan parti yang
konon memperjuangkan Islam juga kini dikuasai oleh golongan berfahaman
liberal, syiah, komunis atau tiada pegangan langsung asalkan dapat wang
dan jawatan.
Bagaimana Bersih akan dapat membersihkan apa-apa
jika alat pembersih yang digunakan juga amat kotor sekali? Bersih
seolah-olah cuba mengemop lantai dengan air selut. Atau mungkin juga
Bersih boleh digambarkan sebagai seekor khinzir ingin menyamak diri
sendiri.
Justeru, tidak usahlah Bersih berpura-pura lagi
kerana semua orang tahu Bersih adalah tersangat kotor. Dengan
pengakuan Pengerusi Bersih sebelum ini iaitu Bersih menerima dana dari
pihak yang bertanggungjawab melatih perusuh untuk menggulingkan kerajaan
yang sah di negara-negara yang strategik di seluruh dunia, sudah cukup
untuk membuktikan betapa kotornya pertubuhan ini serta
pemimpin-pemimpinnya.
Akhirnya, semua ini menjurus kepada satu kesimpulan
sahaja iaitu Bersih adalah pengkhianat negara. Dan pengkhianat negara
adalah sebenarnya sekotor-kotor manusia….
No comments:
Post a Comment