Saturday, May 26, 2012

Pernahkah Isteri Lim Guan Eng 'Kacau' Ng Paik Kheng?

Ng Paik Kheng mungkin nama yang kurang dikenali. Dia bukan bintang filem, bintang sukan pun bukan, tapi ada sesuatu mengenai dirinya yang akan menjadikannya popular – walaupun bukan dalam skop popular seperti mana membabitkan artis dan selebriti ternama.

Dihikayatkan bahawa Ng Paik Kheng ada hubungan terlarang dengan seseorang. Siapa orang itu kita tidak dapat kenalpasti tapi hubungan terlarang itu menyebabkan ADUN Kota Laksamana dari DAP, Betty Chew begitu terganggu dengannya, sehingga sanggup mengambil tindakan sendiri dengan ‘mengacau’ wanita tersebut.  Khabarnya, bukan mengacau yang biasa ni, tapi ada sentuhan fizikal juga.

Isu ini sudah menjadi perbualan panas dikalangan inner circle DAP yang rapat dengan Betty Chew.

Asalnya, kita tidaklah berminat dengan masalah apa Betty Chew dengan perempuan tersebut. Tapi sebab ia membabitkan orang politik, maka kita wajiblah mengambil tahu hal yang sebenarnya. Orang politik ni macam orang seni juga, privasinya tu milik rakyat sebab yang meletakkan mereka di puncak kuasa pun rakyat juga.

Lebih-lebih lagi bila dah masuk bab-bab kaki tangan naik ni, sudah tentulah rakyat perlu tahu, paling tidak, apa hal sebenarnya yang berlaku?

Itu satu hal, satu hal yang lain ialah bila maklumat yang kita terima mengatakan, jentera propaganda DAP bersungguh-sungguh untuk menafikan kewujudan perempuan ini. Sehingga ke satu tahap, dimaklumkan gambar dan nama Paik Kheng ini ditukar untuk mengelak identiti sebenarnya dari diketahui orang ramai.   

Tapi kita pun hebat juga, kita ada gambar dan nama yang sebenarnya.

Kesungguhan ini semualah yang mencetuskan tanda tanya yang lebih besar. Mesti ada sesuatu yang besar cuba ditutup dari pengetahuan ramai. Sebab, kali terakhir ‘kesungguhan’ sama digerakkan jentera propaganda DAP ialah ketika salah seorang anak Ketua Menteri Pulau Pinang dikaitkan dengan cubaan meraba buah dada seorang pelajar perempuan di Pulau Pinang. 

Pokok pangkalnya, jentera propaganda DAP tidak akan bersungguh seperti ini kalau kes itu tidak serius dan boleh menjejaskan parti tersebut.

Justeru, wajiblah untuk Betty Chew tampil dalam satu sidang media khas untuk menjelaskan hal ini kepada umum. Betulkah dia ada ‘mengacau’ perempuan tersebut seperti mana yang digambarkan di atas. Sebab kalau ada berlaku kejadian seperti itu, rosaklah imej DAP selama ini yang berbangga dengan konsep akauntabiliti dan intergritinya.

Mana boleh letak undang-undang di tangan sendiri, Betty Chew sepatutnya tahu ini. Kalau ada kesalahan Paik Kheng ini yang menyalahi undang-undang, laporkan pada polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. Ramai orang dalam DAP yang boleh menasihatkannya tentang undang-undang, kot kotlah kalau dia tak faham.

Lainlah kalau kesalahan Paik Kheng ini tidak ada kaitan dengan undang-undang tapi lebih kepada peribadi?

Apa pun kita tak berminat nak bincang soal ini dari sudut kesensasiannya, walaupun kalau nak diikutkan, itulah yang menarik sekali dalam politik ini. Kita cuma mahu tahu bagaimana perbuatan yang melanggar undang-undang ini dilakukan oleh seorang penggubal undang-undang, walaupun diperingkat negeri. Hari ini negerilah, besok lusa mungkin parlimen pula. Perkara ini bukan mustahil berlaku dalam DAP, yang hanya dikawal dan dikuasai beberapa kerat pemimpin dari kalangan keluarga tertentu sahaja, sejak dulu hingga sekarang.

Apalah rupanya nanti kalau penggubal undang-undang sendiri pun langgar undang-undang?