Monday, May 21, 2012

"Sedih melihat Melayu...."

"Bila datang ke Pulau Pinang, saya rasa sedih melihat orang Melayu nampak jauh ketinggalan....." antara kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Itulah kenyataan awal mantan Perdana Menteri Malaysia ke empat; Negarawan ulung dan disegani kerana ide dan keterbukaan beliau di majlis Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah, kelmarin.

Gambaran sedemikian tidak seharusnya berlaku di Malaysia, apalagi di negeri kedua terkaya dan maju serta penyumbang ekonomi ke kehasilan negara.

Pahit? Teguris hati?

Lazimnya, Tun Dr. Mahathir begitu kritis dan di dalam keterbukaannya dalam apa jua keadaan. Itulah realitinya di Pulau Pinang.

Seharusnya segala usaha pembangunan yang diterjemahkan sekian lama, disambut golongan Melayu yang masih ramai berpeluk tubuh. Pemimpin Melayu tidak harus berperang Ego walau dalam satu angkatan.

Sanggupkah lagi melihat tanpa bertindak. Melayu Pulau Pinang, hidup seperti golongan minoriti kerana mereka tidak mampu hidup selesa berbanding kaum lain. Marah dan kecewanya bakal merebak, andai Melayu masih layu dengan kata-kata.
Kenapa harus begini. Peluang yang terdampang di dalam bentuk ekonomi. Pulau Pinang; negeri ke dua, penyumbang tertinggi keberhasilan negara. Masih terkiat-kiat, Bangsa Melayu di dalam geo ekonomi, apalagi geo politiknya; yang mana struktur ini begitu saling berhubungan.

Mitos "Melayu Pemalas" Munsyi Abdullah, jurutulis dan khadam nombor satu Stamford Raffles. Kebanyakan kita percaya bahawa tulisan-tulisan Munsyi Abdullah telah menjadi racun yang telah merosakkan fikiran dan pandangan semua orang terhadap keperibadian Melayu. Dia, Munsyi Abdullah, oleh sesetengah kita, telah diangkat sebagai musuh besar setiap Melayu.

Perlu diingatkan kemungkinan Abdullah menulis begitu kerana disuruh oleh Raffles, yang mahu melaksanakan agenda kolonialnya dengan bertujuan meranapkan kehormatan masyarakat pribumi, kita jarang bertanya apakah yang ditulis oleh Munsyi itu seratus peratus salah?

Melayu Pulau Pinang hidup seperti golongan minoriti kerana tidak mampu hidup selesa berbanding golong/kaum lain. Di mana silapnya? Melayu Pulau Pinang; khususnya masih tebal dengan keEGOan, kepimpinan dan pengikut.

Apalagi dek kekecewaan dan kesedaran yang kurang kepada perjuangan.

54 tahun kemerdekaan yang dijuang dengan pengunduran British Empire, satu kejayaan oleh Bangsa Melayu menentang Malayan Union yang diingini BE pada tahun 1946. Benarlah penjajah British telah berjaya menanam benih "Divide and Rule", dari luar pengaruhnya.

Semangat kebangsaan itu mengambil hanya 3 bulan, menolak maksud tersirat BE. Semangat yang berkobar inilah yang membakar dan keinginan untuk keluar dari kelompok jajahan kepada sebuah negara yang berdaulat dan maju. Jauh lagi impinan negara ini disegani dan dicontohi negara lain.

Itulah Bangsa Melayu. Bangsa yang dikatakan 'timid' tapi cepat bertindak apabila haknya atau perasaan diganggugugat.

Namun, kemajuan yang dibawa, dikecapi, dirakusi RASUAH. Bangsa Melayu menerima padahnya.

Melayu Pulau Pinang; khususnya harus dipersalahkan dari kealpaan EGOnya sendiri. Di barisan kepimpinan bercakaran dan menanam benih kegusaran. Barisan penyokong pula ada yang menanti dan berpeluk tubuh. Yang mencari perubahan kerap menemui jalan buntu. Yang berjaya tidak ramai.

Perjuangan dan semangat kebangsaan Melayu yang dicernakan oleh penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu, membesar setelah penyerahan diri Tentera Jepun dan diambilalih British Military Administration.

Malayan Union yang diilhamkan BMA pada 1946, ditentang hebat Bangsa Melayu kerana berunsurkan penundukan kepada pengaruh Kristian. Kelangsungan Kongres Melayu, hanya 3 bulan dan Malayan Union kecundang diikuti tuntutan keMERDEKAan dari British Empire disertai sokongan kaum Cina dan India.

54 tahun, Bangsa Melayu meneruskan kehidupan, tetapi bibit kehancuran mulai menjurangkan keharusan dengan nilai RASUAH. Pemimpin ramai yang kecundang mahupun pengikutnya.

Apa yang lebih menyedihkan, RASUAH hanya diakui dan dipejamkan sebelah mata untuk jentera peribadi. Akibatnya berlaku peristiwa baling batu sembunyi tangan di kalangan Melayu.Yang berkepentingan dan mengharapkan sokongan dan bantuan berlaku jurang perbedaan yang nyata.

".........mereka masih di tahap lama, sedangkan di sekelilingnya pencakar langit yang indah-indah", kata Tun Dr. Mahathir lagi.

Penularan virus RASUAH amat meluas akan terus merebak kesan kekecewaan ke serata pelusuk, jika Bangsa Melayu di Pulau Pinang; khusunya dan Malaysia amnya, tidak berhenti sejenak dan bermuhasabah. Menjentik semula persejarahan Bangsa Melayu. Salasilah perjuangan dan tidak dogmatik dan retorik lagi. 

PRU 12 pada 2008, telah membuktikan benteng Bangsa Melayu mulai runtuh. PRU 12, membukti segala percaturan lama sudah lapuk. Lonjakan minda dan perubahan sikap perlu dan mesti bergerak selari dengan perjuangan Melayu sebagai pemimpin dan penerus teraju Kerajaan." 

Meskipun orang Melayu berpecah kepada tiga komponen pelbagai fahaman dan perjuangan sahsiah, namun masih boleh memaninkan peranan dengan menjadi penentu kepada keputusan yang menentukan arah nasib Bangsa dan Negara. Melayu perlu bijak menentukan siapa yang menang supaya kita dapat terus menikmati manafaat demi keterusan dan kecemerlangan bersama.

Perlu diingatkan lagi, Bangsa Melayu bak agen "collagen" yang mencantum 3 kaum besar di Malaysia, dan diakui dunia, satu-satunya negara yang berjaya merintangi fahaman, agama dan warna. Malaysia negara majmuk.

PilhanRaya ke 13, yang bakal berlaku tidak lama lagi, merupakan saat getir bukan untuk kepartian TETAPI survival Bangsa Melayu;; kini dan generasi akan datang.

Orang Melayu tidak boleh saling bertuduhan tetapi bijak untuk menentukan 'siapa yang menang' supaya kita boleh bermanafaat dari pilihan yag dibuat.
Nyawa Bangsa Melayu Pulau Pinang, kini bukan lagi dogengan. Tidak perlu lagi menegakkan benang yang basah. Jangan lagi kerana setitik nila, santan sebelanga rosak belaka.

Umpama telur di hujung tanduk....apa-apa sahaja boleh merubah kehidupan, legasi Melayu dan Islam ke jurang kehinaan. 

Bak pepatah Roman, "Rome wasn't built in a day". 54 tahun, negara Malaysia mencipta kemajuan. Hanya mengambil masa 9 jam (8.00 pagi ke 5.00 ptg) menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan Negaranya.

Usahlah lagi dipertikai soal keMelayuan yang sudah dirungkaikan di dalam sejarah.
Van Ronkel menganggap Melayu ialah bangsa yang bertutur Bahasa Melayu.  
Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menganggap Melayu ialah "...seseorang yang menganut Agama Islam, lazim bertutur Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu..." Ini menjadikan Melayu bangsa bersifat "sistem terbuka".


Titik tolak dari sini, PRU 13 adalah BENTENG terakhir Melayu!!!





No comments:

Post a Comment