NAK HABAQ MAI KAT HANGPA!!!
10PERKARA BENAR! UMAT ISLAM PULAU PINANG
DAN MALAYSIA WAJIB TAHU DAN BERFIKIR SEJENAK.
MELUMPUHKAN
SYIAR ISLAM SECARA BERPERANCANGAN
1.
Di dalam Rang Undang-undang Perbekalan dan
Usul Pembangunan Tahun 2011, di mukasurat 55, Kerajaan Negeri akan mengkaji
kemungkinan untuk menggubal suatu Enakmen Silaturrahim Kaum, merangkumi orang
Alim dari semua kaum untuk memantapkan perpaduan Rakyat.
Enakmen ini dicadangkan akan dibentang
pada akhir tahun 2011.
Persoalannya, apakah portfolio Hal
Ehwal Bukan Islam yang diwujudkan sekarang menngunakan kuasa Enakmen yang bakal
diwujudkan?
2.
Membuat trade mark “Amar Makruf Nahi Munkar”,
bagi menggaburi mata orang Melayu Islam.
3.
Mengguna konsep pentadbiran cara Khalifah
Umar Abdul Aziz, sedangkan terbukti, Ketua Menteri, Lim Guan Guan Eng sendiri
menghina cara hidup Khalifah Umar.
Ambil kisah cara hidup Khalifah Umar
yang zuhud untuk mendapat air telaga Kausar seperti yang terkandung dalam
Hadith Nabi s.a.w.
4.
Lim Guan Eng, masuk dengan sewenangnya ke
ruang Solat masjid, menggambarkan betapa dekatnya diri beliau dengan Islam.
Adakah
beliau di dalam keadaan suci?
5.
Lim Guan Eng, membatalkan perarakan
Maulidur Rasul, berdasarkan surat yang bertarikh 5 Februari 2010, seperti yang
didedahkan oleh Sekratariat Melayu Pualu Pinang. Surat ini dihantar kepada
semua Ketua Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
6.
Jumaat 13hb Ogos 2010, di Masjid Padang
Menora, Tasik Gelugor; Khatib PAS, Ustaz Zakaria Ahmad mendoakan Ketua Menteri Lim
Guan Eng, menggantikan DYMM Yang Di Pertuan Agung di dalam Khutbah Jumaat.
Pada 22 Ogos 2010, beliau; Khatib
Masjid Kubang Buaya telah mengakui mendoakan Lim Guian Eng dalam khutbah Solat
Jumaat melalui akbar Sinar Harian.
Beliau sekali lagi mengakui perbuatan
itu telah dibuat sejak dua tahun lepas di dalam Khutbah Solat Jumaatnya.
Mujahid Yusof Rawa menyatkan ini satu Fitnah, sedangkan Exco Agama Islam; YB
Abdul malik Kassim, ia satu tindakkan yang tidak waras.
Tuan badan yang membuat pengakuan
terbuka, setelah pekungnya dikesan. Bagaimana
pula Exco Agama Islam boleh tidak menghidu, sedangkan ini di bawah purview
portfolio beliau?
Terpengaruh
dan menyimpang, mendoakan seorang Ketua Negara yang beragama Islam dan dibawah
peruntukan Perlembagaan berbanding Ketua Negeri yang Bukan Islam.
7.
Mewujudkan Portfolio Bukan Islam, yang
dipengerusikan oleh Ketua Menteri sendiri dan Timbalan Pengerusinya disandang
oleh TKM 2; P. Ramasamy. Manakala kuasa Islam hanya di bawah jawatan seorang
Exco sahaja?
8.
Mengadakan PilihanRaya Masjid sebagai
langkah awalan memecahbelahkan perpaduan umat Islam selama ini. Kerajaan Negeri
telah membelakangkan peranan DYMM Yang Di Pertuan Agung dan berpura-pura,
sedangkan DYMM payung Agama Islam di Negeri Pulau Pinang.
Satu
usaha mengadu-domba ukhuwah Muslimin bertopengkan demokrasi untuk berkuasa dan
melebarkan dakyah!
9.
Larangan menggunakan pembesar suara bagi
bacaan Ayat suci Al Quran yang menggunakan pita rakaman. Walaupun umat Islam
akhirnya akur dengan arahan Mufti Pulau Pinang melalui surat rasminya
berdasarkan Hadith Nabi s.a.w. melanggar Hukum Syarak, namun agak pelik, sebelum
ini, tiada arahan yang serupa dikeluarkan.
Berdosakah amalan yang sekian lama
ini? Penghapusan Syiar Islam secara halus dan terancang ini. Jawaplah dengan sendiri, desakan siapa ini?
No comments:
Post a Comment