Wednesday, October 21, 2015

Pudu Sentral...Berpindah 1hb November


Berzaman lamanya hentian bas ekspres di Puduraaya terbina. Begitu sinonim ia sebagai hentian kemudahan pengangkutan awam darat kepada golongan kota raya Kosmopolitan bagi anak muda dan orang ramai bergerak mencari rezeki dari pelusuk kampung dan ceruk danau.

Dulunya dikenali sebagai Hentian Puduraya dibuka pada tahun 1976 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn. Kompleks itu menawarkan perkhidmatan bas ekspres ke seluruh Semenanjung Malaysia. Kesibukan di terminal ini, akan sampai kemuncaknya ketika Cuti awam dan musim perayaan, bagai sebuah pesta sedang berlangung dengan keramaian yang teramat.

Premis yang tersergam dengan sejarahnya kepada masyarakat kota ini melalui transformasi selari dengan kepesatan persekitarannya di dalam memenuhi kehendak Dasar Ekonomi Baru. Memuatkan ruang tempat letak bas dan tidak terkecuali ruang perniagaan, persinggahan (hotel) dan ruang legar.

Pada 27hb Ogos 2011, Puduraya berubah kepada Pudu Sentral yang kemudian kepada Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL) menggendali operasi bas ekpres dan awam koridor utara diumumkan YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 22hb September 2012 yang dikendalikan oleh UDA Holdings Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Integrasi pengangkutan awam darat yang lebih baik diperlukan bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik, selesa dan sistematik melalui pelan "The Greater Kuala Lumpur/Klang Valley" memandangkan lebih kurang 7.2 juta penduduk atau 1/5 kependudukan Malaysia berpusat dan menjadikan Kuala Lumpur dan Lembah Kelang sebagai tempat mereka berteduh dan mencari rezeki.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kini mengumumkan satu perpindahan operasi bas ekspres koridor utara dari Pudu Sentral ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan. Notis pemberitahuan ini adalah susulan kepada kenyataan media yang dibuat SPAD pada hari kelmarin sebagai usaha penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang sediada.

Perpindahan tersebut akan berkuatkuasa pada tarikh 1hb November 2015. Notis makluman adalah seperti dilampirkan. 

Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Hotline SPAD di 1-800-88-7729 atau mengunjungi laman sesawang di http://www.spad.gov.my/ms/puduketbs

Harap maklum.

No comments:

Post a Comment