Wednesday, September 07, 2016

Perlembagaan Dan Perlaksanaan: Intrepetasi Yang Sering Digundahkan

Kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima lebih daripada 1.7 juta migran Cina dan India dan lain-lainnya (dikelompokkan sebagai lain-lain kaum) sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (PTM) kini Malaysia adalah prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada PTM.

Sebagai timbal balik kesanggupan dan kesediaan yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa (special positions) dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia). Persetujuan "quid pro quo" atau saling beri-memberi ini dikenali sebagai kontrak sosial sebenarnya telah menjadi racun kepada tuan tanah.

Antara keperluan am sebagai warganegara mestilah:
1. Berkelakuan baik dan tanpa rekod jenayah
2. Menetap di Malaysia pada satu tempoh yg lama.
3. Memahami bahasa, budaya dan kehendak Negara
4. Menyumbang kepada masyarakat dan Negara
5. Taat setia kepada Negara

Namun ketika menjelang 50 tahun kemerdekaan, pelbagai isu telah dibangkitkan terutama membabitkan kemasukan pelancong dan kegagalan mereka meninggalkan negara selepas cukup tempoh lawatan.

Pada 21 Nov 2005, https://m.malaysiakini.com/news/43338 melapurkan seramai 50,000 orang pelancong China gagal pulang ke tanahair mereka terpaksa dikesani penguatkuasa...namun hasilnya?

Kebanjiran pelancong China, Taiwan dan Macau sekali lagi menjadi igauan bilamana pada tahun 2009, sejumlah 50,000 pelancong itu gagal dikesani di Pulau Pinang.

Pembukaan pusat-pusat hiburan dan 'istirehat' serta rumah-rumah urut umpama tumbuh cendawan selepas hujan, sebenarnya menjadi sarang kegiatan golongan China Dolls dan banyaknya didalangi samseng atau individu berkedudukan/berkepentingan.

Banyak serbuan dibuat, namun di manakah golongan kegiatan tidak bermoral ini ditempatkan sedang jumlahnya tidak pula berkurangan?

Kini, sebuah Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) melalui presidennya, Tan Sri Pheng Yin Huah mendedahkan seramai 100,000 orang Cina masih belum diberikan kewarganegaraan. Penduduk yang tidak disangkal ataupun pelancong yang gagal pulang?
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/100-000-belum-dapat-kerakyatan-malaysia-1.558752

Perlu dijelaskan secara ringkas, faktor-faktor yang melibatkan proses mendapatkan kewarganegaraan adalah:
1. Jus Soli (Undang-undang Tempat lahir)
2. Jus Sanguinis (Undang-undang Keturunan Darah)
3. Perkahwinan dan
4. Permastautinan
yang mana pemohon hanya boleh mendapatkan kewarganegaraan melalui:
1. Penguatkuasaan Undang-undang
2. Pendaftaran dan
3. Proses Kemasukan dikenali Naturalization.
http://www.academia.edu/7942470/PROSEDUR_PERMOHONAN_TARAF_KEWARGANEGARAAN_MALAYSIA_KAJIAN_DI_JABATAN_PENDAFTARAN_NEGARA_PETALING_JAYA

Di sebalik kekangan penguatkuasaan dan kepentingan keselamatan serta keharmonian Negara yang masih bergolak, langkah kerajaan Malaysia menawarkan pengecualian visa kepada rakyat China bagi membantu Malaysia meneroka potensi pasaran pelancongan domestik republik itu dilihat bakal mengundang padah.

Penjanaan lebihan pendapatan hasil pelancongan dari China kepada negara ini, walau menghadkan tempoh lawatan pelancong tersebut tidak lebih dari 15 hari bukanlah satu mekanisma yang berkesan melihat kembali peristiwa yang disebutkan tadi.

Keberhasilan pendapatan Negara amat dialukan, namun perkara yang membingitkan semua adalah kemampuan dan jaminan mengguatkuasakan sesuatu yang semakin kerap lolos dan rompong.

No comments:

Post a Comment