Monday, January 09, 2017

Kos sara Hidup: GST, Minyak Naik, Harga Barang pun Naik

Kos sara hidup menjadi topik hangat diperkatakan, apatah lagi tahun baru 2017 disambut dengan kenaikan harga minyak dunia, turut dirasai semua lapisan masyarakat pengguna, dan rakyat Malaysia tidak terkecuali. 

Perlaksanaan Good and Services Tax (GST) pada 1hb April 2015, masih menjadi perdebatan masyarakat dengan persoalan adakah langkah tersebut adil kepada golongan masyarakat dan tidakkah ia membebankan rakyat ramai? 

Adakah Kerajaan Persekutuan dengan agensi berkaitan seperti FAMA, LKIM, KPDNKK atau JDKM telah melakukan yang terbaik dan perlaksanaan mekanisme harga barang dllakukan dengan efisien dan berkesan bagi mengurangkan impak ke atas kehidupan rakyat? 

Kejatuhan RINGGIT Malaysia turut memberi kesan ke atas bahan dagangan terutama yang diimpot bagi menampung keperluan dan kehendak pengguna. Tambahan pula subsidi ke atas kebanyakan barangan sebelumnya telah ditarikbalik. 

Terkini, musim tengkujuh melanda negara terutama di beberapa buah negeri pantai timur, turut menjadi faktor langsung mempengaruhi kenaikan harga barang dek kekurangan bekalan. 

Menurut tinjauan yang dibuat BERNAMA di beberapa buah pasar basah sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini, mengesahkan barang keperluan seperti ikan dan sayuran telah meningkat akibat kekurangan bekalan bagi memenuhi permintaan.

Beberapa peniaga telah melapurkan kenaikan barang basah seperti hasil laut mengalami kenaikan di antara RM2 dan RM4 sekilogram. Bekalan daging tempatan turut terjejas perbekalan, meyaksikan kenaikan sehingga RM23 sekilogram berbanding RM20 sebelumnya. 

Bekalan sayuran dari Cameron Highlands terjejas teruk akibat hujan lebat yang melanda hingga menyebabkan harga barangan tersebut meningkat di antara RM2 hingga RM5 sekilogram. 

Kos pengangkutan akibat kenaikan harga minyak sering menjadi alasan yang digunapakai golongan peniaga; pemborong dan peraih berasa lega mengelak tanggapan pengguna bahawa mereka adalah “situational opportunist” dan manipulasi keadaan untuk keuntungan. 

Bagaimana pula keadaan sebaliknya, apabila harga minyak dunia jatuh? Ketika harga minyak dunia turun, merka bertindak menafikan harga barangan dipengaruhi penurunan, pula. 

Apakah mekanisme dan pengguatkuasaan serta pemantauan ke atas golongan peniaga tersebut, bagi menjamin dan memastikan harga barang turut diturunkan oleh KPDNKK? Memadaikah dengan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 tanpa pemantauan yang rapi dan berterusan? 

Kini sudah lebih setahun GST dilaksanakan. Mekanisme yang digunapakai pihak Kastam amat teliti, namun masih terdapat peniaga yang tidak berdaftar menggenakan GST di atas resit bertulis tangan. 

Para peniaga kerap mengguna alasan GST ke atas barangan dan perkhidmatan perniagaan mereka. Maklumat GST tidak menyeluruh dan tersebar meluas di kalangan masyarakat. Hingga pernah kedengaran GST adalah cukai tambahan ke atas Sales and Services Tax (SST) yang telah ditamatkan pada hari yang sama GST dilaksanakan. 

Sikap masyarakat pengguna di dalam mempertahankan hak mereka turut menjadi faktor manipulasi oleh peniaga; gagal memahami aspirasi negara dan mengambil jalan mudah untuk menyalahkan kerajaan. 

Terdapat masyarakat pengguna yang terdorong untuk mengiakan maklumat yang disampaikan peniaga ke corong telinga sebagai benar. Sedangkan kebenaran itu kemungkinan besar diadakan bagi menjaga kepentingan dan keuntungan peniaga. 

Pihak pengguna menerima alasan resit GST walaupun bertulis tangan sebenarnya adalah satu kesalahan pihak peniaga! Pihak pengguna menerima bahawa barangan dan perkhidmatan yang diperolehi dikenakan GST tanpa banyak soal tanpa usul periksa! 

Sebagai pengguna yang bijak, pihak pengguna boleh mengesahkan barangan dan perkhidmatan yang ingin dibeli dengan melawati laman sesawang berikut di: http://gst.customs.gov.my/en/cp/SiteAssets/Sundry_Books_2016.pdf 

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai GST boleh dibuat kepada Pusat Panggilan Kastam yang beroperasi pada Isnin – Jumaat pada jam 8.30 pagi hingga 10 malam. Manakala di hari Sabtu – Ahad pada jam 8.30 pagi hingga 5 ptg atau menghubungi talian: 1-300-888-500 

Terdapat juga Help Desk GST di 16 buah negeri di 32 stesen, dan maklumat perhubungan boleh didapati melalui laman sesawang berikut di: http://gst.customs.gov.my/ms/cu/Pages/cu_ccc.aspx 

Dalam kecanggihan sistem telekomunikasi masakini mengunapakai smartphone, seseorang pengguna boleh memuatturun aplikasi GST Malaysia di platform Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mstudio.gstmalaysiaguide&hl=en 


Ketahuilah tidak semua barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan peniaga dikenakan GST. Terdapat lebih dari 1,000 jenis barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan GST. Senarai Barangan dan Perkhidmatan yang dikecualikan GST merangkumi bahan makanan, alatulis, pengangkutan, perkhidmatan perumahan, dan lain-lain. 

Jadilah PENGGUNA yang bijak. Kuasa membeli terletak di tangan ANDA! Lapurkan kepada pihak yang berkuasa kegiatan manipulasi harga dan kesalahan peniaga sebagai seorang PENGGUNA yang bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment