Monday, July 31, 2017

Wang Tak DiTuntut: Gimik jaa?

SEBANYAK RM5.779 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) dari lebih 55 juta entiti akaun simpanan, semasa atau Perniagaan (termasuk insurans) masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara (JAN) sebagai pemegang amanah sejak 1977 hingga 30 Jun lalu, begitulah dimaklumkan Othman Aziz, Timb. Menteri Kewangan 2 baru-baru ini.

Maka Akupun antara penyimpan yang ragu-ragu, adakah wang yang boleh dituntut setelah akaun ditutup dan sebagainya...eh eh adalah!

Syukur Aku, wang simpananku disahkan boleh dituntut (kecuali keterangan yang diberikan tidak lengkap serta dipersoalkan pihak bank). Nombor kad pengenalanku membuktikan terdapat sejumlah wang tak dituntut.

Muram dan pudar menghantui dan persepsiku terhadap pengurusan kewangan kembali menerjah!

Bayangkan ANDA berhutang, dan meninggal dunia. Berduyun pemiutang akan hadir untuk mengutip hutang walaupun bertahun lamanya.

Itu hutang...perlu dibayar. Tak bayar, tergantung amalan.

Senario sekarang, JAN pula tidak senaraikan keterangan seperti nombor Akaun bank di mana baki wang ANDA, telah diserahkan kepada Kerajaan.

Pihak bank meminta dokumen sah Akaun dan nombor Akaun. Ada pula info yang disampaikan pegawai bank, seorang wanita telah menuntut WTD hampir 10 tahun lepas dengan maklumat nombor Akaun diberikan...masih belum berjaya ditunaikan.

Sekali wang telah masuk tabung mereka, nak dituntut, pelbagai syarat dikenakan. Nombor kad pengenalan tidak memadai. Nombor Akaun pun tidak memadai.

Bankers...bila panas diberikan payung. Tatkala hujan, payung dirampas.

Memang tegar sifat Yahudi...tak kiralah mematuhi Shariah atau tidak...lebih kurang sama dasarnya.