Thursday, January 07, 2010

Dimana Integriti?

Acapkali, kedengaran. Namun hakikatnya, banyak penyelewengan yang dilakukan dan terus berlaku. 

Kepimpinan bukan hanya sekadar, ucapan dengan tindakan yang tidak dipandang serius oleh semua lapisan pentadbiran dan perjalanan di dalam semua sektor; awam atau swasta. Kursus demi kursus yang dihadiri, terutama di peringkat pentadbiran awam, masih tiada perubahan dari bentuk sikap dan perlakuan.

Apa yang lebih penting ialah, perubahan sikap dan mengambil langkah pembetulan (corrective measures) sejajar dengan perubahan paradigma (paradigm shift) yang telus dan bertanggungjawab.

Sejajar dengan konsep Malaysia Inc., Malaysia tidak boleh tepu dengan sikap acuh tidak acuh dan suka menuding jari (witch-hunt). Perubahan pada politik telah berlaku, akibah dari pentadbiran yang lesu dengan kata-kata semangat yang hanya mampu digubah untuk kesesuaian keadaan dan masa.

NKRA dan KPI perlu diperlebarkan secara menyeluruh pada semua peringkat pentadbiran dan kepimpinan (dan parti siasah). Ganjaran wang dan kedudukan telah sekian lama, menjadi ikutan dan turutan yang seringkali menampakkan elemen yang tidak sihat dan mangsa korban itu, dipalitkan kepada masyarakat awam. Apakah sekiranya sesuatu kementerian atau organisasi, gagal di dalam kewajipan, "Heads will start spinning" atau ada "Fall guy" untuk dihantar ke gilotin?

Selagi tidak ada sikap pertanggungjawaban disemua peringkat yg serius dan tegas; kemungkinan tahap kerosakan akan lebih mendalam. Sekadar tindakan diambil untuk menampakkan keluhuran tidak memadai...sekadar melepaskan batuk di tangga.

Integriti sesebuah organisasi akan terus tercalar atau dicalar, dan mampukah kita, untuk acapkalinya, bertindak pada kehasilan itu?

Kita tidak perlu ghairah dan gah, membina yang besar-besar, prasarana yang dikagumi, berkereta besar penuh prestij. Di dalam masa yang sama, kesaksamaan tidak wujud. Mentaliti materialistik banyak mempengaruhi manusia. Namun apabila, sesuatu tanggungjawab diberikan (samaada atas kerelaan atau kesudian sipeminta), perlu dilaksanakan dengan serius dan tegas.

Yang pasti, kejadian pada kecurian 2 enjin jet TUDM yang hilang, kebakaran pada kapal induk TLDM, runtuhnya Stadium Negeri Terengganu dan sebagainya telah terhasil, dari kegagalan tanggungjawab oleh semua peringkat yang terbabit.

Perlu diingatkan, pelan struktur bukan sekadar melibatkan prasarana, ia turut melibatkan elemen kemanusiaan.  

Kuasa yang ada, hanya dipinjamkan sementara, rakyat masih mampu mencemek muka, selagi masih mampu ditahannya. Sedar tidak sedar, ramai pemimpin yang "musang berbulu ayam". Jangan kerana wang ringgit, kedudukan dan faedah....kehidupan kami, rakyat digadaikan untuk kesenangan dan gahnya seorang ketua atau pemimpin!!

Di mana maruah diri, seorang yang menjulang pada kelahirannya di negara bertuah...Malaysia negaraku...?

No comments:

Post a Comment