Monday, April 16, 2012

14 Perkara Melayu Islam Perlu Tahu Tentang D.A.P



وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ
  
 


“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang member) pengetahuan kepadamu *tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan member pertolongan kepadamu.”

150px-Democratic_Action_Party_logo.png1. D.A.P (Democratic Action Party) yang ditubuhkan pada 1966, sebenarnya adalah parti cawangan P.A.P (People’s Action Party); pimpinan Lee Kuan Yew.
Kemasukan Singapura ke dalam Malaya pada 1957 dan kemudian disisih keluar dari Malaysia pada 1963, dek angkara perbalahan dengan Kerajaan Perikatan ketika itu (yang kemudiannya bertukar menjadi Barisan Nasional).

P.A.P telah memainkan sentimen perkauman dan memperkenalkan slogan “Malaysia Malaysia”; menuntut Hak Sama Rata untuk semua kaum.

Ini berlanjutan hingga menyebabkan Singapura terpaksa disingkirkan dari Malaysia; keceluparan dan biadabnya Lee Kuan Yew dan partinya pada tahun 1965. Atas kesempatan untuk mengembangkan fahaman dan niat jahatnya, P.A.P telah memohon untuk meneruskan agendanya selepas perpisahan itu di Malaysia, namun ditolak Kerajaan Malaysia.guan eng chong u_a.jpg

Bagi memudahkan pengembangan perjuangan dan menyelusuri wadah politik P.A.P ke Malaysia, ia telah menubuhkan cawangannya dengan nama D.A.P; (D.A.P = P.A.P = D.A.P) di Malaysia. P.A.P telah berjaya melahirkan proksi paradigmanya bagi mengatur strategi “Divide and Conquer” oleh penjajah British dengan nafas dan sasaran baru…..memecahkan monopoli kuasa Melayu di Malaysia.

2. P.A.P pernah meletakkan calun-calunnya menentang parti Perikatan pada Pilihanraya Umum 1964. Untuk tujuan itu, P.A.P telah bertanding di 9 kerusi Parlimen dan sekadar memenangi kerusi yang ditandingi calunnya C.V. Devan Nair (kemudian menjadi Presiden Singapura).

Penyertaan P.A.P telah mendapat tentangan dan bantahan dari pihak Perikatan. Ini disebabkan, P.A.P amat mendambakan menjadi Juara kaum Cina dengan menggantikan M.C.A; salah satu parti dominan kaum Cina dan pengasas parti Perikatan.
devan nair PAP.jpg
 Devan Nair selaku Ahli Parlimen Bangsar yang ditinggalkan di belakang oleh P.A.P dek pemisahan Singapura dari Malaysia telah berikhtiar menghidupkan P.A.P baru melalui penubuhan Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Namun usahanya gagal mendapat respons dari Pendaftar Pertubuhan kerana nama yang seakan sama dan mengelirukan orangramai.

Bagaimanapun, Devan Nair berusaha dan menampilkan “Parti Tindakan Demokratik” atau lebih dikenali dengan D.A.P. Pada 3 Mac 1966, Pendaftar Pertubuhan melalui persuratannya menolak permohonan D.A.P kerana perlembagaan parti yang tidak selaras dengan Peraturan Undang-Undang Pendaftaran Persatuan. Pada 18 Mac 1966, D.A.P akhirnya diterima sebagai pertubuhan siasah di Malaysia.
13Mei1969..jpg
3. D.A.P dan Parti Gerakan (sebelum menyertai Perikatan dan selepasnya Barisan Nasional; BN) didakwa merupakan ‘dalang’ yang mencetuskan peristwa hitam; rusuhan kaum 13 Mei 1969. Kejayaan mereka menawan Pulau Pinang dan memenangi beberapa kerusi di negeri Selangor dan Perak pada PilihanRaya Umum 1969, telah mencetuskan euphoria (keterujaan) yang hebat di kalangan penyokong-penyokong mereka.

 Penyokong-penyokong D.A.P dan Gerakan telah melakukan perarakan kemenangan ‘Victory Lap’ di Kuala Lumpur dan apabila memasuki kawasan Melayu, telah mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina kaum Melayu.

Bagaimanapun, kuasa Allah swt melebihi makhluknya. Parti Perikatan telah memenangi PilihanRaya Umum 1969 dan penyokong-penyokong UMNO telah melakukan perarakan balas.

harun.jpg13mei-broom-to-sweep-malay.jpgPenyokong-penyokong UMNO, berkumpul di hadapan rumah Menteri Besar Selangor ketika itu; Datuk Harun Idris di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Berita rombongan penyokong-penyokong UMNO dari Gombak menuju ke rumah Datuk Harun diserang oleh pelampau-pelampau Cina, menyebabkan orang-orang Melayu bertindak balas.

150px-Democratic_Action_Party_logo-vert-vert.jpg13 May 69.jpgMaka berlakulah peristiwa berdarah, peristiwa hitam dalam sejarah Negara yang baru Merdeka.

DAP pulau MB_b.jpgDAP pulau MB_a.jpg4. D.A.P pernah menderhaka kepada DYMM Sultan Perak, apabila mengancam untuk memulaukan majlis angkat sumpah ADUN. Ini disebabkan D.A.P, walaupun memenangi kerusi terbanyak dari ahli komponennya, gagal untuk melantik wakil sebagai Menteri Besar Negeri Perak pada Pilihanraya Umum ke 12, pada Mac 2008.

Mereka terpaksa berpuashati dalam keterpaksaan melantik Mohd Nizar Jamaluddin (P.A.S) sebagai Menteri Besar Negeri Perak, memandangkan Undang-undang Tubuh Negeri Perak, memaktubkan ‘HANYA’ orang Melayu sahaja yang boleh dan layak menjawat jawatan tersebut.
big.jpg
5. D.A.P yang masih berdendam, telah menderhaka kepada DYMM Sultan Perak, apabila Pengerusinya; Karpal Singh, mengugut menyaman Baginda Sultan, kerana tidak berpuashati, keputusan Baginda Sultan tidak memperkenankan permohonan Kerajaan Patung Pakatan Rakyat, melalui Menteri Besarnya (Mohd Nizar Jamaluddin) membubarkan DUN Perak.
images_a.jpg
Tindakkan itu berikutan 3 Ahli DUN Pakatan Rakyat Negeri Perak telah berkeputusan mengisytiharkan diri mereka sebagai Ahli Bebas dan bertindak memaling sokongan kepada B.N. Kelansungan itu, Kerajaan Patung P.R, tumbang selepas hanya mampu meratah kuasa di Negeri Perak selama 11 bulan.

13 May 69 d.jpg6. ADUN D.A.P, Teresa Kok telah mengarahkan imam di sebuah masjid di Negeri Selangor, agar tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan Azan Subuh, dengan alasan ia mengganggu ketenteraman awam. Lantaran biadab dan tidak menghormati Islam, Teresa Kok telah ditahan di bawah I.S.A yang dianggap mengancam keselamatan Negara.

Di Pulau Pinang, masjid-masjid dan surau-surau dinasihatkan (di bawah telunjuk), pembacaan Surah Al Quran sebelum masuk waktu Solat Subuh, dihentikan.

Terdapat usaha (tidak menjadi kenyataan), di Batu Lanchang, sebuah surau diarah pindah kerana menyebabkan gangguan lalu lintas serta gangguan kepada orangramai.

Persoalannya, perumahan hutan batu di situ, telah didahului dengan perkampungan orang-orang Islam, yang kini mahu diusir Kafir Harbi.
20120410_115441(1).jpg
7. Kerajaan D.A.P di Pulau Pinang, telah merobohkan banyak gerai milikan orang-orang Melayu yang sedia diusaha sejak sekian lama. Usaha yang sama juga dibuat terhadap perkampungan orang-orang Melayu di kawasan pulau yang menanti masa arahan untuk dirobohkan.

Kononnya, perobohan tidak dapat dielakkan dengan tujuan ‘pembangunan dan penyeragaman’ kawasan.
SC20120324-145935.jpg
Yang pasti dan jelas, sikap Cauvinistik D.A.P membuktikan niat jahat, mengusir kependudukan orang-orang Melayu dari tradisi mereka.

Pelan pembangunan asal Bayan Mutiara mengandungi 5 blok kondominium, kawasan komersial, tapak sekolah dan tapak masjid. Pembangunan Bayan Mutiara seluas 103 ekar direkabentuk oleh PDC dan perancangannya telah diluluskan pada 2008/2009 dengan menggunakan pakar perunding PDC Properties dan PDC Consultancy.

Namun, entah atas alasan apa dan sebab apa, kesemua perancangan yang bakal memberi manfaat dan keuntungan lumayan kepada PDC dan rakyat ini tiba-tiba dibantutkan oleh Guan Eng apabila beliau menjual projek pembangunan ini kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd iaitu syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya Corp. Bhd. dengan harga RM1.1billion. Untuk makluman, Nilai Pembangunan Kasar projek ini ialah RM10 billion.

Kenyataan Ivory Properties Berhad juga sangat mengelirukan kerana menggunakan ayat " masjid, sekolah serta kemudahan lain akan dibina mengikut keperluan “. Adakah bermakna jika pembeli projek di situ tiada yang beragama Islam , maka tiadalah masjid akan dibina ? Sememangnya itulah harapan mereka mengucupkan kependudukan Melayu; secara halus.

Sudah diperlihatkan dengan jelas di hadapan mata, bagaimana RASIS dan CAUVINISTIKnya D.A.P, khususnya setelah menaungi Pulau Pinang.
leng.png
8. 11 ADUN D.A.P dengan bongkak, engkar mematuhi etika pakaian untuk Sidang ADUN Negeri Perak, yang memerlukan memakai songkok. “Songkok hanya sesuai untuk orang-orang Islam dan bukan mereka. “ kata mereka. Sikap kurang ajar dan tidak menghormati adab berpakaian ini, jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri.

Ketua Pembangkang DUN Negeri Sarawak (dua dari kiri); Wong Ho Leng telah mengetuai 11 ADUN dari D.A.P, tidak memakai pakaian istiadat pada pembukaan Sidang ADUN dengan mendakwa pakaian tersebut mempunyai songkok dan bercirikan Islam.

Tindakkan Ahli-ahli DUN dari D.A.P, begitu memperlihatkan suatu budaya menolak budaya masyarakat yang diamalkan.

Seorang Ahli DUN D.A.P pula telah dihalau dari Dewan Sidang DUN Negeri Johor, oleh DYMM Sultan Johor; AlMarhum Sulatan Iskandar semasa pembukaan Sidang DUN Negeri Johor pada tahun 2008, kerana keenggannya memakai songkok.
pas komunis.jpg
9. D.A.P telah mendesak Kerajaan Pusat supaya membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM); Chin Peng, berpeluang kembali ke Malaysia. Alasan yang diberikan, beliau sudah tua dan uzur serta tidak lagi mampu mengancam keselamatan Negara.

D.A.P sanggup menutupi mata dan berusaha mengaburi Rakyat atas kekejaman yang telah dilakukan oleh P.K.M semasa 12 tahun pemberontakan yang kejam mereka itu.

Mat-Sabu-Komunis.jpgTimbalan Presiden P.A.S; Mohamad Sabu bertindak mencetuskan kontroversi, apabila mengganggap pengganas Komunis dari kompeni Pasukan Ke-4, P.K.M yang menyerang dan membunuh anggota-anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka di dalam tragedi Bukit Kepong, sebagai HERO?
Katanya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota Komunis adalah hero yang sebenar dan BUKANnya 25 anggota Polis dan keluarga mereka yang gugur terkorban mempertahankan diri dari serangan tersebut.
DSCN0872.JPGKg Buah Pala.jpg
10. D.A.P mengamalkan politik perkauman yang sangat licik dan berbahaya. Setiap PilihanRaya Umum dan PilihanRaya Kecil diadakan, mereka akan meniupkan api kemaraan perkauman bermodalkan Kerajaan Pusat tidak melayan kaum Cina seadilnya, walhal memberi keistimewaan yang melampau kepada kaum Melayu dan Bumiputera. Mereka menghasut rakyat, khususnya kaum Cina untuk membenci Kerajaan Pusat dan orang-orang Melayu.

11. Yang terbaru, insiden seorang pekerja KFC I-City menumbuk seorang pelanggan Cina, kini sedang hebat diperkatakan di seluruh Malaysia. Klip video yang dimuatnaikkan oleh seorang RACIST yang cuba membuktikan bahawa seorang anak muda Melayu yang bertugas di restoran makanan segera tersebut seorang RACIST, sebenarnya hanya untuk mencetuskan kemarahan luar biasa terhadap Melayu dan UMNO oleh para pengundi muda bukan Melayu.

Apabila DAP masuk campur dalam kes ini, maka ia pun bertukar menjadi RACIST sepenuhnya. Dengan kecenderungan DAP untuk membuktikan bahawa Melayu-Bumiputera adalah pembuli di negara ini, DAP menerusi wakil mereka, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menafikan bahawa Danny Ng telah membuat provokasi sehingga menyebabkan dia ditumbuk oleh petugas KFC I-City.
Bible Al Kitab.jpgReaksi-reaksi yang ditunjukkan rata-rata menyalahkan KFC yang mempunyai kepentingan Bumiputera. Sebaliknya insiden tersebut telah menggerakkan usaha untuk mengalihkan tumpuan pelanggan kepada SAINGAN KFC iaitu MCDONALD.

Mungkin ramai yang kurang menyedari, KFC yang dimiliki oleh QSR Brands yang mana ahli Lembaga Pengarahnya adalah hampir keseluruhannya Bumiputera-Islam, berbanding ahli Lembaga Pengarah dan teraju utama McDonalds Malaysia yang hampir tidak ada nama Melayu-Bumiputera di situ.

12. Isu murtad DUMC ternyata memberi kesan buruk kepada Pakatan (dikepalai D.A.P), sebelum ini mereka bermati-matian mempertahankan DUMC, menyerang dan menuduh Datuk Dr. Hassan Ali dan JAIS bertindak menyerbu dan membuat tindakan melulu.

Berdasarkan maklumat, semasa pemeriksaan JAIS, beberapa individu yang memegang mykad dan bernama Islam memakai cincin salib,rantai salib dan ada yang tidak mengaku Islam sedangkan di ‘mykad’ tertulis beliau ada Islam.

DAP telah menyalahkan HASSAN ALI dan telah mencadangkan agar ianya dilucutkan daripada jawatan exco.

ronnie.jpg13. Keputusan melarang umat Islam bekerja di premis-premis menjual alcohol, mengikut Seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang dipinda pada 2003, yang melarang umat Islam bekerja di premis berkenaan oleh MPSJ, dibantah dan ditarik balik oleh Ronnie Liu, selaku EXCO Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor.

... saya prihatin dengan golongan muda yang bekerja untuk menyara kehidupan mereka.

Jika mereka kehilangan kerja, bank dan syarikat kewangan akan mencari mereka...yang dihentikan kerja?” kata Liu kepada The Malaysian Insider.

Islam diperlekehkan dengan alasan duniawi tanpa kefahaman dan penghayatan.
tonypua.jpg
14. Tony Pua telah menyerang aspirasi Kerajaan; Pelan Transformasi Ekonomi yang mencetuskan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M).

Antara unsur-unsur pertumbuhan ini, adalah untuk menangani harga dan bekalan yang dimonopolikan pihak Pemborong dan Peruncit, yang lebih mementingkan keuntungan.

Kesampingan itu KR1M menyediakan saingan yang positif dan peluang Rakyat untuk sama-sama meningkatkan kemampuan ekonomi dan barangan tempatan; sebagai Pembekal, Pembeli dan mengukuhkan aliran wang Negara.

Sebagai rakyat Marhaen, kita punyai kuasa untuk memilih Kerajaan (BN dengan undi yang lebih) yang akan memerintah Negeri dan juga Negara dengan lebih berkesan, menata dunia sebagai Rakyat Malaysia, Negara Islam Pertama menjadi Negara Maju.

Seharusnya dan sememangnya D.A.P diHARAMkan dan diNYAH keluar dari Bumi Malaysia kerana telah bertindak melewati batas-batas memelihara kesejahteraan dan Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, sebaliknya  bertujuan memecah-belah perpaduan kaum di dalam usaha kemenangan AGENDA Agung mereka….menjadi Tuan dan memBARUAkan Melayu dan kaum lain yang mendahagakan keharmonian yang berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara Malaysia.


No comments:

Post a Comment