Belum puas menghalau guru bukan Cina dari sekolah Cina, kini Dong Zhong membuat tuntutan lagi iaitu inginkan agar kemasukan pra-universiti dibuka atau dilonggarkan kepada semua kaum. Alasan Dong Zhong ialah kemasukan pra-universiti di negara ini adalah tidak begitu telus kerana ia disusun agar memberi kelebihan atau memudahkan Bumiputera mendapat tempat di universiti, sekali gus mengurangkan ruang kepada kaum lain.
Kita tidak pasti bagaimana Dong Zhong menilai perkara ini
tetapi kita yakin ia ada kena mengena dengan syarat wajib lulus Bahasa Malaysia. Sedangkan
syarat ini patut dianggap sebagai syarat semulajadi kerana sudah menjadi
keharusan bagi semua warganegara untuk fasih berbahasa Malaysia. Dengan
pemberian taraf warganegara percuma kepada kaum pendatang suatu ketika dahulu, kewajipan untuk
anak cucu mereka fasih berbahasa kebangsaan adalah bayaran yang terlalu kecil
dan tidak perlu dipersoalkan langsung kerana ia merupakan perkara semulajadi
bagi semua negara di dunia.
Kita percaya, tuntutan ini bukan tuntutan terakhir Dong Zhong. Mereka akan terus menuntut dan menuntut
sehingga budaya dan bahasa Cina diiktiraf sebagai setaraf atau lebih tinggi
dari budaya dan bahasa rasmi Malaysia. Tidak keterlaluan rasanya dikatakan
bahawa inilah ikrar Dong Zong yang akan dipegang mereka selama-lamanya atas
alasan memperjuangkan nasib kaum Cina di Malaysia.
Dan inilah masalahnya dengan manusia hipokrit seperti Dong Zhong.
Apabila
UMNO bercakap mengenai memperjuangkan nasib Melayu yang masih ketinggalan dari
segi pendidikan dan ekonomi, UMNO dituduh rasis. Tetapi apabila Dong Zhong
memperjuangkan bangsa Cina yang sedia mendahului kaum lain dari segala segi,
Dong Zhong dikatakan memperjuangkan keadilan.
Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO telah banyak bertolak
ansur dengan kaum lain dengan membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan,
mengamalkan budaya serta agama masing-masing secara meluas dan bebas. UMNO juga
tidak menghadkan kek ekonomi kepada kaum lain dan hasilnya mereka telah mengaut
kekayaan yang bukan sedikit di Malaysia ini. Pendek kata, UMNO banyak mengalah
dengan kaum pendatang demi kemerdekaan dan keamanan negara ini.
Malangnya, sikap yang sama tidak dapat dilihat dalam diri
Dong Jiao Zhong – atau kubu pertahanan Cina, yang tegar membawa bersama mereka
polisi yang dimulakan oleh penjajah yang memisahkan kaum-kaum di Malaysia
melalui sekolah. Polisi ‘pecah dan perintah’ ini diperkenalkan oleh penjajah
British bertujuan menyukarkan perpaduan di kalangan kaum di negara ini dengan
harapan Malaysia tidak akan mampu mempertahankan kemerdekaan.
Untuk sekian lama, Malaysia berjaya mengatasi segala cabaran
yang timbul dari polisi pecah dan perintah tersebut. Walaubagaimanapun, risiko
yang wujud dari polisi ini kekal dan terus meningkat selaras dengan
meningkatnya semangat perkauman yang diterapkan secara langsung dan tidak
langsung akibat pemisahan kaum di sekolah-sekolah serta semangat keCinaan yang
tebal yang diperjuangkan Dong Zhong.
Kata-kata bekas Presiden Dong Zhong, Lim Lian Geok suatu
ketika dahulu dengan sendirinya membuktikan sifat rasis tegar pertubuhan ini,
iaitu “Budaya adalah jiwa bagi sesuatu kaum, dan
nilainya adalah sama seperti nyawa sendiri.
Dan jika bangsa Cina ingin mewarisi warisan budaya dan menjadi seorang
Cina yang tulen, maka anak mereka wajib dihantar ke sekolah Cina”.
Kata-kata tersebut seharusnya diambil sebagai satu amaran
dalam konteks perkauman. Walaupun begitu, UMNO tidak pernah menghalang kaum
Cina mempertahan atau memperjuangkan budaya nenek moyang mereka dengan harapan
mereka tahu menghargai kepercayaan dan pengorbanan UMNO terhadap mereka.
Namun, seperti yang dijangka dan khuatiri, perjuangan Dong Zhong
bukan hanya terbatas terhadap budaya sahaja tetapi mereka secara beransur-ansur
cuba merombak malah menentang keseluruhan sistem yang bertujuan memantapkan
perpaduan.
Apabila kaum lain bangun membela kaum sendiri, mereka akan
berteriak ‘Malaysia first, Race Second’ atau Malaysia Dahulu, Bangsa
Kemudian. Tetapi, apabila mereka menolak
perpaduan, menafikan identiti Malaysia, meremehkan Bahasa Kebangsaan,
mempertikaikan budaya Malaysia yang berteraskan budaya Melayu Islam dan
sebagainya, tidak pula mereka mengambil kira slogan yang sama. Malah, Dong Zhong terus tegar membawa sikap ‘Cina
Dahulu, Malaysia Kemudian’.
Sesungguhnya tuntutan Dong Zhong agar kemasukan
pra-universiti dibuka atau dilonggarkan kepada semua kaum adalah tidak lebih
dari usaha membangkitkan sifat prejudis terhadap kerajaan. Hakikatnya, Dong
Zong wajib menerima bahawa jika anak-anak mereka ingin menikmati segala
kemudahan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan, maka mereka wajib mengamal
sikap Malaysia Dahulu, Kaum Kemudian dengan sebenar-benarnya.
Apalah sangat syarat
kecil untuk lulus Bahasa Malaysia, sedangkan mereka telahpun mendominasi
ekonomi negara ini?
Mungkin Dong Zhong perlu terlebih dahulu belajar tatasusila
dan tamadun kemanusiaan iaitu mengenai cara menghormati, menghargai dan toleransi
dalam bermasyarakat. Jika tidak, negara ini akan suatu hari nanti menjadi kacau
bilau juga akibat sikap rasis, tamak dan biadab Dong Zhong.
Sikap Dong Zhong juga membuatkan kita tertanya-tanya, apakah
sekolah-sekolah Cina sememangnya tidak mengajar sifat-sifat murni ini di dalam
diri anak-anak Cina? Apakah kerana itu mereka hanya pentingkan diri dan wang
semata-mata?
No comments:
Post a Comment