Semakin kencang angin PilihanRaya Umum bertiup, semakin gabra pula
Anwar Ibrahim.
Beliau sudah kehabisan modal politik dan ketandusan ide untuk
menipu rakyat.
Semua kepalsuan dan janji-janji manisnya telah terbukti satu
pembohongan dan omongan orang yang semakin terdesak.
Bermula dengan episod 16 September 2008 di mana Ketua Pembangkang
itu dengan bongkaknya menjanjikan rakyat satu kerajaan Persekutuan baru pada
hari menyambut penubuhan Malaysia, sehinggalah ke hari ini, kesemua yang keluar
dari mulut Anwar adalah semata-mata pembohongan.
Kini dia membuat satu lagi pembohongan untuk memansuhkan pinjaman
pendidikan PTPTN.
Maka sekumpulan mahasiswa atau bekas mahasiswa (MAHASEWEL/MAHASESWEL)
yang jumlahnya hanya sekitar 50 orang diupah Anwar untuk membuat kecoh di
Dataran Merdeka.
Mereka yang diupah pembangkang kononnya untuk memperjuangkan nasib
golongan mahasiswa sebenarnya boleh dikatakan pembuat kacau profesional yang
dibayar wang untuk menimbulkan huru hara.
Apa tidaknya, mereka adalah kumpulan orang yang sama pada setiap
perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan yang membabitkan pihak pembangkang.
Baik pada perhimpunan Bersih, mahupun demonstrasi anti-ISA, ataupun
perarakan tuntutan hak Air Selangor hinggalah gerakan membebaskan Anwar, mereka
adalah wajah-wajah yang sama.
Kesimpulannya golongan mahasiswa secara keseluruhannya tidak
menyokong agenda politik kotor kumpulan ini yang cuba menonjolkan imej sebagai
jurucakap puluhan ribu warga institusi pendidikan tinggi.
Kedua, ide pemansuhan PTPTN datangnya dari Anwar tetapi kelibat
beliau sendiri tidak kelihatan untuk bersama-sama kumpulan tersebut di Dataran
Merdeka.
Anwar menggunakan anak-anak muda untuk berjuang untuknya sehingga
mereka sanggup berkhemah dan tidur atas jalanan sementara Ketua Pembangkang itu
enak tidur di atas hamparan baldu di rumahnya yang berharga jutaan ringgit.
Inilah sikap hipokrit Anwar yang perlu dilihat oleh rakyat jika
mahu faham siapa individu ini sebenarnya.
Politik yang diamal oleh Anwar adalah politik yang percaya semua
orang boleh dikorbankan demi mencapai cita-cita peribadinya untuk menjadi
Perdana Menteri.
Pihak pertama yang menjadi mangsa politiknya rakus sudah tentu isteri,
anak-anak dan keluarganya.
Dari 1998 hingga kini keluarga Anwar dipaksa mengharungi
pengalaman getir dan pahit disebabkan mahu mengejar impiannya ke Putrajaya.
Kalau keluarganya sendiri boleh dijadikan taruhan politik, apatah
lagi 'budak-budak U' yang penuh dengan idealisma dan semangat yang
berkobar-kobar di dalam dada?
Sudah tentu perkara ini amat mudah sekali bagi Anwar.
Taktiknya ialah dengan melontarkan satu isu yang dekat di hati
mahasiswa iaitu kos pengajian mereka di Universiti dan Kolej.
Anwar melihat isu ini adalah modal terbaiknya untuk
memporak-perandakan masa depan mahasiswa dengan menyuruh mereka berdemonstrasi
dan berdepan dengan risiko tindakan undang-undang ke atas mereka. Dalam kiasan
Bahasa Inggerisnya, “a spitting image”…..
Apabila pihak berkuasa mengambil tindakan, maka Anwar akan
mendakwa kerajaan zalim dan menindas pelajar-pelajar tersebut dengan harapan
untuk meraih undi rakyat.
Tidak cukup dengan berkhemah untuk mendesak pemansuhan PTPTN,
kumpulan mahasiswa ini juga mengaitkan tindakan mereka itu dengan perhimpunan
Bersih 3.0 yang mahu diadakan pada 28 April ini.
Tidakkah dengan jelas, samada isu PTPTN atau Bersih, kumpulan
pelajar ini telah diperkudakan sewenangnya oleh pihak pembangkang?
Di manakah pemimpin pembangkang ketika pelajar-pelajar tersebut
diambil tindakan oleh pihak berkuasa, yang mana ada ditahan pihak polis? Batang hidung mereka pun tidak nampak sama sekali di Dataran
Merdeka apatah lagi mahu memberi sokongan!
Golongan mahasiswa yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada satu
hari kelak, perlu sedar mereka telah dipengaruhi untuk bermain percaturan
politik pihak pembangkang.
Mereka hanya berfungsi sebagai bidak-bidak yang boleh dikorbankan
pada bila-bila masa sama atau 'dispensable' seperti juga dalam permainan catur.
“The end justifies the means”.
TIBAI! TIBAI!
TIBAI!
No comments:
Post a Comment