Sebelum ini Menteri Besar Selangor pernah membayangkan yang
Selangor tidak akan membubarkan DUN jika PilihanRaya diadakan sebelum Jun 2012.
Alasan beliau, kerajaan PKR perlu lebih masa untuk menunaikan segala janji dan tanggungjawab
yang diamanahkan oleh rakyat ke atas bahu mereka. Dan semalam, Anwar Ibrahim
pula membuat kenyataan bahawa Selangor tidak akan menyertai Pilihanraya ke-13
jika tuntutan Bersih tidak ditunaikan.
Tetapi, itu hanyalah apa yang tersurat, yang tersiratnya
ialah, Anwar sudah meramalkan yang BN akan menang besar di Selangor.
Anwar boleh memberi apa jua alasan untuk Selangor tidak
menyertai PRU, tetapi rakyat tetap melihatnya sebagai tanda-tanda yang Pakatan
Rakyat sudah ‘kecut perut’ dan langsung tidak punya keyakinan untuk menghadapi
pilihanraya kali ini. Entah ke mana hilangnya segala laungan yang mereka
mendapat sokongan padu rakyat. Entah ke mana hilangnya keangkuhan yang
ditonjolkan ketika kemenangan dalam PRU 2008 yang lalu.
Nampaknya keyakinan, laungan dan keangkuhan PR tenggelam
bersama dengan isu Pasir, isu Air, isu Judi, Arak, Pusat hiburan, Rumah urut
serta isu Murtad. Tidak ketinggalan juga isu video seks, isu salahguna wang
negeri oleh DAP sehingga membawa kepada kematian Teoh Beng Hock. Begitu juga
dengan isu lama yang kekal hangat seperti isu Shamsidar Tahir dan isu biseksual
Anwar Ibrahim.
Kemudian, dalam keghairahan Anwar memikat hati tuannya di
barat, beliau terlupa yang wawancaranya dengan Wall Street Journal boleh
dicapai oleh rakyat Malaysia hanya dengan satu ‘klik’ di komputer. Maka, pecahlah tembelangnya menyokong Zionis
dan sehingga kini isu ini tidak dapat ditanganinya dengan baik. Malah, habis
kelam kabut dan pening lalat Nik Aziz, Hadi Awang dan semua ustaz-ustaz PAS kerananya.
Di celah-celah itu, isu pemecatan Dato’ Dr. Hasan Ali juga
memberi impak yang hebat terhadap sokongan Melayu terhadap PR, terutama sekali
di Selangor.
Dan kini, isu kebodohan Anwar Ibrahim yang mencadangkan
pemansuhan PTPTN pula timbul, sehingga menyaksikan pertengkaran hebat dalam
mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan semalam.
Jelas, DAP dan PAS benar-benar ‘bengang’ dengan Anwar kerana
mencadangkan perkara bodoh yang akhirnya memakan diri dan parti.
Sementara itu, BN pula semakin hari semakin mantap dan yakin
bergaya. Tanpa perlu berbuat apa-apa BN hanya tersenyum menyaksikan PR
memperbodohkan diri sendiri, berpusing keliling menepis peluru yang mereka
tembak sendiri. Tergelak kita melihat mereka terlompat-lompat bila peluru
mengenai kaki sendiri.
Di masa yang sama siri-siri demonstrasi yang digerakkan PR
sama ada secara langsung atau dengan menggunakan penyamaran di bawah
berbagai-bagai nama NGO untuk menggugat BN dan kepimpinan Dato’ Seri Najib juga
langsung tidak memberi kesan. Sudahnya, rakyat menjadi muak dengan gelagat para
penDemonstrasi, sekali gus meluat dengan PR yang menjadi dalangnya.
Mungkin kerana itu, maka BN akhir-akhir ini telah mengambil
sikap ‘malas melayan’ karenah manusia tidak haprak ini. Jika mereka ingin berdemo, biarkan sajalah,
malah pihak berkuasa juga bersedia memberikan tempat untuk mereka berdemo
dengan aman asalkan mereka bahagia.
Yang pasti, di kala mereka berdemo, BN pula sibuk berkhidmat untuk
rakyat.
Semua faktor inilah yang membuat Anwar atau PR Selangor cuak
untuk menyertai PRU. Setelah puas mencuba membuat huru-hara dan melingkupkan
negara, sedar-sedar sudah hampir PilihanRaya dan mereka belum pun membuktikan
apa-apa kepada rakyat. Yang ada hanya
janji-janji di dalam Buku Jingga yang bukan saja tiada jaminan tetapi tidak
masuk akal sama sekali. Lebih buruk lagi, beberapa soal yang menjadi
kontroversi dalam pakatan mereka seperti hudud juga masih belum dapat
diselesaikan.
Semua yang dipaparkan di atas membuktikan hanya satu
perkara, iaitu PR sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah walaupun
sebuah negeri. Khalid Ibrahim sudah mengakuinya secara tidak langsung apabila
membayangkan keengganan membubarkan DUN, dan kini Anwar pula berbuat yang sama.
Alasan enggan sertai PRU kerana ‘tuntutan Bersih tidak dipenuhi’ sebenarnya
hanyalah untuk menutup malu jika rakyat tahu yang mereka sudah takut.
Rupanya tahu juga si Anwar ini merasa malu, walaupun beliau
nampaknya tidak malu langsung bila seluruh dunia menyaksikan dirinya ‘beraksi’
tanpa seurat benang dengan ‘China Doll’.
Pesanan: Dah takut,
buatlah cara takut. Tidak perlulah
memberi berbagai-bagai alasan. Bukankah
lebih baik dilihat sebagai penakut daripada dilihat sebagai bodoh bak baghal?
No comments:
Post a Comment